Wednesday 23 April 2014

Oh! Info: 6 jenis wanita yang tidak boleh di buat isteri

Hi semua. Apa khabar? Artikel kali ini bab wanita. Info berkaitan 6 jenis wanita yang tidak boleh di buat isteri. Sesuai untuk mereka yang masih bujang dan tercari pasangan hidup. Moga info ini dapat memberikan faedah dan kebaikan pada anda.. Jom baca.

1. Al-Anaanah
Mereka adalah golongan isteri yang sentiasa keluh kesah. Apa saja yang diberikan oleh si suami tak pernah pun rasa cukup. Dah diberi kereta, tak cukup lagi, dah diberi rumah, tak cukup, dah diberi intan berlian pun masih tak cukup. Sedikit pun ciri isteri ni tak pernah berterima kasih kepada suami. Tak reti nak bersyukur.

2. Al-Manaanah
Mereka adalah golongan isteri yang suka mengungkit. Silap sikit si suami, habis diungkitnya cerita 18 tahun tahun lepas hingga terkini sampai anak pun tahu segala rahsia ayahnya. Bahaya ni... Cerita negatif suami yang dah 18 tahun dia ingat tapi 18 tahun budi yang disemai oleh si suami selama 18 tahun langsung dia tak kenang.

3. Al-Hunaana
Golongan isteri ni suka membanding-bandingkan suaminya dengan orang lain. Andainya, si suami buat kerja lambat dan tak cekap buat kerja, Contoh seperti tukar lampin anak, mula lah si isteri ni nak bandingkan suaminya tu dengan suami orang lain atau lelaki lain.

Suami orang lain cekap je tukar lampin tapi suami dia lembap..... Si suami diam je, tahan sabar. Kalau diikutkan hati, talak 3 la jawabnya. Kalau dah tak tahan sabar, terus talak 3. Bila datang pejabat agama, kenapa boleh jadi kes talak? Puncanya kain lampin... Hmmm!

4. Al-Hudaaqah
Isteri yang suka memaksa suami. Atau dengan erti kata lain ugut suami. Contohnya, bila balik raya, si isteri mula la pura-pura menitik air mata nak beraya tahun ni dekat rumah mak ayah si isteri. Padahal 3 tahun berturut-turut dah beraya kat rumah mak ayah si isteri, tahun ni pun dia nak terusraya tempat sama.

Nak tak nak, sebab simpati, suami pun ikut kata si isteri. Ni boleh dipanggil ugut ye tuan tuan dan puan puan. Kes ini juga boleh dikategorikan ingkar kepada suami sebab langgar apa yang dijanjikan. Peristiwa ini akan menyebabkan pihak ketiga akan terasa iaitu pihak keluarga si suami, dah 4 tahun berturut2 tak balik raya.

5. Al-Hulaaqa
Isteri yang sering leka. Leka kerana benda-benda lain sehingga mengabaikan tanggung jawab keluarga. Contohnya isteri terlalu taksub dengan hak kewanitaan. Konon-konon wanita tidak patut dijadikan sebagai orang gaji.

Bila pulang dari kerja, di bantainya tidorrrr sampai lupa nak sediakan makan minum suami dan anak. Bila suami tegur, si isteri akan cakap macam ni, "Awak ingat saya ni hamba awak?" Tapi bila bos dekat ofis suruh buat itu ini, boleh plak buat tanpa bangkang sikit pun.

6. As-Salaaqah
Isteri yang tak pandai cara pergaulan. Yang mana perlu dirahsiakan, rahsiakan laaaa... Ini tidak, riuh satu suratkhabar bila suami buat silap. Biarlah certain people je tahu..

Contohnya macam artis nak minta cerai, belum lagi si suami melafazkan cerai, sudah dihebohkan kepada media tentang buruk perangai si suami. Ingat! Selagi anda masih bergelar isteri walau macam mana teruk sekali pun suami anda, anda tidak berhak mengaibkan dia.

Satu lagi contoh As Salaaqah, isteri yang tidak jaga pergaulan macam membuang masa tak tentu hala, bersalaman dengan bukan muhrim (walau atas alasan kerja), serta tidak menutup aurat.

Sumber: imddinahmad

OK, itulah infonya..

Ps: Apa kata anda yang dah beristeri? Apa pula kata anda sebagai seorang isteri. Pendapat peribadi admin pula, tiada manusia di dunia ni yang sempurna.. Terpulang kepada individu itu sendiri sama ada nak menerimanya atau pun tidak..

Monday 21 April 2014

Oh! Info: Senda Gurau Lol Part 2

Hai semua! Bagi post kali ini admin akan coretkan cerita lawak tempatan Part 2. Dengan kata lain, sambungan dari part 1 lah ;). Ok, tanpa membuang masa lagi jom kita layan..

