Sunday, 14 December 2014

Oh! Info: 10 Fakta tentang Doraemon yang mungkin anda tak tahu

Oklah, kali ni admin nak cerita bab kartun. Bila sebut kartun, ramai yang fikir hanya kanak-kanak je yang suka cerita ni. Jika anda berfikir macam tu, anda silap. Kenapa? Cerita kartun/animasi mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dari golongan dewasa juga.. Sebut One Piece, Naruto, Bleach semua orang tahu, termasuklah admin. Hehe.. Hari ni admin nak cerita bab kartun Doraemon ni. 10 fakta tentang yang mungkin anda tak tahu. Jom layan.

1. Apa maksud nama Doraemon?
J: Nama Doraemon sebenarnya dicipta dari dua patah perkataan: Dora dan Emon. Dora adalah seperti kucing jalanan yang liar, manakala Emon pula adalah kata ganti untuk haiwan jantan bagi bahasa Jepun. Jadi maksud nama Doraemon adalah kucing jantan liar!

2. Tarikh Lahir Doraemon?
J: Doraemon dihasilkan pada 3 September 2112.

3. Doraemon Mempunyai Kod Pengeluaran?
J: Ya! Doraemon memiliki kod pengeluaran iaitu MS-903. Ini adalah nama asli Doraemon sebagai robot.

4. Apa Warna Asal Doraemon?
J: Warna cat asal Doraemon adalah kuning. Namun setelah telinga digigit tikus, Doraemon merasa sedih dan tertekan lalu menyelinap ke atas menara dan minum air ramuan berlabel “kesedihan”. Ketika Doraemon menangis, warna kuningnya luntur dan suaranya berubah disebabkan ramuan itu.

5. Berapa Jumlah Alat Di Dalam Poket Doraemon?
J: Terdapat lebih kurang 4500 alat telah dikeluarkan dari poket Doraemon, termasuklah yang paling terkenal iaitu Doko Demo Doa ( Pintu Ke Mana Saja), Tate Kopta (Alat Terbang Buluh) dan Time Machine (Mesin Masa).

6. Doraemon Mempunyai Nombor Ajaib?
J: 1293!! Doraemon memiliki berat 129.3 kg (nampak je kecil, kan) dan tinggi 129.3 cm. Boleh berlari sehingga 129.3km/jam semasa takut disunat dan melompat setinggi 129.3cm ketika diancam bahaya. Lingkar pergelangan tangan berukuran 129.3mm, kaki berdiameter 129.3mm dan dicipta pada 3/9/2112.

7. Di mana butang On/Off Doraemon?
J: Pada bahagian ekornya berbentuk bulat berwarna merah.

8. Kenapa Doraemon dan Dorami dikatakan adik beradik?
J: Kerana kedua-duanya berasal dari tangki yang sama, tetapi Doraemon dihasilkan dua tahun lebih awal.

9. Doraemon pernah bersekolah?
J: Pernah, di sebuah sekolah yang dikenali dengan nama Sekolah Robot.

10. Bagaimana Prestasi Doraemon di Sekolah?
J: Ingat tak macam mana Doraemon selalu marah Nobita sebab malas? Mungkin dia ambil pengajaran apa yang berlaku pada dirinya sendri. Prestasi Doraemon buruk sehingga tiada sesiapa yang berminat mengambilnya sebagai teman sehinggalah Sewaishi (cicit Nobita) sangat menyukai Doraemon dan menghantarnya kepada Nobita untuk menjaganya.

Haa macamana, ada peminat doraemon kat sini ke?

Ps: Apa kata anda? Doraemon ni merupakan cerita peberet admin waktu kecil-kecil dulu. Sungguh! Admin adalah salah satu daripada berjuta peminat cerita Doraemon ni. Memang best ceritanya.. Sehingga kan semua buku komiknya admin beli.

Wednesday, 10 December 2014

Oh! Tips: 8 Cara Penjagaan Payudara anda

Artikel kali ini adalah untuk wanita. Tak bermakna lelaki tak boleh membacanya yer.. :p. Di bawah ini admin sertakan beberapa rahsia dan petua untuk menjaga kesihatan dan kecantikan payudara anda.. Untuk wanita yang menitik beratkan soal kesihatan, atau pun abe-abe yang menitik beratkan kecantikkan isterinya,jom baca.

1. Lakukan pemeriksaan
Melakukan pemeriksaan payudara sendiri secara rutin. Setiap wanita sebaiknya memeriksa payudaranya sendiri, paling tidak sebulan sekali pada tarikh yang sama, apabila tiada haid. Bagi yang masih mendapat haid, waktu terbaik memeriksa payudara iaitu beberapa hari setelah berakhirnya masa haid, setiap bulan. Ketika itu payudara sudah kembali lembut. Jika terdapat sebarang perubahan, anda disarankan berjumpa doktor.

2. Pembedahan
Elakkan melakukan pembedahan payudara jika sekadar untuk membesarkan ukurannya. Kecantikan wanita bukan sekadar terletak pada aset ini sahaja, tetapi terletak pada ‘hatinya’.

3. Senaman
Lakukan senaman dan perawatan payudara secara sendirian iaitu senam payudara dan yoga. Salah satu cara melatih otot pektoral adalah dengan menekan kedua telapak tangan separas dagu pada dinding (seperti posisi mendorong), arahkan pandangan ke langit, tahan beberapa detik, kemudian lepaskan.

Ulangi latihan ini sampai 10 kali. Latihan ini boleh dilakukan ketika anda berada di bilik mandi. Rasakan tarikan pada otot pektoral ketika anda menggerakkan kepala ke atas. Kegiatan mengankat dan menurunkan bahu, apabila dilakukan berulang-ulang, dapat memperkuatkan otot dada.

