Wednesday 2 August 2017

Oh! Info: Pelbagai Cerita #1

1. Enam Perkara Yang Selalu Di ‘Viral’kan Dalam Internet Di Malaysia.. No 1 Tu Mesti Korang Menyampah Gila!

Medium sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya memang jadi platform utama kita berkongsi macam-macam perkara. Dari luahan perasaan, detik pertama korang ada anak, dapat 12A SPM sampai lah jalan-jalan dengan family mesti nak share kan? Bila apa korang share tu menarik, ramai pulak suka dan share, terus jadi ‘viral’ satu Malaysia!

Tapi, korang sedar tak ada baik dan buruknya share sesuatu kemudian jadi ‘viral’ di Facebook? Contohnya lah, baiknya bila korang dapat rapatkan jurang antara keluarga yang jarang bertemu. Buruknya pulak, bila dah ‘viral’ ada lah mulut-mulut puaka... Sambung baca sini 


2. Boost App Kini Penyelamat Buat Korang Yang Selalu Habis Kredit & Boleh Dapat Baucar Diskaun Sehingga 60% Tau!

Memang potong mood betol bila tengah-tengah syok bersembang, terpotong pulak line dek kerana kehabisan kredit. Lagi-lagi kalau masa tu tengah berbicara perkara-perkara yang penting. Masa tu mula ligat kepala berfikir nak cari kedai topup pulak.

Kami percaya yang korang mesti pernah lalui situasi macamni kan? Tapi, usah risau sebab kami dah jumpa jalan penyelesaian yang efisien, menjimatkan masa dan dalam masa yang sama memberikan ganjaran yang lebih buat korang!

Excited? Sambung Baca sini



3.  5 Ayat Si Montel Dah Penat Dengar. Tak Baiklah Korang Ni!

 Sekarang kat negara kita ni dah makin ramai orang yang double standard. Paling jelas, kalau orang tu sihat ataupun gemuk. Gatal je mulut tu nak mengata atau pandai-pandai nak bagi tips kuruskan badan kat orang tu.

Ish..ish..ish..tak baik tau! Diorang pun manusia, ada hati dan perasaan. Entah-entah nanti kalau diorang kurus, lagi hot dari korang yang tak gemuk tu. Masa tu baru menyesal!


Untuk korang yang selalu kutuk golongan comel tu, jom baca ayat-ayat yang selalu korang cakap dekat diorang sampai diorang dah penat nak dengar. Lepas ni jangan kutuk Sambung baca sini

Ps: Jom baca. Haha..

Monday 17 April 2017

Oh! Info: Kenali Demam Campak

Apa itu demam campak?

Admin pun x berapa tahu. Admin pernah kene Demam Campak ni sekali semasa umur 15 tahun. Peritlah juga hampir 2 minggu tidak dapat bersekolah. Apa-apa pun, yang pasti, ianya tidak boleh dipandang ringan. Jadi jom kita kenali apakah itu Demam Campak.

Demam campak (Rubeola) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan oleh virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan respiratori dan disertai ruam pada kulit.

Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui udara dengan titisan (‘droplet”) cecair daripada mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. Walau bagaimanapun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan. Akan tetapi, kebelakangan ini terdapat pertambahan dalam kes-kes campak di bandar utama dengan kemasukan orang asing. Oleh itu, jika seorang kanak-kanak tidak lagi mendapat vaksin dan terdedah kepada individu yang menghidap penyakit ini, maka kemungkinan besar kanak-kanak ini akan dijangkiti virus ini.

Apakah tanda-tanda demam campak?

Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:
  1. Demam tinggi.
  2. Batuk, selesema dan sakit tekak.
  3. Mata berair dan sensitif kepada cahaya.
  4. Sakit otot.
Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala kemudian merebak ke bahagian badan, tangan dan kaki.

Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.

Adakah setiap demam yang disertai ruam merupakan demam campak?

Tidak. Demam campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum yang disebabkan oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan demam campak melainkan selepas 2–3 hari ruam timbul, demam biasanya akan kebah. Satu lagi penyakit yang menyerupai campak adalah rubeola.

Apakah kesan demam campak pada kanak-kanak?

Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna. Walau bagaimanapun kadang-kala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama golongan yang menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imuu sistem kekebalan yang rendah.

Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah:
  1.     Jangkitan pada telinga.
  2.     Jangkitan paru-paru (Pneumonia ).
  3.     Jangkitan pada otak (encephalitis).
  4.     Cirit-birit.
Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian. Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.

Bagaimana merawat demam campak?

Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala:
  1.     Panadol untuk mengurangkan demam.
  2.     Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata.
  3.     Berehat dan minum air yang cukup.
Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain (sehingga 4 hari selepas ruam timbul).

Bolehkah demam campak dicegah?

Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun.

Adalah tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan anak mereka mendapat imunisasi.

MMR adalah vaksin yang selamat.

Jika anak anda terdedah kepada individu dijangkiti campak dan belum lagi menerima imunisasi, bawa anak anda segera untuk berjumpa doktor. Pemberian vaksin dalam jangka masa tertentu boleh mengelakkan anak anda daripada dijangkiti virus ini.

Sumber

Ha, itulah dia tentang Demam Campak. Bahaya juga tu. Dulu semasa kene Demam Campak ni admin di baringkan atas daun Pisang bagi cepat sembuh katanya. Mungkin itu rawatan dulu-dulu tetapi sekarang dah moden dah dah ada kaedah-kaedah yang lebih baik dan berkesan.

PS: Apa-apa pun admin harap sentiasa mengambil langkah terbaik jika anda atau keluarga anda terkene Demam Campak ni. Rawatan segera adalah lebih baik.