Tuesday 25 August 2015

Oh! Info: Nyah Aktifkan Bluetick pada Whatsapp



"Bluetick" pada Whatsapp.. Mmm.. Admin tahu ramai yang tak sukai nya. Kan? Kan? Ngaku je la. Ekekeke.. Ok lah, untuk artikel kali ini admin akan tuliskan tentang cara-cara nak nyah aktifkan "bluetick" Whatsapp ini. Jom layan.

WhatsApp pada beberapa bulan yang lepas telah memperkenalkan sokongan “Bluetick”, dimana memperlihatkan anda telah membaca sesuatu mesej daripada rakan dan teman-teman anda. Perkara tersebut boleh dikatakan tidak disukai oleh kebanyakkan pengguna WhatsApp (Tapi ada ramai juga yang menyukainya tau). ;)

Nasib baiklah pihak WhatsApp telah memperkenalkan kemaskini baru untuk pengguna Android, membolehkan mereka mematikan fungsi bluetick tersebut.

Untuk menggunakan fungsi baru ini, pastikan anda menggunakan WhatsApp untuk Android yang versi 2.11.444 dan keatas. Sila ke halaman Settings > Privacy. Pada bahagian “Read Receipts” nyah-tandakannya, dan ia tidak lagi akan memaparkan kepada rakan-rakan anda yang lain sekiranya sesuatu mesej telah dilihat ataupun tidak.

Untuk lebih jelas , sila rujuk gambar di bawah yer..
(klik pada gambar utk besarkanya)

Ok, itulah cara-cara untuk membuang "bluetick" pada whatsapp. Eee sukanya dia.

Penting: Jika anda menggunakan fungsi ini, anda juga x dapat mengetahui sama ada masej yang anda hantar kepada kawan-kawan atau teman-teman anda sudah dibaca atau tidak. Sebab, fungsinya sama macam "Last seen". Jika anda tidak membenarkan orang lain melihat "Last seen" anda, anda juga tidak dapat melihat "Last seen" orang lain.. Jelas?

Ps: Admin juga tidak berapa suka "Bluetick" ni. Tapi tetap gunakanya juga. Ada kebaikan dan keburukkan nya. Jadi jujur lah, kan senang cerita (cara admin).. Mungkin anda ada sebab-sebab tertentu kerana tidak mahu menggunakan "bluetick" ni. Apa-apa pun ianya hak anda!

Tuesday 28 July 2015

Oh! Info: Cara Pos Barang Menggunakan Pos Laju

As salam. Arikel kali ni berkaitan dengan Pos Laju. Admin bagi sedikit info berkaitan cara pos barang menggunakan pos laju. Fokus kepada pakej Prabayar dari Pos Laju. Moga dapat membantu anda! 

Pakej Prabayar daripada Pos Laju
Terdapat 2 pakej prabayar yang disediakan iaitu sampul prabayar dan kotak prabayar. Caranya amat mudah. Kita hanya perlu membeli sampul atau kotak prabayar yang sesuai dengan berat barang yang kita mahu hantarkan, masukkan barang, isi nota konsignmen dan kemudian serahkan kepada mana-mana kaunter Pos Laju atau pejabat pos terdekat.

Nak Dapatkan di mana?

Sampul dan kotak prabayar boleh didapati di:
  1.     Mana-mana outlet Pos Malaysia
  2.     Cawangan-cawangan Pos Laju
  3.     Pusat servis Pos Laju
  4.     Kiosk-kiosk Pos Laju
  5.     Agen yang dilantik Pos Laju
Sampul dan kotak prabayar adalah untuk barangan yang beratnya antara 500g hingga 10kg untuk penghantaran dalam Malaysia. Ada 2 jenis sampul dan kotak prabayar disediakan. Warna oren dan biru adalah merangkumi kawasan perkhidmatan seperti yang dinyatakan.


