Wednesday 7 December 2016

Oh! Info: Nostalgia Komik-komik hongkong (Manhua)


Hi Semua, apa khabar? Kali ni nak bercerita sikit sal hobi admin waktu dulu2. Pada awal tahun 80an, 90an dan 2000. Admin minat membaca komik2 hongkong yang di alih ke bahasa Melayu. Tajuk seperti Pedang Setiawan, Singa Ganas, Jejak Wira, Alam Perwira, Anak-anak Wira, Dewata Raya & bermacam-macam tajuk lagi.

Bermula dengan Singa Ganas, dendam kesumat kemudian beralih pada Pedang setiawan pada tahun 1993. Pedang setiawan (PS) sebuah karya Ma Wing Shing yang tamat episod 667 pada bulan April 2015 kalau x silap. Admin tak ikut abis cerita PS ni, beli sampai episod 200+ je. Sebab terpaksa pilih antara Pendekar Laut dan Pedang Setiawan ni. Kengkangan ekonomi lah. Haha..

Selain PS, admin juga mengikuti kisah Raja Rimba (RR) hasil penulisan Wan Yat Leung dan lukisan oleh mr Ma. Memang awesome, sehinggakan x sabar2 menunggu episod baru iaitu 2 minggu kemudianya & sampai sanggup berulang alik ke kedai buku semata-mata nak membelinya.

Kemudian beralih pula pada cerita Pendekar laut karya Wat Yat Leung & Tang Chi Fai.. Dan Pendekar Laut ni betul2 menambat hati admin. Memang teruja betul dengan jalan penceritaan & lukisannya. Admin mengikuti komik Pendekar Laut ni dari episod 1-144. Kemudian bersambung ke Komik Wira Tunggal, Wira Tunggal Phoenix, Wira Tunggal Infiniti, Wira Tunggal Pendekar Laut & Wira Tunggal Final.. Side story cuma Wira Tempur Pendekar laut Generasi 230. Panjang legasi Pendekar Laut ni, banyak benar episodnya dan banyak juga pitih yang admin kuarkan juga lah!

Sejak dari itu admin menjadik peminat no 1 Wan Yat Leung. Apa saja komik-komik beliau yang keluar di Malaysia, admin akan beli. Banyak juga la karya-karya pendek dia yang admin masih ada seperti Empayar, Black Martial, Hero VS Samurai, Misteri Kembara, Bintang Malang, Lagenda Raksasa Puaka 1 & 2, Ex-Code, Bintang Malam dan bermacam-macam tajuk lagilah..

Sekarang banyak komik2 admin yang dah rosak. Hanya tinggal sedikit saja.. Jengah di pasaran dan yang ada sekarang ni cuma komik Jejak Wira Versi Baru je yang dah sampai episod 800, Kecewa lah juga dengan situasi sekarang ni. Zaman kegemilangan manhua dah tiada.. Rindu nak tengok pelbagai komik2 hongkong ni bergantungan dengan pelbagai tajuk di kedai2 buku. Nampaknya tak mungkin lah. Sekarang ni banyak yang suka baca online, maklum lah free je. Huhu

Adakah selepas JWVB ni tamat, akan ada lagi Manhua yang akan diterbitkan di Malaysia? Oklah, malas nak menaip lagi. kalau nak tulis lagi sampai esok pu x abis2. Sampai sini dulu. Arigato.


Ps: Sesiapa yang rasa ada komik2 yang nak dijual boleh PM Telegram @richie21

Sang Harimau Kumbang

Kredit: Gambar diambil dari google search.