Tuesday 28 January 2014

Tips Penjagaan Gigi

Hari ini admin akan tulis tips menjaga gigi anda. Gigi yang cantik mampu memberikan senyuman yang menawan. Menjaga gigi sesuatu yang penting untuk anda. Jadi anda mesti baca artikel ini. So layan..
  • Makanlah makanan yang seimbang dan pelbagai.
  • Gosok gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari sebaik sahaja selepas makan. Jika anda tidak dapat memberus gigi selepas makan, berkumurlah dengan air.
  • Gunakan ubat gigi berflorida atau jel untuk menguatkan struktur enamel gigi.
  • Jalani pemeriksaan dengan doktor gigi setiap 6 bulan - mulakan pemeriksaan gigi anak-anak anda pada umur 3 tahun.
  • Gunakan alat pelindung mulut jika anda terlibat dalam sukan seperti bolasepak dan hoki.
  • Sentiasa memakai tali pinggang keselamatan ketika memandu.
  • Jika anda menghadapi masalah mengunyah gigi semasa tidur, dapatkan nasihat doktor gigi sama ada anda perlu memakai alat tertentu untuk mengelakkan dari menggesel gigi.
  • Jangan mengunyah ais, pen atau pensil.
  • Jangan gunakan gigi untuk membuka klip kertas dan lain-lain.
  • Jika anda menghisap paip, jangan menggigit batang paip tersebut.
  • Berhenti mengambil alkohol dan menggunakan produk daripada tembakau.
  • Elakkan daripada menghisap buah lemon atau mengunyah aspirin dan pil vitamin C, mengambil minuman ringan, gula-gula, kek, pastri, karbohidrat yang halus (telah disaring) dan apa-apa bentuk gula. Mengambil makanan bergula menyebabkan bakteria membentuk asid yang akan memakan gigi. Asid ini akan menghakis enamel gigi.
Bonus untuk anda, tips cara memberus gigi

Jika boleh beruslah gigi anda setiap kali selepas makan. Jika tidak beruslah gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari - selepas sarapan dan sebelum tidur dan berkumurlah selepas setiap kali makan dan snek.

Pemberusan yang sempurna melibatkan pemilihan dan penjagaan berus gigi serta penggunaannya yang betul. Terdapat banyak jenis berus gigi yang boleh didapati di pasaran dalam pelbagai saiz, bentuk dan panjangnya. Ciri-ciri yang penting semasa memilih berus gigi ialah:
  • Pemegang yang mudah dikendalikan.
  • Kepalanya leper dan disesuaikan supaya boleh sampai ke mana-mana bahagian mulut.
  • Permukaan berus yang padat.
  • Bulu-bulu berusnya diperbuat daripada filamen nilon yang lembut, panjang menirus, anjal dan berbentuk bulat di hujungnya.
Terdapat 3 kaedah memberus gigi yang boleh dipilih. Bagaimanapun, tidak kira teknik mana yang dipilih, ketelitian anda memberus yang menentukan kebersihan gigi, bukannya sekuat mana atau sekerap mana.

Semua teknik memberus berikut boleh digunakan:
  • Letakkan kepala berus gigi pada sudut 450 di sisi barisan gigi. Dengan perlahan gosokkan di sepanjang pangkal gigi-gusi dan permukaan setiap gigi.
  • Letakkan berus gigi di sepanjang pangkal gigi-gusi dan berus dengan gerakan memusing atau menyapu menghala ke permukaan gigi.
  • Putarkan berus dalam gerakan membulat di sepanjang pangkal gigi-gusi dan permukaan gigi.
  • Dalam semua kaedah di atas, gusi dan juga lidah perlu di berus kerana ia biasanya mengandungi kuman.

Kaedah-Kaedah Memberus
  1. Gerakan membulat.: Putar berus dalam gerakan membulat dari pangkal gigi-gusi mengelilingi permukaan gigi.
  2. Gerakan menggetar : Pegang berus pada kedudukan 450 di sisi barisan gigi dan gosokkannya di sepanjang permukaan pangkal gigi-gusi dan di atas permukaan gigi.
  3. Gerakan menyapu: Letakkan berus pada pangkal gigi-gusi dan sapu atau pusingkan berus menghala ke permukaan gigi.

Teknik memberus yang betul
  • Bersihkan permukaan luar gigi atas, diikuti dengan permukaan luar gigi bawah.
  • Bersihkan permukaan dalam gigi atas.
  • Bersihkan permukaan dalam gigi bawah.
  • Akhirnya bersihkan permukaan mengunyah gigi atas, diikuti gigi bawah.