Harga Sampul dan Kotak Prabayar (Oren):

Harga Sampul dan Kotak Prabayar (Biru):

Cara Penggunaan Sampul atau Kotak Prabayar
  1. Beli Sampul atau Kotak Prabayar di mana-mana tempat seperti yang dinyatakan di atas.
  2. Isikan maklumat dalam slip kiriman (consignment note) yang disertakan bersama Sampul atau Kotak Prabayar.
  3. Masukkan slip kiriman yang telah diisi ke dalam poket plastik yang tersedia pada Sampul atau Kotak Prabayar.
  4. Serahkan Sampul atau Kotak Prabayar pada mana-mana pusat Pos Laju atau Pejabat Pos berdekatan untuk penghantaran. 
PENTING! PENTING!! PENTING!!!
  • Pastikan anda mendapat salinan slip kiriman sebagai bukti rujukan tracking number untuk mengetahui status barang anda berada di mana.
  • Pastikan anda menggunakan sampul atau kotak prabayar yang bersesuaian dengan berat barang anda (secara anggaran atau timbang sendiri)

Ok, itulah serba sedikit cara pos barang menggunakan Pos Laju. Bagi yang berniaga online mungkin dah selalu serta arif bab-bab Pos Laju ni. Bagi yang baru nak mengenali Pos laju ni, moga artikel ini dapat membantu anda..

Ps: Pos laju memang best. Alhamdullillah sehingga kini barang2 yang admin pos melalui Pos Laju ni semuanya selamat sampai.

Prepaid rm10 terjimat dan termurah dengan data berkelajuan tinggi klik sini

Tuesday 23 June 2015

Oh! Info: Kod-kod manual Dalam Android

Hari ini admin nak citer sal android lah. Sal kod-kod rahsia yang teradapat dalam applikasi Android. Kod-kod ini tidak disediakan dalam manual pembelian telefon pintar & ada sesetengah daripadanya amat sukar untuk ditemui di dalam Internet. Jadi kalau anda nak tahu apa kod-kod rahsia tersebut, meh tengok kat bawah ni..

Tak caya cer test:

– *#*#0588#*#* – Ujian jarak sensor

– *#*#2664#*#* – Ujian skrin sentuh

– *#*#2663#*#* – Versi skrin sentuh

– *#*#0*#*#* – Ujian LCD

– *#*#0673#*#* OR *#*#0289#*#* – Ujian melodi/irama

– *#*#0842#*#* – Ujian peranti (Device) [Ujian getaran dan ujian latar] 

– *#*#3264#*#* – Versi RAM

– *#*#0283#*#* – Paket Loopback

– *#*#232331#*#* – Ujian Bluetooth

– *#*#232337#*# – Tunjukkan tempat peranti Bluetooth

– *#*#232338#*#* – Tunjukkan tempat MAC Wifi

– *#*#1472365#*#* – Ujian GPS

– *#*#1575#*#* – Satu lagi ujian GPS

Mendapatkan Maklumat Firmware

– *#*#1234#*#* – PDA dan telefon

– *#*#1111#*#* – Versi FTA SW

– *#*#2222#*#* – Versi FTA HW 

– *#*#44336#*#* – PDA, Phone, CSC, Build Time, nombor Changelist

– *#*#4986*2650468#*#* – PDA, Phone, H/W, RF Call Date

 Sokongan

– *#*#273283*255*663282*#*#* – Menu di mana anda boleh membuat fail sokongan anda

  Mode Perkhidmatan

– *#*#197328640#*#* – Anda boleh menukar settings atau jalankan ujian dalam mode perkhidmatan

 Tukar ”End Call / butang Power”

– *#*#7594#*#* – Tukar “End Call / butang Power dalam telefon anda

 Reset Telefon

– *2767*3855# – Digunakan untuk reset semula telefon anda kepada setting yang asal. Berhati-hati kerana kod ini mampu memadamkan semua file dan setting anda sebelum ini.

– *#*#7780#*#* – Menjalankan semula setting yang asal selepas di reset dan membuang akaun Google yang di simpan di dalam telefon anda, muat turun aplikasi, sistem dan data-data aplikasi dan setting.

Maklumat mengenai telefon anda

– *#*#4636#*#*- Tunjukkan kepada anda: informasi bateri, sejarah bateri, maklumat telefon, dan statistik penggunaan.

p/s: Haa, macammana? Sudah test ke? Menarikkan? Tapi sayangnya kod rahsia untuk iOS tak jumpa lagi. Entah ada atau tak ada...