Jika senaman yoga menjadi pilihan, mula-mula tenangkan fikiran, mulai dengan dalam posisi yoga. Depakan kedua lengan separas bahu. Gerakkan dengan lembut lengan kanan ke atas dan lengan kiri ke bawah. Kembalikan posisi lengan hingga sejajar dengan bahu. Rehat kira-kira 5 saat. Kemudian ganti posisi, lengan kiri ke atas dan lengan kanan ke bawah. Lakukan gerakan tersebut masing-masin 10 kali.

4. Urutan
Mengurut payudara dengan minyak aroma terapi, dapat menjaga keanjalan payudara. Urutan baik untuk merangsang sirkulasi darah. Caranya lakukan urutan ke arah luar, ke bawah dan ke arah dalam, kemudian mengikuti aliran getah bening ke arah ketiak, ke bawah tulang selangka dan ke arah tulang dada.

Dibandingkan dengan masker dan krim yang disapukan, penggunaan minyak aroma terapi adalah lebih efektif kerana urutan akan lebih mudah meresap ke dalam kulit, mengalir dalam darah, kelenjar susu serta menyusup ke seluruh tubuh.

5. Bersihkan payudara
Payudara yang sihat adalah payudara yang bersih. Perhatikan kebersihan puting yang merupakan tempat keluar air susu, sekaligus kelenjar minyak yang berfungsi untuk melicinkan puting dan arela, agar tidak kering dan kulitnya tidak pecah. Gunakan kapas yang sudah dibubuhi minyak zaitun untuk membersihkan sisa kelenjar iaitu kelenjar minyak yang sering melekat pada puting.

6. Penggunaan Coli
Gunakan baju dalam atau coli yang sesuai dengan anda dan bukannya sekadar melekap di situ sahaja. Seelok-eloknya memakai coli yang sesuai mengikut saiz payudara, iaitu sepanjang tempoh kehamilan dan waktu menyusu anak.

7. Penyusuan
Sekiranya menyusukan anak, letakkan posisi bayi dengan betul dan selesa agar ia tidak terlalu menarik payudara. Terdapat masalah dalam tempoh penyusuan, ia termasuk bengkak buah dada. Cara mengatasi masalah itu, perah payudara perlahan-lahan untuk melembutkan terlebih dahulu sebelum menyusu atau tuam air suam untuk melegakan kesakitan.

Kelebihan menyusukan anak dapat menghindarkan dari penyakit barah payudara, barah ovari dan membantu mengecutkan rahim kembali kepada asal (selepas bersalin).

8. Ramasan
Elakkan pasangan anda membuat ramasan payudara (sewaktu melakukan hubungan seksual) dengan menolak ke kanan atau ke kiri terlalu kuat. Ini adalah kerana perlakuan sebegini kerap boleh membuatkan payudara anda kendur lebih cepat.

Haa.. Itulah dia tips-tips nya. Ok, selesai membacanya? Hafal & peratikkannya.

Ps: Apa kata anda bab ni? Admin kali ini no komen lah..

Tuesday, 9 December 2014

Oh! Info: Gurau Senda Lol Part 3

Lama admin tidak menulis.. Alasan kali ni malas nak mengetuk papan kekunci komputer. Boleh diterima ke? hehe.. Ok, untuk artikel kali ni admin nak masuk kan cerita lawak part 3. Sambungan dari part 1 dan part 2. Ok jom baca.

1. KERJA RUMAH

Seorang guru sedang bertanyakan kepada seorang anak muridnya.

GURU: Ali, mengapa awak tidak membuat kerja rumah yang cikgu beri ?

ALI: Emak saya beritahu saya supaya tidak buat kerja rumah

GURU: Mengapa emak awak berkata begitu ?

ALI: Kerana semua kerja rumah emak saya yang buat.



2. IKUT JIRAN SEBELAH

Isteri: bang,sejuk hati saya tengok suami jiran sebelah rumah kita.

Suami: ape halnya sampai awak sejuk?!

Isteri: yela,tiap2 hari suami die balik keje mesti bagi bunga,kiss dan coklat.

Suami: habis tu kenapa?

Isteri: kenapa abang tak buat macam tu….?

Suami: hish!!gila ker awak nie!!!?? mane saya kenal dia!!!!

Isteri : *&#$%^&*%**%


3. TAK BERANI CURI

Di zoo, sorang pekerja dimarah ketuanya.

Ketua: Apsal kamu tak kunci kandang singa ni semalam? Bahaya betul.

Pekerja: Tak perlu risau, boss, mana ada orang berani nak curi singa ni.


4. PECAT

Majikan : Kamu di pecat!

Pekerja : Tapi saya tidak melakukan apa-apa!!

Majikan : Itu lah sebabnya mengapa kamu di pecat…

 

5. ATUK SIAPA LEBIH KUAT

Tiga sekawan berusia 5 tahun bercerita tentang kehebatan datuk masing-masing.

Eman : “Datuk aku kuat…. Kalau bertanding silat, tak pernah kalah.”
Emon : “Datuk aku lagi kuat. Dia pernah tumbangkan seekor kerbau yang tengah mengamuk.”
Eman : “Datuk kau kuat tak, Emin?”
Emin : “Aku rasa datuk aku lagi kuat daripada datuk kau berdua. Dah 20 tahun dia tinggal dalam tanah, sampai sekarang tak keluar-keluar lagi.”
Eman dan Emon : “Ye laaa…. kuatnya datuk kau.”


6. PUNCA KEMATIAN

Dam!! Pintu pejabat sebuah hopital dihempas. Seorang doktor muda kelam kabut masuk, menggelabah puyuh, jumpa doktor senior.

Doktor Senior : Kenapa ni?
Doktor muda : (Termengah-mengah memberitahu) Saya dah buat silap masa isi borang kematian pesakit.. Habislah.. Matilah saya..

Doktor Senior : Silap macam mana pulak?
Doktor muda : Saya tersain nama saya kat punca kematian..


