Monday 17 March 2014

Oh Info: Kelebihan & keistimewaan Golongan Oku


Hari ini admin akan memberikan info berkaitan kelebihan & keistimewaan golongan OKU ( Orang Kelainan Upaya ). Moga sedikit sebanyak memberikan info berguna kepada mereka yang berkaitan. Jadi, inilah dia:

-Sukan 
Majlis Paralympik Malaysia telah ditubuhkan bagi menggalakkan sukan dan rekreasi di kalangan orang kurang upaya. Jabatan dan NGOs bersama-sama menganjur dan menggalakkan orang kurang upaya di dalam berbagai-bagai bidang sukan dan riadah. Kejohanan Sukan Paralympik Malaysia bagi Orang Kurang Upaya/ Jemputan ASEAN diadakan dua tahun sekali.
 
Skim insentif bagi ahli-ahli sukan orang kurang upaya dan hadiah-hadiah berbentuk kewangan kepada pemenang atlit-atlit di Kejohanan-kejohanan Sukan Antarabangsa disediakan.
 
-Kegiatan Kesenian dan Kebudayaan 
Untuk menggalakkan orang kurang upaya menyertai berbagai-bagai kegiatan kesenian dan kebudayaan, satu kumpulan Kesenian Orang Kurang Upaya ditubuhkan dan satu tabung juga dilancarkan bagi memudahkan kumpulan ini menjalankan aktiviti dan latihan.
 
-Kemudahan Pendidikan 
Kementerian Pendidikan di bawah Jabatan Pendidikan Khas menyediakan kelas khas kepada kanak-kanak cacat pengelihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Program pendidikan dijalankan di sekolah khas pendidikan dan melalui program integrated di sekolah biasa.
 
Kerajaan juga mengecualikan bayaran pendaftaran kemasukan pelajar-pelajar kurang upaya pendengaran yang mengikuti latihan kemahiran di institusi-institusi pengajian di bawah kelolaan Kementerian pendidikan. Bagi Pelajar yang berjaya mereka akan mendapat elaun bulanan sebanyak RM300.00 sebulan.

-Kemudahan Akses di Bangunan Awam
Satu Jawatankuasa telah ditubuhkan untuk memastikan orang kurang upaya ada akses tanpa halangan dalam menggunakan kemudahan-kemudahan awam. Akses orang kurang upaya kepada kemudahan-kemudahan dalam dan luar bangunan telah dimasukkan dalam pindaan kepada Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984.

Dalam hubungan ini Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif dan memainkan peranan dalam menggalakkan berbagai kemudahan diwujudkan bagi membolehkan mereka yang kurang upaya bergerak bebas. Satu daripada pencapaian ini ialah penubuhan Jawatankuasa Teknikal yang Urusetianya ialah SIRIM telah merangka “ Kod Amalan Akses Bagi Orang Kurang Upaya Ke Bangunan Awam” yang mana telah menghasilkan pindaan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 berkaitan dengan kehendak-kehendak bangunan untuk orang kurang upaya di mana bangunan baru diwajibkan mempunyai kemudahan akses kepada orang kurang upaya. Antaranya termasuklah “ram” dan “railings”, laluan yang bersesuaian dengan kerusi roda, lif khas dengan reka bentuk yang sesuai, tempat letak kereta, tandas khas dan sebagainya.
 
-Kemudahan Dan Galakan Pelepasan Cukai 
Kerajaan juga memperluaskan potongan cukai berganda dalam tahun 1981 kepada majikan-majikan mengambil pekerja kurang upaya dan dalam tahun 1991. Kerajaan pula menambahkan bagi pelepasan pengecualian cukai bagi ibubapa yang mempunyai anak kurang upaya di bawah umur 18 tahun. Kerajaan juga memberi ribet cukai kepada pembayar cukai bagi membeli alat-alat khas bagi kegunaan sendiri atau kegunaan anak dan ibubapa yang kurang upaya;
 
Sebagai galakan berterusan bagi memelihara orang kurang upaya dan sebagai pelepasan tambahan kepada potongan diri RM5,000 dan potongan untuk isteri RM3,000, Kerajaan telah meluluskan pelepasan tambahan sebanyak RM5,000 diberi kepada pembayar cukai yang kurang upaya dan sebanyak RM2,500 lagi kepada pasangan yang kurang upaya mulai tahun 1995.