Teknik flos

Flos gigi yang dilakukan secara tekal dapat membersihkan plak dan partikel makanan dari celah-celah gigi yang tidak dapat dicapai dengan berus gigi. Flos juga merupakan alat yang penting untuk mencegah penyakit gusi. Bagaimanapun, jika gusi di antara gigi tersebut sudah menjadi rata/leper, menyusut dengan teruk, atau membentuk lekuk yang dalam (lekang dari gigi), kaedah flos tidak lagi berkesan.

  • Teknik flos yang berkesan
  • Tegangkan lebih kurang 1 inci flos di antara dua jari. (Memegang lebih dari satu inci flos akan menyebabkan kurang kawalan oleh jari semasa menggerakkannya di celah gigi).
  • Untuk membersihkan gigi, gerakkan flos ke atas dan ke bawah juga ke depan dan ke belakang secara lembut dan perlahan-lahan.
  • Untuk membersihkan gusi, lengkungkan flos di sekeliling bahagian dasar gigi.
  • Dengan perlahan-lahan, gerakkan flos berulang kali ke belakang dan ke depan di bawah gusi.
  • Untuk mengeluarkan flos, gunakan pergerakan yang sama iaitu ke belakang dan ke depan untuk menggerakkannya ke luar dan menjauhi gigi. Jangan memaksa atau merentap flos (semasa memasukkan atau semasa mengeluarkannya). Ini mungkin akan mencederakan atau menyebabkan tisu gusi yang lembut menjadi lebam.

Bila anda perlu berjumpa doktor gigi?
  1. Anda merasa sakit gigi apabila memakan makanan yang manis, sangat panas atau sangat sejuk.
  2. Rasa dalam mulut yang tidak sedap berpunca darii makanan atau bakteria yang terperangkap di dalam rongga.
  3. Gigi berlubang.
  4. Gusi berdarah semasa memberus gigi.
  5. Gusi bengkak, kemerahan dan sensitif.
  6. Gusi menyusut.
  7. Gigi longgar.
  8. Terdapat ruang di antara gigi (gigi menjadi jarang).
  9. Gigi yang terdedah di sepanjang garis gusi (pangkal gigi-gusi).
  10. Nafas terus-terusan berbau.
  11. Terdapat nanah di sekitar gusi dan gigi.
Gigi yang cantik, senyuman pasti menawan!
Cantik bukan?! ( hehe.. )

Ps: Berapa kalikah anda menggosok gigi anda dalam sehari? Admin 2 kali sahaja (Malas tul).. Walaupun 2 kali sehari, tetapi jika cara memberusnya adalah betul maka ianya amat memadai. Akhir kata, jagalah kesihatan gigi anda yerrr..!

Wednesday 22 January 2014

Herba untuk kesihatan yang terbaik-Habbatus Sauda

Ok, untuk kali ni admin nak bercerita sedikit tentang herba yang mempunyai 1001 khasiat yang amat di sarankan oleh nabi kita sendiri. Herba yang admin maksudkan ialah Habbatus Sauda. Herba yang amat baik dan di iktiraf hampir seluruh dunia, tapi sayangnya di negara kita masih banyak lagi orang yang tak tahu kelebihan-kelebihan Habattus sauda ini. Sayang betul... Jadi hari ini admin akan ceritakan khasiat-khasiat dan kebaikkan Habbatus Sauda ini. Jom layan...

Biji-biji Habbatus Sauda

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Hadith-nya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain:

" TETAPLAH KAMU DENGAN 'AL-HABBATUS SAUDA' , KERANA SESUNGGUHNYA PADANYA TERDAPAT UBAT BAGI SEGALA PENYAKIT, KECUALI 'AL-SAM; DAN 'AL-SAM ITU ADALAH MAUT. "-(HR Bukhari & Muslim) "

Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan dalam bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatus Sauda.

Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatussauda (Mesir , Syam), dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. Produk Habbatus Sauda ini mempunyai khasiat yang amat tinggi.

Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

1. Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:

  1. Anti inflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
  2. Antiarthritis, mengubati reumatik.
  3. Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
  4. Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
  5. Antiseptik, mengubati bau mulut.
  6. Antivirus, mengubati demam dan flu.
  7. Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
  8. Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
  9. Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
  10. Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
  11. Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
  12. Nematocidal, mengubati cacing pita.
  13. Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).
KAJIAN PERUBATAN

Sejak tahun 1959, lebih dari 200 kajian dihasilkan oleh universiti di peringkat antarabangsa dan artikel yang dikeluarkan oleh berbagai journal perubatan telah menunjukkan penemuan yang baik bagi menyokong khasiat tradisional Habbatus Sauda yang telah direkodkan semenjak 2tahun lalu. Berikut ialah sebahagian dari kajian dan artikel perubatan tentang Habbatus Sauda:-

Ibnu Sina- Habbatus Sauda merangsang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan dan semangat. (Buku Ibnu Sina "Canon of Medicines")

Ibnu Qayyim- Habbtus Sauda berupaya memulihkan penyakit seperti batuk, "bronchitis", masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid, menambah susu badan wanita, menambah pengaliran air liur dan sebagainya. (Buku Ibnu Qayyim "Medicine of the Prophet")

Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system). Antara bahan-bahan kandungan Habbatus sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Professor G. Rietmuller- Bahan ekstrak Habbatus Sauda menunjukkan kesan amat positif terhadap sistem immunisasi badan dan boleh digunakan sebagai "bio-regulator'. (Professor G. Rietmuller, Director of Institute of Immunology, University of Munich, Germany)

Dr. Ahmad El-Qadi (Islamabad, Pakistan) dan Dr. Usama Qandil (Florida, USA) mendapati pengambilan 1 gram Habbatus Sauda sebanyak dua kali sehari mempunyai kesan peningkatan yang mengagumkan terhadap fungsi immuniti badan. Penemuan ini dianggap penting untuk memungkinkan penggunaan Habbatus Sauda sebagai bahan peningkatan immuniti semula jadi badan untuk rawatan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit yang lain berkaitan kekurangan immuniti badan.

Kajian oleh Dr. Haq terhadap sukarelawan pesakit AIDS di Department of Biological and Medical Research Centre, Rilyadh menunjukkan bahawa Habbatus Sauda berupaya meningkatkan kadar diantara 'helper T-cells' dan 'suppresser T-cells' sebanyak 55%. Aktiviti 'natural killer cells' juga menunjukkan peningkatan purata sebanyak 30%.

Dr. Peter Schleicher, seorang pakar immunisasi (immunologist) di Munich mendapati Habbatus Sauda berjaya menyembuhkan seramai 420 daripada 600 orang sukarelawan pesakit allergik. Kebanyakan pesakit-pesakit ini mengidap allergik terhadap 'pollen' dan habuk, jerawat dan saraf kulit, pesakit lelah dan pesakit-pesakit yang pada amnya mempunyai daya tahan yang lemah terhadap jangkitan. (Nota: Dr. Peter Schleicher telah dipilih sebagai ahli paling muda di World Academy of Scientist).

Penyelidik Amerika menulis laporan pertama di dunia mengenai kesan 'anti-tumor' yang ditunjukkan oleh Habbatus Sauda. ("Study of the Effects of Nigella Sativa on Humans")


Professor Michael Meurer- Habbatus Sauda berupaya menghentikan 'inflammations' dan masalah saraf kulit (neurodermitis) (Professor Michael Meurer, Dermatology Clinic of Munich, Germany).

Saintis-saintis di Cancer and Immuno-Biological Laboratory of Germany mengesahkan Habbatus Sauda berupaya meransang 'bone marrow' dan sel-sel immuniti, meningkatkan penghasilan 'interferon' dan mempertahankan sel-sel biasa terhadap kesan kemusnahan sel oleh virus. Habbatus Sauda juga berupaya memusnahkan sel-sel tumor dan meningkatkan bilangan antibodi yang menghasilkan "B cells".

Begitu banyak kajian yang mengesahkan kebaikkan & khasiat Habbatus Sauda ini. Jika nak tulis semuanya, 100 ms pun masih tak habis..

Sumber: habbatus-kapsul.blogspot.com

PS:Ada tak diantara anda yang mengamal Habbatus Sauda ini sebagai suplemen harian anda? Kalau tiada, memang amat rugi. Khasiatnya memang terbaik! Kenapa admin berkata begitu? Sebab admin dah mengamalkan memakan kapsul Habattus Sauda sudah hampir 2 tahun. 3 kapsul pagi & 3 kapsul malam. Khasiatnya memang susah nak cerita. Keberkesanannya memang susah nak di gambarkan. Hanya orang yang mengamal dan memakannya sebagai supplemen harian sahaja yang tahu.. Betul? Sungguh!