Friday 22 May 2015

Oh! Info: Asal Usul Nasi Lemak

Hi semua. Sihat ke? Ok, kali ini admin nak cerita bab makanlah. Makanan breakfast rakyat Malaysia. Kegemaran admin juga iaitu nasi lemak.. Jom kita tengok asal usul nasi lemak ni..

Nasi lemak makanan kegemaran ramai. Nasi lemak dikatakan tidak begitu sihat untuk dimakan hari-hari kerana tinggi kalori dan lemaknya oleh pakar pemakanan. Tapi hari-hari ada orang jual nasik lemak. Tak makan rugi!hoho..Korang nak tau asal usul nasi lemak?

Pada zaman kesultanan Melaka, tinggallah Mak Kuntum bersama anaknya Seri. Suami Mak Kuntum telah lama terkorban dalam pertempuran menentang musuh di Selat Melaka. Adapun Mak Kuntum ini kerjanya mengambil upah mengurut. Setiap awal pagi, Mak Kuntum telah keluar dari rumahnya untuk mencari pelanggan. Tinggallah Seri seorang diri dirumah untuk menjalankan kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengemas rumah dan sebagainya. Begitulah kehidupan dua beranak ini setiap hari walaupun pada cuti umum.

Hendak dijadikan sejarah, pada suatu hari.. timbul rasa jemu dalam sanubari Seri kerana memasak nasi dengan cara yang sama. Begitu juga dengan lauk. Kalau tak ikan goreng, ikan gulai. Kalau tak ikan gulai, ikan bakar. Seri sudah muak dengan masakan tersebut. Sebagai langkah alternatif, Seri mula memikirkan cara lain memasak nasi supaya terdapat kelainan pada rasa nasi.

Mula-mula Seri memasukkan sedikit lengkuas kedalam nasi yang sedang dimasak. Oleh kerana masih tak berpuas hati, Seri mencampurkan sehelai daun pandan untuk menyerikan lagi nasi tersebut. "Biar kewangian bau nasi yang dicampur dengan daun pandan dapat membangkitkan selera mak aku bila dia balik nanti. Tentu mak akan puji aku nanti. " bisiknya didalam hati.

Pada waktu tengahari, Mak Kuntum pun pulanglah kerumah. Seri pun menghidangkan nasi ciptaannya itu. Terperanjatlah mak Kuntum melihatkan nasi yang tidak pernah dilihat sepanjang hayatnya. "Apa kau masak ni, Seri?" "Nasi le! Mak!" jawab Seri, berulangkali Mak Kuntum bertanyakan kepada Seri. Setiap kali juga Seri menjawab, "Nasi le! Mak!". Semenjak hari itu, lekatlah nasi tersebut dikenali dengan NASI LEMAK.

PS: Begitulah kisahnya bagaimana nasi lemak mendapat namanya. Entah betul ke tak, admin pun tak tau..Yang admin tau nasi lemak lauk sotong + telur mata memang sedap! Hehe..

Wednesday 20 May 2015

Oh! Info: Fadhilat Mencukur Bulu Kemaluan


Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bahawa: “Rasulullah SAW menjadualkan bagi kami paling lama 40 hari, supaya tidak lupa mengunting kumis, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu-bulu ari”. (HR Muslim, Ibnu Majjah,Ahmad, Tirmidzi,Nasai dan Abu Daud).

Maksudnya, paling lama pun 40 hari memang kena servis bahagian-bahagan tersebut. Ada yang tak tahu so memang tak buat, tapi yang dah tahu pun tak buat jugak. Sampai ada yang tak pernah bercukur sampai bertahun-tahun lamanya.

Dan antara dialog Rasulullah SAW dengan Iblis, Pertanyaan Nabi: “Siapakah orang yang paling engkau lebih sukai?” Jawab Iblis: “Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situlah aku mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu.”

Didalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Jabir larangan mendatangi isteri tengah malam sebelum bersisir lebih dahulu dan mencukur bulu ari-ari bagi orang yang baru pulang dari perjalanan jauh. Kerana itu, penting untuk mencukur bulu ari-ari dan membersihkannya untuk mencegah kutu dan bau yang tidak enak.

Dari sudut saintifik:

Kawasan bulu ari-ari adalah kawasan mudah berpeluh dan banyak keluar peluh. Kalau malas cukur bulu tersebut, maka akan lebih banyak keluarkan peluh. Jadi, bilakena kesan bahan kumuh dari badan serta najis-najis lain, mungkin amat sukar untuk dihilangkan.

