Sunday 16 June 2013

Menjaga kualiti kesihatan & kehidupan

Oh! Tips & Info: Petua menjaga kualiti kesihatan  & kehidupan anda.
Hari ini admin nak memberikan tip - tip yang dapat meningkatkan kualiti kesihatan dan kehidupan kita. Beberapa tip yang perlu dilakukan, dan yang perlu dielakkan. Ianya berdasarkan Petua Imam Syafie. Baik untuk amalan seharian kita.

Jadi, inilah dia. Layan..

PETUA IMAM SYAFIE

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak bersetubuh
2. selalu cemas
3. banyak bersulam air ketika makan
4. banyak makan makanan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Bonus- 4 cara tidur yang mencerminkan keperibadian diri kita.

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Meniarap seperti tidurnya ahli neraka.

Bonus Tambahan untuk anda: Doa sebelum Tidur.



P/S : Jadi, yang mana satu cara tidur anda? Dan berapa ramaikah dari kita yang membaca doa sebelum tidur..Kalau tak tahu doa tidur, hafal sekarang. Pendek jer doanya dan mungkin ambil masa 15-30 minit untuk menghafalnya. Perkara yang baik, tak elok di tangguh-tangguh. Kan?