7. 3 BULAN LAGI

Selepas 25 kali mencuba, akhirnya Dol lulus temuduga. Tapi sebelum meninggalkan bilik temuduga, pengurus kilang memberitahu.

Pengurus : Untuk permulaan, kita bayar kamu RM5 sejam. Tapi lepas 3 bulan, kami naikkan gaji kamu kepada RM7 sejam. Setuju?

Dol : Setuju, bos..

Pengurus : Kalau macam tu, bila kamu boleh mula kerja?

Dol : 3 bulan lagi, bos..


8. SEDARA KITA
Pada suatu petang, seorang ibu membawa anaknye berusia 4 tahun bersiar2 menaiki kereta.Dlm perjalanan, si ibu membunyikan hon.

Anak :Naper ibu bunyikan hon & sape org tu?

Ibu :Tu sedara kite,kenalah hormat.

Dlm perjalanan seterusnya mereka terserempak dengan seekor lembu yg nak melintas lalu si ibu membunyikan hon.

Anak :Tu pun sedara kite ke???

Macamana, lawak ke tidak?

PS:Hahahahahahahahahahahhhhahahahahahahahahahahahahhaaahhahahahahahahahhahhahhahahahahahahahahahahahhahahahahah  hahaha hahaaaaaa.. Hehe.. :)

Tuesday, 2 December 2014

Oh! Info: 15 Soalan Orang Kafir kepada Orang Islam

Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah sempurna Islam itu. Maka, semua persoalan dan keraguan tentang Islam, pasti akan ada jawapannya. Hanya ilmu di dada sebagai penentu, jawapan apa yang perlu diberi bagi membidas kembali persoalan dan keraguan yang sengaja ditimbulkan oleh orang bukan Islam pada orang Islam.

Ada di antara mereka yang bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yang ilmu hanya ala kadar berasa was-was dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was-was dengan agama yang dianutinya. Nauzubillah.

Soalan-soalan yang dinyatakan di bawah, sebenarnya memang benar-benar pernah ditanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam. Jadi jawapan yang disampaikan di bawah ini diharap dapat membantu membidas persoalan tersebut.

1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?

Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

2) Nama Nabi Isa lebih banya disebut daripada nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran. Tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?

Dalam Bible, nama syaitan lebih banyak daripada nama Nabi Isa. Jadi, adakah syaitan lebih hebat daripada Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan Nabi dan RasulNya. Walaubagaimanapun, Allah lebih Maha Mengetahui.

3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja Nabi Isa itu Tuhan kan?

Dalam banyak-banyak kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga ada menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata "Siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka”. (Kitab Injil yang menjadi rujukan pengganut Kristian sekarang ini sebenarnya telah dimanipulasi isi kandungannya)

4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?

Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Contohnya, jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulung masih hidup, anak sulung tetap kekal pangkatnya sebagai yang sulung.

5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.

Antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak menyembah Mariam saja? Bukankah Mariam itu ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam merupakan manusia pertama juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga. Jadi, kenapa tidak disembah Adam saja?

Firman Allah swt : "Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" maka menjadilah ia. -Surah Al-Imran, ayat-59.

6) Jika membaca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna 'Kami'. Kenapa? Bukankah maksud 'Kami' itu mewakili 'Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)'? 

Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. 'Aku' kata jamaknya 'Kami' yang menggambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya' . Bukankah Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna 'We' bukan 'I'?

7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?

Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?

8) Sami Buddha vegetarian bertanya, kenapa Islam disuruh membunuh binatang untuk dimakan? Bukankah itu zalim kerana membunuh hidupan bernyawa?

Sains telah membuktikan bahawa sayur dan pokok turut mempunyai nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ada banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Apabila kita membunuh (sembelih) seekor lembu, sebenarnya kita telah menyelamatkan banyak nyawa manusia daripada mati kelaparan.

9) Sami Buddha menjawab "Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria. Bunuh binatang dosa besar"

Habis tu, adakah kita cuma berdosa kecil jika membunuh orang yang pekak, buta, dan bisu hanya kerana dia tidak ada deria?

10) Sami Buddha menjawab lagi "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik"

Jadi, makanlah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus.

11) Sami Buddha berkata lagi, "Makan binatang akan dapat banyak penyakit"

Sebenarnya, penyakit datang kerana kita banyak makan. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Nabi juga suruh berhenti makan sebelum kenyang. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran. Bukankah tembakau dan ganja itu juga berasal dari tumbuhan? Lagi besar penyakitnya. Lembu yang ragut rumput hari-hari pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan.

12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?

Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan. Jika begitu, batu dan kayu juga ciptaan Allah. Manusia juga ciptaan Allah. Nak jadi kanibal?

13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari-hari sembah Kaabah.

Islam bukan sembah Kaabah. Tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam sembah Allah, kaabah cuma kiblat. 

Ada bezanya. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindu tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari-hari pijak gambar Kaabah di sejadah. Jika ada sepanduk gambar Kaabah direntangkan di KLCC sekalipun, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah. Bukan sembah Kaabah!

14) Kenapa perlu ikut Nabi Muhammad saw? Nabi dan Rasul sebelum baginda itu sesatkah?

Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.

15) Apa bukti Allah wujud? Mana Allah? Tak nampak pun.

(Tampar dia!) Kemudian cakap, sakit itu wujud dan boleh dirasa, tapi adakah kita nampak sakit itu? Begitu juga dengan kewujudan Allah. Allah itu wujud dan kita boleh rasa nikmat pemberian-Nya, tapi kita tak boleh nampak Allah.

Itulah 15 soalan. Apa kata anda?

PS: Soalan yang sukar dijawab.. Tetapi lebih hebat bijaksana-bijaksana Islam kita dengan izin Allah SWT. Jawapan yang amat bernas dan terbaik! Allahuakhbar..!