1.Lawak Suami
Suatu hari...seorang suami baru pulang dari meeting (sbnr nyr dating)...dan melihat isterinya menangis teresak2...

Suami : Nape ni yang?

Isteri : Sudahla bang..lepaskan saje saya ni!!

Suami : Eh..nape awak ckp camtu lak??

Isteri : Saya tahu..awak ade jumpe pompuan laen kan?

Suami : Eh...apa awak ckp ni?? (terkejut sbb bini mcm dah tau perkara sebenar)

Isteri : Sudahla bang..sume nye da tebukti...ade pompuan yg jwb tepon mase sy call awak...dah byk kali..

Suami : Eerr..aaa...ba..baik la..abg mengaku..abg ade pompuan len..tp..ape yg pompuan tu ckp kt awak?

Isteri : Huh..nyampah...mentang2 sy x tau omputeh...tp sy ade hafal ape yg dier ckp..

Suami : Dier ckp ape?

Isteri : Dier ckp.."The number u have call..cannot be reached at this momment..please try again"......asal sy tepon je..dier ckp camtu...da x reti ckp mende len agaknyer..pompuan camtu pon awak nak?

Suami : .......(dlm hati) alamak...nyesal pula ngaku tadi...

2. Lawak handpone


3.Lawak Tok Kadi
Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri Satu Majlis akad nikah kawan pada kawan ku. Waktu tu aku bercuti dikampung dia. Jadi bila ada kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut sama.

Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan di ruang tamu. Ramai orang aku tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki. Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis macam nih.

Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk dengar apa yang tok kadi akan tanya. Rupanya macam2 jugak tok kadi tanya. Tapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu besar?..

Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang, dengan lajunye mamat pengantin tu jawab " lima ". Tok kadi tanya lagi, bagi contoh2 najis kecil, dia pun jawap kencing baby yang kecik2 lagi. Tok kadi pun angguk ler, jadi aku rasa jawapan tu ok la kut.

Tok kadi tanya lagi contoh najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling kanan, mula tengok syiling, aku rasa macam nak tolong je mamat pengantin tu?bukannye susah, jawapannya anjing ngan b@b! je,..tapi mamat tu dah mula berpeluh jantan keluar kat dahi?. Tok kadi mula senyum? Aku sebut dalam hati moga2 dia dengar 'anjing ngan b@b! la hoi', tapi rupanya aku cakap dalam hati dia tak dengar.

Aku tak tahu apa yang jadi selepas itu, kerana majlis tu jadi kecoh kerana ramai orang yang berada disekeliling majlis tu sambil minum air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai orang, aku pun sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2 aku semburkan balik, dah kene member kat tepi2, kecoh jadinya, aku pegang mata aku, penuh dengan air mata.

Yang aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh najis besar kat pengantin tu keadaan senyap sunyi?.

Tapi bila pengantin tu jawap "Taik Gajah" suasana jadik hingar bingar dengan gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control macamana? taik gajah? besar betul.. Nak2 bila gajah makan durian.
 
4.Lawak ayam & kambing
Pada suatu hari,ayam telah menghiaskan dirinya dengan menyangkut manik-manik yang berkilauan pada setiap helaian bulunya. Tajinya diasah sehingga berkilauan dan berjalanlah ia menuju ke kediaman kambing.

Tiba di kediaman kambing, ayam pun menyapa sahabatnya itu.

Ayam : Kambing, pekabo?

Kambing : Baik. Wah,ayam. Bukan main lagi kau. Kau nak ke mana
hensem-hensem ni.

Ayam : Takde ke mana. Sesajalah nak tengok riaksi engko.

Kambing : Tapi kan ayam, macam mana pun ko berhias, ko jalan tetap kaki ayam, kan?

Ayam : Ko kutuk aku ye. Ko pun apa kurangnya.....

Kambing : Apsal pulak?

Ayam : Nampak macam alim. Bela janggut. Tapi TELUR nampak...
 
5.Lawak Bos
Seorang boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada harinie.. Sesiapa yang nak minta balik lima jam lebih awal hari nie dia kasi tapi alasannya mestilah munasabah. Haaaa!! Alasannya mestilah pasal sembahyang ajer! Tau-tau macam tu ader 4 orang pekerja bawahan datang mintak balik awal..

Pekerja 1 : A'kum Boss, bulih saya pulang? Saya balik nak sembahyang
kat rumah boss, leh tak?
Boss : Tak boleh!!!Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi,
lagi banyak pahalanya..!

Pekerja 2 : Saya bulih balik awai kut Boss?
Bosss : Hang apa pasai:
Pekerja 2 : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang Zohor ker
tak? Ntah-ntah dia ponteng?
Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!

