Wednesday 25 June 2014

Fadhilat berpuasa di Bulan Ramadhan

As salam semua. Sedar tak sedar kita sudah sampai di penghujung bulan Sya'aban. Ini bermakna bulan Ramadhan akan tiba nanti dimana kita individu yang beragama Islam diwajibkan berpuasa. Salah satu perkara wajib yang terdapat dalam Rukun Islam. Jadi kali ini admin akan memberikan info bulan puasa iaitu Fadhilat berpuasa di bulan Ramadhan. Jadi inilah dia; jom kita semua ramai-ramai baca..

Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 ) "Wahai orang-orang beriman!! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa".

Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap ummat Islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberi begitu banyak manfaat dan keistimewaan, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang tahu dan menghayatinya.

KEUTAMAAN RAMADHAN
Terdapat puluhan hadis Rasulullah saw yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan pusa di bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manfaat ummat Islam di akhirat kelak, malah ianya memberi faedah yang besar untuk kesihatan tubuh badan manusia di dunia ini.

ANTARA FADHILAT DAN KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN.
1. Pintu langit dibuka
2. Pintu-pintu syurga di buka

FADHILAT YANG LAIN
1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
2. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT
3. Orang yang berpuasa mendapat 2 kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt 5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga
6. Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan 1700 kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan 70,000 malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.

AMAL IBADAH DI BULAN RAMADHAN

Dalam khutbah terakhir bulan Sya'ban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah saw telah memberi nasihat kepada ummat Islam supaya menyempurnakan amal ibadah sepanjang bulan ramadhan, antaranya ialah:
  • Solat sunat Tarawih
  • Solat-solat sunat yang lain
  • Bantu membantu sesama umat islam seperti bersedekah dan seumpamanya
  • Memberikan hidangan berbuka puasa .Banyakkan membaca tahlil
  • Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah swt .Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka
  • Banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
  • Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita.
Ps: Oleh itu marilah sama-sama kita berpuasa dengan seikhlas-ikhlasnya. Jangan kita hanya berpuasa, kerana ikut orang lain berpuasa. Hayatilah kelebihan-kelebihan berpuasa, agar kita sempurna di dunia dan di akhirat. Banyak fadhilatnya jika kita benar-benar ikhlas berpuasa kerana Allah SWT. Amin..

sumber : http://www.jais.gov.my/

Sunday 22 June 2014

Oh! Info: 25 fakta menarik tentang lelaki

Artikel lepas admin ada keluarkan 10 info menarik tentang wanita. Tidak adil lah jika admin tak keluarkan info menarik tentang lelaki. Jadi artikel kali ini adalah berkaitan dengan lelaki. 25 fakta menarik tentang lelaki. Jom baca..

1. Lelaki lebih bijak daripada wanita (jangan marah).

2. Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling famous ditanya ketika mereka menelefon kekasih/isteri.

3. Lelaki tidak semestinya terpikat kepada wanita disebabkan kecantikan mereka, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan wanita itersebut.

4. Lelaki akan menjadi gugup apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.

5. Walaupun sesibuk mana leleki, tetapi sebelum tidur pasti mereka akan memikirkan tentang wanita yang mereka sayangi. ( Ya, ya.. Betul, betul )

6. Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, dia akan mengabaikan sekeliling mereka termasuklah karakter negatif yang ada pada wanita itu.

7. Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.

8. Lelaki amat benci apabila wanita bercerita perihal lelaki lain di hadapannya.

9. Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.

10. Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.

11. Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’ 
12. Lelaki amat sayang ibu mereka.

13. Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia.

14. Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.

15. Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.


16. Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.

17. Imaginasi lelaki tiada had dan mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.

18. Kebanyakan lelaki tidak memandang ketinggian wanita, apa yang lebih penting adalah berat mereka.

19. Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah lebih-lebih lagi jika mendapat sokongan yang kuat daripada kekasih/isteri mereka.

20. Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.

21.
Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, tidak seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.

22. Lelaki paling tidak suka kekasih/isteri mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.

23. Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan kali kedua.

24. Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan yang kekadang tak masuk akal sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.

25. Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.
 
Ps: Haa.. Itulah dia 25 fakta menarik tentang lelaki. Apa kata anda? Menarik bukan? Mesti ada abe2 yang dah kembang hidung tu. Mana taknya, artikel fakta menarik wanita hanya ada 10 sahaja faktanya. Lelaki pula ada 25 faktanya! Hehe.. Kepada kaum wanita jangan lah berkecil hati pula ya. Ianya hanya sekadar bahan bacaan..

Thursday 19 June 2014

Oh! Info: 10 fakta menarik tentang wanita

As salam & salam sejahtera semua. Harap sihat hendaknya.. Artikel kali ini admin nak berceloteh tentang kaum hawa. Info biasa saja. Ianya ialah fakta menarik tentang wanita. Jadi, inilah dia. Jom Baca!

1. Kajian oleh Universiti Illinois mengatakan wanita lebih penyayang dan setia berbanding lelaki. Rasulullah S.A.W bersabda, “Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa orang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Lelaki hanya mampu menahan kesakitan sehigga 47 Del tetapi wanita mampu menahan kesakitan sehigga 57 Del ketika sakit bersalin. Itu bersamaan 20 tulang dipatahkan serentak ( WOW! ). Khas untuk lelaki, hargailah ibu dan isteri anda

3. Wanita suka menangis tetapi bukan tanda mereka lemah. Wanita menangis untuk mencari dan mendapatkan kembali kekuatan diri.

4.
Wanita suka ‘shopping’ sebab itu sahajalah masa di mana mereka rasa dapat mengawal keadaan mengikut kehendak mereka.

5. Mengikut kajian, dalam keadaan stress atau situasi tidak terkawal, lelaki cenderung untuk mengelak tetapi wanita cenderung memilih untuk menyelesaikannya.

6. Kajian menunjukkan memori wanita lebih kuat berbanding lelaki terutama perkara yang berkaitan dengan emosi. Sebab itu wanita lebih sensitif.

7. Naluri wanita lebih kuat dari lelaki. Ibu lebih bersikap melindungi dan tahu secara semulajadi bila situasi merbahaya untuk anak sedangkan bapa perlu berfikir sejenak sebelum sedar akan bahaya.

8. Rasulullah S.A.W bersabda, “ Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.”

9. Wanita yang menyusui anaknya akan diberi satu kebajikan bagi setiap teguk susunya.


10. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Jadi kepada anak-anak, hormati & sayangi ibu anda ye..

Ps: Ok, itulah info berkaitan wanita. Admin rasa jumlahnya lebih dari sepuluh.. Mesti ada banyak lagi info-info menarik tentang wanita ni.. Nanti ada masa admin updatekan. Itu pun jika teringatlah ;p. Apa kata anda pula?

Wednesday 11 June 2014

Oh Info! Kesan buruk dari mee segera

Haaa, kali ni admin nak tulis berkaitan dengan satu makanan yang amat digemari ramai. Apa tu? Ianya adalah Mee segera! Info kali ini berkaitan dengan bahaya-bahaya yang dibawa oleh mee segera. Jom layan..

Mee segera merupakan mee separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya di makan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit. Makanan ini amat popular di kalangan rakyat Malaysia.

Namun begitu tahukah anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan.

Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi. Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala yang melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi.

Selain itu, kandungan dioxin dan plasticizers yang terkandung dalam pek pembungkusan (biasanya dalam bentuk mangkuk atau cawan) juga dikatakan mampu mempertingkatkan risiko serangan kanser di kalangan pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam air panas akan menjadi bahaya sekiranya di makan dari mangkuk secara terus.

