Tuesday 28 January 2014

Tips Penjagaan Gigi

Hari ini admin akan tulis tips menjaga gigi anda. Gigi yang cantik mampu memberikan senyuman yang menawan. Menjaga gigi sesuatu yang penting untuk anda. Jadi anda mesti baca artikel ini. So layan..
  • Makanlah makanan yang seimbang dan pelbagai.
  • Gosok gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari sebaik sahaja selepas makan. Jika anda tidak dapat memberus gigi selepas makan, berkumurlah dengan air.
  • Gunakan ubat gigi berflorida atau jel untuk menguatkan struktur enamel gigi.
  • Jalani pemeriksaan dengan doktor gigi setiap 6 bulan - mulakan pemeriksaan gigi anak-anak anda pada umur 3 tahun.
  • Gunakan alat pelindung mulut jika anda terlibat dalam sukan seperti bolasepak dan hoki.
  • Sentiasa memakai tali pinggang keselamatan ketika memandu.
  • Jika anda menghadapi masalah mengunyah gigi semasa tidur, dapatkan nasihat doktor gigi sama ada anda perlu memakai alat tertentu untuk mengelakkan dari menggesel gigi.
  • Jangan mengunyah ais, pen atau pensil.
  • Jangan gunakan gigi untuk membuka klip kertas dan lain-lain.
  • Jika anda menghisap paip, jangan menggigit batang paip tersebut.
  • Berhenti mengambil alkohol dan menggunakan produk daripada tembakau.
  • Elakkan daripada menghisap buah lemon atau mengunyah aspirin dan pil vitamin C, mengambil minuman ringan, gula-gula, kek, pastri, karbohidrat yang halus (telah disaring) dan apa-apa bentuk gula. Mengambil makanan bergula menyebabkan bakteria membentuk asid yang akan memakan gigi. Asid ini akan menghakis enamel gigi.
Bonus untuk anda, tips cara memberus gigi

Jika boleh beruslah gigi anda setiap kali selepas makan. Jika tidak beruslah gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari - selepas sarapan dan sebelum tidur dan berkumurlah selepas setiap kali makan dan snek.

Pemberusan yang sempurna melibatkan pemilihan dan penjagaan berus gigi serta penggunaannya yang betul. Terdapat banyak jenis berus gigi yang boleh didapati di pasaran dalam pelbagai saiz, bentuk dan panjangnya. Ciri-ciri yang penting semasa memilih berus gigi ialah:
  • Pemegang yang mudah dikendalikan.
  • Kepalanya leper dan disesuaikan supaya boleh sampai ke mana-mana bahagian mulut.
  • Permukaan berus yang padat.
  • Bulu-bulu berusnya diperbuat daripada filamen nilon yang lembut, panjang menirus, anjal dan berbentuk bulat di hujungnya.
Terdapat 3 kaedah memberus gigi yang boleh dipilih. Bagaimanapun, tidak kira teknik mana yang dipilih, ketelitian anda memberus yang menentukan kebersihan gigi, bukannya sekuat mana atau sekerap mana.

Semua teknik memberus berikut boleh digunakan:
  • Letakkan kepala berus gigi pada sudut 450 di sisi barisan gigi. Dengan perlahan gosokkan di sepanjang pangkal gigi-gusi dan permukaan setiap gigi.
  • Letakkan berus gigi di sepanjang pangkal gigi-gusi dan berus dengan gerakan memusing atau menyapu menghala ke permukaan gigi.
  • Putarkan berus dalam gerakan membulat di sepanjang pangkal gigi-gusi dan permukaan gigi.
  • Dalam semua kaedah di atas, gusi dan juga lidah perlu di berus kerana ia biasanya mengandungi kuman.

Kaedah-Kaedah Memberus
  1. Gerakan membulat.: Putar berus dalam gerakan membulat dari pangkal gigi-gusi mengelilingi permukaan gigi.
  2. Gerakan menggetar : Pegang berus pada kedudukan 450 di sisi barisan gigi dan gosokkannya di sepanjang permukaan pangkal gigi-gusi dan di atas permukaan gigi.
  3. Gerakan menyapu: Letakkan berus pada pangkal gigi-gusi dan sapu atau pusingkan berus menghala ke permukaan gigi.

Teknik memberus yang betul
  • Bersihkan permukaan luar gigi atas, diikuti dengan permukaan luar gigi bawah.
  • Bersihkan permukaan dalam gigi atas.
  • Bersihkan permukaan dalam gigi bawah.
  • Akhirnya bersihkan permukaan mengunyah gigi atas, diikuti gigi bawah.

Teknik flos

Flos gigi yang dilakukan secara tekal dapat membersihkan plak dan partikel makanan dari celah-celah gigi yang tidak dapat dicapai dengan berus gigi. Flos juga merupakan alat yang penting untuk mencegah penyakit gusi. Bagaimanapun, jika gusi di antara gigi tersebut sudah menjadi rata/leper, menyusut dengan teruk, atau membentuk lekuk yang dalam (lekang dari gigi), kaedah flos tidak lagi berkesan.

  • Teknik flos yang berkesan
  • Tegangkan lebih kurang 1 inci flos di antara dua jari. (Memegang lebih dari satu inci flos akan menyebabkan kurang kawalan oleh jari semasa menggerakkannya di celah gigi).
  • Untuk membersihkan gigi, gerakkan flos ke atas dan ke bawah juga ke depan dan ke belakang secara lembut dan perlahan-lahan.
  • Untuk membersihkan gusi, lengkungkan flos di sekeliling bahagian dasar gigi.
  • Dengan perlahan-lahan, gerakkan flos berulang kali ke belakang dan ke depan di bawah gusi.
  • Untuk mengeluarkan flos, gunakan pergerakan yang sama iaitu ke belakang dan ke depan untuk menggerakkannya ke luar dan menjauhi gigi. Jangan memaksa atau merentap flos (semasa memasukkan atau semasa mengeluarkannya). Ini mungkin akan mencederakan atau menyebabkan tisu gusi yang lembut menjadi lebam.

Bila anda perlu berjumpa doktor gigi?
  1. Anda merasa sakit gigi apabila memakan makanan yang manis, sangat panas atau sangat sejuk.
  2. Rasa dalam mulut yang tidak sedap berpunca darii makanan atau bakteria yang terperangkap di dalam rongga.
  3. Gigi berlubang.
  4. Gusi berdarah semasa memberus gigi.
  5. Gusi bengkak, kemerahan dan sensitif.
  6. Gusi menyusut.
  7. Gigi longgar.
  8. Terdapat ruang di antara gigi (gigi menjadi jarang).
  9. Gigi yang terdedah di sepanjang garis gusi (pangkal gigi-gusi).
  10. Nafas terus-terusan berbau.
  11. Terdapat nanah di sekitar gusi dan gigi.
Gigi yang cantik, senyuman pasti menawan!
Cantik bukan?! ( hehe.. )

Ps: Berapa kalikah anda menggosok gigi anda dalam sehari? Admin 2 kali sahaja (Malas tul).. Walaupun 2 kali sehari, tetapi jika cara memberusnya adalah betul maka ianya amat memadai. Akhir kata, jagalah kesihatan gigi anda yerrr..!