-Kemudahan Pengangkutan Awam
Jabatan sentiasa menggalakkan syarikat-syarikat pengangkutan supaya memberi tambang konsesi kepada orang kurang upaya. Sehingga kini terdapat beberapa buah syarikat pengangkutan telah memberi insentif pengangkutan kepada golongan kurang upaya.
 
Antaranya Sistem Penerbangan Malaysia memberi tambang murah sehingga 50% bagi penerbangan dalam negeri, Keretapi Tanah Melayu memberi tambang konsesi sehingga 50% bagi semua perjalanan bagi semua kelas, Syarikat bas TRANSNASIONAL memberi konsesi 50% daripada harga tambang dan PUTRA-LRT juga telah memberi konsesi tambang kepada golongan kurang upaya.

-Pengecualian Bayaran Rawatan Perubatan 
Orang kurang upaya dikecualikan daripada bayaran rawatan di Hospital Kerajaan termasuk bayaran wad kelas tiga, bayaran pakar dan ubat-ubatan.

-Pengecualian Bayaran Dokumen Perjalanan 
Jabatan Imigresen mengecualikan bayaran ke atas perkhidmatan menyedia dan memproses dokumen perjalanan (passport Antarabangsa) kepada golongan kurang upaya.

-Kemudahan Peluang Pekerjaan 
Komitmen kerajaan untuk membuka peluang pekerjaan kepada golongan kurang upaya terbukti melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10/1988 yang telah dikeluarkan dimana kouta 1% peluang pekerjaan di sektor awam diperuntukkan kepada golongan orang kurang upaya.

Bagi Sektor Swasta, Jawatankuasa Penggalakan Pengajian Orang Cacat Di Sektor Swasta telah ditubuhkan dalam tahun 1990 di bawah Jabatan Buroh Semenanjung Malaysia telah mewujudkan Kod Amalan Penggajian Orang Kurang Upaya di Sektor Swasta yang merupakan suatu garis panduan kepada agensi kerajaan, majikan, pertubuhan majikan, pekerja, kesatuan sekerja dan pertubuhan orang kurang upaya serta orang kurang kurang upaya sendiri untuk pendaftaran dan penempatan kerja orang kurang upaya bekerja di sektor swasta.

Bagi orang kurang upaya, mereka boleh membuat pendaftaran di mana-mana pejabat buruh di negeri dan daerah )

-Kemudahan Membeli Kereta Dan Motorsikal Nasional 
Kerajaan memberi pengecualian cukai jualan sebanyak 50% ke atas pembelian kereta atau motorsikal nasional bagi orang kurang upaya yang berkeupayaan memandu dan tidak berkeupayaan memandu.
Bagi orang kurang upaya yang berkeupayaan memandu, setiap permohonan mestilah disertakan dokumen berikut:-
  • Kad Kenal Diri Orang Kurang Upaya;
  • Kad Pengenalan;
  • Lesen Memandu yang sah;
  • Maklumat Kenderaan - Model, No.Enjin, No.Chasis dll.
Bagi golongan orang kurang upaya yang tidak berkeupayaan memandu, mereka boleh mendapat kemudahan tersebut dengan syarat Pihak kedua ( Ibubapa/isteri) boleh memandu bagi pihak mereka. Setiap , permohonan mestilah disertakan dolumen berikut:-
  1. Lesen memandu - pihak kedua;
  2. Kad Pengenalan - pihak kedua;
  3. Maklumat yang menyokong hubungan antara penama dan pihak kedua;
  4. Kad Pengenalan;
  5. Kad Pengenalan OKU;
  6. Maklumat Kenderaan – Model, No.Enjin, No.Chasis dll.
-Kemudahan Alat Ganti Orang Kurang Upaya 
Kerajaan memberi pengecualian duti impot dan cukai jualan ke atas semua peralatan direka khas untuk kegunaan orang kurang upaya.