Sunday 19 January 2014

Info: 9 tanda awal anda mengidap Kencing Manis

Hari ini admin nak bercerita sedikit bab penyakit Diabetes atau pun Kencing Manis. Penyakit yang amat berbahaya tapi amat di pandang remeh oleh sesetengah pengidapnya. Ianya boleh dikatakan 'ibu segala penyakit lain'. Jika diabetes ini tidak di kawal dan dijaga dengan betul ianya boleh menyebabkan serangan jantung, kerosakan buah pinggang, kerosakkan saraf, buta mata, kaki terpaksa dipotong serta pelbagai kesan yang lain yang berbahaya..

Jadi hari ini admin akan memberikan 9 tanda awal seseorang itu mengidap kencing manis. Jadi inilah dia.. Layan.

1. Kerap kencing terutama waktu malam
2. Sering dahaga dan banyak minum air terutama air manis
3. Mudah lapar dan banyak makan
4. Mudah penat dan sering mengantuk
5. Selalu sakit kepala dan rasa loya
6. Pergerakan tubuh badan terganggu
7. Berat badan menurun pada kadar yang cepat
8. Kebas pada bahagian kaki dan tangan.
9. Gatal-gatal di sekitar ari-ari ( di sekeliling kemaluan)

Jika anda mengalami 9 gejala-gejala di atas, admin nasihatkan pergi buat ujian paras gula anda. Ujian ini bukan hanya boleh dilakukan di klinik atau pun di Hospital tapi boleh juga di buat di Farmasi-farmasi dengan bayaran hanya RM 5. Bayaran RM 5 itu tidak lah mahal jika nak dibandingkan dengan kesihatan anda! Jadi janganlah kedekut sangat :) Contoh ujian adalah seperti gambarajah di bawah:


Selepas dapat bacaan, bolehlah dibandingkan dengan jadula di bawah. Dengan itu dapatlah ditentukan sama ada anda dah mengidap kencing manis ataupun tidak.


PS: Macammana dengan bacaan anda? Bagi yang normal tu syukurlah & admin nasihat lakukan langkah berjaga-jaga agar tidak mendapat diabetes. Bagi yang sah ada kencing manis itu eloklah lakukan penjagaan dan pengawalan diabetes anda dari awal.. Memang kena pantang makan, tapi bukan pantang kalau jumpa makan yer..  Elakan pengambilan terlampau banyak makanan & minuman yang manis-manis..

Tuesday 7 January 2014

Tips Mendidik anak cara Rasulullah

Sudah agak lama admin tak menconteng di dalam blog ini.. Jap tadi berhenti dilampu isyarat depan sekolah rendah, admin terlihat bebudak pra sekolah yang baru masuk sekolah. Macam-macam hal. Tercuit hati admin melihat gelagat diaorang. Hehe..

Jadi hari ini admin nak bercerita sedikit tentang panduan mendidik anak-anak cara Rasullullah. Baik guru, pensyarah mahupun pakar motivasi semuanya adalah manusia biasa. Tiada satu formula yang ideal dalam usaha membentuk anak-anak untuk menjadi orang yang cemerlang. Apa yang terbaik adalah berbalik kepada fitrah dan sunnah yang telah sekian lama diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. Jadi, inilah caranya. Jom baca!

1.Umur anak-anak 0-6 tahun. Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik. Jadi, inilah caranya..:

Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka setiap masa.

2.Umur anak-anak 7-14 tahun.  Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada anak-anak. Menurut hadith Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.

Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibubapa samada ingin menjadikan mereka seorang muslim, yahudi, nasrani ataupun majusi.

3.Umur anak-anak 15- 21 tahun. Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi.

Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ mereka dan perasaan mereka ketika itu. Jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik-beradik yang lain tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka.

Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari keseronokkan memandangkan semua kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah bersama keluarga.

4.Umur anak 21 tahun dan ke atas. Fasa ini adalah masa ibubapa untuk memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul.

Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah. Insha’Allah dengan segala displin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat mereka. Ibubapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkahlaku yang baik seperti yang ibubapa inginkan.


Itulah 4 cara terbaik dan terbagus di dunia untuk mendidik anak-anak. Apa yang Rasulullah syariatkan, memang memberikan kesan yang tercantik dalam kehidupan seharian kita. Admin tak pernah meraguinya..




Ps: Cuma 4 peringkat mendidik anak-anak cara Rasullullah, tapi nak mengikutinya 100% rasanya berapa ramaikah kita yang mampu? Anda bagaimana pula? Harap berjaya mengikuti panduan - panduan yang dinyatakan, dengan jayanya..

Sumber:  excelqhalif