Pekerja 3: A'kum Boss!
Boss: Ha? pasal pulak ni? Nak balik awal gak ker?
Pekerja 3 : Errrrr!!Yer boss, boss baik!!he..heee!
Boss: Alasan apa lak ngko nie?
Pekerja 3 : Saya nak balik sembahyang orang mati..Ada orang kampung saya ninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah...!Boleh kut boss yer pulang awal?
Boss : Tak bolehhh!!! Itu fardzu kifayah jer!Orang kampung lain yang ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!! Dah! Pergi buat kerja..

Pekerja 4: A'kum Boss! Saya nak balik awal boleh tak ari nie?
Boss : Naper?
Pekerja 4 : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!
Boss: Yer ker? Ha! Kalu gitu awak baliklah...Kesian awak dah
seminggu nunggu!!!
Pekerja 4 : Ima Acih Boss!!! Heee.. Hee

6.Lawak Bangla
Cerite brmula di satu station minyak. Di station minyak nie ada 2 org pekerja bangla yg tau cakap melayu skit, omputih skit & bahasa bangla yg sememangnye dia pro. Sorg tu namanye Majid & seorg lg namanye Iqbal.

Pd satu arie berhenti sebuah kete mewah, mercedes utk mengisi minyak.Pemandu kete tu seorg Pak Arab. Kebetulan pula minyak di pam minyak tu dah abis, nie yg membuatkan Iqbal poning kepalo nak bgtau pd Pak Arab tu yg minyak dah abih. Pak Arab tu lak tak tau sepatah haram bahasa melayu, cuma tau omputih skit & bahasa arabnye ler..

Iqbal bgtau PakArab tu sambil menyebut "fuel" & dsusuli gerakan memusingkan tangan menandakan minyak abih, tapi Pak Arab tu ternganga tak paham.

Iqbal coba lg sekali dgn menyebut "fuel" & disusuli gerakan memusingkan kepala, tapi Pak Arab tu ternganga luas tak paham!!..Iqbal tak tau nak wat camner..dia pon gi kat Majid utk menerangkan situasi sebenar.

Mereka bercakap dlm bahasa bangla, & bunyiknye cam nie..

Iqbal: Majid, tolong aku majid, Pak Arab tu tak tau minyak dah abih..

Majid: ala...ko cakap je la..minyak dah abih..

Iqbal: dah cakap dah, tapi dier tak paham...aku lak, tak tau cakapomputih.. Yes , No, Alrite & I lap U tau ler..

Majid: Aku pun tak tau gak cakap omputih..

Iqbal: ala..ko tolong ler aku..

Majid: ok...aku tau sikit-sikit cakap arab..

Lalu pergi la..si Majid kat Pak Arab tu & dgn selamba dek..nye berkata;"

Fuel!, Sodoqallah'hul.-.azim",

baruler..Pak Arab tu paham & teros blahhh....

Itulah dia Lawak part 2..

Ps: Hehe.. Ketawa admin. Anda bagaimana? Moga ada lawak kat sini yang dapat meredakan sedikit sebanyak tekanan ada..

Thursday 17 April 2014

Oh! Tips: 8 tanda si dia suami orang


Tip kali ini amat menarik. Maklumlah zaman IT ni banyak lelaki yang dah kahwin tetapi masih mengaku bujang demi untuk memikat wanita.. Mungkin nak tambah calon kot sampai penuh kuota.. Jadi anda sebagai wanita, jika tidak redha terkena suami orang, maka bacalah 8 tips di bawah. Jom layan..

1 . Membelikan semua barangan anda secara tunai sahaja
Dia mengajakmu makan malam , jalan - jalan , membelikan kasut serta handbag dan membayar semua itu dengan secara tunai . Tidak pernah sekalipun ia melakukan pembayaran secara elektronik mahu pun mengunakan kad kredit . Semua itu dilakukan untuk mengelakkan dari di pantau isterinya . Dia berusaha melakukan penyorokkan agar isterinya tidak mengetahui perbelanjaannya di luar yang keluar dari rutin bulanan keluarganya .

2 . Menemui kamu di waktu - waktu tertentu sahaja .
Misalnya ia datang ke rumah kamu pada pukul 10.00 pagi . Itu patut dicurigai bahawa orang yang cuba mendekati padamu itu memang benar - benar lelaki telah beristeri . Bukankah pada jam - jam seperti itu orang sedang sedang bekerja ? Tidak mahu percaya lagi ? Selepas waktu kerja dia selalu di sibukkan dengan urusan keluarganya!

