Monday 17 June 2013

Kelebihan air kosong

Tips & Info : 8 info kebaikkan air kosong.
Hari ini admin akan berkongsi bab air kosong. Umum mengetahui yang air kosong mempunyai khasiat yang amat baik untuk tubuh manusia. Malah kita sebagai umat Islam juga telah di kurniakan oleh Allah SWT dengan air kosong yang paling terbaik dalam dunia iaitu air Zam - Zam. Jadi kelebihan air kosong memang tidak boleh di sangkal lagi. Jom kita lihat 8 info tentang kelebihan air kosong.

Jadi, inilah dia. Layan..

1. Menguruskan badan
Khabar gembira buat anda yang tengah berdiet. Air kosong tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu menurunkan berat badan kita.

2. Meningkatkan kesuburan
Air kosong dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum lelaki serta hormon estrogen pada kaum wanita.

3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air kosong dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air kosong bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air kosong boleh menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.

6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air kosong bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

7.
Menyihatkan jantung
Air kosong juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada waktu ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air kosong.

8. Ubat kepada penyakit strok
Air kosong tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

P/S: Kalau ikutkan keperluan, kita kena minum 8 gelas (2 liter) air kosong sehari (bukan AIS kosong yer..). Jadi, berapa gelas yang anda minum sehari? Admin pun mungkin hanya 3 - 4 gelas sehari je.. Kadang - kadang perkara - perkara baik macam ni memang susah nak ikut! Tak tahu kenapa.. Setuju?

Sunday 16 June 2013

Menjaga kualiti kesihatan & kehidupan

Oh! Tips & Info: Petua menjaga kualiti kesihatan  & kehidupan anda.
Hari ini admin nak memberikan tip - tip yang dapat meningkatkan kualiti kesihatan dan kehidupan kita. Beberapa tip yang perlu dilakukan, dan yang perlu dielakkan. Ianya berdasarkan Petua Imam Syafie. Baik untuk amalan seharian kita.

Jadi, inilah dia. Layan..

PETUA IMAM SYAFIE

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak bersetubuh
2. selalu cemas
3. banyak bersulam air ketika makan
4. banyak makan makanan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Bonus- 4 cara tidur yang mencerminkan keperibadian diri kita.

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Meniarap seperti tidurnya ahli neraka.

Bonus Tambahan untuk anda: Doa sebelum Tidur.



P/S : Jadi, yang mana satu cara tidur anda? Dan berapa ramaikah dari kita yang membaca doa sebelum tidur..Kalau tak tahu doa tidur, hafal sekarang. Pendek jer doanya dan mungkin ambil masa 15-30 minit untuk menghafalnya. Perkara yang baik, tak elok di tangguh-tangguh. Kan?

Thursday 13 June 2013

Panduan Membeli Belah Secara Online

Oh Tips & Info: 17 Panduan Membeli Belah Secara Online
 Ha ha.. Kucing pun diaorang kencing!-Sekadar gambar hiasan

Era ini perniagaan online semakin rancak iramanya. Ramai yang belumba - lumba membuka kedai maya untuk mencari rezeki atau membuat part time demi mendapatkan pendapatan yang lebih untuk kelangsungan hidup.. Satu perkembangan positif di dalam dunia internat yang banyak memberikan manfaat kepada jutaan manusia di muka bumi ini.

Namun positif tidak semestinya tiada yang negatif. Salah satu daripada cabang negatif yang sering berlaku ketika ini adalah penipuan. Penipuan dalam perniagaan online! Ada banyak cara penipuan dan admin tidak mahu menulis panjang untuk menarangkanya, sebab entry kali ini adalah tips - tips sebelum membeli barang secara online untuk mengelakkan diri dari jadi mangsa penipuan perniaga - peniaga online yang tak beretika ini. Panduan yang amat berguna sebelum anda bershopping online!

Jadi, inilah dia. Layan...

1. Sila pastikan anda semak terlebih dahulu status penjual sama ada masih lagi aktif ataupun tidak lagi. Juga pastikan penjual memaparkan maklumat mereka seperti nama penjual, no telefon untuk dihubungi.
 
2. Pastikan online shopping mall itu benar-benar wujud dan cuba hubungi nombor telefon yang diberikan. Cuba buat carian no telefon tersebut di Google dan lihat maklumbalas yang diberikan.
 