Jangan lupakan juga teknik memasak mee segera anda. Tahukah anda, kandungan wax yang menyelaputi mee segera mengambil masa selama 4-5 hari untuk mencernanya. Bagaimana pula dengan kesan terhadap ibu mengandung dan kanak-kanak?

Kanak2 yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu. Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung juga boleh mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin. Jadi, anda para wanita, cubalah elakkan mengidam mee segera ya.. Cuba gantikan dengan makanan lain yang lebih berkhasiat.

136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi.

Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.Huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010. 

10 ramuan melampau dalam mee segera
Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu?
Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat?

Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.

1) Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

2) Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

3) Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

4) Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

5) BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

6) Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.

7) Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

8) Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

9) Polydimethylsiloxane:
Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

10) Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.

Ps: Itulah dia info kesan buruk mee segera. Moga dapat memberikan sedikit pelajaran yang berguna kepada anda. Begitu banyak sekali kesan buruk mee segera kepada kita. Mujurlah admin tak gemar dengan mee segera ni. Bukan tak pernah makan, tapi tidak selalu. Rasanya setahun kurang dari 10 bungkus.

Pelbagai perfume antarabangsa Gred 5A pada harga murah dengan klik sini

Sunday 8 June 2014

Oh! Info: Kesilapan-kesilapan dalam Solat


Untuk kali ini admin akan menceritakan bab Solat. Solat merupakan antara kewajipan paling penting dalam kehidupan umat Islam. Nabi SAW diisrakkan ke langit untuk menerima perintah solat. Solatlah amalan pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. Oleh yang demikian, admin berharap agar kita bersama-sama membaiki kualiti solat kita. Maksud hadis:

    “Amal seorang hamba yang pertama kali dihisab kelak ialah solat, jika solatnya rosak, maka amal lainnya pun akan rosak.” (HR Thobrani)

Berikut merupakan kesalahan-kesalahan solat yang tidak kita sedari. Jom kita sama-sama membaca.. 
 1.Tidak berdiri lurus. Berdiri lurus bagi yang berkemampuan merupakan salah satu rukun solat. Apa yang diperhatikan, seseorang yang sakit tidak berdiri lurus semasa solat. Mereka terus duduk, tanpa berdiri lurus. Sewajibnya, mereka berdiri lurus dahulu, kemudian, barulah mereka boleh duduk. Ini adalah kerana mereka masih boleh berdiri dan berjalan! Macam mana mereka ke masjid sekiranya mereka tidak boleh berjalan? Perkara ini terkecuali sekerinya seseorang itu memang betul-betul tidak mampu untuk berdiri.

2.Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah. Walhal, lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI, maka, ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu huruf pun dalam kalimah Allahhuakhbar . Selain itu, sekiranya makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia boleh juga membatalkan solat. Contohnya, melafazkan takbiratul ihram dengan suara angin (seperti suara orang berbisik).

3.Terdapat kesalahan dalam al-Fatihah. Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI yang wajib dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul. Sekiranya membaca al-Fatihah dalam hati atau menggunakan suara angin, maka, ia boleh membatalkan solat.

4. Tidak thomakninah (berhenti seketika) dalam rukuk dan sujud. Kadar minimum untuk rukuk dan sujud adalah dengan kadar lafaz “subhanallah”. Maksud hadis:

“Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya.” Sahabat bertanya, “Bagaimana caranya mencuri solat itu wahai Rasulullah?” "Iaitu, yang tidak menyempurnakan rukuk, sujud dan bacaan di dalam solatnya” (HR Ahmad)

5. Sujud yang tidak sempurna, anggota sujud tidak dikenakan ke atas lantai. Tujuh anggota sujud tersebut adalah: muka (termasuk dahi dan hidung); kedua tapak tangan; kedua lutut dan penghujung 2 tapak kaki (ibu jari), sebagaimana sabdanya yang bermaksud:

    “Aku telah memerintahkan agar sujud keatas tujuh tulang: keatas dahi, dan beliau mengisyaratkan ke hidungnya, 2 tangan, 2 lutut dan pada penghujung 2 tapak kaki (ibu jari).” (Muttafaqun ‘Alaih)

6. Lafaz tahiyyaat akhir yang salah. Perkara ini merupakan antara kesalahan yang amat biasa dilakukan tetapi ramai yang tidak menyedarinya. Lafaz tahiyyaat wajib disebut dengan makhraj yang betul kerana ia adalah rukun qauli. Sekiranya lafaz tahiyyat itu dilafazkan dengan suara angin juga, ia akan membatalkan solat. Namun begitu, amat sukar untuk diterangkan berkaitan lafaz tahiyyat akhir yang betul di dalam ruang yang terbatas ini. Sebaik-baiknya, rujuklah guru agama yang hak.

7. Lafaz salam dibaca dalam hati, dilafaz dengan suara angin, atau melafazkan salam dengan makhraj dan huruf yang salah juga boleh membatalkan solat. Lafaz yang tepat adalah (assalaamu’alaikum warahmatullaah). Sekiranya menyebut “asalaamu’alaikum”, “salaamu’alaikum”, menukar huruf yang betul kepada yang lain, atau apa sahaja sebutan yang selain daripada nya, ia akan membatalkan solat.

Menyebut salam dalam hati juga boleh membatalkan solat, kerana lafaz salam pertama adalah rukun qauli, ia WAJIB dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul.

8. Tangan berayun-ayun semasa i’tidal. Pergerakan anggota besar 3 kali berturut-turut boleh membatalkan solat. Tak tahulah kenapa orang suka sangat ayun tangan semasa i’tidal, yang macam buaian itu.
  
9. Tidak berhenti seketika, yakni i’tidal selepas rukuk.
   
10. Dada berpaling dari kiblat

Sumber:myibrah

Ps: Itulah 10 kesalahan yang mungkin sering kita lakukan ketika bersolat. Harap-harap dengan artikel ini ianya dapat memberikan anda ilmu dalam memperbaiki solat serta meningkatkan kualiti solat anda supaya ianya lebih sempurna dan diredhai Allah SWT. Segala puji-pujian hanyalah padamu ya Allah, tuhan yang mencipta sekalian alam semesta.. Amin.

Monday 2 June 2014

Oh! Info: Teknik bersetubuh suami isteri yang baik



Kali ini admin akan paparkan satu artikel yang menarik. Berkaitan hubungan ranjang di antara suami isteri. Bacaan untuk 18tahun dan keatas saja yer. Yang belum cukup umur tu, jangan baca ye.. nanti bila dah cukup 18 tahun, baru datang balik & baca. ;). Tanpa melengah-lengahkan sabar anda lagi, inilah dia artikelnya. Jom layan..

Antara teknik-teknik yang boleh diamalkan ialah:-

1- BERSETUBUH DALAM PELBAGAI POSISI
Pelbagai posisi persetubuhan seperti isteri diatas, sambil mengiring, sambil duduk, sambil berdiri, dari arah belakang mencangkung atau menonggeng (mat saleh kata doggy , ini la dia kot) , atas kerusi, dan sebagainya.

Semuanya tu adalah sekadar untuk menukar selera sekali sekala dan bukan untuk dijadikan sebagai tabiat kerana kemungkinan semua teknik tadi tidak mendatangkan keselesaan pada isteri (bergantung pada bentuk tubuh isteri). Oleh itu posisi normal suami diatas dan isteri dibawah adalah digalakkan.

Dalam kitab At Tibun Nabawi ada menyebut bahawa dalam banyak posisi-posisi persetubuhan, suami di atas dan isteri di bawah adalah paling ideal dan paling baik dari segala posisi yang ada. Sementara posisi suami di bawah isteri diatas adalah sangat merbahaya, ini kerana jika inzal, mani suami tidak habis keluar dan cecair yang ada dalam liang rahim isteri mudah mengalir atau menyerap masuk ke lubang kencing suami dan ini merbahaya kerana mudah mendedahkan dan memudahkan jangkitan kuman-kuman yang ada.