3 . Tidak Pernah mengajakmu Datang ke Rumahnya
Hanya ada dua alasan jika kekasih kamu tidak pernah mengajak kamu ke kediamannya . Alasan pertama , dia sebenarnya seorang yang bujang tapi malu memperkenalkan bilik sewanya yang boleh diibaratkan kapal pecah . Alasan kedua , tidak perlu diceritakan panjang lebar lagi . Yang pasti dia seorang lelaki beristeri .

4 . Susahnya untuk Menjawab Panggilan Telefon dari kamu
Untuk urusan yang satu ini pun kemungkinan ada dua . Jika dia selalu susah unuk menjawap panggilan telefon dari kamu, boleh jadi dia seorang ahli koperat atau pasukan pasukan khas beruniform. Jika tanda - tanda itu tidak ditemui , sah lah bahawa dia seorang lelaki yang telah beristeri.

 5 . Setiap kali di telefon Selalu Mematikan HP nya, Lalu di telefon kamu balik.
Boleh jadi saat itu ia sedang bersama dengan keluarganya di rumah . Oleh itu panggilan telefon kamu diabaikannya. Sesaat kemudian ia memberi alasan kepada isterinya untuk pergi ke luar rumah. Alasannya sangat klasik : beli rokok! Hah! Pada saat di luar rumah itulah baru ia menelefon kamu semula.

6 . Tak Pernah Sekalipun Anda Diperkenalkannya kepada Saudara atau Teman - temannya
Bila itu berlaku, kemungkinan juga hanya dua. Sesungguhnya dia seorang yang bujang atau duda tetapi tidak serius menjalin hubungan dengan kamu atau, boleh jadi, dia adalah seorang lelaki beristeri .

7 . Tiba - tiba Kamu mendapat panggilan dari seseorang Perempuan Tak Dikenali
Ketika kamu sedang tekun bekerja di pejabat, tiba - tiba menerima panggilan telefon dari seorang perempuan yang bertanya tentang memori telefon bimbit suaminya yang mencatat begitu banyak perbualan dengan nombor telefon kamu .

8 . Di serang Orang ketika majlis Pernikahan kamu berlansung
Di harap ini tidak akan pernah terjadi pada kamu . Kamu dan dia sedang asyik di pelaminan sambil bersalaman dengan para hadirin. Tak lama kemudian, datanglah seorang ibu dan tiga anaknya . Mereka mengheret suamimu keluar dari pelaminan sambil mengeluarkan kata - kata tidak senonoh kepadamu .

Itu 8 tandanya jika teman lelaki anda sudah beristeri..

Ps: Macam mana, apa kata anda? Untuk artikel ini admin no komenlah! :)

Monday 14 April 2014

Oh! Tips: Penjagaan Telinga Anda

Artikel kali ini berkisar kepada satu bahagian penting tubuh badan kita iaitu telinga. Telinga adalah salah satu anugerah yang tidak ternilai harganya dari Allah SWT kepada kita. Menjaganya dengan baik, bermakna kita menjaga amanah Tuhan kepada kita dengan baik. Ok, inilah serba sedikit info serta tips berkaitan telinga dan juga berkaitan penjagaan telinga. Jom baca!

Pengenalan (Pengenalan, Anatomi dan Fungsi)
Terdapat dua fungsi telinga iaituuntuk pendengaran dan keseimbangan. Telinga perlu dijaga dan dilindungi daripada bahaya supaya sihat dan boleh berfungsi dengan baik.

Telinga terdiri daripada tiga bahagian:
  • Telinga luar terdiri daripada pina dan salur telinga.
  • Telinga tengah terdiri daripada 3 tulang kecil yang dipanggil tukul, andas dan rakap.
  • Telinga dalam terdiri daripada koklea dan salur separuh bulat.
Cara membersihkan tahi telinga
Sel-sel dalam saluran telinga menghasilkan bahan melekit seperti lilin yang disebut tahi telinga (ear wax).

Tahi telinga mempunyai tiga tugas utama.
  • Ia melindungi dan melembapkan kulit salur telinga, serta mencegah telinga daripada menjadi kering dan gatal.
  • Ia mengandungi bahan kimia khas yang menentang jangkitan yang boleh merosakkan kulit salur telinga.
  • Ia bertindak sebagai perisai antara persekitaran luar dan gegendang telinga. Tahi telinga memerangkap debu, kotoran, dan benda-benda lain daripada memasuki telinga anda.
Anda mungkin tertanya-tanya sama ada tahi telinga perlu dibersihkan. Tahi telinga mengalir keluar dari telinga secara semulajadi. Apa yang perlu anda lakukan adalah membersihkan tahi telinga menggunakan kain bersih. Pastikan kuku jari anda pendek untuk mencegah kecederaan pada kulit

JANGAN korek telinga dengan batang mancis, jarum, atau sebarang objek tajam. Mengorek telinga boleh menyebabkan luka pada kulit dan jangkitan penyakit.