3. Sila baca komen-komen, feedback ataupun ulasan yang diberikan oleh pelanggan kepada penjual sebelum ini. Samada ianya ulasan yang memuaskan atau tidak.
 
4. Beritahu orang lain jika shopping mall atau kedai online yang anda kunjungi itu kurang memuaskan atau terdapat tanda-tanda mencurigakan...
 
5. Pilih Dengan Bijak & Bandingkan Harga – Buat pilihan dengan bijak & bandingkan harga sebelum membeli. Layari laman-laman web yang lain untuk tahu harga terkini barangan yang ingin anda beli.
 
 6. Tracking Setelah urusan membeli selesai, sila pastikan penjual memberi anda Tracking ID untuk rujukan anda. Ianya memudahkan untuk anda mengesan barangan anda
 
7. Baca syarat-syarat jual beli yang disediakan
 
8. Buat tempahan melalui saluran yang betul seperti melalui Sms, borang pesanan, email. yang disediakan.
 
9. Simpan Username & password untuk kegunaan sendiri (jika ada)
 
10.Semak latar belakang syarikat jualan ataupun online shopping mall yang disukai
 
11.Membuat pesanan dengan betul
 
12.Periksa jaminan waranti setiap barangan yang dibeli
 
13.Periksa dan semak barangan yang diterima
 
14.Beritahu kepada pihak online jika barangan yang diterima ada kecacatan atau kerosakan
 
15.sentiasa tingkatkan sikap waspada anda!
 
16.Buat bayaran dengan berhati-hati.
 
17.Akhir sekali sila simpan resit ataupun bukti pembayaran anda untuk kegunaan jika anda ingin menebus kembali barangan yang anda beli jika terdapat kerosakan ataupun kesilapan.

Apa kata anda?

P/S : Admin rasa hanya segelintir saja peniaga online ini yang tidak beretika. Sejujurnya,  ianya tidak merenjatkan keyakinan admin terhadap perniaga - perniaga online lain yang 92% peratusnya adalah benar dalam perniagaan. Allhamdullillah, sehingga sekarang semua barang - barang yang di beli admin secara online, sampai tepat pada masa nya.

PSS: Sebenarnya admin pun kaki shopping online juga! He he..


Wednesday 12 June 2013

11 cara mengelakkan diri dari gemuk

Tips & Info: 11 cara mengelak diri dari mejadi gemuk.

Masalah kegemukan dan lebihan berat badan ataupun di kenali sebagai obesiti merupakah masalah global. Banyak negara yang purata rakyat-nya mempunyai berat badan yang tidak ideal. Punca utama masalah ini adalah di sebabkan makanan. Malaysia juga tidak terkecuali dari mempunyai ramai rakyat yang mempunyai berat badan yang berlebihan.

Umum mengetahui yang berat badan berlebihan akan menyumbang kepada pelbagai penyakit yang kronik seperti Kencing Manis, Tekanan darah tinggi, Penyakit jantung, kegagalan funsi buah pinggang dan lain - lain lagi. Jadi untuk artikel kali ini admin akan memberikan 11 tips untuk mengawal berat badan anda supaya menjadi berat badan ideal.

So, inilah dia. Layan..

1. Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.

2. Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.

3. Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar.

4. Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur.

5. Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.

6. Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari.

7. Kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda.

8. Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli 'protein shakes' dan memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta antara makan tengahari dan makan malam.

9. Anda boleh menggunakan pil diet untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan. Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.

10.Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.

11.Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang  selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketul.

BMI
Formula kiraan berat badan ideal (BMI):

BMI  =  Berat ( KG ) / Tinggi ( M ) X Tinggi ( M ) 

Formula ini tidak boleh digunakan oleh:   
  • Orang yang berusia 18 tahun ke bawah    
  • Orang yang mengandung atau menyusukan anak  
  • Orang yang terlalu tua (yang lemah)   
  • Ahli sukan yang aktif dan ahli bina badan


Setelah mendapat BMI anda lihat carta di bawah untuk menentukan sama ada anda gemuk atau tidak.

BODY MASS INDEX 

Status     BMI
  Kurus     kurang 20.6
  Normal   20.7 - 26.4
  Gemuk    26.5 - 30.9
   Obese     31.0 - 45.2 
Bahaya    lebih 45.3

Contoh pengiraan:

Berat badan   : 80kg 
Tinggi             :175 cm iaitu 1.75 meter

Oleh itu BMI  : 80 / (1.75 x 1.75) = 26.14

Jadi BMI anda adalah GEMUK.

