Tuesday 4 June 2013

Penggunaan & pemakaian minyak wangi yang betul



Tips & Info – Penggunaan & pemakaian minyak wangi yang betul mampu menarik perhatian si dia!


Hi semua. Apa khabar? Untuk tips & info yang sulung ini saya mempertengahkan satu topik yang menarik iatu berkaitan minyak wangi. Memang ramai yang tahu membeli minyak wangi, tapi berapa ramaikah yang tahu mengguna & memakainya dengan cara yang betul..?  Jom, kita layan!

1.Biasanya mereka yang memakai pewangi badan akan terus menyemburkan ia dibahagian yang tidak sesuai.. Ini hanya merugikan anda, apatah lagi jikalau perfume anda perfume yang original dan harganya mencecah ratusan ringgit! Sebelum menyapu, menyembur atau roll on perfume anda, pastikan mengikut tip-tip di bawah untuk memperolehi kesan pemakaian yang baik supaya aroma wangian anda memberikan 100% haruman yang tidak boleh tidak mampu memikat orang di sekeliling anda!

2. Ok, inilah dia…
  •  Pastikan berada di dalam bilik yang bersuhu normal (suhu bilik).
  •   Semburkan minyak wangi dari jarak sederhana dari tapak tangan anda
  •   Semburkan di titik-titik nadi iaitu di bahagian leher tepatnya di bawah rambut, pergelangan tangan, dan bahagian dalam siku & dibelakang bahagian telinga.
  • bagi membuatkan  aroma pewangi bertahan lama, gunakan selepas mandi dan semburkan pada pakaian yang akan dikenakan.
  • Setiap perfume mempunyai aroma & kelebihan baunya tersendiri. Sekiranya anda menggunakan perfume lebih daripada satu pada masa yang sama, keharmonian perfume akan hilang. Ini akan hanya merosakkan
  • ciri-ciri setiap perfume dan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan. Oleh itu, elakkan menggunakan lebih daripada satu jenis perfume pada masa yang sama kerana ia menjejaskan keharmonian bau.
  • Untuk cara yang lebih ADVANCE, semburkan perfume di udara dan pusingkan badan anda di dalam titisan perfume yang sedang terapung di udara. Dengan cara ini anda akan mendapat titisan wangian yang sekata pada pakaian anda!
3. Untuk memastikan wangian dari perfume anda berkembang secara baik, sapukan perfume paling kurang 30 minit sebelum anda pergi untuk memberi waktu kepada minyak wangi untuk mesra dengan minyak pada kulit anda.

4. Perfume berkesan kepada kulit yang hangat dan mempunyai peredaran darah yang baik. Oleh itu, kenal pasti tempat / bahagian tubuh yang perlu dikenakan perfume. Ada 4 tempat yang paling sesuai untuk sapuan perfume:

  • Nadi di pergelangan tangan
  • Di belakang telinga
  • Siku
  • Ruang bawah dada

 5. Elakkan bertukar-tukar jenis perfume dimana jika 2 atau lebih wangian yang bercampur di pakaian anda akan menyebabkan bauan yang kurang menyenang kan.

6. Bagi mereka yang mempunyai alahan pada perfume, anda boleh mencuba dahulu dengan haruman yang lebih ringan dan semburkan pada kadar yang nipis/sedikit.

7. Perfume boleh tahan lama selama enam bulan. Sekiranya ia dijaga rapi, ia bertahan lebih lama. Perfume hendaklah diletakkan di dalam tempat gelap bersuhu bilik.

8. Bagi perfume yang original, kesan nya boleh bertahan sehingga 8 jam jika cara pemakaian nya adalah betul dn mengikut tips – tips di atas.

9. Terbaru dan terkini, sudah ada terciptanya perfume berasaskan feromen ( mempunyai haruman yang mampu menarik perhatian pasangan yang berlainan jenis)memang lain dari yang lain. Kajian telah dibuat dan di akui keberkesanan serta telah terbukti di peringkat antarabangsa.  Haruman ini mampu membuatkan lebih mata memandang anda. Maklumatnya anda boleh dapatkan disini ---> klik sini

10.Ok, itulah sedikit & sebanyak tips & info pemakaian dan penggunan minyak wangi. Harap dapat memberikan anda pengetahuan.