Thursday, 27 November 2014

BR1M 4.0 TAHUN 2015

Artikel kali agak ringkas dari admin. Ianya berkaitan BR1M. Tulisan kali ini adalah untuk pendaftaran baru dan tarikh bayaran BR1M 4.0 tahun 2015. Maklumatnya adalah seperti berikut:

Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 (BK-01)

Pemohon baru yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diminta membuat permohonan mulai 1 Disember ini dan penerima BR1M sedia ada pula diminta mengemas kini semula maklumat peribadi.

Pemohon boleh mengisi permohonan secara online dalam talian menerusi portal rasmi BR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di laman ebr1m.hasil.gov.my atau dengan menggunakan Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 (BK-01) atau Borang Kemas Kini.

Tarikh pembayaran BR1M 4.0 / 2015

Pembayaran BR1M secara berperingkat dimana penerima BR1M RM950 dibayar masing-masing RM300 pada:

28 Januari 2015
28 Mei 2015
28 September 2015


Waris boleh membuat tuntutan selewat-lewatnya pada 31 Mac 2015 dengan mendapatkan borang di laman sesawang www.malaysiantakaful.com.my atau menghubungi hotline i-BR1M di talian 03-27162716 atau e-mel di i-BR1M@takaful-ikhlas.com.my

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau talian 03-8882 4565/ 4566 (Kementerian Kewangan) serta e-mel di br1m@treasury.gov.my.

Klik untuk permohonan secara online di ebr1m.hasil.gov.my

Ps: Itulah serba sedikit maklumat untuk BR1M 4.0 2015. Semoga dapat memberikan anda sedikit maklumat. Bye! ;)

Wednesday, 26 November 2014

Oh! Info: 15 Kebaikan Sujud Dalam Solat

As salam & salam sejahtera. Solat merupakan rukun Islam yang ke dua dan salah satu dari 13 rukun solat ialah sujud.. Rupa-rupanya sujud mempunyai kebaikan yang besar terhadap tubuh badan kita. Untuk artikel kali ini admin akan menulis kebaikan-kebaikan sujud. Ok, inilah dia:


Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang:

  1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
  2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  3. Melegakan sakit hernia.
  4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  7. Meringankan bahagian pelvis.
  8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
  9. Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.
  10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
  12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin.organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).
  13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak takbur dan sebagainya.
  15. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
Itulah dia 15 kebaikan sujud ketika menunaikan ibadat Solat.

Ps: Apa perasaan anda apabila sudah mengetahui kebaikan sujud? Memang menarik sekali kebaikan sujud. Bagi yang dah tahu kebaikannya tu, tambah lah solat dengan melakukan solat sunat. Lagi banyak sujud yang dilakukan dalam sehari, lagi banyak manafaatnya kepada diri kita. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah, Tuhan sekelian alam..Amin...


Tuesday, 18 November 2014

Oh! Tips: 10 Cara Merawat Putus Cinta

Cinta.. Indah bila bersama, merana apabila berpisah. Itulah hakikatnya. Kebanyakkan kes perpisahan ini adalah akibat dari kehadiran orang ketiga. Bagi tidak menghampakan anda yang mungkin ada masalah putus cinta ni, admin akan bagi 10 tips untuk merawat hati yang terluka akibat ditinggalkan oleh kekasih.. Jadi inilah dia, jom baca!

1. Anggap dia tidak pernah wujud
Kita lebih mudah melupakan bekas kekasih yang melukakan hati kita terlebih dahulu. Berhentilah berharap dia menjadi milik anda suatu hari nanti sebalikkan melupakannya sampai bila-bila. Anggaplah dia tidak pernah wujud di dalam kamus hidup anda. Ada akan dapat hidup dengan lebih tenang dan bahagia bersama insan tersayang selepas melupakan kisah silam yang memeritkan itu.

2. Jangan hubungi dia lagi
Elakkan SMS, chatting, telefon dengan bekas kekasih anda kerana itu membuatkan anda kembali jatuh hati kepada si dia. Mungkin jika anda mempunyai kekasih baru, kekasih baru anda itu cemburu apabila mengetahui anda masih berhubung dengan bekas kekasih. Jagalah hati kekasih baru anda supaya dia tidak terluka.

3. Jauhi kawan-kawannya
Elakkan berkawan dengan kawan-kawan baik bekas kekasih anda kerana untuk mengelakkan anda mendengar cerita mengenai bekas kekasih anda. Itu membuatkan anda mengingatinya kembali. Tutup buku lama dan jangan pernah membuka buku lama itu. Simpanlah sebagai kenangan masa silam. Jangan pernah bercerita atau mendengar cerita mengenai dia lagi.

4. Sibukkan diri
Elakkan dari duduk bersendirian kerana saat bersendirian itu membuatkan anda mengingati kembali kepada si dia, sebaliknya sibukkan diri dengan perkara berfaedah. Sebaiknya bersukan pada hujung minggu untuk membuatkan diri anda lebih ceria dan cergas. Bermain futsal, bolasepak, badminton dan sebagainya boleh membantu meningkatkan kesihatan tubuh badan anda.

5. Keluar bersama kawan-kawan atau keluarga
Keluar bersama kawan-kawan atau keluarga ke tempat tempat menarik dan mempunyai permandangan yang menarik dan berudara segar. Udara segar dapat membantu mengurangkan stress dan minda anda akan sentiasa berfikiran positif. Jauhkan diri dari bandar kerana kehidupan bandar tercemar dengan udara yang tidak sihat. Asap-asap kenderaan boleh menjejaskan kesihatan.

6. Elakkan bersendirian
Jangan sesekali bersendirian kerana saat itu membuatkan anda mudah terfikir kepada bekas kekasih. Emosi anda mudah terusik apabila bersendirian. Tiada siapa yang menasihat anda ketika bersendirian dan anda mungkin sering salah membuat keputusan. Anda mungkin berada diantara dua, melepaskan dia buat selama-lamanya atau masih berharap untuk mendapatkannya.