P/S: Jadi macamana setelah perkiraan? Adakah BMI anda ideal atau pun sebaliknya. Jika ideal, taniah admin ucapkan dan jika tidak ideal, admin cadangkan supaya dapatkanlah berat badan yang ideal. Sebab kegemukkan banyak menyumbang kepada pelbagai penyakit yang kronik. Jika tiada masa untuk bersenam, boleh menggunakan produk - produk perlangsingan yang di iktiraf. Ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara dan salah satunya ialah :

"SIHAT SEBELUM SAKIT"

Tuesday 11 June 2013

Menjaga kelakian anda

Tips & Info : 19 cara menjaga kelakian anda supaya kekal Optimum (menarik).
Hari ini admin ada topik khas untuk lelaki. Satu topik yang jika diambil ringan akan memberikan kesan yang berat dalam perhubungan rumah tangga anda.

Pernahkan anda sebagai lelaki menghadapi situasi seperti gambar di atas? Apakah rasanya jika terus menerus anda sebagai seorang suami menghadapi keadaan genting seperti ini. Tekanan dan juga perasaan tidak selesa yang melampau, hanya mereka yang pernah melaluinya tahu perit dan jerihnya kan? Sebagai suami anda telah gagal dalam melaksanakan tanggungjawap anda kepada isteri di bahagian nafkah 'batin'. Dan ianya adalah satu perkara yang amat memalukan..

Tetapi jangan anda susah hati. Hari ini admin akan memberikan tips dan info unuk anda memperkasakan kelakian anda pada tahap yang optima. Hanya ikut tips - tips yang di berikan..

so, inilah dia. layan...

1.Jangan amalkan minum air batu kerana ia mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik dan mengakibatkan batang zakar ngilu bila jima’. Batang zakar harus sentiasa panas.

2.Jangan makan nasi berulamkan air. Minum air setelah selesai makan nasi, melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu. Usah amalkan makan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk atau disejukkan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal.

3.Jauhi makan makanan yang kuahnya berlinang (terlalu banyak) kerana ia melemahkan zakar.

4.Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir.

5. Jangan hembus nafas ketika minum, tahan nafas, ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika jima’.

6.Elakkan minum air ketika badan sedang panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudian barulah minum air.

7.Jangan makan kepak ayam daging kerana ia melemahkan zakar.

8.Jangan makan nasi sejuk, panaskan dahulu.

9.Kurangkan dari memakan Pisang Embun.

10.Elakkan minum air selepas jam 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan. Elakkan dari buang air ditempat air bertakung, carilah tempat yang kering dahulu kemudian buang air besar. Ini melatih mengawal otot zakar dengan baik.

11.Jangan amalkan onani kerana ia memaksa mani keluar dan melemahkan zakar.

12.Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yang sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar, tindihan dari paha dan lutut yang sejuk membantutkan aliran dan melemahkan zakar.

13.Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari jima’ lebih dari 3 kali seminggu, kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.

14.Jangan jima’ di dalam air.

15.Jangan terus minum air selepas jima’, rehat dahulu 15 minit.

16.Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk.

17.Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas klimaks.

18.Jangan jima’ isteri yang sedang haid kerana mendatangkan penyakit.

19.Jangan cungkil gigi dengan kemuncut (tangkai bunga lalang) kerana ia mengakibatkan zakar jadi ngilu dan kurang bertenaga.

Ha... Itulah dia.Mampukah anda mengikuti tips -tips di atas. Banyakkan? Bagi mendapatkan sesuatu yang amat berharga, admin rasa kita kena perlu banyak bekorban, berusaha & bersabar serta banyakkan berdoa. Bagi para isteri yang menghadapi situasi begini (suami lemah tenaga batin), nasihat admin banyak-kan beri sokongan dan bukan hentaman kepada suami anda, sokongan anda itu juga boleh dikira sebagai rawatan!

