Monday 25 August 2014

Oh! Info: Kisah Perangkap Tikus


Pada suatu masa dahulu ada seekor tikus yang tinggal di sebuah rumah. Suatu hari tu, tuannya membeli sesuatu. Bila cik tikus ni pergi tengok, rupanya itu merupakan perangkap tikus. Cik tikus mulai gusar kerana sudah pasti tuannya ingin menggunakan perangkap tikus itu untuk membunuhnya.

Cik tikus tersebut pun keluar rumah dan bercerita dengan cik ayam.

"Cik ayam, tuan rumah kita beli perangkap tikus. Habisla aku. Macam mana ya?"
Jawab cik ayam, "Itu perangkap tikus, mestila untuk kau cik tikus. Bukannya masalah aku".

Cik tikus berlalu dengan sedih dan resah dengan masalah tersebut. Kemudian berjumpa pulak dengan cik kambing. Soalan yang sama ditanya kan, "Cik kambing, tuan rumah kita beli perangkap tikus. Habisla aku. Macam mana ya?" Jawapan yang sama jugak dari cik kambing, "Itu perangkap tikus, mestila untuk kau cik tikus. Bukannya masalah aku".

Sekali lagi cik tikus kecewaa...

Kemudian cik tikus berjumpa pulak dengan cik lembu. Soalan yang sama diajukan, "Cik lembu, tuan rumah kita beli perangkap tikus. Habisla aku. Macam mana ya?". Sekali lagi, jawapan yang sama jugak yang cik tikus dapat, "Itu perangkap tikus, mestila untuk kau cik tikus. Bukannya masalah aku".

Kecewanya cik tikus. Dia pun balik la ke rumah tersebut. Tiba-tiba dia terdengar isteri tuan rumah menjerit dari dapur. Rupa-rupanya seekor ular terkena perangkap tikus tersebut. Dalam kekalutan tersebut, ular yang sudah hampir mati itu masih sempat mematuk kaki isteri tuan rumah.

Kerana patukan ular tersebut, isteri tuan rumah jatuh sakit. Jiran sebelah telah mencadangkan supaya tuan rumah memasak sup ayam, kerana sup ayam mampu menyegarkan isterinya yang sedang sakit.

Lalu tuan rumah telah menyembelih ayam untuk dimasak sup buat isterinya yang sedang sakit. Bilamana ramai jiran-jiran mengetahui tentang hal isterinya yang sakit, mereka datang ziarah. Untuk menjamu jiran-jiran yang datang, tuan rumah terpaksa menyembelih kambing pula.

Tak lama kemudian sakit isteri tuan rumah semakin teruk dan tak dapat lagi diselamatkan. Isterinya meninggal dunia. Pada hari pengebumian, tuan rumah telah menyembelih lembu pula sebagai hidangan tetamu untuk majlis kenduri kematian..

Akhirnya, semua haiwan itu terkorban, yang tinggal adalah cik tikus yang risau akan masalah perangkap tikus tadi..

Apa pengajaran yang anda dapat dari kisah ini?

Ps:Kisah yang begitu unik dengan Pengajaran yang amat menarik! Disebabkan tidak perduli dengan masalah yang kecil, habis semua terbabit. Jadi nasihat admin, bila ada sahabat handai yang menceritakan masalah mereka, cubalah beri idea penyelesaian. Jangan pula kita memperleceh kan mereka.. Setidak-tidaknya pun kita beri kata-kata sokongan kepada mereka. Begitu mudah sekali kan? :)