Friday 22 May 2015

Oh! Info: Asal Usul Nasi Lemak

Hi semua. Sihat ke? Ok, kali ini admin nak cerita bab makanlah. Makanan breakfast rakyat Malaysia. Kegemaran admin juga iaitu nasi lemak.. Jom kita tengok asal usul nasi lemak ni..

Nasi lemak makanan kegemaran ramai. Nasi lemak dikatakan tidak begitu sihat untuk dimakan hari-hari kerana tinggi kalori dan lemaknya oleh pakar pemakanan. Tapi hari-hari ada orang jual nasik lemak. Tak makan rugi!hoho..Korang nak tau asal usul nasi lemak?

Pada zaman kesultanan Melaka, tinggallah Mak Kuntum bersama anaknya Seri. Suami Mak Kuntum telah lama terkorban dalam pertempuran menentang musuh di Selat Melaka. Adapun Mak Kuntum ini kerjanya mengambil upah mengurut. Setiap awal pagi, Mak Kuntum telah keluar dari rumahnya untuk mencari pelanggan. Tinggallah Seri seorang diri dirumah untuk menjalankan kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengemas rumah dan sebagainya. Begitulah kehidupan dua beranak ini setiap hari walaupun pada cuti umum.

Hendak dijadikan sejarah, pada suatu hari.. timbul rasa jemu dalam sanubari Seri kerana memasak nasi dengan cara yang sama. Begitu juga dengan lauk. Kalau tak ikan goreng, ikan gulai. Kalau tak ikan gulai, ikan bakar. Seri sudah muak dengan masakan tersebut. Sebagai langkah alternatif, Seri mula memikirkan cara lain memasak nasi supaya terdapat kelainan pada rasa nasi.

Mula-mula Seri memasukkan sedikit lengkuas kedalam nasi yang sedang dimasak. Oleh kerana masih tak berpuas hati, Seri mencampurkan sehelai daun pandan untuk menyerikan lagi nasi tersebut. "Biar kewangian bau nasi yang dicampur dengan daun pandan dapat membangkitkan selera mak aku bila dia balik nanti. Tentu mak akan puji aku nanti. " bisiknya didalam hati.

Pada waktu tengahari, Mak Kuntum pun pulanglah kerumah. Seri pun menghidangkan nasi ciptaannya itu. Terperanjatlah mak Kuntum melihatkan nasi yang tidak pernah dilihat sepanjang hayatnya. "Apa kau masak ni, Seri?" "Nasi le! Mak!" jawab Seri, berulangkali Mak Kuntum bertanyakan kepada Seri. Setiap kali juga Seri menjawab, "Nasi le! Mak!". Semenjak hari itu, lekatlah nasi tersebut dikenali dengan NASI LEMAK.

PS: Begitulah kisahnya bagaimana nasi lemak mendapat namanya. Entah betul ke tak, admin pun tak tau..Yang admin tau nasi lemak lauk sotong + telur mata memang sedap! Hehe..

Wednesday 20 May 2015

Oh! Info: Fadhilat Mencukur Bulu Kemaluan


Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bahawa: “Rasulullah SAW menjadualkan bagi kami paling lama 40 hari, supaya tidak lupa mengunting kumis, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu-bulu ari”. (HR Muslim, Ibnu Majjah,Ahmad, Tirmidzi,Nasai dan Abu Daud).

Maksudnya, paling lama pun 40 hari memang kena servis bahagian-bahagan tersebut. Ada yang tak tahu so memang tak buat, tapi yang dah tahu pun tak buat jugak. Sampai ada yang tak pernah bercukur sampai bertahun-tahun lamanya.

Dan antara dialog Rasulullah SAW dengan Iblis, Pertanyaan Nabi: “Siapakah orang yang paling engkau lebih sukai?” Jawab Iblis: “Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situlah aku mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu.”

Didalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Jabir larangan mendatangi isteri tengah malam sebelum bersisir lebih dahulu dan mencukur bulu ari-ari bagi orang yang baru pulang dari perjalanan jauh. Kerana itu, penting untuk mencukur bulu ari-ari dan membersihkannya untuk mencegah kutu dan bau yang tidak enak.

Dari sudut saintifik:

Kawasan bulu ari-ari adalah kawasan mudah berpeluh dan banyak keluar peluh. Kalau malas cukur bulu tersebut, maka akan lebih banyak keluarkan peluh. Jadi, bilakena kesan bahan kumuh dari badan serta najis-najis lain, mungkin amat sukar untuk dihilangkan.

Lama kelamaan ia mendatangkan bau yang kurang enak. Tambahan pula, mencukur bulu ari-ari boleh mencegah daripada pembiakan kutu. Selain itu, ia juga membantu penjagaan kulit di kawasan kemaluan.

PS: Jadi, nasihat admin cukurlah apa yang patut dicukur ye.. ;)