JANGAN guna putik kapas untuk membersih salur telinga. Mengorek telinga dengan putik kapas boleh menyebabkan tahi telinga ditolak jauh ke dalam salur telinga. Pendengaran akan berkurangan jika tahi telinga berkumpul dan menghalang gelombang bunyi daripada sampai ke gegendang telinga.

Jika telinga tersumbat, gunakan titisan minyak zaitun bagi melembutkan tahi telinga.

Masalah pendengaran
Masalah pendengaran boleh berlaku pada semua peringkat umur. Ia tidak hanya berlaku dalam kalangan orang tua sahaja.

Cara untuk mengetahui samada anda mengalami masalah pendengaran:
  • Gagal untuk memahami perbualan
  • Tidak dapat mendengar dalam persekitaran yang bising
  • Bunyi berdesir dalam telinga (tinnitus)
  • Terpaksa menguatkan bunyi apabila menonton TV atau mendengar radio
  • Sentiasa meminta orang lain mengulang percakapan
  • Merasakan perbualan seperti mengumam (menahan suara dalam mulut)
  • Mengelakkan diri daripada berbual dengan keluarga dan rakan-rakan
Masalah pendengaran terdiri daripada beberapa tahap:
  • Ringan - Sukar untuk mendengar dalam persekitaran yang bising
  • Sederhana – Sukar mendengar bisikan
  • Teruk - Gagal memahami bunyi percakapan yang kuat
  • Sangat teruk – Tidak mendengar bunyi yang sangat kuat.
Kehilangan pendengaran boleh berlaku secara tiba-tiba, sebagai contoh:
Kecederaan secara tiba-tiba disebabkan bunyi yang sangat kuat seperti bunyi tembakan.

Jangkitan di telinga.
Air tersumbat dalam telinga dan menyebabkan tahi telinga menjadi kembang.

Masalah pendengaran boleh berlaku perlahan-lahan disebabkan oleh perkara berikut:
  • Jangkitan telinga kronik
  • Terdedah kepada bunyi bising dalam tempoh yang panjang
  • Ubatan ototoxic (ubat yang boleh mencederakan telinga)
Masalah pendengaran akibat bunyi bising
Kehilangan pendengaran boleh berlaku tanpa disedari. Contohnya seperti senario berikut:

"Seorang doktor bertanya pesakitnya samada tempat kerjanya bising. Pesakit tersebut telah bekerja di tempat tersebut bertahun-tahun lamanya. Beliau memberitahu doktor bahawa pada awalnya tempat kerjanya bising tetapi selepas bertahun-tahun, tempat tersebut tidak begitu bising."

“Jangan biasakan diri dengan bunyi bising.”

Bunyi bising yang merosakkan telinga anda tidak semestinya kuat. Anda mungkin berasa telinga anda telah biasa dengan bunyi bising, tetapi apa yang sebenarnya terjadi adalah anda telah mula mengalami masalah pendengaran.

Berapa cepat seseorang hilang pendengaran bergantung pada kenyaringan bunyi dan tempoh masa terdedah kepada bunyi.

Mendengar muzik yang kuat dengan kerap boleh merosakkan pendengaran, terutamanya sekiranya fon kepala (headphone) digunakan. Beberapa pemuzik yang terkenal telah pekak dan mengalami tinnitus. Anda mungkin perasan beberapa pemuzik kegemaran anda memakai alat pelindung pendengaran semasa mereka bermain muzik.

Pengacara lagu di disko dan pasar raya juga terdedah kepada muzik yang kuat. Apabila menghadiri konsert atau berada dekat dengan alat pembesar suara, anda terdedah kepada muzik yang kuat yang boleh merosakkan telinga.

“Bunyi bising boleh merosakkan saraf. Masalah pendengaran akibat bunyi bising adalah kekal. Keupayaan mendengar tidak boleh dikembalikan. Anda perlu memakai alat bantuan pendengaran bagi masalah pendengaran.”

Bagaimana mengetahui anda berada di tempat yang bising?

Tahap untuk bunyi yang selamat adalah 85 dB (desibel) selama 8 jam sahaja. Sekiranya anda perlu menjerit supaya oleh orang yang berada sejauh 3 kaki dari anda dapat mendengarnya, tahap bunyi bising mungkin 85 dB (desibel) atau lebih dan alat pelindung pendengaran perlu digunakan.