7. Pergi beriadah
Beriadah adalah langkah paling berkesan untuk mengelakkan diri dari stress dan seterusnya melupakan segala masalah yang dialami selama ini. Berjoging bersama teman-teman atau keluarga dapat meningkatkan aurat positif kepada badan anda dan seterusnya anda akan terasa gembira dan bahagia hidup di alam ini walaupun dia telah pergi meninggalkan anda tetapi masih ada lagi insan yang berdampingan dengan anda.


8. Lupakan saat-saat manis bersamanya sebelum ini
Saat-saat manis bersama bekas kekasih merupakan saat yang tidak dapat dilupakan oleh kebanyakan orang. Tetapi tidaklah mustahil jika seseorang itu dapat melupakan saat-saat manis itu. Anggaplah saat-saat manis bersama bekas kekasih anda itu sebagai satu mimpi dan ianya akan hilang apabila anda bangun dari tidur. Yakin dan pasti bahawa anda mampu melupakan saat-saat itu.

9. Jangan simpan barang-barangnya
Lumrah bercinta, selalunya memberi hadiah kepada kekasih adalah sesuatu yang selalunya terjadi. Semasa bercinta semuanya benda yang disukai oleh pasangan anda itu membuatkan anda terdetik untuk menghadiahkan sesuatu benda yang disukainya itu. Jika anda betul-betul ingin melupakannya sebaiknya simpanlah barangan itu di sebuah tempat yang jauh dan tidak dapat dilihat lagi. Jauhkan barang-barang yang dihadiahkan olehnya dari pandangan mata anda atau buang semua barang-barang yang dihadiahkan olehnya itu.

10. Percaya kepada jodoh
Jodoh merupakan ketentuan daripada Allah S.W.T., kita sebagai hambanya mampu merancang tetapi perancangan yang paling sempurna adalah dari Allah S.W.T. Anda perlu percaya kepada jodoh, sesungguhnya jodoh itu pasti datang tanpa dicari dan jodoh itu mungkin pergi walaupun dicari. Terimalah hakikat.

Itulah dia 10 tips bagi mengatasi masalah putus cinta.

PS: Apa kata anda yang pernah putus cinta? Memang frust habis kan? hehe.. Yang pernah mengalaminya saja yang faham akan peritnya putus cinta ni. Walau apa pun, putus cinta bukan lah 'END OF THE WORLD' yee.. Jangan lakukan perkara-perkara yang bodoh (tak perlu admin tuliskan di sini) dengan terlalu mengikutkan perasaan. Solat dan ingat Allah selalu. In Sha Allah mudah anda melupakan si dia!

Sumber:jomklikblog

Wednesday, 12 November 2014

Oh! Tips: 8 sebab kenapa harus bertukar kepada OneXox


Onexox, onexox, onexox.. Itulah yang admin dengar, suara saudara mara dan kawan-kawan disekeliling admin bercakap. Akhirnya admin sendiri pun dah bertukar kepada Telco Onexox ni. Dan terima kasih kepada mereka yang pekenalkan kepada admin sebab Onexox ni memang JIMAT. Diulangi, memang JIMAT! Ok, kat bawah nia dmin berikan lapan sebab kenapa anda wajib bertukar kepada Telco OneXox. Baca sampai habis ya..









JANGAN BERLENGAH LAGI. JOM BERTUKAR KEPADA ONEXOX!

Ok, itulah dia 8 sebab kenapa anda harus bertukar kepada telco Onexox ni. Jimat memang jimat. Admin pun dah tukar kepada Onexox ni 3 minggu lepas. Tertarik kepada pelan data internetnya yang murah. Kepada yang mahu tahu lebih lanjut tentang Onexox ni,bolehlah <<Klik Sini>>

Tuesday, 4 November 2014

Oh! Tips: 50 Cara Memikat lelaki Idaman Anda

Hai, mmm.. artikel yang lepas admin cerita tentang cara-cara memikat hati wanita <boleh klik sini untuk membaca >. Rasa tak adil lah pulak jika hanya keluarkan cara-cara disebelah pihak lelaki sahaja kan? Jadi, nak bagi adilnya, untuk bacaan kali ini admin tulislah pula cara-cara untuk memikat hati lelaki idaman anda untuk bacaan/rujukan kaum hawa. Lelaki pun boleh membacanya. Jom layan..

1.  Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.

2.  Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.

3.  Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.

4.  Jujur dan sentiasa merendah diri.

5.  Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.

6.  Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).

7.  Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.

8.  Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

9.  Jangan terlalu mengongkong.

10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.

11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.

12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk ‘plan’ pertama memikat dirinya.

13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.

14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.

15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.

16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.

17. Tak mudah putus asa & sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.

18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.

19. Jangan bandingkan dia dengan lelaki-lelaki lain yang pernah kamu kenali.

20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.

21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.

22. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

23. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.

24. Mengetahui bila hari lahirnya.

25. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

26. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

27. Manja!

28. Jangan terlalu ‘excited’ ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.

29. Jangan terlalu bersikap kelakian dan ganas dalam pergaulan.

30. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan perfect.

31. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.

32. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

33. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.

34. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

35. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.

36. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.

37. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!

38. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.

39. Jangan bersikap terlalu kuno.

40. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

41. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.

42. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.

43. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.

44. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.

45. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.

46. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

47. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.

48. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.

49. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!

50. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.

Haaa, itulah dia. 50 tips. Banyaknya! Bagi anda (wanita) yang masih rasa tidak yakin untuk memikat lelaki idaman anda, boleh klik pada gambar di bawah. Cara yang paling EXTREME dan BERKEYAKINAN.

http://wangian-aura.blogspot.com/2014/10/pheromiss.html

Ps: Fuh! Banyaknya tip. Sampai 50 cara. mampukah anda menghafal semuanya? Admin tak kot rasanya. :p! Hehe..