Namum tambah kitab itu lagi, posisi itu tidaklah terbatas kerana terdapat hadis riwayat Imam Muslim bahawasanya Rasulullah bersabda, maksudnya:

” Apabila seseorang itu berjimak, boleh saja ia bertelungkup (suami di atas, isteri di bawah) atau tidak bertelungkup. Apa yang utamanya ialah memasukkan zakarnya pada qubul (kemaluan) isteri dan tidak pada lubang duburnya. Kerana pada qubul dapat menghidupkan benih dan menghasilkan anak. ”

Hadis diatas menjelaskan , bahawa tidak salah bersetubuh dalam pelbagai posisi kerana yang utamanya ialah perlaksanaanya tepat, pada farajnya dan matlamatnya ialah untuk menghasilkan anak.

2- PETUA MENCAPAI KENIKMATAN JIMAK
Sementara orang tua-tua dulu memberi panduan asas persetubuhan ialah hendaklah dilakukan dengan 2 cara:-

1. Hendaklah dengan 7 anggota (bagi pihak suami). Dua siku, dua lutut dan dua hujung jari kaki hendaklah menyentuh bumi atau lantai dan 1 kemaluan bertemu dalam kemaluan isteri.

2. Hendaklah dada sama dada, pusat sama pusat, perut sama perut, dan wajah sama wajah suami ister bertemu rapat.

Selain dari cara diatas, kemungkinan tidak mendatangkan nikmat yang sempurna kepada pasangan. Mungkin pihak suami yang tidak puas atau isteri yang tidak puas. Sedangkan tujuan bersetubuh adalah untuk sama sama merasa nikmat.

3. KERJASAMA SUAMI ISTERI
Sebenarnya kerjasama antara suami isteri memainkan peranan penting untuk mencapai kepuasan seks. Tidak kira walapun posisi mana sekalipun, kalau tanpa kerjasama antara kedua dua belah pihak semasa bersetubuh, kenikmatan tidak akan dapat dirasai semaksimum mungkin . Oleh itu pertimbangan dan kreativiti pasangan dalam memberi kan kerjasama sangat diperlukan.

4. TEKNIK-TEKNIK BERJIMAK

1- Teknik Menggoyang
Teknik ini boleh melambatkan inzal (terpancut mani) dan memberikan kenikmatan kepada kedua-dua belah pihak, boleh juga menambahkan kekuatan dan ketahan zakar. Goyangan yang terkawal dan tersusun membolehkan pihak suami mengawal inzal seberapa lama yang dia mahu
sehingga isteri benar benar mencapai kepuasan sebenar. Cara-cara goyangan ialah seperti berikut:-

a. Goyangan Kesabaran
– Mengoyang dengan perlahan ketika memaukkan zakar, tetapi bila menarik, tarik dengan cepat hingga kepala zakar hampir keluar. Teknik ini melambatkan pancutan mani suami dan isteri lebih terasa nikmat dan mempercepatkan inzal isteri.

b. Goyangan Jongket
– Bahagian tubuh anda keatas sedikit sehingga batang zakar kelihatan bengkok. Teknik ini akan memberi geseran kuat batang zakar pada kelentit isteri. Ini akan mempercepatkan isteri inzal dan memberi nikmat yang tiada tara pada isteri. Tanda isteri merasai nikmat ialah nafas isteri kencang dan suara renggekannya kuat.

c. Goyangan Hitungan
– Sewaktu menggoyang, lakukan 40 kali secara lambat diikuti 40 kali goyangan secara cepat . lakukan secara bergilir-gilir. Cara ini menjadikan isteri berasa khayal , kerana ombakan goyangan bagai ombak kapal di lautan. tanda isteri khayal ialah matanya kuyu dan dipejamkan.