Dua tanda telinga anda telah rosak

Jika selepas mendengar bunyi yang sangat kuat, pendengaran anda menjadi seolah-olah tidak jelas atau sayup-sayup, bermakna anda telah mengalami perubahan tahap pendengaran sementara atauTemporary Threshold Shift (TTS) yang memberi amaran bahawa telinga anda telah terdedah kepada bunyi yang melebihi had.  Jika telinga anda terus terdedah kepada bunyi kuat tanpa perlindungan, keadaan boleh menjadi bertambah buruk dan berkekalan sehingga menyebabkan kerosakan telinga yang tidak boleh dirawat.

Pendedahan kepada bunyi kuat untuk jangka masa yang lama boleh menyebabkan anda mengalami tinnitus iaitu bunyi berdesing dalam kepala. Perkara ini tidak boleh dianggap remeh. Ini adalah amaran bahawa sel-sel rambut dalam telinga anda telah rosak. Tinnitus boleh dikesan di tempat yang sunyi seperti apabila hendak tidur pada waktu malam. Jika anda tidak melindungi telinga anda daripada bunyi bising, tinnitus boleh berkekalan dan sentiasa mengganggu keselesaan hidup anda.

Bagaimana melindungi pendengaran anda?

Panduan menjaga pendengaran.
  • Lindungi telinga anda dengan memakai alat perlindung pendengaran (ear muff atauear plug) apabila anda menggendalikan mesin jentera yang mengeluarkan bunyi yang kuat.
  • Mengurangkan bunyi iPod/MP3, terutamanya apabila anda memakai fon telinga atau berada di dalam kereta.
  • Jika anda gemar memakai fon telinga, sekali-sekala, rehatkan telinga anda
  • Jika anda menghadiri konsert, pakai alat perlindungan pendengaran.
  • Apabila menggunakan telefon bimbit, gunakan mod pembesar suara.
sumber:myhealth.gov.my

PS: Ok, itulah tips penjagaan telinga. Semoga memberi sedikit ilmu dan panduan pada anda. Jagalah telinga anda jangan sampai rosak, jika ianya rosak maka tiada peluang untuk pulih semula..

Sunday 13 April 2014

Oh! Tips: Penjagaan ikan Laga

As salam & salam sejahtera. Tulisan kali ini tentang ikan sepilai ataupun nama kampungnya ikan laga. Memang salah satu hobi admin ketika zaman kanak-kanak menangkap & memelihara ikan sepilai ini serta melagakannya ;).

Ketika admin kecil dahulu, selalu ke lubang pangkal pokok kelapa sawit untuk menangkap ikan ini. Selalunya ikan sepilai yang di tangkap di kawasan kelapa sawit adalah sepilai jenis Lada (gambar yang ketiga).. Ok, kepada peminat-peminat yang memelihara ikan laga ini, admin akan berikan 10 tips penjagaan ikan sepilai ini. Semoga ianya memberikan kebaikan kepada anda dan ikan laga anda. Inilah dia..

1.Jangan campurkan ikan laga
Ikan laga yang sudah menjangkau usia yang matang tidak boleh diletakkan beberapa ekor di dalam satu tempat. Ini kerana ikan laga berdarah fighter dan akan bertarung dan membunuh ikan laga yang lain. Ikan laga jantan akan berlawan hingga salah seekor mati.

Sekiranya ikan laga betina dicampurkan dengan ikan laga jantan, ikan betina akan luka dan cedera teruk. Kadangkala ikan betina juga akan mati. Ikan yang bergaduh dan cedera akan koyak ekornya. Ini akan mengurangkan kecantikan ikan tersebut. Namun, ikan laga betina boleh hidup secara berkelompok, dengan syarat ia dipelihara dengan jumlah yang banyak dalam satu tempat.

2.Dapatkan bekas yang sesuai
Pastikan saiz bekas yang digunakan sesuai dengan ikan laga kesayangan anda. Jangan gunakan bekas yang terlalu sempit. Kerana ini akan mengehadkan pergerakan ikan tersebut.

Bekas yang sesuai, ialah bekas yang membolehkan ikan berenang. Bekas yang lutsinar, membolehkan kita melihat kecantikan ikan dari sudut pandangan sisi.Jangan letakkan ikan di dalam tin, kerana tin akan berkarat.
 
3.Letakkan tumbuhan
Tumbuhan air sebenarnya adalah sangat penting dalam memelihara ikan hiasan. Tumbuhan berguna kerana ia hidup dengan menggunakan bahan yang dikumuhkan oleh ikan. Kesannya, air akan sentiasa bersih dari bahan2 yang tidak dikehendaki. Namun pemilihan tumbuhan juga perlulah sesuai.

Sebaiknya elakkan tumbuhan yang mengotorkan air. Ada tumbuhan yang cepat mati dan menjadi lembik serta berlendir. Pastikan samada tumbuhan tersebut memerlukan direct sunlight atau tidak. Namun, tumbuhan juga perlu diselenggara, dibuang akar yang terlampau banyak, dibuang bahagian yang sudah mati dan sebagainya.