Sunday, 2 November 2014

Oh! Tips: 7 Cara memikat hati wanita


Hi semua. Apa khabar. Maaf ya sebab dah agak lama tidak keluarkan artikel untuk blog ini. Ok, untuk penulisan kali ini admin akan memberi kan 7 tips untuk memikat hati wanita.. Bagi abe-abe yang ada wanita idaman yang nak dipikat mungkin boleh menggunakan tips-tips ini. Boleh dicuba ya, jadi jom kita layan tips-tips nya.

1.Jaga penampilan anda.
Sebelum anda boleh menggoda seorang gadis, anda mesti mempunyai imej yang baik, dan positif.Anda tak semestinya perlu jadi hensem dan kacak cukup sekadar nampak kemas dan tidak dilebel “selekeh” oleh kaum hawa. Paham kan maksud saya. Jangan la pergi dating pakai baju pagoda,seluar pendek macam taukeh Ah Chai dan berselipar jepun sahaja.tak Menarik, Tertarik De Boom kan?

2.Jadi diri sendiri.
Jangan nak mengedik-gedik nak jadi orang lain. Baru tengok Aaron Aziz kat dalam Ombak Rindu yang hebat memanah CINTA anda pun sibuk nak jadi macam dia. HENTIKAN niat tak cerdik anda tu. Wanita suka lelaki yang boleh jadi diri dia sendiri tanpa control-control macho,buat alim-alim kucing semata-mata nak Nampak perfect dimata awek yang cuba anda pikat. Hello awek boleh baca gerak-geri anda okey. Cara memikat wanita sebenar ialah anda harus jadi diri anda sendiri dan saya yakin beliau akan terima anda seadanya.

3.Pandai berkomunikasi.
Cara memikat wanita dengan komunikasi yang baik dan lancar memang tak dapat dinafikan akan mempengaruhi sesuatu perhubungan. Sekiranya anda mampu berkomunikasi dengan baik dengan awek yang bakal anda “tackle” saya gerenti dia akan cair dengan anda. Bagi wanita lelaki yang padai berkomunikasi mudah untuk bawa berbincang,mengadu masalah dan meminta sebarang pendapat.kalau anda “kantoi” part ni wanita akan cop anda “membosankan”.tak percaya cuba la…

4.Bersifat prihatin dan ambil berat.
Semasa cara memikat wanita idaman kalbu anda harus mengambil berat atau dalam bahasa jawa “take care” terhadap mereka.tapi AWAS jangan “OVER TAKE CARE” tiap 3 minit sms,tiap 30 minit call,tiap 3 jam video call…jangan buat kerja gila ye.Bukan take cara itu yang saya maksudkan.ambil berat disini bermaksud anda sekadar prihatin dan tahu perkembagan beliau.Contoh bila dia sakit anda boleh jenguk dia,beri ubat dan sokongan supaya dia cepat sembuh.

5.Jangan jadi “Haji Bakhil”
Sifat ni cukup wanita tak gemar.cara memikat wanita yang betul anda perlu bersifat pemurah.Kejap… Pemurah bukan bermaksud anda bagi 100% wang anda supaya dihabiskan. Atau senang-senang menjadi mangsa “pisau cukur” wanita yang tak bertanggungjawab. Sekali sekala boleh la treat wanita yang anda muhu pikat seperti belanja si dia makan.Atau berikan hadiah yang istimewa semasa birthday beliau. Si dia pasti akan terharu.

6.Jejaka yang periang
Wanita akan cop anda sebagai lelaki yang sweet sekiranya anda mampu untuk sentiasa buat dia tersenyum bila dengan anda. Macam mana ye…mudah je perkara pertama bila jumpa anda perlu senyum dan tunjukkan wajah yang ceria dan saya yakin dia pasti akan tersenyum. Jangan pula anda tunjuk muka macam nak “makan orang”. Sure dia takkan selesa.Selain itu satu BONUS cara memikat wanita sekiranya anda mampu untuk membuat humor atau jenaka yang bersahaja. Wanita cukup sukakannya dan ini menimbulkan mood yang “positif” tapi INGAT jangan buat lawak tak menjadi..buat malu je nanti..hehe

7.Jangan suka main “remote control”
Remote control TV LED sony 50 inci ke?? eh bukanlah .. Maksud saya jangan control hidup dia selagi dia belum menjadi hak anda yang sebenar. Wanita cukup pantang pasal benda ni. Wanita memang benci kalau ada lelaki yang kongkong hidup mereka. Memang la bukan semua tapi majoritinya memang tak suka. Tiap minit nak tahu dia ada kat mana. Bosan la macam tu.. Bagi ruang kepada dia untuk dirinya juga. Ini baru cara memikat wanita yang gentleman.

Ha, itulah di 7 tips nya. Macamana? Mengancam tak? Kalau nak tahu teknik memikat wanita yang lebih EXTREME & HABDAL, sila klik gambar di bawah ye..

http://wangian-aura.blogspot.com/2014/10/pheromences.html

PS: Dalam 7 tips dalam senarai di atas tu yang manakah paling anda suka? Admin paling suka yang no 2. Jadi diri sendiri.. Ok, harap anda mempunyai keyakinan untuk memikat gadis idaman anda!

Monday, 20 October 2014

Oh! Info: 7 Hikmah Pengharaman Zina

Betapa besarnya bahaya dan kerosakan yang ditimbulkan perbuatan zina itu, bagi individu, keluarga, dan masyarakat Islam sehingga Allah SWT meletakkannya selepas pembunuhan dan mempersekutukan Allah (syirik).

"Dan, orang-orang yang tidak menyembah tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan yang demikian itu, nescaya dia mendapat (pembalasan) dosa (nya), (yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina. "(Surah al-Furqan [25]: 68-69)

Imam al-Syathibi dalam kitabnya al-Muwafaqatmenegaskan, sesungguhnya syariat itu adalah demi kemaslahatan manusia, di mana semua taklif (perintah dan larangan) adalah untuk mengelakkan mafsadah (kerosakan), untuk mendapatkan maslahat (kemaslahatan), atau untuk mendapatkan kedua-duanya.

