Thursday 28 August 2014

Oh! Tips: 8 Cara Penjagaan Kucing

1.Si manja perlulah dimandikan sekurang-kurangnya 2 minggu sekali dengan menggunakan air suam, kalau guna air sejuk dia akan mengigil, tubuh dia kan kecik, so dia tak dapat tahan kesejukan air  kalau anda guna air sejuk, berkemungkinan besar dia akan melompat dan mencakar cakar anda.

2.Tahap kepanasan air tu biarlah suam-kuku, agak-agaklah la si manja tidak sejuk & tidak berapa panas bila ia dijirus dgn air tersebut... Anda perlulah memandikan si comel dari ekor terlebih dahulu, jirus bahagian ekor dan seterusnya ke seluruh badan kecuali muka dan telinga.

Telinga si manja tidak boleh dimasuki air, jika tidak, telinganya boleh bernanah, muka pula tak boleh dijirus, nanti dia lemas, cukup sekadar anda lap menggunakan tuala kecik yang telah di basahkan. Kemudian, syampu seluruh tubuh badan si comel kecuali bahagian kepalanya sahaja (jangan sekali kali guna syampu manusia)...

Gosok2 dan garu badannya sehingga diliputi syampu, gaul sehingga ia sebati & mesra. Sebab jika si manja ade kutu, bagi kutu tu pening2 lalat supaya ia pengsan dan mengalir jatuh bersama air. Setelah itu, bilas kembali degan air suam hinggalah buih-buih syampu itu hilang. Bersihkan hidung & mata si manja anda dengan kain tuala atau tisu yg dilembapkan (lembap, bukan basah ya).

3.Keringkan si comel anda dengan tuala yg dikhaskan untuknya, lapkan seluruh tubuhnya. Bagi kucing yang berbulu lebat dan panjang seperti persian, ragdoll, norwegian forest, silberian, chinchilla, munchkin (yg bulu panjang je) dan yg sewaktu dengannya, anda perlulah menggunakan 'hair dryer'. Ingat, gunakan suhu yang coll pada hair dryer untuk mengeringkan tubuh mereka, kerana jika anda biarkan bulu mereka kering sendiri, ini boleh mendatangkan penyakit kulit kepada kulit lembap mereka.

Bagi kucing biasa macam kucing kampung kat malaysia ni, better guna 'hair dryer' jugak, tapi kalau tak mahu atau susah sebab mereka takut, anda jemur je la tgh panas, sebab diorang ni memang suka berjemur lepas mandi, In Sya Allah, kucing-kucing berbulu pendek ni kurang potensi untuk terkena penyakit kulit. Bagi yang bulu pendek ni anda boleh juga menggunakan 'hair dryer', tapi tidaklah menjadi satu kemestian berbanding dengan kucing yg berbulu panjang.

4.Si manja yang berbulu panjang hendaklah disikat setiap hari bagi membuang bulu-bulu mati yg melekat di badannya dengan menggunakan sikat yg khas untuk kucing.

5.Bahagian telinga si manja juga agak sensitif dgn habuk dan hama, jika dibiarkan kotor, ia mungkin akan menyebabkan telinga si comel dijangkiti hama atau kuman, hama itu boleh memakan darah dan menyebabkan si comel berasa tidak selesa, kerap menggaru dan telinga dan kadang kala akan berdarah.

Seterusnya kuman pula boleh membawa penyakit kepada telinga dan menyebabkan telinga si comel bernanah, jika dibiarkan, ianya akan menjadi buruk dan kritikal hingga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa si comel anda.Telinga si comel perlulah di cuci dgn putik kapas serta ubat telinga yg khas untuk matikan kuman  sekurang-kurangnya seminggu sekali. Kalau anda nak guna kapas untul cuci telinga pun boleh, terpulang pada citarasa memasing. Mata dan hidung si manja pula seeloknya dibersihkan setiap hari.