P/S:Sebenarnya admin rasa ada beberapa kaedah lain boleh anda praktikan untuk optimumkan kelakian anda seperti mengurut dan rawatan perubatan moden.  Terkini, sudah ada ubat - ubatan yang berasakan herba lagi berkualiti serta di iktiraf di peringkat antarabangsa yang mampu memulikan kelakian & keyakinan anda ketika di ranjang. Admin akan tolong anda dengan membawakan anda terus ke sana untuk mendapatkan maklumat -maklumat berkaitan herba - herba tersebut, jangan malu - malu untuk berubat ya!  klik sini


Sunday 9 June 2013

9 tanda si dia sudah tiada dara

TipS & Info : 9 tanda si gadis sudah kehilangan dara (menarik) 

Seringkali abe - abe diluar sana keliru sama ada pasangannya masih seorang dara atau tidak. Tanda tanya demi tanda tanya muncul dan sesetengahnya masih belum mendapat jawapan. Hah! Hari ini admin akan kongsikan 1 tip dengan 9 tanda sama ada si dia masih dara atau tidak!

So, inilah dia. Layan..

1. Rekahan Bibir
Kita dapat mengenal pastinya jika bibir seorang wanita itu sangat mengancam dan berwarna kemerah-merahan. Dan rekahannya pula cantik. Selain itu, bibirnya juga bergaris-garis dan dapat dilihat dengan jelas.

2. Dahi Yang Berkedut
Gadis yang masih memiliki dara akan mempunyai dahi yang licin. Berbanding dengan dahi wanita yang tidak berdara yang mempunyai lapisan sebanyak tiga lapis walau masih muda. Ini dapat dilihat ketika mereka bercakap, berbual dan ketawa. Kedutan ini adalah berbeza dengan kedutan wanita yang berusia.

3. Bentuk Punggung
Bentuk punggung juga akan menggambarkan samada seseorang itu masih ada dara atau tidak. Bagi wanita yang tidak memiliki dara, punggunggya akan kelihatan seperti terjatuh ke bawah kerana sel-sel punggungnya mengembang kerana ransangan nafsu ketika melakukan hubungan. Apabila mereka berlari-lari dan bergerak akan kelihatan ianya seperti bergoyang-goyang. Berbeza dengan gadis yang memiliki yang pejal dan tidak bergoyang.
 
4. Telinga
Telinga gadis yang mempunyai dara akan kelihatan warna kemerah-merahan dan cantik. Wanita yang tidak punyai dara telinganya akan kelihatan leper dan tidak menawan lagi.

5. Tumit
Cuba lihat tumit anda. Di hujung tumit anda, cuba picitkan sedikit. Sekiranya selepas picit darah anda akan kembali ke posisi asal dengan cepat, ini bermakna anda masih berdara. Jika tidak, kawasan yang dipicit itu akan pucat dan darah kembali dengan lambat. Awas! Jaga tumit anda. Banyak kepentingan dan rahsianya lagi.
Ini hanyalah kaedah-kaedah untuk anda mengenal samada seseorang itu masih dara atau tidak. Tak payahlah nak pi test kat orang yang dah berkahwin dengan halal. Selain dara-dara yang tadi, kita masih mempunyai 5

6. Pipi
Jika pipi gadis itu licin, gebu dan kemerah-merahan serta tidak langsung memakai peralatan solek seperti pemerah pipi, bedak atau cecair pelembab muka, bermakna gadis itu masih berdara.

Gadis yang berdara selalunya tidak suka mengenakan make up. Terdapat juga gadis yang masih suci suka bermake-up, tatepi cara mereka bermake up tidak terlalu menonjol seperti seseorang yang ingin memikat lelaki. Sebagai contohnya sesetengah GRO, bohsia atau pelacur. Mereka akan mengenakan make up keterlaluan kerana mahukan diri mereka kelihatan jelita. tetapi disebalik kejelitaan mereka terserlah suatu rahsia, jelas mereka bukanlah lagi wanita bermaruah.

Pada raut pipi gadis yang masih dara, kelihatan merah apabila disentuh lelaki yang bukan muhrim. Terkadang raut wajah mereka menjadi merah apabila berbual atau berhadapan dengan lelaki. Mereka agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan lelaki. Berbanding dengan wanita yang tidak berdara. Mudah sahaja mereka menyesuaikan diri dengan lelaki. Bagi yang sudah berumah tangga, kerana mereka sudah biasa dengan suami mereka. Tetapi pada golongan sebaliknya kerana mereka telah hilang dara dan sensitiviti dengan lelaki kerana sebab-sebabnya yang tadinya.