d. Goyangan Hentian
– Goyang secara selang seli dan rehat sejenak. Goyang 3 kali dan berhenti, kemudian goyang lagi dan berhenti.Goyangan begini menjadikan isteri tersentak-sentak kesedapan. Tanda isteri kesedapan ialah bila kita menggoyang , nafas dan suaranya bagai tersekat sekat. Bila berhenti, ia menghembus nafasnya panjang.

e. Goyangan Berpasangan
– Suami mengoyang dahulu kemudian berhenti. Setelah itu isteri menggoyang pula dan berhenti. lakukan bergilir-gilir. Boleh juga bergoyang serentak atau suamo menggoyang keatas dan kebawah isteri pulak menggoyang ke kiri dan kanan. Cara ini memerlukan kesepakatan dan kerjasama.

f. Goyangan Kekasih
– isteri menggoyang sedangkan suami mendiamkan diri. cara ini membantu melambatkan inzal suami dan banyak memberi kerehatan pada suami. Sesuai untuk diamalkan bagi suami yang mudah terpancut awal.bagi suami pulak janganlah berdiam diri sahaja. lakukan perkara lain seperti meramas payudara isteri, mencium isteri atau menghisap puting susu isterinya atau mengikut selera isteri. Sekiranya isteri hendak terpancar maninya, hendaklah dia memberitahu suami agar goyangan bersama -sama dan supaya sama sama serentak terpancar mani.

g. Goyangan dan Geselan Kepala Zakar
-Melakukan goyangan dengan menggunakan kepala zakar. Caranya ialah memasukkkan zakar sampai ke takuknya agar kepala zakar berada di permukaan kemaluan isteri dan disamping itu kenakan kepala zakar pada kelentitnya.Ini kerana kebanyakan kelazatan perempuan banyak terhimpun
pada bahagian permukaan faraj dan khusunya pada kelentitnya. Bergoyanglah hanya sampai takuknya sahaja dan sekali sekala ditusukkan zakar sampai habis dan tarik semula.Cara ini juga dapat melambatkan suami inzal .Tusuklah zakar perlahan-lahan dan apabila tarik, tarik dan rentap cepat-cepat dan tusuk pula perlahan lahan dan seterusnya.

Sebaik-baiknya suami yang lakukan teknik goyangan supaya senang untuk mengawal ghairah. Bila terasa kegelian dan hendak inzal, hentikan goyangan sekejap .Semasa berhentia. suami haruslah teruskan ciuman dan rabaan di tempat-tempat sensitif isteri supaya ghairahnya berterusan.

2. Teknik Tahan Nafas

a. Semasa memasukkan zakar, tahan nafas sehingga tenggelam semua zakar. Diamkan sebentar . Kemudian baru lepaskan nafas.

b. Semasa buat goyangan sorong tarik, tahanlah nafas dan apabila hendak lepaskan nafas, hentikan goyangan. Begitulah seterusnya. Petua ini dapat melambatkan keluarnya mani.

c. Ada baiknya anda lipatkan lidah di lelangit mulut dan niatkan selagi tidak turun lidah selagi itu tidak terpancar mani. Apabila hendak mencium dan menghisap lidah isteri hentikan goyangan.

3. Teknik Nafas Songsang

a. Semasa goyangan (keluar masuk zakar), hendaklah berlawanan dengan keluar masuk nafas isteri. nafas isteri keluar, zakar masuk dan apabila nafas masuk zakar ditarik keluar.

b. Untuk mengetahui nafas isteri keluar, bila kempisnya perut dan tanda nafas isteri masuk buncit perutnya. Ini dapat menahan mani dan banyak kelebihannya lagi.

