Monday 9 September 2013

Kisah suami Isteri di bilik tidur

Oh info! Kisah suami Isteri di bilik tidur.
Sekadar gambar hiasan

Beginilah al kisahnya... Jom layan...

SUAMI : ayang apa kata malam ni kita tak payah tidur sama2.. abang tidur luar, ayang tidur dalam bilik

ISTERI : kenapa abang..?

SUAMI : haaa.. abang ada 1 permainan, ayang catatkan semua keburukan abang sebanyak mungkin dan abang pun catatkan tentang keburukan ayang sebanyak mungkin! esok pagi kita baca balik tentang apa yang kita dah tulis tu..

ISTERI : ok.

Malam tu si suami senaraikan tentang keburukan isteri dia sampai tak tidur.. Isteri dia di dlm bilik pun tak tidur hingga ke pagi. Waktu sarapan pagi,,

SUAMI : Ha, macam mana, sapa nak mulakan dulu???

ISTERI : Abang dulu mulakan..

SUAMI : Ok ayang dengar tau,(sambil mengeluarkan 2,3 helai kertas yang dicatat nya malam tadi)

SUAMI : Ayang tak romantik... ayang suka membebel.. ayang bla bla bla..bla bla bla.. ok dah, sekarang ayang plak..!

ISTERI : (Dia mengeluarkan 3,4 helai kertas yang kosong...) ayang mintak maaf... takda apa yang ayang dapat senaraikan tentang keburukan abang.. Sebab ayang terima abang seadanya.. Dan segala keburukan abang ayang sentiasa maafkan.. dan ayang mintak maaf kalau ayang tak sempurna di mata abang...

Si suami tergamam dan air mata jatuh berlinangan,,, terus die peluk dan memohon maaf pada isteri nya.. dia menyesal,, kerana telah mlukakan hati isteri nye..dia juga sedar dan bersyukur..bahawa isteri nya adalah insan yang terbaik yang telah dianugerah kan dan di amanah kan untuk-Nya~

P/S: Apa kata anda? Bagi admin, terimalah pasangan kita seadanya.. Selagi kita ni bernama manusia, tiada sesiapa pun yang sempurna! Amin..