Wednesday 12 June 2013

11 cara mengelakkan diri dari gemuk

Tips & Info: 11 cara mengelak diri dari mejadi gemuk.

Masalah kegemukan dan lebihan berat badan ataupun di kenali sebagai obesiti merupakah masalah global. Banyak negara yang purata rakyat-nya mempunyai berat badan yang tidak ideal. Punca utama masalah ini adalah di sebabkan makanan. Malaysia juga tidak terkecuali dari mempunyai ramai rakyat yang mempunyai berat badan yang berlebihan.

Umum mengetahui yang berat badan berlebihan akan menyumbang kepada pelbagai penyakit yang kronik seperti Kencing Manis, Tekanan darah tinggi, Penyakit jantung, kegagalan funsi buah pinggang dan lain - lain lagi. Jadi untuk artikel kali ini admin akan memberikan 11 tips untuk mengawal berat badan anda supaya menjadi berat badan ideal.

So, inilah dia. Layan..

1. Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.

2. Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.

3. Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar.

4. Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur.

5. Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.

6. Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari.

7. Kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda.

8. Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli 'protein shakes' dan memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta antara makan tengahari dan makan malam.

9. Anda boleh menggunakan pil diet untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan. Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.

10.Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.

11.Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang  selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketul.

BMI
Formula kiraan berat badan ideal (BMI):

BMI  =  Berat ( KG ) / Tinggi ( M ) X Tinggi ( M ) 

Formula ini tidak boleh digunakan oleh:   
  • Orang yang berusia 18 tahun ke bawah    
  • Orang yang mengandung atau menyusukan anak  
  • Orang yang terlalu tua (yang lemah)   
  • Ahli sukan yang aktif dan ahli bina badan


Setelah mendapat BMI anda lihat carta di bawah untuk menentukan sama ada anda gemuk atau tidak.

BODY MASS INDEX 

Status     BMI
  Kurus     kurang 20.6
  Normal   20.7 - 26.4
  Gemuk    26.5 - 30.9
   Obese     31.0 - 45.2 
Bahaya    lebih 45.3

Contoh pengiraan:

Berat badan   : 80kg 
Tinggi             :175 cm iaitu 1.75 meter

Oleh itu BMI  : 80 / (1.75 x 1.75) = 26.14

Jadi BMI anda adalah GEMUK.

P/S: Jadi macamana setelah perkiraan? Adakah BMI anda ideal atau pun sebaliknya. Jika ideal, taniah admin ucapkan dan jika tidak ideal, admin cadangkan supaya dapatkanlah berat badan yang ideal. Sebab kegemukkan banyak menyumbang kepada pelbagai penyakit yang kronik. Jika tiada masa untuk bersenam, boleh menggunakan produk - produk perlangsingan yang di iktiraf. Ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara dan salah satunya ialah :

"SIHAT SEBELUM SAKIT"