4.Berikan makanan hidup
Ikan betta sangat sukakan makanan hidup. Antara yang paling mudah didapati ialah jejentik. Nyamuk akan membiak di dalam air yang tenang dan jernih. Ambillah sedikit jejentik, dan berilah ikan laga anda makan seminggu atau dua minggu sekali.
 
5.Letakkan daun ketapang
Daun ketapang berupaya untuk menurunkan nilai pH dalam air yang beralkali. Ianya juga berupaya untuk membunuh bakteria, bertindak sebagai anti fungus dan agen anti kulat, meningkatkan tahap kualiti air dan bertindak sebagai bahan tonik bagi kegunaan di dalam akuarium.

Oleh sebab itulah, ikan laga akan menjadi aktif apabila daun ketapang kering dimasukkan di dalam air. Air rendaman daun ketapang akan mengandungi asid organik seperti humik dan tanin. Asid ini akan mengurangkan nilai pH air serta menyerap dan menyahtoksidkan beberapa jenis logam berat seperti zink, aluminium dan kuprum.

Daun ketapang bukan sahaja boleh digunakan untuk memastikan betta anda sihat dan aktif, bahkan ia juga boleh digunakan sebagai bahan semulajadi untuk merawat dan menghalang penyakit ikan. Sebagai contoh, di negara Thailand, daun ketapang digunakan secara meluas sebagai bahan untuk merawat luka ikan laga Siam selepas bertarung.

6.Letakkan kayu Hiasan
Letakkanlah kayu hiasan dan sebagainya, untuk dijadikan tempat ikan laga anda bermain, menyorok dan berenang mengelilinginya. Cara ini mungkin akan menggembirakan dan mengurangkan stress ikan laga kesayangan anda. Ikan laga yang stress akan kurang berenang, statik di bahagian dasar dan mempunyai warna yang pucat.
 
7.Tukar air tiga hari sekali
Air hendaklak ditukar bagi memastikan ikan sentiasa sihat dan tidak berpenyakit. Kekerapan bergantung kepada saiz bekas dan bagaimana kondisi tempat anda memelihara ikan tersebut. Sebaiknya air ditukar selang tiga hari. Namun sekiranya anda ada meletakkan tumbuhan air, air tidak perlu ditukar terlalu kerap, sebaliknya, tambahkan sedikit air yang baru.
 
8.Gunakan garam
Garam digunakan sekiranya ikan anda ditumbuhi sawang putih yang melekat di insang. Dengan meletakkan sedikit garam biru, ikan akan kembali sihat. Garam biru boleh diperoleh dari kedai ikan perhiasan. Namun, jangan gunakan dalam kuantiti yang terlalu banyak kerana ia akan menyebabkan ekor ikan menjadi koyak dan terluka. Hal ini kerana PH air yang terlalu beralkali tidak sesuai dengan ikan laga.

9.Gunakan air yang sesuai
Ramai yang menggunakan air tapis untuk memelihara ikan laga. Bagi yang tidak mempunyai air tapis masih boleh menggunakan air paip yang ditambah anti klorin. Anti klorin boleh dibeli dari kedai ikan perhiasan.

Namun, adalah lebih baik menggunakan air paip yang telah lama ditadah dan dibiarkan sekurang-kurangnya selama seminggu. Selain itu, anda boleh gunakan air hujan. Air hujan didapati selamat untuk ikan laga.
 
10.Sayangi ikan anda
Tips terakhir ialah, sayangi ikan anda. Ikan akan lebih sihat, aktif dan cergas sekiranya mendapat kasih sayang dan penjagaan yang rapi. Beri makan mengikut waktu dan tidak dalam kuantiti yang terlampau banyak. Sentiasa menjaga kualiti air dan hiasilah bekas atau akuarium dengan tumbuhan dan sebagainya.

sumber:syurgaituindah

Ps: Itu lah serba sedikit tips nya. Nasihat admin, cuma jadikan ikan laga ini sebagai hiasan dan janganlah pula anda laga-lagakan nya walaupun namanya ikan laga.. Teringat juga semasa kecil dahulu yang ikan-ikan laga ini di letakkan botolnya di belakang almari dengan tujuan menggelapkan badan nya supaya lebih cantik apabila ia mengembang untuk berlawan..