Lama kelamaan ia mendatangkan bau yang kurang enak. Tambahan pula, mencukur bulu ari-ari boleh mencegah daripada pembiakan kutu. Selain itu, ia juga membantu penjagaan kulit di kawasan kemaluan.

PS: Jadi, nasihat admin cukurlah apa yang patut dicukur ye.. ;)

Wednesday 15 April 2015

Oh! Info: Kebaikan Susu Ibu


 “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Aku-lah tempat kembalimu.” (Surah Luqman, ayat 14)

Air susu ibu ialah satu sebatian tiada tandingan yang diciptakan oleh Allah demi memenuhi keperluan nutrisi bayi dan melindunginya daripada sebarang jangkitan. Keseimbangan makanan berkhasiat dalam air susu ibu adalah pada kadar yang tepat dan bersesuaian dengan tubuh bayi yang belum matang.


Pada masa yang sama, air susu ibu juga kaya dengan nutrien yang mempercepat pertumbuhan sel-sel otak dan perkembangan sistem saraf. Makanan buatan untuk bayi yang disediakan dengan bantuan teknologi masa kini tidak dapat menggantikan makanan ajaib ini.

Memantapkan Sistem Imunisasi

Senarai manfaat air susu ibu kepada bayi bertambah setiap hari. Kajian menunjukkan bahawa bayi-bayi yang diberi minum air susu ibu terlindung daripada penyakit berkaitan sistem pernafasan dan penghadaman. Ini kerana antibodi-antibodi yang terdapat di dalam air susu ibu menyediakan satu perlindungan langsung daripada jangkitan. Sifat anti-infeksi lain air susu ibu adalah menyediakan satu persekitaran sesuai untuk bakteria “bermanfaat” yang dipanggil sebagai “flora normal” sekaligus menangkis serangan bakteria, virus dan parasit berbahaya. Tambahan pula, didapati bahawa terdapat beberapa unsur di dalam air susu ibu yang mengawal sistem imunisasi terhadap penyakit berjangkit dan membolehkannya berfungsi dengan lebih teratur.

Kaya Dengan Nutrisi

Oleh kerana air susu ibu telah direka secara khusus, ia merupakan makanan yang paling mudah dihadam oleh bayi. Selain kaya dengan nutrisi, ia juga mudah dihadam oleh sistem penghadaman bayi yang sensitif. Memandangkan bayi menggunakan sedikit sahaja tenaga untuk mencerna air susu ibu, maka tenaga selebihnya dapat disalurkan untuk fungsi tubuh yang lain, pertumbuhan dan perkembangan organ.

Air susu ibu yang mempunyai bayi pra-matang mengandungi tahap zat lemak, protein, natrium, klorida dan besi yang lebih tinggi untuk menampung keperluan bayi. Ianya telah dibuktikan bahawa fungsi mata bayi pra-matang yang diberi minum air susu ibu adalah lebih baik dan lebih cemerlang dalam ujian kecerdasan. Tambahan pula, mereka turut memiliki banyak kelebihan lain.

Omega-3

Kandungan minyak omega-3 asid alfa linoleat menjadikan air susu ibu penting untuk perkembangan bayi. Selain menjadi sebatian penting untuk otak dan retina manusia, ia juga amat mustahak bagi bayi-bayi yang baru dilahirkan. Omega-3 secara khusus penting sepanjang masa kehamilan dan peringkat awal usia bayi demi perkembangan otak dan saraf yang normal. Ramai saintis menegaskan kepentingan air susu ibu terutamanya sebagai satu sumber omega-3 semulajadi dan sempurna.

Mengurangkan Risiko Sakit Jantung

Selain daripada itu, kajian yang dilakukan oleh sekumpulan saintis Universiti Bristol, United Kingdom mendapati bahawa antara kebaikan jangka panjang air susu ibu adalah kesan positifnya terhadap tekanan darah, yang mana ia dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Kumpulan penyelidik tersebut menyimpulkan bahawa sifat perlindungan yang terdapat di dalam air susu ibu disebabkan oleh kandungan nutrisinya. Menurut hasil kajiannya yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Circulation, bayi yang diberi minum air susu ibu kurang berisiko menghidap penyakit jantung.