6.Untuk pemakanan si comel pula, anda tolonglah jangan sekali kali terpengaruh dengan iklan TV, cakap bagus, bulu cantik, bersinar, sihat, lincah, cantik dll. Bukan masanya untuk terpengaruh dengan TV lagi, kalau tak percaya cakap saya ni anda boleh jumpa doktor veterinar sendiri, tanya doktor tentang pemakanan sihat untuk kucing..

Untuk pengetahuan anda, kebanyakkan makanan kucing adalah tidak berapa baik, ia tidak lebih melainkan sebagai 'junk food' kepada si comel anda, ada satu je yg agak elok jenama iaitu VetMaster kerana ia dibuat oleh seorang doktor haiwan yg sgt berpengalaman di KL ni... itu pun dalam kategori 'Low Premium Food'.

Kita sepatutnya menyediakan makanan 'Premium Food or Super Premium Food'. Contoh seperti 'Super Premium Food' adalah Orijen dan Innova Evo. Dalam makanan ni, ia banyak mengandungi protein iaitu 45% dan 50%. Namun tidak semua kucing boleh menerima makanan yang berprotein tinggi dengan jayanya.

Maksudnya, sesetengah kucing akan berak cair jika makan makanan berprotein tinggi ni, maka anda kenalah campur dengan 'Premium atau Low Premium Food' bersama sama makanan 'Super Premium Food' tersebut untuk menyeimbangkannya supaya ia menghasilkan najis yg keras dan elok (melalui najisnya kita boleh tengok tahap kesihatan si manja).

7. Bagi 'Premium Food' pula contohnya Royal Canin, Science Plan, Iams, Acana, Blackwood, Eagle Pack, Proformance dan sebagainya... Anda boleh pilih yang mana satu. Walau bagaimanapun, makanan yg terbaik bagi si comel adalah B.A.R.F. iaitu 'Bone And Raw Food', tulang dan daging mentah, itu jawapan kepada kajian saintis omputih, yg mana ianya selari dengan fitrah dan semulajadi kucing tersebut sebagai haiwan karnivor...

8. Last sekali, jangan letak toilet si comel anda di dalam satu sangkar ( cage ) bersama dengan makanan si comel, kerana ianya menimbulkan rasa yg tidak enak kepada si comel untuk menjamu selera.Bagaimana perasaan kita jika makan, minum, berak, kencing dan tidur dalam satu ruang yg sempit, even dia haiwan, tapi jangan perlakukan ia sesuka hati kita, konon atas alasan nak jaga keselamatan lah, nak itu lah, nak ini lah... Ingat, niat tak menghalalkan cara...

Kalau nak kurung, kurung dalam rumah, macam tu dia lebih selesa bergerak kesana kemari, melompat dan bermain...(kucing haiwan yg aktif dan suka bermain).

Sumber:Mylovely-cats

Itulah 8 tips penjagaan kucing. Apa kata anda?

Ps: Agak susah juga kan jika kita nak ikut cara-cara penjagaan kucing ni. Perlukan masa dan komitmen yang berterusan. Tetapi admin rasakan bagi mereka yang minat atau hobinya memelihara kucing ni mesti sanggup & mampu buat. Admin pula? Tidak membela kucing pun.. Tidak masa lebih yang dapat diperuntukkan.. :p Jadi artikel yang ini admin tujukan khas kepada mereka yang ada membela kucing.. Selamat mencuba ya!

Monday 25 August 2014

Oh! Info: Kisah Perangkap Tikus


Pada suatu masa dahulu ada seekor tikus yang tinggal di sebuah rumah. Suatu hari tu, tuannya membeli sesuatu. Bila cik tikus ni pergi tengok, rupanya itu merupakan perangkap tikus. Cik tikus mulai gusar kerana sudah pasti tuannya ingin menggunakan perangkap tikus itu untuk membunuhnya.

Cik tikus tersebut pun keluar rumah dan bercerita dengan cik ayam.

"Cik ayam, tuan rumah kita beli perangkap tikus. Habisla aku. Macam mana ya?"
Jawab cik ayam, "Itu perangkap tikus, mestila untuk kau cik tikus. Bukannya masalah aku".

