Wednesday 13 August 2014

Oh! Info: Rezeki tidak terduga di bulan Keberkatan



Assalammualaikum & salam sejahtera. Apa khabar anda semua? Moga sihat hendaknya disamping keluarga tersayang. Maaf, agak lama admin tidak mengemaskini blog ini. Mungkin terlalu banyak memakan pulut (lemang & ketupat) membuatkan jari-jari admin ‘berat’ untuk menulis. Ataupun masih dalam ‘mood’ raya; maklumlah sekarang ni jamuan raya semakin rancak. Bank-bank membuat rumah terbuka, pejabat-pejabat kerajaan pun membuat rumah terbuka dan banyak lagilah. .

Kepada anda yang mempunyai penyakit seperti darah tinggi, kecing manis, jantung berpada-pada lah jika makan di jamuan raya.. Bukanya apa, baru-baru ini admin melawat seorang sahabat di hospital dan mendapati keadaan hospital sesak (situasi hampir sama setiap tahun selepas raya) dengan mereka yang tidak sihat..  Puncanya tidak jaga pemakanan hingga menyebabkan bacaan tekanan darah dan bacaan gula dalam darah serta bacaan kolestrol naik mendadak sehingga ke satu tahap yang berbahaya..

Ok, stop bab raya ni. Admin nak fokuskan penceritaan  kepada satu perkara yang betul-betul membuatkan admin sibuk, iaitu perniagaan. Perniagaan yang membuatkan admin tidak menang tangan sepanjang bulan ramadhan. Rezeki yang sama sekali tidak pernah diduga pada bulan Ramadhan.

Perniagaan yang menghasilkan jualan RM4000+ hanya pada bulan JULAI sahaja. Perniagaan yang mempunyai produk yang amat baik sekali denga testimoni-testimoni real dari orang-orang disekeliling admin sendiri.. Perniagaan yang sudah menjadi fenomena di sekeliling kawasan admin kerana keberkesanannya dalam merawat & memulihkan penyakit. Dan demi menampung permintaan yang terlalu tinggi terhadap produk ini, stokis kawasan terpaksa dibuka walaupun produk ini baru sebulan setengah berada di kawasan admin..

Produk ini mampu merawat penyakit seperti:
·         ~Tekanan darah tinggi & rendah
·         ~Rabun mata
·         ~Kolestrol berlebihan
·         ~Gastrik
·         ~Masalah jantung
·         ~Masalah kulit
·         ~Magrain
·         ~Stress
·         ~Radang tekak/batuk
·         ~Lelah/asma
·         ~Masalah tenaga batin
·         ~Resdung
·         ~Masalah saraf & otot
·         ~Buasir
·         ~Masalah kurang tenaga
·         ~Masalah rahim/peranakkan
·         ~Masalah berat badah berlebihan
·         ~Stroke/darah beku

Banyak lagi yang mampu dirawat dan admin tidak dapat senaraikan semuanya buat masa sekarang. :)

Bermula pada penghujung bulan JUN, admin telah menjadi ajen jualan. Pada mulanya rasa macam tiada keyakinan untuk berjaya dalam bisnes ini. Maklumlah, diluar sana ada bermacam-macam produk kesihatan yang dijual.

Tetapi, rezeki itu bukanlah apa yang boleh kita tentukan, ianya kehendah Allah SWT. Produk ini semacam mempunyai ‘Aura’ yang mampu menarik perhatiaan & apabila di perkenalkan kepada orang. Mereka mesti nak tahu dengan lebih lanjut tentang produk ini apabila admin menceritakan kepada mereka. Dan yang seronoknya setiap orang yang admin ceritakan mesti berminat untuk mencuba dengan membeli pakej yang paling kecil. .

Alhamdullillah.. Semua yang mencubanya dengan pakej yang paling kecil ini akan menghubungi admin semula untuk mengambil pakej yang besar..  Apabila  ditanya sebabnya, ramai yang memberitahu sakit mereka baik atau pun beransur pulih. Memang menarik!

Admin betul-betul teruja. Mungkin produk ini berasal dari buah yang diberkati, jadi ianya amat disukai oleh orang. Boleh dikatakan setiap hari ada saja orang menghubungi admin untuk membuat pembelian. Jadi semangat untuk berjaya semakin menebal dalam diri admin. Teruskan berusaha!

Mmm. Apa yang admin niagakan hingga mampu menjana begitu banyak sale serta keuntungan?  Produk apakah itu? Persoalan & bab penting ni, tetapi maaf ya, admin tidak akan meneruskanya di artikel ini. In Sha Allah admin akan masukkan nya dalam artikel yang seterusnya. Bagi mereka yang berminat nak mengetahuinya dengan lebih lanjut tentang produk ini, nantikanya di artikel akan datang. ;)

Ps: Antara testimoni yang menarik dan paling banyak ialah mata rabun. Allhamdullilah lebih dari 10 orang yang menggunakan produk ini menyatakan rabun mata diorang dah pulih dan ni adalah testimoni real dari pelanggan-pelanggan admin sendiri tau. ;).

Pss: Artikel kali ini juga adalah untuk membela admin, sebagai alasan yang kukuh kerana lama tidak menulis bagi meng 'update' kan blog ini. Boleh ke anda terima alasan ni? Hehe.. :p