Kehadiran rantaian panjang asid lemak poli tidak tepu (polyunsaturated fatty acids) dalam air susu ibu (untuk mencegah pengerasan arteri) dan hakikat bahawa bayi yang diberi minum air susu ibu menggunakan sedikit natrium (berkait rapat dengan tekanan darah) serta tidak mengalami pertambahan berat badan berlebihan merupakan antara cara air susu ibu memberi manfaat kepada jantung.

Sebagai tambahan, satu pasukan diketuai oleh Dr. Lisa Martin, dari Pusat Perubatan Hospital Kanak-kanak Cincinnati di Amerika, telah menemui kadar kandungan hormon protein (adiponectin) yang tinggi dalam air susu ibu.

Kandungan adiponectin yang tinggi dalam darah dikaitkan dengan kurangnya risiko serangan jantung. Tahap adiponectin yang rendah ditemui pada orang yang mengalami kegemukan dan berisiko tinggi mengalami serangan penyakit jantung. Maka disepakati bahawa bayi yang diberi air susu ibu mempunyai risiko kegemukan yang rendah dengan kehadiran hormon ini.

Tambahan pula, mereka juga menemui sejenis hormon yang dipanggil sebagai leptin dalam air susu ibu yang mempunyai peranan utama dalam metabolisme lemak. Leptin dipercayai berfungsi menyampaikan isyarat kepada otak bahawa terdapat lemak pada tubuh. Berdasarkan pendedahan Dr. Martin, hormon-hormon yang diserap semasa peringkat bayi melalui air susu ibu dapat menurunkan risiko pelbagai penyakit seperti obesiti, diabetes tahap dua dan daya tahan insulin, serta penyakit jantung koronari.

Fakta tentang “Makanan Tersegar”

Fakta-fakta tentang air susu ibu tidak tamat di sini. Sumbangannya terhadap kesihatan bayi berkembang mengikut fasa pertumbuhan bayi dan kandungannya berubah demi memenuhi keperluan nutrisi bayi mengikut peringkat-peringkat tertentu. Unsur gula dan lemak dalam air susu ibu, yang sentiasa tersedia dan pada suhu yang sesuai, memainkan peranan penting dalam perkembangan otak. Tambahan pula, elemen lain seperti kalsium turut memberi sumbangan dalam perkembangan tulang-tulang bayi.

Meskipun dinamakan susu, namun sebahagian besar sebatian ajaib ini sebenarnya terdiri daripada air. Ini merupakan ciri terpenting kerana selain daripada makanan, bayi juga memerlukan cairan dalam bentuk air. Kebersihan sepenuhnya tidak mungkin didapati dalam air atau bahan makanan selain daripada air susu ibu. Namun air susu ibu yang merangkumi 90% air dan tidak kurang, memenuhi keperluan air bayi dalam cara yang paling bersih dan sihat.

Susu Ibu dan Kecerdasan

Kajian saintifik membuktikan bahawa pembangunan kognitif di kalangan bayi-bayi yang diberi air susu ibu adalah lebih hebat berbanding bayi lain. Satu analisis perbandingan berkaitan dengan bayi yang diberi air susu ibu dan bayi yang diberi susu formula oleh James W. Anderson — seorang pakar dari Universiti Kentucky — mendapati bahawa minda bayi yang diberi minum air susu ibu adalah lima kali lebih tinggi berbanding dengan bayi lain. Hasil daripada kajian ini, didapati bahawa kecerdasan diperoleh daripada air susu ibu sehingga enam bulan, dan bayi yang disusui kurang daripada lapan minggu tidak menunjukkan sebarang kesan dari segi kecerdasan minda.

Benarkah Air Susu Ibu Menentang Kanser?

Hasil daripada kesemua kajian yang dijalankan, terbukti bahawa air susu ibu, yang ratusan penulisan mengenainya telah diterbitkan, melindungi bayi daripada kanser. Hakikat ini telah diketahui meskipun mekanismenya belum difahami sepenuhnya. Sewaktu sebuah protein dari air susu ibu membunuh sel-sel tumor yang dibiakkan dalam makmal tanpa merosakkan sebarang sel sihat, para pengkaji menyatakan bahawa satu potensi yang hebat telah ditemui.

