Monday 17 June 2013

Kelebihan air kosong

Tips & Info : 8 info kebaikkan air kosong.
Hari ini admin akan berkongsi bab air kosong. Umum mengetahui yang air kosong mempunyai khasiat yang amat baik untuk tubuh manusia. Malah kita sebagai umat Islam juga telah di kurniakan oleh Allah SWT dengan air kosong yang paling terbaik dalam dunia iaitu air Zam - Zam. Jadi kelebihan air kosong memang tidak boleh di sangkal lagi. Jom kita lihat 8 info tentang kelebihan air kosong.

Jadi, inilah dia. Layan..

1. Menguruskan badan
Khabar gembira buat anda yang tengah berdiet. Air kosong tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu menurunkan berat badan kita.

2. Meningkatkan kesuburan
Air kosong dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum lelaki serta hormon estrogen pada kaum wanita.

3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air kosong dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air kosong bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air kosong boleh menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.

6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air kosong bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

7.
Menyihatkan jantung
Air kosong juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada waktu ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air kosong.

8. Ubat kepada penyakit strok
Air kosong tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

P/S: Kalau ikutkan keperluan, kita kena minum 8 gelas (2 liter) air kosong sehari (bukan AIS kosong yer..). Jadi, berapa gelas yang anda minum sehari? Admin pun mungkin hanya 3 - 4 gelas sehari je.. Kadang - kadang perkara - perkara baik macam ni memang susah nak ikut! Tak tahu kenapa.. Setuju?