Kelihatan beberapa garis melintang pada pipi kiri dan kanan seseorang gadis yang telah berhubungan. Jika seseorang itu mempunyai lesung pipi, lesung pipinya kelihatan melekuk ke dalam dan terserlah kejelitaannya. Berbeza dengan gadis yang sudah pernah berhubung, lesung pipinya tidak terlalu dalam dan sisi lekukan itu diikuti dengan garisan yang menyambung lesung pipinya. Garis ini menunjukkan mereka telah tiada dara.

7. Hidung
Hidung sesorang itu juga mampu menunjukkan samada dia pernah disentuh atau tidak. Hidung seorang gadis akan kelihatan menarik dan cantik. kedudukannya juga molek. Di hujung hidungnya kelihatan kemerah-merahan. Ini bukan kerena dia selsema atau ada masalah hidung tetapi ini kerana darah banyak tertumpu pada hidungnya. Jika anda masih dara, lihatlah hidung anda. Apabila hidung seorang gadis disentuh lelaki, hidungnya akan kelihatan begitu merah.

Begitu juga dengan wajahnya. Ini kerana sensitivitinya terhadap sentuhan. Bagi yang tidak merah pada hujungnya apabila disentuh lelaki, ini bermakna dia telah hilang dara sensitif ( dara kecil ).

8. Mata
Bukan mudah untuk seseorang yang hilang dara ingin menyembunyikan identitinya dari diketahui lelaki yang pandai meneliti. Sebab itu adalah wajar jika kita menjaga maruah dan menundukkan pandangan dari panahan lelaki.

Terdapat tanda lebam atau bergaris di bawah kelopak mata seorang yang tidak berdara. Lebam ini tidak seketara lebam orang yang tidak cukup tidur. Hanya sedikit garis seakan-akan hitam meliputi bawah kelopak mata yang terlipat itu. Iaitu kedutan pada bawah mata jelas dilihat jika si gadis sudah hilang dara.

Gadis yang masih dara, matanya kelihatan berseri dan tiada tanda seperti hitam, lebam atau bergaris-garis halus. Sebaliknya di sekeliling matanya kelihatan rata dan apabila dia ketawa bahagian bawah matanya tidak menampakkan kedutan.

Namun begitu…

Tidak bermakna wanita yang tidak berdara telah hilang keseriannya Sebenarnya, wanita yang telah hilang dara adalah lebih cun daripada gadis. Tidak hairanlah sekiranya janda dan isteri orang semakin menjadi rebutan. ( tak caya tanya suami anda ).

Yang menghilangkan serinya wanita tidak berdara ialah, mereka melakukan perbuatan terkutuk dan maksiat.
Bagi wanita yang berumah tangga secara halal dan mempunyai suami yang memahami..mereka cun 100x ini kerana mengikut kajian,
 
9. Rambut Wanita
Rambut wanita lebih cantik dari rambut gadis sekiranya si suami selalu membelainya. Rambutnya semakin lembut dan menawan 100x. Pada wanita yang dah berumah tangga secara halal. Hanya pakai petua biologi dari suami anda. Ini juga akan menjamin keharmonian hidup. Bukan setakat rambut sahaja, malah bibir dan beberapa bahagian lain juga akan menjadi lebih cantik dengan bantuan suami...






Jadi, apa kata anda?

P/s : Admin rasa tanda - tanda ini berdasarkan petua atau pun teori yang masih belum di bukti kesahihan-nya. Cuba lihat artis-artis dari barat. Semuanya sudah tidak berdara tetapi masih cantik, cun dan menawan!(seperti di sebelah tu). Nasihat admin tidak perlulah mempercayai 100% & admin tidak bertanggungjawap sekiranya anda bergaduh dengan girlpren anda (hehe..). Ianya sekadar bahan bacaan untuk masa lapang anda! Admin percaya yang gadis - gadis di Malaysia ni semuanya baik-baik belaka, kuat pegangan budaya Timurnya!

Thursday 6 June 2013

Lelaki Masih Teruna Atau Tidak

Oh Tips & Info: Rahsia,  Lelaki Masih Teruna Atau Tidak.

Sekadar gambar hiasan- Tentu semua dah mengetahui yang Bradd Pit memang bukan anak teruna lagi! Hehe..

Nak mencari lelaki yang masih teruna? Nak tahu ciri - cirinya? Nak tahu bagai mana? Atau nak tahu adakan boypren anda masih teruna atau tidak? Jadi kali ni admin berikan sedikit tips dan info yang berguna untuk anda supaya dapat membongkar sama ada lelaki itu masih teruna atau pun tidak!

