Monday 30 December 2013

Selamat Tahun Baru-2014

Hari ini tiada tips mahu pun info. Sekadar nak sembang-sembang sikit sal tahun baru.. Sedar tak sedar, kita dah pun berada pada hari terakhir tahun 2013. Cepat benar masa berjalan.. Masuk tahun baru, maka akan ada bermacam-macam cerita baru. Tapi jangan lupa yerr, yang tahun baru umur pun baru (makin meningkat). He he..

Tiada celoteh panjang dari admin untuk hari ini. Hanya nak mengucapkan selamat tahun baru 2014 pada anda semua. Maaf jika ada isi kandungan blog admin ada yang menyentuh hati, membuatkan anda marah atau pun membuatkan anda tidak suka dan selesa. Ianya sekadar bahan bacaan.

Bagi yang menyukai isi kandungan yang terdapat di dalam blog ini blog ini, terima kasih admin ucapkan. Admin mengalu-alukan bagi mereka yang nak sharekan kandungan blog admin ni di dalam laman sosial anda. Dipersilakan..

Terima kasih admin tadi itu untuk 3 perkara yang telah anda lakukan:

1. Kerana singgah dan membaca blog admin.
2. Kerana menyukai isi kandungan blog admin.
3.Kerana men 'share' kan artikel admin di laman sosial anda.

Admin perasan semakin hari semakin ramai yang menjegok ke blog admin. Ini merupakan satu perkembangan yang positif bagi orang baru macam admin. Terima kasih di atas kesudian anda yang datang menjenguk itu. Azam admin tahun 2014 untuk blog ini, akan cuba mempertingkatkan jumlah pos yang sedia kurang ini.. Hehe.. Amin.

Ps:Admin amat bersyukur kepada Allah SWT kerana di berikan lagi kesempatan (panjang umur) untuk melangkah ke tahun yang baru -> tahun 2014! Mmm.. Apa rancangan anda pada malam tahun baru ni? Berkumpul di dataran sambil melihat percikkan bunga api? Konvoi motor beramai-ramai? Atau ada plan yang lain? Apa pun rancangan anda, admin harapkan anda gembira. Selamat tahu baru 2014 untuk anda semua!!