Thursday 20 March 2014

Oh! Info: Senda gurau Lol!


Haa, untuk kali ini tiada info atau pun tips. Artikel hari ini admin akan menulis beberapa kisah lawak jenaka tempatan untuk tatapan anda. Jika kisahnya lawak, silalah ketawa. Jika tidak lawak, diam-diam aja! Apa-apa pun, ianya sekadar hiburan semata-mata. Ok, inilah dia alkisahnyaa...

1.Lawak Rumah Tangga
Pada suatu ketika di sini hiduplah seorang lelaki yang sederhana, namanya Alang. Ia memiliki seorang isteri yang sangat cantik dan sangat disayanginya.

Namun sang isteri mempunyai perangai yang buruk, iaitu teramat cerewet dan kuat beleter.

Selain itu sang isteri tersebut juga suka mengumpat dan bercakap dengan kuat hingga boleh menyakitkan telinga. Jiran tetangga tidak mahu dekat dengannya. Sebenarnya, Alang sangat menyayangi isterinya itu, tapi para tetangganya yang merasa terganggu menghasut Alang supaya meninggalkan isterinya itu.

Akhirnya Alang pun termakan kata-kata tetangganya. Ia berfikir bagaimana cara untuk melenyapkan isterinya dari muka bumi.

Suatu hari Alang mengajak isterinya berjalan-jalan ke kuil tua di tengah hutan. Ketika melalui bahagian belakang kuil tersebut, Alang melihat sebuah perigi buta yang tak digunakan lagi. Maka ia berpura-pura mengajak isterinya melihat burung di pohon besar dekat perigi itu. Lantas dengan pantas Alang menolak isterinya itu masuk ke perigi.

Sepuluh minit pertama Alang merasa sangat bahagia kerana sepanjang hidupnya baru kali ini ia merasakan suasana yang begitu tenang tanpa celoteh dan leteran isterinya.

Sepuluh minit kedua, Alang mulai merasa sepi juga karena tidak biasa dengan kesunyian.

Akhirnya sepuluh minit ketiga dengan rasa ragu-ragu Alang kembali menuju perigi buta tersebut. Ia menurunkan tali timba dan berteriak menyuruh isterinya naik.

Begitu terkejutnya Alang ketika yang naik bukan isterinya melainkan makhluk menyeramkan dengan bulu lebat di seluruh tubuhnya, dialah makhluk penunggu perigi buta itu.

Alang lantas bertanya, "Kenapa kamu yang naik??"

Lantas makhluk itu pun dengan wajah pucat ketakutan menjawab, Pergi ambil balik isteri kau itu, aku dah tak tahan! Sejam lepas aku segak tapi sekarang dah naik berbulu badan aku akibat leteran dan cerewetan isteri kau itu!"

2.Minta Kerja
Sarjo memohon perkerjaan sebagai penjaga lintasan kereta api. Dia dihantar berjumpa Pak Basri , ketua bahagian lalulintas,untuk diinterviu.

"Katakan ada 2 keretapi melalui jalan yang sama pada masa yang sama,apa yang akan kamu lakukan?," tanya Pak Basri.
"Saya akan pindahkan salah satu rel yg lain,"jawab Sarjo.
"Kalau handle untuk mengalihkan relnya rosak, apa yang akan kamu lakukan?"tanya Pak Basri lagi.
"Saya akan turun ke rel dan membelokkan relnya secara manual".
"Kalau tidak berfungsi atau alatnya rosak, bagaimana?".
"Saya akan balik ke pejabat dan menghubungi stesyen terdekat."
"Kalau telefonnya sedang digunakan?"
"Saya akan lari ke telefon awam yg terdekat?"
"Kalau telefon awam rosak?"
"Saya akan pulang menjemput nenek saya."
"Ooo... .tapi kenapa pulak awak jemput nenek awak?" tanya Pak Basri kehairanan.
"Kerana seumur hidup nenek saya selama 73 thn , nenek saya belum pernah melihat keretapi berlanggar."

3.KFC

4.Sakit Mental
Kisah ini adalah berkenaan Orang Sakit Mental di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan.