Catharina Svanborg, seorang profesor imunologi klinikal Universiti Lund di Sweden, ialah ketua kumpulan peneliti yang menemui rahsia ajaib air susu ibu ini. Pasukan tersebut menerangkan keupayaan air susu ibu dalam menyediakan perlindungan terhadap pelbagai bentuk kanser sebagai satu penemuan yang menakjubkan.

Pada mulanya, para peneliti mengkaji sel-sel lendir usus yang diambil daripada bayi-bayi yang bari dilahirkan dengan air susu ibu. Mereka mendapati bahawa penyakit pneumonia yang diakibatkan oleh bakteria Pneumococcus dapat dihentikan dengan berkesan oleh air susu ibu. Bahkan bayi yang diberi air susu ibu amat kurang mengalami masalah pendengaran berbanding bayi yang diberi minum susu formula dan risiko jangkitan penyakit pernafasan yang terlalu rendah.

Selepas beberapa siri penyelidikan, didapati bahawa air susu ibu juga memberi perlindungan terhadap kanser. Setelah menunjukkan bahawa kanser limfa di kalangan kanak-kanak yang diberi susu formula semasa fasa kanak-kanak berlaku sembilan kali ganda, mereka menyedari bahawa hasil yang sama juga berlaku untuk pelbagai jenis kanser yang lain.

Berdasarkan keputusan tersebut, air susu ibu berupaya mengenal pasti sel-sel kanser secara tepat lalu memusnahkannya. Zat bernama alpha-lac (alphalactalbumin) yang banyak di dalam air susu ibu menjejak dan membunuh sel-sel kanser. Alpha-lac dihasilkan oleh sejenis protein yang membantu pengeluaran gula laktosa dalam air susu ibu.

Rahmat Tiada Bandingan Ini adalah Satu Anugerah dari Allah

Satu lagi ciri menakjubkan air susu ibu adalah hakikat bahawa ia amat bermanfaat untuk diberi kepada bayi selama dua tahun terawal.

Maklumat penting yang hanya diketahui oleh sains baru-baru ini, telah dinyatakan oleh Allah 14 kurun yang lalu melalui ayat:

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu; …” (Surah Al-Baqarah, ayat 233)


Ps: Hebat benar khasiat susu ibu.. Jadi jika boleh admin nasihatkan ibu-ibu yang baru bersalin elakkan dari memberi susu lembu kepada bayi anda yer..

Pss: Si ibu tidak merancang untuk menghasilkan air susu ibu, sumber khasiat terbaik untuk bayi tidak berdaya yang memerlukan makanan dalam kandungannya, serta tidak menentukan tahap pelbagai nutrisi di dalamnya. Allah Yang Maha Kuasa, Yang Maha Mengetahui keperluan setiap makhluk dan mengasihi mereka, Yang menciptakan air susu ibu untuk bayi di dalam tubuh si ibu.

Sunday 29 March 2015

Oh! Info: Khasiat buah pisang

Hi apa khabar semua? Sihat? Alhamdullillah. Hari ni nak tulis kisah buah yang amat digemari oleh nyet-nyet, iaitu pisang.. Jom tengok apakah khasiat buah pisang!

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian…

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi.

Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.
Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stress:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

PS: Apa kata anda? Memang banyak khasiat buah pisang ni.. Jadi nasihat admin, makan lan pisang bebanyak yer..Dalam bebanyak pisang, admin suka Pisang Emas. Anda pula?

Wednesday 18 March 2015

Oh! Info: Rahsia Garis Putih Pada Kuku Anda


Semestinya anda melaluinya kan? Seakan ada garis putih pada kuku yang mendatankan perasaan tidak selesa . Itu adalah tanda bahawa anda tidak berada dalam keadaan sihat. Pernah tak anda terfikir apa penyebab garisan putih ini muncul?

Tahukah anda, salah satu cara untuk melihat tahap kesihatan seseorang adalah dengan melihat perubahan pada kuku seseorang itu. Garisan putih pada kuku merupakan simptom yang dinamakan Muehrcke’s Nail (Sumber Wikipedia). Secara jelasnya tidak diketahui sebab pembentukkan garisan putih ini..