Inilah dia, layan...


1. Lelaki teruna suka mengintai-intai (curi pandang) perempuan cantik pada wajah berbanding lelaki tak ada teruna gemar melihat tubuh wanita

2. Lelaki teruna segera mengalihkan pandangan apabila ditentang wanita cantik manakala lelaki tak teruna mengekalkan pandangan

3. Lelaki teruna menunduk apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi gembira (mengetap bibir untuk cover senyum) tetapi lelaki tak teruna menunjukkan reaksi bersahaja

4. Lelaki teruna malu membuka mulut untuk makan atau bercakap di hadapan wanita yg cantik. lelaki teruna seperti “kena interview” apabila bercakap dan badannya kaku

5. Lelaki teruna berdegup kencang jantungnya apabila mendapati wanita cantik menyukainya

6. Lelaki teruna membosankan apabila bercinta. gayanya agak “nerd”. gemar berlagak untuk menarik pasangannya.

7.
Lelaki teruna juga sanggup menghabiskan banyak wang untuk pasangannya untuk menambat hati pasangannya

8. Lelaki teruna terlalu sensitif. mereka akan sering menghubungi pasangannya sehingga dapat dan mereka akan rasa sedih yang amat sangat apabila diabaikan

9. Lelaki teruna sering mengagung-agungkan pasangannya dan mengatakan orang lain tak cantik. mereka akan bercerita tentang pasangannya dan memuji-muji pasangan apabila berbual dengan kawan-kawan

Hah, itulah dia 9 info untuk mengetahui lelaki masih teruna atau pun tidak.. Harap - harap dapatlah sedikit pengetahuan dan maklumat untuk diri anda walaupun admin rasa tak tepat pun info-infonya..

 Ps: Admin rasa yang ni lebih banyak ke arah lelaki yang nice bukan nya lelaki teruna. Apa-apa pun artikel ini boleh dijandikan bahan bacaan anda untuk mengisi masa lapang.

Wednesday 5 June 2013

SUAMI YANG SWEET DAN ROMANTIK


Tips & Info: CIRI-CIRI SUAMI YANG SWEET DAN ROMANTIK 



Memiliki seorang  suami yang sweet dan romantik memang  agak sukar & payah pada masa kini (tapi masih ada dalam kuantiti yang kecil). Tambahan lagi lelaki memang terkenal dengan sikap keras hati serta ego nya.. Pasti ramai wanita mempunyai impian untuk memiliki suami yang  mempunyai sikap seperti ini sebelum mereka berumahtangga. Jadi untuk kali ini saya akan memberikan info 14 ciri-ciri suami yang sweet dan romantik. 

Jadi, inilah dia, layan…

     1. Call isteri time waktu keje sebab nak cakap rindu.

 
2. Peluk isteri secara tiba-tiba.

3. Puji isteri cantik.

4. Bergurau senda dengan isteri time baru balik keje.

5. Kemas rumah atau masak bersama isteri kat dapur.

6. Urut bahu atau picit kepala isteri dengan sukarela time tengah santai-santai duduk kat sofa sambil tengok TV

7. Tolak stroller baby atau dukung anak time shopping bersama isteri.

8. Berada disisi isteri time isteri melahirkan anak.

9. Sanggup bangun pagi dan masak breakfast untuk isteri.

10. Belanja isteri pergi shopping sakan dengan ikhlas dan gembira.

11. Bagi hadiah atau bunga kat isteri walaupun bukan pada hari
anniversary ataupun birthday.

12. Dengar luahan isteri time isteri tengah sedih akibat PMS sambil bagi kata-kata semangat.

13. Rajin solat berjemaah bersama isteri dan cenderung mengajak isteri lebih dekat dengan Allah.

14. Buat candle light dinner secara mengejut







So, anda sebagai suami ada semua perkara di atas? Taniah kerana anda memang seorang suami yang sweet & romantik yang memang merupakan suami idaman wanita! Bagi isteri yang ada suami yang mempunyai ciri-ciri di atas, anda adalah seorang isteri yang amat bertuah di dunia ini. Jadi, sayangilah suami anda dengan menjaga keterampilan anda, luar dan dalam!

Dapatkan wangian yang mampu semarakan lagi perhubungan suami isteri. Klik sini