Monday 9 December 2013

Tips dan Panduan Temuduga


Ok, hari ni admin nak bercerita bab temuduga. Nak bagi sedikit tips dan panduan sebelum, semasa dan selepas temuduga. Admin tau, bagi yang 1st time yang nak pergi temuduga kerja mesti gabra dan gementarkan? Bagi yang dah banyak kali tu, tapi masih gagal untuk dapatkan kerja mungkin tips-tips ini dapat membantu anda. Tak banyak, mungkin sedikit dapat memberikan pertunjuk kepada anda. Jadi, inilah dia sedikit panduan temuduga.. Layan!

3 asas penting.
Pertama - buat persediaan dengan meramalkan apakah soalan dan jenis atau bidang yang bakan disentuh oleh penemuduga.

Kedua - dicadangkan berlatih sesi temuduga bersama rakan atau pun ahli keluarga. Ini untuk memberi ruang kepada diri agar lebih biasa dengan situasi temuduga. Di samping mengurangkan rasa gugup semasa sesi sebenar berlangsung.

Ketiga - lakonkan sesi temuduga di dalam Bahasa Inggeris. Kenapa? Dikatakan kebanyakan sesi temuduga kerja akhir-akhir ini menggunakan Bahasa Inggeris dalam kadar 10% ke 20% daripada keseluruhan sesi. Jadi ini menjadikan ianya satu latihan yang wajib dilaksanakan. Sediakan teks dalam Bahasa Inggeris, baca dan kemudian biasakan diri tanpa melihat teks.

Tip-tips penting yang lain:

Sebelum temuduga
1.Dapatkan maklumat secukupnya melalui internet mengenai profil jabatan/kementerian/organisasi.
2.Luangkan masa untuk membaca dan memahami butir yang telah didapatkan.
3.Mulakan membaca surat khabar pada setiap hari selepas anda mendapat surat panggilan temuduga.
4.Ambil berat tentang isu semasa yang tertulis di akhbar
5.Gosok baju dan seluar anda sehari sebelum menghadiri temuduga, ini membolehkan anda tidak tergesa-gesa pada keesokan paginya
6.Pilih warna pakain yang bersesuai, di nasihatkan memakai kemeja berwarna putih, seluar slack hitam dan    kasut kulit hitam bertali.
7.Pilih warna tali leher yang sama dengan warna seluar anda.
8.Tidur awal untuk memastikan badan anda berasa segar pada keesokan hari

Semasa temuduga:
1. Pastikan anda bangun awal
2. Jangan mengunakan wangian secara berlebihan.
3. Pastikan anda menjamah sedikit makanan
4. Apabila sampai ke tempat temuduga anda di nasihati menegur calon temuduga lain untuk menghilangkan rasa jangal dan gemuruh.
5. Anda juga dinasihatkan agar tidak membaca lagi maklumat tentang organisasi pada ketika ini.
6. Duduk dengan tenang dan tunggu giliran anda.
7. Jangan lupa mengetuk pintu sebelum masuk ke dalam ruangan temuduga.
8. Beri salam
9. Duduk selepas di pelawa untuk duduk oleh penemuduga
10.Apabila sesi soal jawab berjalan, anda dilarang memutar belitkan jawapan..katakan anda tidak dapat menjawab jika anda benar-benar tidak dapat menjawabnya.
11.Jawab dengan nada yang yakin, tersusun dan jika gementar hentikan perbualan seketika untuk menenangkan emosi anda.
12.Jangan sesekali memotong pembicaraan penemuduga.
13.Biasanya di akhir, penemuduga akan mengkehendaki anda untuk menanyakan soalan, pastikan anda telah menyediakan soalan untuk ditanya.
14.Tamat sesi temuduga pastikan anda bangun dan bersalaman dengan penemuduga dan lemparkan seyuman serta berterima kasih kepada meraka.

Selepas temuduga
1.Anda di galakkan untuk terus keluar dari ruang menunggu, balik atau sebagainya
2.Berdoa dan lakukan aktiviti anda seperti biasa
3.Biasanya keputusan temuduga akan keluar sebulan selepas anda di temuduga.



Ok, itulah sedikit tips dan panduan temuduga untuk anda. Harap dapat berikan tunjuk ajar kepada anda.

Ps: Bagi yang bakal menghadapi temuduga tu, admin harapkan anda berjaya mendapat jawatan idaman anda. Bagi yang masih gagal dalam temuduga tu, berbanyakkan berdoa & berusaha semoga di percepatkan anda mendapat pekerjaan yang anda idamkan. Bagi yang mahu mendapatkan panduan temuduga dari pakar, klik sini. Amin..