Cik tikus berlalu dengan sedih dan resah dengan masalah tersebut. Kemudian berjumpa pulak dengan cik kambing. Soalan yang sama ditanya kan, "Cik kambing, tuan rumah kita beli perangkap tikus. Habisla aku. Macam mana ya?" Jawapan yang sama jugak dari cik kambing, "Itu perangkap tikus, mestila untuk kau cik tikus. Bukannya masalah aku".

Sekali lagi cik tikus kecewaa...

Kemudian cik tikus berjumpa pulak dengan cik lembu. Soalan yang sama diajukan, "Cik lembu, tuan rumah kita beli perangkap tikus. Habisla aku. Macam mana ya?". Sekali lagi, jawapan yang sama jugak yang cik tikus dapat, "Itu perangkap tikus, mestila untuk kau cik tikus. Bukannya masalah aku".

Kecewanya cik tikus. Dia pun balik la ke rumah tersebut. Tiba-tiba dia terdengar isteri tuan rumah menjerit dari dapur. Rupa-rupanya seekor ular terkena perangkap tikus tersebut. Dalam kekalutan tersebut, ular yang sudah hampir mati itu masih sempat mematuk kaki isteri tuan rumah.

Kerana patukan ular tersebut, isteri tuan rumah jatuh sakit. Jiran sebelah telah mencadangkan supaya tuan rumah memasak sup ayam, kerana sup ayam mampu menyegarkan isterinya yang sedang sakit.

Lalu tuan rumah telah menyembelih ayam untuk dimasak sup buat isterinya yang sedang sakit. Bilamana ramai jiran-jiran mengetahui tentang hal isterinya yang sakit, mereka datang ziarah. Untuk menjamu jiran-jiran yang datang, tuan rumah terpaksa menyembelih kambing pula.

Tak lama kemudian sakit isteri tuan rumah semakin teruk dan tak dapat lagi diselamatkan. Isterinya meninggal dunia. Pada hari pengebumian, tuan rumah telah menyembelih lembu pula sebagai hidangan tetamu untuk majlis kenduri kematian..

Akhirnya, semua haiwan itu terkorban, yang tinggal adalah cik tikus yang risau akan masalah perangkap tikus tadi..

Apa pengajaran yang anda dapat dari kisah ini?

Ps:Kisah yang begitu unik dengan Pengajaran yang amat menarik! Disebabkan tidak perduli dengan masalah yang kecil, habis semua terbabit. Jadi nasihat admin, bila ada sahabat handai yang menceritakan masalah mereka, cubalah beri idea penyelesaian. Jangan pula kita memperleceh kan mereka.. Setidak-tidaknya pun kita beri kata-kata sokongan kepada mereka. Begitu mudah sekali kan? :)

Wednesday 13 August 2014

Oh! Info: Rezeki tidak terduga di bulan Keberkatan



Assalammualaikum & salam sejahtera. Apa khabar anda semua? Moga sihat hendaknya disamping keluarga tersayang. Maaf, agak lama admin tidak mengemaskini blog ini. Mungkin terlalu banyak memakan pulut (lemang & ketupat) membuatkan jari-jari admin ‘berat’ untuk menulis. Ataupun masih dalam ‘mood’ raya; maklumlah sekarang ni jamuan raya semakin rancak. Bank-bank membuat rumah terbuka, pejabat-pejabat kerajaan pun membuat rumah terbuka dan banyak lagilah. .

Kepada anda yang mempunyai penyakit seperti darah tinggi, kecing manis, jantung berpada-pada lah jika makan di jamuan raya.. Bukanya apa, baru-baru ini admin melawat seorang sahabat di hospital dan mendapati keadaan hospital sesak (situasi hampir sama setiap tahun selepas raya) dengan mereka yang tidak sihat..  Puncanya tidak jaga pemakanan hingga menyebabkan bacaan tekanan darah dan bacaan gula dalam darah serta bacaan kolestrol naik mendadak sehingga ke satu tahap yang berbahaya..

