Thursday 13 June 2013

Panduan Membeli Belah Secara Online

Oh Tips & Info: 17 Panduan Membeli Belah Secara Online
 Ha ha.. Kucing pun diaorang kencing!-Sekadar gambar hiasan

Era ini perniagaan online semakin rancak iramanya. Ramai yang belumba - lumba membuka kedai maya untuk mencari rezeki atau membuat part time demi mendapatkan pendapatan yang lebih untuk kelangsungan hidup.. Satu perkembangan positif di dalam dunia internat yang banyak memberikan manfaat kepada jutaan manusia di muka bumi ini.

Namun positif tidak semestinya tiada yang negatif. Salah satu daripada cabang negatif yang sering berlaku ketika ini adalah penipuan. Penipuan dalam perniagaan online! Ada banyak cara penipuan dan admin tidak mahu menulis panjang untuk menarangkanya, sebab entry kali ini adalah tips - tips sebelum membeli barang secara online untuk mengelakkan diri dari jadi mangsa penipuan perniaga - peniaga online yang tak beretika ini. Panduan yang amat berguna sebelum anda bershopping online!

Jadi, inilah dia. Layan...

1. Sila pastikan anda semak terlebih dahulu status penjual sama ada masih lagi aktif ataupun tidak lagi. Juga pastikan penjual memaparkan maklumat mereka seperti nama penjual, no telefon untuk dihubungi.
 
2. Pastikan online shopping mall itu benar-benar wujud dan cuba hubungi nombor telefon yang diberikan. Cuba buat carian no telefon tersebut di Google dan lihat maklumbalas yang diberikan.
 
3. Sila baca komen-komen, feedback ataupun ulasan yang diberikan oleh pelanggan kepada penjual sebelum ini. Samada ianya ulasan yang memuaskan atau tidak.
 
4. Beritahu orang lain jika shopping mall atau kedai online yang anda kunjungi itu kurang memuaskan atau terdapat tanda-tanda mencurigakan...
 
5. Pilih Dengan Bijak & Bandingkan Harga – Buat pilihan dengan bijak & bandingkan harga sebelum membeli. Layari laman-laman web yang lain untuk tahu harga terkini barangan yang ingin anda beli.
 
 6. Tracking Setelah urusan membeli selesai, sila pastikan penjual memberi anda Tracking ID untuk rujukan anda. Ianya memudahkan untuk anda mengesan barangan anda
 
7. Baca syarat-syarat jual beli yang disediakan
 
8. Buat tempahan melalui saluran yang betul seperti melalui Sms, borang pesanan, email. yang disediakan.
 
9. Simpan Username & password untuk kegunaan sendiri (jika ada)
 
10.Semak latar belakang syarikat jualan ataupun online shopping mall yang disukai
 
11.Membuat pesanan dengan betul
 
12.Periksa jaminan waranti setiap barangan yang dibeli
 
13.Periksa dan semak barangan yang diterima
 
14.Beritahu kepada pihak online jika barangan yang diterima ada kecacatan atau kerosakan
 
15.sentiasa tingkatkan sikap waspada anda!
 
16.Buat bayaran dengan berhati-hati.
 
17.Akhir sekali sila simpan resit ataupun bukti pembayaran anda untuk kegunaan jika anda ingin menebus kembali barangan yang anda beli jika terdapat kerosakan ataupun kesilapan.

Apa kata anda?

P/S : Admin rasa hanya segelintir saja peniaga online ini yang tidak beretika. Sejujurnya,  ianya tidak merenjatkan keyakinan admin terhadap perniaga - perniaga online lain yang 92% peratusnya adalah benar dalam perniagaan. Allhamdullillah, sehingga sekarang semua barang - barang yang di beli admin secara online, sampai tepat pada masa nya.

PSS: Sebenarnya admin pun kaki shopping online juga! He he..