Tetapi ianya dikaitkan dengan kekurangan protein di dalam badan. Maka, seseorang yang mempunyai garisan putih pada kuku berkemungkinan mempunyai masalah kekurangan protein.

Kesimpulannya , amalkan gaya hidup sihat selalu ok...

PS: Apa kata anda?. Bak kata orang-orang tua di kampung admin dulu, jika tanda/garis putih muncul di kuku kita, itu bermakna ada seseorang sedang meminati atau menyukai kita. Betul ke? Tepuk dada, tanyalah hati anda!

Monday 9 March 2015

Oh! Info: 10 khasiat Beras Perang


Beras perang merupakan jenis beras yang kurang diproses dan memiliki nutrisi yang tinggi. Jom lihat 10 khasiat beras perang untuk anda!

1.Mengurangkan risiko kanser kolon
Beras perang mengandungi kadar selenium yang tinggi, dan juga terdapat fenol yang dijumpai di dalamnya sekali gus mengaitkan fungsi beras perang dalam mengurangkan risiko kanser kolon. Tahap fenol dalam beras perang ternyata lebih tinggi dalam berbanding beras biasa. Manakala, kandungan serat yang tinggi mendorong kepada kolon dan sistem penghadaman yang sihat.

2.Mencegah sakit jantung
Pengambilan beras perang yang tinggi dalam diet dapat membantu dalam mencegah penyakit kardiovaskular. Ini kerana ia mengandungi kandungan serat yang mencukupi. Terdapat kajian yang mendapati lapisan tisu yang berada di sekeliling beras perang dapat mengurangkan tindakan protein Angiotensin II yang diketahui meningkatkan tekanan darah.

3.Perlindungan daripada kanser payudara
Pytonutrient Lignin yang terdapat di dalam beras perang dikatakan membantu untuk menyekat sel kanser pada payudara.

4.Mengurangkan kolesterol
Salah satu kelebihan yang terdapat pada beras perang yang dapat dilihat jelas adalah mengurangkan tahap kolesterol jahat atau kolesterol LDL di dalam darah. Ini kerana ia bertindak sebagai serat mudah larut sangat baik untuk menyerap lemak ini.

5.Mengekalkan berat badan seimbang
Apabila anda mengambil diet yang tinggi serat, sekali gus membuatkan anda kenyang dalam masa lebih lama dan seterusnya mengurangkan pengambilan makanan. Hal ini termasuklah mengekang anda daripada teringin mengambil makanan yang manis.

6.Membantu penghadaman
Melalui kandungan serat mudah larut yang terdapat dalam beras perang, ia akan menyerap air di dalam usus seterusnya menyebabkan pembuangan najis lebih lembut dan mengelakkan berlakunya sembelit.

7.Mencegah batu karang
Kajian yang dilakukan pihak American Journal of Gastroenterology mendapati serat yang terdapat pada beras perang berperanan mengurangkan risiko batu karang di kalangan kaum wanita.

8.Mengawal kadar gula dalam darah
Pengambilan beras perang akan menyebabkan penghadaman karbohidrat lebih perlahan berbanding pengambilan nasi putih biasa. Ini bermakna pengeluaran gula dalam darah akan lebih terkawal ditambah dengan faktor kandungan glicemic index (GI) yang lebih rendah dalam beras perang. Ia mampu membantu menstabilkan paras gula serta mengurangkan risiko perkembangan diabetes jenis 2.

9.Makanan bayi yang sempurna
Ia menjadi alternatif yang bagus kepada pemakanan bayi yang sedang membesar berbanding bijirin yang diperbuat daripada beras biasa.

10.Tulang yang sihat
Beras perang menjadi sumber yang baik untuk magnesium yang menjadi kunci kepada tulang yang sihat. Magnesium membantu mengurangkan berlakunya osteoporosis di masa akan datang. Satu cawan beras perang mengandungi 21 peratus keperluan harian magnesium buat anda.

Itulah khasiat beras perang.. Apa kata anda?

Ps: Sudah lama admin x update blog. Bersawang dah..;) Sibuk dengan biz online. Sori naa.