4. Teknik Kerjasama (Berpakat)
Apa yang paling penting untuk melambatkan inzal atau inzal serentak kedua-dua pihak ialah suami isteri hendaklah berpakat.Bila suami terasa nak inzal,suami hendaklah berenti mengoyang . Jika isteri asyik mengoyang-goyang suruh dia berhenti sekejap.Demikian dengan pihak isteri, jika hendak inzal bersama beritahu agar sama-sama inzal serentak.

Cara kerjasama ini hanya boleh wujud jika suami isteri saling cinta menyintai dan tidak ada rasa segan dan saling memikirkan untuk mencapai kepuasan nafsu bersama yang maksimum.

5. Tidak Lupa Allah
Walaupun semasa bersetubuh,jangan biarkan diri anda terlalai dari mengingati Allah.Biarlah pancutan mani anda keluar sambil anda mensucikan diri dengan kalimah Allah. Berzikirlah dalam HATI semasa berjimak.Ini bertujuan supaya fikiran dan perasaan anda dapat menumpukan pada keagungan Ilahi.Dan dari segi psikologinya, ia akan dapat memberi anda keupayaan mengawal dan mengemudikan kelakuan jimak anda. Biasanya anak yang dilahirkan sukar mendapat penyakit sawan.

6. Baca Doa Ketika Klimaks (Inzal).
Ketika klimaks, bacalah doa di dalam HATI dan jangan baca secara lisan atau mengerakkan kedua-dua bibir. Ini kerana dilarang menyebut nama Allah dalam hadas besar. Tetapi menyebut didalam hati tidaklah dilarang.

Doanya seperti berikut:-

” Maha Suci Allah yang menjadikan manusia daripada air (mani), lalu diadakan pertalian darah (nasab) dan hubungan musaharah (hubungan kekeluargaan berpunca dari perkahwinan, seperti mentua, menantu,ipar dan lain lain). Dan adalah Tuhan-mu Maha Berkuasa ”

Surah – AL Furqan ayat 54

Ada pula fatwa yang anjurkan agar semasa klimaks, ucaplah ” La ilahaillah Muhammadur Rasulullah “ di dalam hati, bukan dengan lidah atau berlafaz. Tujuan untuk mengislamkan benih-benih yang mula beroperasi untuk menjadi zuriat. Kebiasaannya orang cuma mengazankan apabila atau? memperdengarkan kalimah syahadah kepadan anak yang baru lahir. Tetapi ada pendapat menganjurkan agar kita mengislamkan zuriat kita sejak ketika benihnya lagi iaitu semasa keluar mani dengan mengikut kaedah seperti diatas.

Ketika menyebut di dalam hati, hendaklah disertai dengan niat agar anak yang bakal lahir menjadi anak yang soleh dan insan yang mulia budi pekertinya. Antara pesanan pemberi petua ini ialah:

” Manusia ketika beribadah ingat akan allah, tetapi dalam berjimak lalai pada Allah. Padahal jimak itu hendak mengeluarkan benih suci yang mana pihak lelaki tempatkan selama 40 hari di dalam rahim isterinya. datangnya dengan kalimah, keluarnya dengan kalimah. Bezakan jimak kamu dengan jimak haiwan dan jimak orang yang kafir. Juga dengan jimak orang -orang yang jahil yang berjimak semata-mata memuaskan nafsunya. “

7. Mengesat Dan Meramas
Sebaik isteri selesai jimak, sebelum membasuh kemaluannya, isteri hendaklah mengesat kemaluan suami dengan kain tuala atau tisu. Cara itu boleh mengharmonikan rasa kasih suami dan suami akan terasa nikmat jika semasa mengesat itu, isteri mengusap dan meramas-ramas serta mengurut-urut dengan perlahan zakar suami.

Produk2 suami isteri bagi meningkatkan kualiti hubungan seks diranjang sila klik sini.