Imam Ibnu Qayyim juga menjelaskan dalam kitabnya I'lam al-Mu waqqi'inbahwa sesungguhnya syariat Islam itu dasar dan asasnya adalah di atas hikmah dan untuk kebaikan umat manusia, baik dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat. Syariat itu seluruhnya adalah keadilan, rahmat, kebaikan, dan hikmah.

Di antara hikmah pengharaman zina adalah:

Pertama, menjaga kehormatan perempuan agar tidak dijadikan barang yang diperjualbelikan kerana Islam datang untuk memuliakan manusia, baik laki-laki dan perempuan.

Kedua, mencegah percampuran nasab kerana dengan dibolehkan zina bererti memasukkan anak yang bukan dari benihnya ke dalam keluarga yang nantinya akan mewarisi. Bukan anaknya dan memperlakukannya sebagai mahram padahal bukan mahramnya.

Ketiga, mencegah banyaknya anak yang diabaikan orang tua akibat malu anaknya lahir dari hasil perzinaan. Dan, melindungi bayi-bayi yang dibunuh ibunya sendiri ketika masih dalam kandungan (aborsi).

Keempat, menjaga keutuhan dan ketenteraman dalam rumah tangga.

Kelima, pengharaman zina sesuai dengan fitrah manusia yang mempunyai rasa ghirah / cemburu terhadap kehormatannya, di mana tidak mungkin seseorang boleh menerima dan rela melihat isteri, anak, ibu, dan saudari nya menjadi barang yang diperjualbelikan dan dijadikan pemuas nafsu orang lain. Sebagai mana nasihat Nabi dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Baihaqi, dan Thabrani, kepada pemuda yang meminta izin kepada Beliau untuk dibiarkan melakukan zina, dengan menanya kan kepada dia apakah rela orang lain berzina dengan ibu, anak, sau dari dan ahli keluarganya yang lain .

Keenam, mencegah tersebarnya kejahatan, khususnya pembunuhan, disebabkan rasa cemburu, di mana seorang suami boleh membunuh isterinya dan lelaki yang berzina dengannya kerana rasa marah, cemburu ketika melihat isterinya berzina dengan lelaki lain, atau lelaki boleh membunuh suami wanita yang dizinahinya.

Ketujuh, mencegah penyebaran penyakit berjangkit yang merupakan hukuman dari Allah atas tersebarnya perbuatan keji tersebut, seperti HIV / AIDS. Rasulullah bersabda, "Tidaklah tampak zina di dalam suatu kaum, kemudian dilakukan secara terang-terangan kecuali akan tersebar di tengah-tengah mereka taun (wabak) dan penyakit-penyakit yang tidak pernah menjangkiti generasi sebelumnya." (HR. Ibnu Majah, al -Hakim dan Abu Nu'aim). Wallahu a'lam bish shawab.

Sumber:Ustaz Bachtiar Nasir

Ps: Apa kata anda? Nasihat admin, jauhilah zina..

Thursday, 16 October 2014

Oh! Info: 10 Haiwan Terawal Masuk Syurga

Sekadar gambar hiasan

Hari ini admin nak becerita tentang haiwan. Satu artikel yang menarik. Info berkaitan 10 haiwan terawal yang akan masuk syurga. Jom baca.

1.Unta Nabi Saleh
Mereka menambah lagi, "Cuba kamu keluarkan seekor unta dari batu besar itu," kata mereka sambil menunjuk ke arah sebuah batu besar sambil tersenyum sinis. Mereka juga telah menerangkan sifat-sifat unta yang dikehendaki.

Kaum Tsamud cukup yakin bahawa Nabi Saleh tidak mampu memenuhi permintaan mereka itu. Sebaliknya Nabi Saleh menjawab dengan tenang.

"Baiklah, sekiranya aku dapat memenuhi permintaan kamu itu, adakah kamu akan beriman kepada Allah dan menerima ajaranku? Adakah kamu akan mengaku bahawa aku adalah utusan Allah? "

"Baiklah, kami akan beriman kepada Allah dan akan menerima segala ajaran kamu," jawab mereka.

Selepas satu persetujuan dimeterai, maka Nabi Saleh telah menunaikan solat. Baginda memohon kepada Allah agar mengkabulkan permintaannya seperti yang dituntut oleh kaum Tsamud. Baginda juga berdoa semoga kaum itu akan kembali ke jalan yang benar selepas melihat bukti tersebut.

Allah Maha Berkuasa. Dengan sekelip mata sahaja Allah telah mengkabulkan doa Nabi Saleh. Batu besar tadi telah merekah dan terbelah. Lalu keluarlah seekor unta betina yang besar. Unta itu mempunyai semua sifat yang disebutkan oleh kaum Tsamud.

Maka, tercenganglah semua kaum Tsamud yang melihat kejadian itu. Sebahagian daripada mereka mula mengakui kenabian Nabi Saleh. Salah seorang daripada mereka ialah seorang pemimpin kaum Tsamud yang bernama Junda bin Amru. Akan tetapi, sebahagian yang lain masih enggan beriman. Mereka tetap degil dan sombong.

2. Anak Sapi Nabi Ibrahim
"Sudahkah sampai kepadamu (Muhammad) cerita tentang tamu Ibrahim (yaitu malaikat-malaikat) yang dimuliakan? (Ingatlah) ketika mereka masuk ke tempatnya lalu mengucapkan: "Salaama". Ibrahim menjawab: "Salaamun (kamu) adalah orang-orang yang tidak dikenal."

Maka dia pergi dengan diam-diam menemui keluarganya, kemudian dibawanya daging anak sapi gemuk. Lalu dihidangkannya kepada mereka.

Ibrahim lalu berkata: "Silakan anda makan." (Tetapi mereka tidak mau makan), kerana itu Ibrahim merasa takut terhadap mereka.