Produk kebahagian suami isteri klik sini

Wednesday 9 April 2014

Oh! Info: Kematian Penggusti Profesional-Ultimate Warrior

Tulisan kali ini berkaitan dengan salah seorang ahli sukan yang admin minat. Ianya dalam bidang gusti WWE (yang dulunya WWF). Sedang baca Kosmo Online tadi, tetiba terlihat satu artikel pada bahagian Dunia berkaitan kematian penggusti profesional kegemaran admin tahun 90an iaitu Ultimate Warrior. Terkejut juga kerana pada Sabtu lepas beliau telah di iktiraf antara jaguh gusti terhebat di WWE Hall of Fame di New Orleans.. Beritanya berbunyi begini:

LOS ANGELES - Bintang gusti terkenal, Jim Hellwig atau lebih dikenali sebagai Ultimate Warrior meninggal dunia kelmarin ( 08.04.14 ) selepas dia terjatuh ketika berjalan ke keretanya di sebuah hotel di Arizona.

World Wrestling Entertainment (WWE) dalam satu kenyataan kelmarin mengumumkan kematian ahli gusti berusia 54 tahun itu.

Hellwig meninggal dunia selepas dia diiktiraf antara jaguh gusti terhebat di WWE Hall of Fame di New Orleans pada Sabtu lalu.

Portal hiburan. TMZ.com melaporkan, dia pengsan kira-kira pukul 5.50 petang waktu tempatan ketika berjalan ke keretanya di sebuah hotel di Arizona pada Selasa lalu.

Dia kemudiannya disahkan meninggal dunia ketika dirawat di sebuah hospital berhampiran.

Hellwig memulakan kariernya pada tahun 1987 dan menjadi antara bintang gusti terkenal apabila menjadi Juara WWE selepas menewaskan Hulk Hogan pada tahun 1990.

Sumber: kosmo.com.my

Wajah terkini Ultimate Warrior

Bersama musuh ketat- Hulk Hogan

************************************
2 style gustinya yang menarik:

Finishing Move: Worrior Press ( Gorila Press )
Favorite Move: Clothesline
************************************

PS: Kepada peminat sukan gusti, apa kata anda? Haa itulah al kisahnya tentang Ultimate Warrior ni. Bagi penggemar-penggemar Gusti pasti kenal dengan Ultimate Worrior ni.. Kini beliau hanya tinggal kenangan.. Takziah kepada keluarga beliau.

Oh! Tips: Cara Pemakanan yang Sihat

Artikel kali ini, admin nak menulis bab cara pemakanan yang sihat. Contoh terbaik ialah diet harian Rasullulah SAW. Ustaz Abdullah Mahmood berkata, Rasullulah tidak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga diet pemakanannya. Jadi jom kita baca.

Elakkan dari makan makanan di bawah pada waktu yang sama:
  1.     Jangan makan SUSU + DAGING
  2.     Jangan makan DAGING + IKAN
  3.     Jangan makan IKAN + SUSU
  4.     Jangan makan AYAM + SUSU
  5.     Jangan makan IKAN + TELUR
  6.     Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
  7.     Jangan makan SUSU + CUKA
  8.     Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

"JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI."

"TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI."

"JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM. SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA."

Nampak agak pelikkan.Kalau tak percaya... Cuba...Ia bukanlah untuk dalam jangka masa terdekat... Ia berkesan bila kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Di khuatiri akan cepat mendapat penyakit.
Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion(+) manakala dalam ikan mengandungi ion(-), jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan dgn membuat amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya 1 jam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)..

Itulah serba sedikit paduan cara pemakanan yang sihat.. Macam mana dengan amalan pemakanan anda?

Ps: Tips yang menarik. Tetapi dalam dunia moden dengan pelbagai jenis aneka makanan yang ada, admin rasa susah nak elakkan diri dari makan makanan yang dilarang makan bersama seperti bil 1-8 di atas. Anda pun pasti setuju dengan pendapat admin kan.. Mungkin inilah salah satu sebabnya kenapa banyak penyakit menyerang tubuh badan kita..

Oh Info!: Tanda 100 hari sebelum kematian

Ok, kali ini admin nak menulis info berkaitan MATI. Admin rasa tentu ramai yang tak berapa suka topik ini. Tetapi tidak kira suka atau tidak, mahu atau pun tidak mahu kita semua akan mati juga suatu hari nanti.. 

Kali ini info yang admin nak tulis ialah tanda-tanda 100 hari sebelum kematian. Jom baca..

Tanda 100 Hari Sebelum Hari Mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT  kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 Hari Sebelum Hari Mati  
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan berlaku malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 Hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba dia berselera untuk makan.

Tanda 3 Hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 Hari  
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir  
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan perasaan itu akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Itulah tanda-tandanya..

Ps: Mati itu pasti. Mengikut hukum alam yang tua itu akan pergi dulu.. Tapi jika mengikut ketentuan, tidak kira, muda atau tua-- pasti mati jika telah sampai ajalnya. Persoalanya, sudah cukupkah amalan anda untuk dijadikan bekalan di alam akhirat nanti. Mari kita sama-sama renungkan..