Pss: Jujur admin katakan yang admin tak berapa nak boleh telan nasi dari beras perang ni walaupun ianya banyak khasiat dan kebaikkan. Mungkin admin dah terbiasa makan nasi dari beras biasa sehingga x dapat terima perubahan dari benda baru (nasi beras perang) ni.. Kalau anda tak percaya try tengok! :)

Tuesday 20 January 2015

Tawaran Kerja Kosong

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Izinkan saya bercerita tentang ONEXOX

Secara ringkasnya, ONE XOX Sdn Bhd ini adalah sebuah syarikat milik 100% bumiputera yg menawarkan pelan perkhidmatan telekomunikasi sama seperti telco-telco yang  sedia ada seperti Maxis, Celcom, Digi, Tunetalk, Happy, Altel dan lain-lain.

ONE XOX Sdn Bhd : Anak syarikat XOX Com Berhad (Public Listed Company)
Penyedia rangkaian: XOX
Produk (pelan dan perkhidmatan) : ONEXOX

Satu-satunya nya telco yg telus & tiada caj-caj tersembunyi. <<klik sini untuk rujukan>>

Bagaimana utk menjadi usahawan ONEXOX?

1) Mula-mula sekali anda perlu jadi pengguna ONEXOX dahulu.  Anda boleh pilih no baru atau anda boleh KEKALKAN NO LAMA. (Boleh dapatkan daripada kami di talian 019-445 9260 (SMS / WHATSAPP).

2) Kemudian anda bolehlah mendaftar sebagai SUB-DEALER dengan kami. PROSES PERMOHONAN MENGAMBIL MASA 5-10 HARI BEKERJA....

Yuran adalah serendah RM290 sahaja.. Pecahan RM290 adalah seperti berikut:-


Sila klik imej untuk besarkan

Setelah mendaftar anda akan menerima email/sms ID & password utk 2 back office:-

A. Onesys - Sistem ONEXOX yg anda gunakan utk melihat incentive, hiraki, topup dan lain-lain.
http://onesys.onexox.my/index.php

B. POS XOX - Sistem utk anda mendaftar pengguna2 baru, mnp, semak status pendaftaran dan lain lain.
https://pos.xox.com.my

3) Setelah anda menerima kesemua diatas (termasuk 10 simkad + e-recharge) anda sudah boleh mulakan bisnes ini.

4) Sebagai sub-dealer, SETIAP pengguna yg anda daftarkan, anda akan menerima 10% incentive topup dari nilai topup customer2 anda. Seperti gambar rajah di bawah:

Contoh:
50 user x RM50 (andaian average topup bulanan) = RM2500 x 10% = RM250 incentive anda yg akan dimasukkan ke akaun bank anda setiap 15hb-18hb bulan berikutnya...

5) Setelah anda mempunyai 20 org pengguna anda sudah LAYAK utk melantik sub-dealer / rakaniaga baru dan berpotensi utk menikmati overiding level 2-4 spt dibawah.

Level 1 = 10%
Level 2 = 2%
Level 3 = 2%
Level 4 = 1%

TIDAK TERMASUK UNTUNG RUNCIT E-RECHARGE.

INSENTIF INI BERTERUSAN SELAGI CUSTOMER ANDA MENGGUNAKAN TELCO ONEXOX!!!

RINGKASNYA, ANDA HANYA JUAL SEKALI TP PENDAPATAN ANDA BERKALI2 SETIAP KALI MEREKA TOPUP!!!

6) Apabila anda sudah mempunyai 50 org pengguna yang anda daftarkan, status anda akan bertukar kepada DEALER..

SYARIKAT CUMA MEMERLUKAN 2000 ORG DEALER YG KOMITED SAHAJA....

DAN DI SINI BERMULANYA KERJAYA ANDA DI ONEXOX!!!

7) Seterusnya apabila anda sudah mempunyai 15 DEALER di Level 1, anda akan DITAWARKAN status AREA DISTRIBUTOR dimana anda berpotensi menjana income 4 angka seminggu tidak termasuk incentive 4 level diatas... Dimana, tugas anda selepas itu hanya SUPPLY SIMKAD kpd sub2 & dealer2 anda dan dealer2 berhampiran.

8) Master Distributor - Achieve yg atas2 dulu.

Jika ada soalan, Sila Sms/whatsapp ke 019-445 9260

TAWARAN
TERHAD! TERHAD! TERHAD!