Ok, stop bab raya ni. Admin nak fokuskan penceritaan  kepada satu perkara yang betul-betul membuatkan admin sibuk, iaitu perniagaan. Perniagaan yang membuatkan admin tidak menang tangan sepanjang bulan ramadhan. Rezeki yang sama sekali tidak pernah diduga pada bulan Ramadhan.

Perniagaan yang menghasilkan jualan RM4000+ hanya pada bulan JULAI sahaja. Perniagaan yang mempunyai produk yang amat baik sekali denga testimoni-testimoni real dari orang-orang disekeliling admin sendiri.. Perniagaan yang sudah menjadi fenomena di sekeliling kawasan admin kerana keberkesanannya dalam merawat & memulihkan penyakit. Dan demi menampung permintaan yang terlalu tinggi terhadap produk ini, stokis kawasan terpaksa dibuka walaupun produk ini baru sebulan setengah berada di kawasan admin..

Produk ini mampu merawat penyakit seperti:
·         ~Tekanan darah tinggi & rendah
·         ~Rabun mata
·         ~Kolestrol berlebihan
·         ~Gastrik
·         ~Masalah jantung
·         ~Masalah kulit
·         ~Magrain
·         ~Stress
·         ~Radang tekak/batuk
·         ~Lelah/asma
·         ~Masalah tenaga batin
·         ~Resdung
·         ~Masalah saraf & otot
·         ~Buasir
·         ~Masalah kurang tenaga
·         ~Masalah rahim/peranakkan
·         ~Masalah berat badah berlebihan
·         ~Stroke/darah beku

Banyak lagi yang mampu dirawat dan admin tidak dapat senaraikan semuanya buat masa sekarang. :)

Bermula pada penghujung bulan JUN, admin telah menjadi ajen jualan. Pada mulanya rasa macam tiada keyakinan untuk berjaya dalam bisnes ini. Maklumlah, diluar sana ada bermacam-macam produk kesihatan yang dijual.

Tetapi, rezeki itu bukanlah apa yang boleh kita tentukan, ianya kehendah Allah SWT. Produk ini semacam mempunyai ‘Aura’ yang mampu menarik perhatiaan & apabila di perkenalkan kepada orang. Mereka mesti nak tahu dengan lebih lanjut tentang produk ini apabila admin menceritakan kepada mereka. Dan yang seronoknya setiap orang yang admin ceritakan mesti berminat untuk mencuba dengan membeli pakej yang paling kecil. .

Alhamdullillah.. Semua yang mencubanya dengan pakej yang paling kecil ini akan menghubungi admin semula untuk mengambil pakej yang besar..  Apabila  ditanya sebabnya, ramai yang memberitahu sakit mereka baik atau pun beransur pulih. Memang menarik!

Admin betul-betul teruja. Mungkin produk ini berasal dari buah yang diberkati, jadi ianya amat disukai oleh orang. Boleh dikatakan setiap hari ada saja orang menghubungi admin untuk membuat pembelian. Jadi semangat untuk berjaya semakin menebal dalam diri admin. Teruskan berusaha!

Mmm. Apa yang admin niagakan hingga mampu menjana begitu banyak sale serta keuntungan?  Produk apakah itu? Persoalan & bab penting ni, tetapi maaf ya, admin tidak akan meneruskanya di artikel ini. In Sha Allah admin akan masukkan nya dalam artikel yang seterusnya. Bagi mereka yang berminat nak mengetahuinya dengan lebih lanjut tentang produk ini, nantikanya di artikel akan datang. ;)

Ps: Antara testimoni yang menarik dan paling banyak ialah mata rabun. Allhamdullilah lebih dari 10 orang yang menggunakan produk ini menyatakan rabun mata diorang dah pulih dan ni adalah testimoni real dari pelanggan-pelanggan admin sendiri tau. ;).

Pss: Artikel kali ini juga adalah untuk membela admin, sebagai alasan yang kukuh kerana lama tidak menulis bagi meng 'update' kan blog ini. Boleh ke anda terima alasan ni? Hehe.. :p