Ps: Haa, dah habis membaca? Bolehlah praktikan malam nanti ( Bagi yang dah berkahwin saja). Hehe.. Apa2 pun admin harap sedikit sebanyak artikel ini dapat memberikan manfaat kepada anda suami isteri..

Sunday 1 June 2014

Oh! Info: Cara mandi wajib yang betul

Ok, kali ni adalah bab penting iaitu bab mandi wajib. Ianya adalah penting kerana jika ianya tidak sempurna akan memberikan kesan kepada ibadah-ibadah kita yang lain. Jadi, sila ambil berat bab mandi wajib ini. Bagi anda yang masih tidak tahu, inilah masanya untuk belajar. Jangan malu-malu untuk belajar terutama berkaitan ilmu dan agama. Inilah dia..

Sebab Anda Perlu Mandi Wajib:
1-Bertemu dua khitan atau bersetubuh (masuknya zakar sehingga terbenam kepalanya ke dalam faraj)
2-Keluar mani walaupun sedikit
3-Mati melainkan syahid
4-Keluar haid bagi perempuan.
5-Keluar nifas (darah yang mengiringi bayi ketika bersalin)
6-Wiladah atau melahirkan anak

Rukun Mandi Wajib ( Cukup 3 rukun ini, mandi wajib sah):
1-Niat Mandi Wajib
2-Menghilangkan najis di badan samada yang jelas('ayni) atau tidak jelas(hukmi)
3-Menyampaikan air ke seluruh anggota badan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.

Jenis Niat Mandi Wajib:
1-Keluar Mani atau keluar haid dan nifas
"Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala"
"Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala"  

2-Mandi disebabkan bersetubuh antara suami isteri
"Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala"  

3-Mandi disebabkan keluarnya darah nifas
"Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala"

Bahasa Arab
Sunat Ketika Mandi Wajib:
1-Mengadap Kiblat
2-Membaca basmalah
3-Membasuh dua tapak tangan
4-Mengambil wuduk sebelum mandi
5-Menggosok seluruh anggota badan dengan tangan dan berturut-turut dalam membasuh anggota
6-Membasuh kemaluan dengan tangan kiri dan juga segala kekotoran yang ada pada badan.
7-Menyelati rambut kepala dengan air kemudian membasuh kepala 3 kali.
8-Mengambil air dan membasuh ke semua tubuh yang berlipat seperti tubuh yang berlipat seperti kedua-dua telinga, lipatan-lipatan perut, dalam pusat dan ketiak.
9-Membasuh sebanyak 3 kali sebagai kias kepada wuduk .

Cara-Cara Mandi Wajib:
1-Bersihkan tubuh dan hilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh menghalang air sampai ke anggota badan semasa mandi hadas .
2-Duduk bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk menyampaikan air ke kawasan-kawasan sulit seperti qubul dan dubur. Kalau berdiri pun tidak jadi masalah , yang penting ialah air sampai kepada semua bahagian anggota badan.
3-Niat mandi wajib . Bagi sesiapa yang tidak pandai bahasa arab boleh dalam bahasa melayu.
4-Sunat memulakan mandian disebelah kanan anggota badan dan seterusnya disebelah kiri.
5-Gosok atau sapu disemua anggota badan , mengambil air dan membasuh ke semua tubuh yang berlipat seperti tubuh yang berlipat seperti kedua-dua telinga, lipatan-lipatan perut, dalam pusat dan ketiak.(meratakan air keseluruh tubuh badan).
6-Selesai Mandi Wajib

Rujukan :

Buku "Indahnya Hidup Bersyariat"
Halaman 70-71

Ps: Macamana? Jika anda tahu caranya, ianya amat mudah. Kepada anda yang ada melakukan kesilapan dalam mandi wajib sebelum ini, moga artikel ini dapat membantu.. Kita adalah manusia yang tidak pernah lepas dari kesalahan. Apa yang penting kita mempunyai niat untuk membetulkan kesalahan itu..