-Pencen Terbitan 
Kerajaan melalui JPA menyediakan pencen terbitan kepada anak/tanggungan penjawat awam yang meninggal dunia.

-Kemudahan Mendapat Latihan dan Pemulihan 
Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan program latihan kepada kanak-kanak kurang upaya dengan menyediakan program latihan kemahiran dan pemulihan diri di Institusi-institusi Jabatan. Buat masa ini perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan ini kepada kategori kurang upaya anggota dan akal (bermasalah pembelajaran) sahaja.

-Kemudahan Geran Pelancaran 
Jabatan Kebajikan Masyarakat juga membantu golongan kurang upaya yang berpendapatan kecil atau yang ingin menjalankan perniagaan kecil dengan menyediakan peruntukkan geran pelancaran berkadar maksimum RM2,000

-Sumbangan Kepada Program-Program OKU 
Jabatan menggalakkan penyertaan aktif dan sumbangan daripada sektor swasta/ korporat untuk memainkan peranan yang lebih besar dan positif bagi kebajikan orang kurang upaya selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menuju ke arah masyarakat penyayang menghadapi Wawasan 2020 dan menepati Dasar Kebajikan Masyarakat Negara.

-Kemudahan Telekom 
Syarikat Telekom Malaysia telah menyediakan insentif/kemudahan kepada golongan orang kurang upaya seperti berikut:-
  1. Bayaran Sewa bulanan di kecualikan kepada golongan kurang upaya.
  2. Panggilan 103 (operator) tidak dikenakan sebarang caj.Menyediakan panggilan menunggu atau panggilan pindahan secara percuma.
Bagi orang kurang upaya berumur 19 tahun dan ke atas mereka layak memohon menggunakan maklumat sendiri dan bagi mereka berumur 18 tahun dan ke bawah mereka juga boleh memohon perkhidmatan bagi pihak keluarga mengikut syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak STMB.

-Takaful Malaysia Berhad 
Menyediakan Insuran(Perlindungan) bagi OKU yang merangkumi Perlindungan bagi:-
  1. Kemalangan;
  2. Kematian - urusan pengkebumian;
  3. Keilapan Kekal (kurang upaya/disability) akibat penyakit;
  4. Keilapan Kekal akibat kemalangan;
  5. Perbelanjaan perubatan kecederaan akibat kemalangan
Syarat-syarat permohonan:
  1. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat;
  2. Berdaftar dengan mana-mana persatuan.
-Pengecualian Cukai Jalan.
  • OKU Fizikal.
  • Kereta,van, motosikal buatan tempatan sahaja
-Kemudahan pengangkutan awam
  • Tambang konsesi
  • MAS 50% penerbangan domestik
  • KTM 50% bagi semua kelas
  • Transnasional 50%
-Program Pendidikan Khas -   Kem. Pelajaran/Jab. Pendidikan Khas

-Program Pendidikan Integrasi -    Kementerian Pelajaran

-Elaun RM150.00 sebulan kepada pelajar Sekolah Rendah dan Menengah - Kementerian Pelajaran

-Elaun RM300.00 sebulan kepada pelajar IPTA - Kementerian Pengajian Tinggi  

-Kod amalan akses bagi OKU:-
  • Bangunan baru wajib ada ram dan railings
  • Laluan yang bersesuaian dengan kerusi roda
  • Lif khas dengan rekabentuk yang sesuai
  • Tempat letak kereta,tandas khas dan sebagainya

-Kemudahan dan galakan pelepasan cukai pendapatan.
  • Pelepasan cukai berganda kepada majikan yang melatih dan mengambil pekerja OKU
  • Pelepasan cukai sebanyak RM 5000 kepada pembayar cukai yang mempunyai anak OKU yang berusia dibawah 18 tahun
  • Pelepasan cukai sehingga RM 5000 bagi membeli alat-alat khas untuk kegunaan sendiri,anak atau ibubapa OKU.
  • Mulai 2005 pelepasan cukai diri sebanyak RM 6000 kepada OKU dan kepada pasangan OKU dari RM 3000 kepada RM 3500.
-Kadar sewa rumah yang rendah.

