Monday 10 March 2014

Oh! Info: Lenovo A880 yang awesome

Artikel kali ini admin akan ceritakan tentang smartphone dari Lenovo iaitu model A880. Cerita bermula apabila admin nak menukar handphone baru. Maklumlah, perniagaan online admin dah agak rancak sedikit, jadi perlulah lebih banyak cara untuk dihubungi. Sebelum ni admin menggunakan Nokia Asha 305 yang serba kureng yang amat sangat bab fungsi Aplikasi seperti whatsapp, Wechat, viber & seangkatan dengannya..

Jadi admin pun buat tinjauan di internat, dan terpandang pada Lenovo A880 ni (hati memang terpaut habis..). Bermulalah episod nak menjejak kebaikkan & keburukkan A880 ni dengan pergi ke forum2, ke google search & sebagai.. Akhir kata, ramai yang berikan maklumbalas yang amat baik dan memuaskan tentang A880 ni. Apalagi, survey la kat kedai2 online & alhamdullilah admin dapat satu kedai yang menawarkan harga yang amat murah. Jadi apa tunggu lagi, admin sambar satu yang warna hitam. Memang awesome..


Bermula 05.03.14 admin mula berpacaran dengan Lenovo A880 ni. Pendapat admin? Memang teramat puas puas puas hati. Screen nya 6', Quad core 1.3 GHz Cortex-a7, GPU dia pula Mali-400, normal dual sim, harga yang amat berpatutan, internat laju, screen dia memang smooth giler. Di samping tu Internal dia 8gb rom, 1gb RAM. Adroid OS pula ver 4.2.2 (jelly bean). Bluetooth V 4.0, micro USB 2.0 dan bermacam lagi. Slot Sd card pula boleh sumbat sampai 64gb.

Cuma yang agak kurang sedikit adalah bab kamera. Kamera belakang 5MP auto fokus LED Flash, hadapan VGA. Battery pula menggunakan Li-Ion 2500 mAH. Bab kamera itu tak mengapa, sebab admin bukannya juru kemera. 5mp dah memadai! Bab battery pula tahan 1-2 hari, kira oklah tu.. Cuma sampai sekarang admin masih tak jumpa butang untuk Video Call..

Pada yang mahu tahu lebih detail dan ulasan2 penguna tentang spesikasi Lenovo A880, sila klik sini.

Apa perasaan anda tentang A880 ni? Tidak percaya, suka atau dah terpikat? Nasihat admin, tangkap satu maa, tak rugi punya. Harga dia pun setengah daripada 1K je.. Benar benar sungguh sungguh!

Ps: Bagi admin yang baru menggunakan Lenovo A880 ni --> memang berbaloi-baloi. Daripada anda mendapatkan smartphone yang klon, lebih baik dapatkan Lenovo Ideaphone A880 ni. Gerenti puas hati serta amat berbaloi dari segi kualiti dan harganya.

Pss: Dalam kita bersuka dan bergembira, marilah kita berdoa untuk MH 370 yang masih belum di temui itu. Harapan admin agar mereka semua selamat. Amin..