Ahmad telah menjalani rawatan hampir 5 tahun di Hospital Bahagia. Dan melalui pemeriksaan yang dijalankan menunjukkan Ahmad dah makin pulih. Dan Dr buat keputusan untuk benarkan Ahmad pulang. Ahmad dipanggil untuk pemeriksaan terakhir.

"Ahmad saya nak tanya satu soalan sebelum saya benarkan Ahmad pulang. Kalau Ahmad jawab eluk saya benarkan Ahmad pulang..kalau tidak Ahmad akan tunggu sini sedikit masa lagi" Terang Doktor pada Ahmad.

"Baik Doktor Ahmad sedia menjawab" jawab Ahmad dengan tenang.

Doktor mengambil Lampu suluh dan menyalakannya..dan dihalakan ke dinding..(cahaya lampu tersebut berbentuk bulat didinding bilik Doktor).

"Awak nampak cahaya tu" tanya Doktor

"Nampak Doktor" jawab Ahmad tersenyum.

"Awak panjat dan tangkap cahaya tu Ahmad" arah Doktor tu pada Ahmad.

"Kat Dinding tu?" tanya Ahmad tersenyum.

"Ye laaa" jawab Doktor.

"Hi hi hi saya tak gila lah Doktor......tak nak lah saya buat.." jawab Ahmad

"mm..oklah Ahmad..awak dibebaskan hari ini...awak lulus ujian saya.." Doktor berpuas hati.

Ahmad pun keluar dengan bag nya diiringi oleh pembantu kesihatan ke pintu gate.

"Tunggu tunggu Ahmad" Doktor memanggil balik Ahmad.

"Kenapa Ahmad tak nak panjat dinding tu Ahmad?" tanya Doktor tu sebagai soalan terakhir.

"Hi hi hi...Doktor ingat saya bodoh ker Doktor.....kalau saya panjat.....saya pegang cahaya tu....Doktor tutup lampu suluh tu nanti..tentu saya akan terjatuh..." jawab Ahmad selamba

"mm..Ahmad tidur sini setahun lagi lah yer Ahmad" kata Doktor pada Ahmad.

"Baik nya doktor....." sukanya hati Ahmad.

5.Chewing Gum
Rasanya ramai yang dah tahu chewing gum is a banned stuff In Singapore.cakap pasal chewing gum dan Singapore nie.

Ada satu cerita,Pm Singapore pegi ke Thailand, dia makan malam dengan raja Siam. Mula-mula diorang makan udang, pm Singapore tanya Kat raja siam lepas makan udang, apa orang thailand buat Dengan kulit udang? Raja Siam jawab: ? kami tak buat apa.kami buang aje? Pm Singapore: ooo kat Singapore ,kami recycle kulit udang Jadik keropok udang, lepas tu kami eksport ke Thailand?

Lepas tu diorang makan limau plak.Pm Singapore Tanya lagi ?Lepas makan limau, apa orang Thailand buat dengan kulit limau?? Raja Siam jawab ?kami tak buat apa,kami buang aje? Pm Singapore: ooo kat Singapore, kami recycle kulit limau jadik Jus limau, lepas tu kami eksport ke Thailand?

Last sekali, diorang makan chewing gum.seperti biasa pm Singapore pun Tanya ?apa orang Thailand buat dengan chewing gum yang dah dimakan?? Raja Siam jawab ?kami tak buat apa, kami! buang aje? Pm Singapore: ooo kat Singapore, lepas makan chewing gum, kami recycle Jadik kondom, lepas tu kami eksport ke Thailand?

Raja Siam plak Tanya: Apa orang singapore buat dengan kondom selepas digunakan?? Pm Singapore jawab: kami tak buat apa, kami buang aje.? Raja Siam: ooo kat Thailand, lepas guna kondom, kami recycle jadik chewing gum, lepas tu kami eksport ke Singapore? Erk! muka Pm Singapore jadik merah padam? dan sebaik saja pm Singapore Balik ke negaranya, dia terus ban chewing gum di Singapore, sampai sekarang! Itulah kisahnya, kenapa chewing gum di-ban kat Singapore?

Ps: Apa kata anda? Hehe.. Lawak tak? Admin rasa tak berapa lawak pun.. Tak mengapa, mungkin bagi anda ianya lawak!