-Potongan harga 20 % pembelian rumah.
  
-Pengecualian bayaran rawatan perubatan :
  • Bayaran wad kelas 3
  • Bayaran pakar
  • Bayaran ubat
  • Hanya hospital kerajaan
-Pengecualian Bayaran dokumen perjalanan
  • Pasport
-Kemudahan peluang pekerjaan
  • Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10/1988
  • Pekeliling Perkhidmatan Bil 3/2008 : dasar 1% peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada Orang Kurang Upaya
  • Perkhidmatan pendaftaran pekerjaan secara online
-Geran galakan perniagaan OKU
  • Telah berniaga
  • Usia 18 tahun keatas
  • Individu dan berkelompok
  • Geran berbentuk one-off
-Pengecualian duti impot alat ganti alat tiruan/sokongan

-Pengecualian 50% duti eksais kenderaan OKU
  • OKU Fizikal sahaja
  • Ada lesen memandu yang khas
  • Kereta nasional sahaja
  • Tidak boleh pindah milik atau jual selama 10 tahun kecuali dengan kebenaran Kem. Kewangan
  • Sebuah kereta setiap 10 tahun
-Pencen terbitan
  • Anak penjawat awam yang telah meninggal dunia
-Waktu berkerja anjal
  • Kemudahan kepada kakitangan awam untuk menguruskan kebajikan dan keperluan anak OKU
-Kemudahan Telekom
  • Bayaran sewa bulanan dikecualikan
  • Panggilan 103 operator tidak dikenakan caj
  • Panggilan menunggu atau pindahan secara percuma
  • 19 tahun keatas,atas nama sendiri
  • Bawah 18 tahun atas nama keluarga
  • Celcom-pengecualian bayaran sewa bulanan
-50% potongan yuran pengajian    Universiti Terbuka Malaysia (OUM)

-Bantuan Am - Jabatan Kebajikan Masyarakat

-Elaun Pekerja Cacat - Jabatan Kebajikan Masyarakat

-Geran Pelancaran  - Jabatan Kebajikan Masyarakat

-Bantuan alat tiruan/sokongan  - Jabatan Kebajikan Masyarakat

-Pusat Pemulihan Dalam Komuniti  - Jabatan Kebajikan Masyarakat

-Institusi Penjagaan dan Pemulihan JKMM - Jabatan Kebajikan Masyarakat

-Bengkel Terlindung -  Jabatan Kebajikan Masyarakat

-Pendaftaran dan pengeluaran kad kenal diri OKU - Jabatan Kebajikan Masyarakat

-Khidmat nasihat dan kaunseling - Jabatan Kebajikan Masyarakat

-Bantuan bagi OKU yang Tidak Berupaya (BTB) akan mendapat bantuan kewangan RM150.00 Sebulan - Jabatan Kebajikan Masyarakat

-Bantuan Penjagaan OKU Terlantar (BPOKUT) akan mendapat bantuan kewangan sebanyak RM300.00 sebulan - Jabatan Kebajikan Masyarakat

-Pengecualian bayaran :-
  • Bayaran membuat MyKad
  • Bayaran carian daftar kelahiran dan kematian

Peringatan Mesra: Maklumat admin mungkin ada yang kurang tepat atau sudah ketinggalan. Jadi sila download e-book format PDF dari JKM tentang kemudahan & keistimewaan OKU dengan klik sini

Ps: Itulah sedikit sebanyak info berkaitan kemudahan & keistimewaan golongan OKU. War - war kan lah perkara ini kepada saudara mara, sahabat handai, kawan-kawan yang mungkin mereka terdiri dari golongan OKU atau pun ada orang-orang terdekat mereka yang terdiri dari golongan OKU. Dari bacaan admin, banyak kemudahan yang diberikan amat bermafaat. Gunakan kelebihan ini dengan sebaik-baiknya.

Pss: Marilah kita terus berdoa agar MH 370 di temui segera dalam keadaan selamat. Amin...!