Mereka berkata: "Janganlah kamu takut", dan mereka memberi kabar gembira kepadanya dengan (kelahiran) seorang anak yang alim (Ishak). "(QS. Adz Dzariyat: 24-30)

3.Kambing Gibas Nabi Ismail
Nabi Ibrahim yang dikatakan mempunyai kekuatan 40 kali manusia biasa, dengan pisau yang tajam, maka menyembelih anaknya (Ismail) dan Allah melihat kepatuhan Ibrahim, maka Allah mengirimkan malaikat Jibril untuk menggantikan posisi Ismail dengan kambing gibasy yang gemuk, dengan sekejab saja, ternyata yang putus kepalanya adalah kepala kambing gibasy itu dan Ismailpun diselamatkan oleh Malaikat Jibril atas perintah Allah SWT. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Wa Lillaahi Hamd. Dari peristiwa itu telah menjadi syari'at ummat Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam untuk melaksanakan ibadah qurban ...

4.Sapi Nabi Musa
Tatkala Nabi Musa menyampaikan cara yg diwahyukan oleh Allah itu kepada kaumnya ia ditertawakan dan diejek kerana akal mereka tidak dapat menerima bahawa hal yang sedemikian itu boleh terjadi. Mereka lupa bahawa Allah telah berkali-kali menunjukkan kekuasaan-Nya melalui mukjizat yg diberikan kapada Musa yang kadang kala bahkan lebih hebat dan lebih sukar untuk diterima oleh akal manusia berbanding mukjizat yang mereka hadapi dalam peristiwa pembunuhan pewaris itu.

Berkata mereka kapada Musa secara mengejek: "Apakah dgn cara yang engkau usulkan itu, engkau bermaksud hendak menjadikan kami bahan ejekan dan tertawaan orang? Akan tetapi kalau memang cara yg engkau usulkan itu adalah wahyu, maka cubalah tanya kapada Tuhanmu, sapi betina atau jantankah yang harus kami sembelih? Dan apakah sifat-sifatnya serta warna kulitnya agar kami tidak dapat salah memilih sapi yg harus kami sembelih? "

Musa menjawab: "Menurut petunjuk Allah, yang harus disembelih itu ialah lembu betina berwarna kuning tua, belum pernah dipakai untuk membajak tanah atau mengairi tanaman tidak cacat dan tidak pula ada belangnya."

Kemudian dikirimkanlah orang ke pelosok desa dan kampung-kampung mencari sapi yang dimaksudkan itu yang akhirnya diketemukannya pada seoanrg anak yatim piatu yang mempunyai lembu itu sebagai satu-satunya harta peninggalan ayahnya serta menjadi satu-satunya sumber nafkah hidupnya. Ayah anak yatim itu adalah seorang fakir miskin yang soleh, ahli ibadah yang tekun yang pada saat mendekati waktu wafatnya, berdoalah kepada Allah memohon perlindungan bagi putera tunggalnya yang tidak dapat meninggalkan warisan apa-apa baginya selain seekor lembu itu. Maka berkat doa ayah yang soleh itu terjuallah sapi si anak yatim itu dengan harga yang berlipat ganda kerana memenuhi syarat dan sifat-sifat yg diisyaratkan oleh Musa untuk disembelih.

Setelah disembelih sapi yang dibeli dari anak yatim itu, diambillah lidahnya oleh Nabi Musa, lalu dipukulkannya pada tubuh mayat, yang seketika bangunlah ia hidup kembali dengan izin Allah, menceritakan kepada Nabi Musa dan para pengikutnya bagaimana ia telah dibunuh oleh saudara-saudara sepupunya sendiri.

Demikianlah mukjizat Allah yang kesekian kalinya diperlihatkan kepada Bani Israil yang keras kepala dan keras hati itu namun belum juga dapat menghilangkan sifat-sifat congkak dan membangkang mereka atau mengikis-habis bibit-bibit syirik dan kufur yang masih melekat pada dada dan hati mereka ...

5. Ikan Yang Memakan Nabi Yunus
Kemudian Nabi Yunus AS menaiki kapal yang dipenuhi penumpang dan muatan. Ketika mereka berada di tengah-tengah lautan maka kepal itu condong dan hampir tenggelam, dimana mereka harus mengambil salah satu keputusan antara mereka tetap berada di kapal semuanya dengan risiko mengalami kebinasaan; atau membuang sebahagian dari mereka agar kapal itu menjadi ringan dan menyelamatkan yang lain.

Akhirnya mereka memilih jalan yang terakhir setelah menemui kesepakatan di antara mereka. Kemudian mereka melakukan pengundian dan sejumlah penumpang terkena undian tersebut termasuk di dalamnya Nabi Yunus AS, sebagaimana Allah Ta'ala berfirman, "... kemudian ia ikut berundi lalu dia termasuk orang-orang yang kalah untuk undian." (Ash-Shaffat: 141).

Yakni ia termasuk dari orang-orang yang kalah dalam undian tersebut. Kemudian mereka pun melemparkannya ke laut, serta seekor ikan besar menelannya, akan tetapi tidak sampai mematahkan tulangnya dan merobek dagingnya.

Ketika Nabi Yunus AS berada di dalam perut ikan, maka dalam keadaan gelap (dalam perut ikan) ia berseru, "Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim. "(Al-Anbiya ': 87). Kemudian Allah SWT memerintahkan kepada ikan itu supaya memuntahkan Nabi Yunus AS di daerah yang tandus.

Nabi Yunus AS keluar dari perut ikan tersebut bagaikan anak burung yang baru keluar dari telur (baru menetas) kerana keadaannya yang lemah. Kemudian Allah Ta'ala mengasihinya dan menumbuhkan sebuah pohon dari jenis pokok labu baginya, dimana pohon itu meneduhinya, sehingga ia kuat kembali.

Kemudian Allah SWT memerintahkan Nabi Yunus AS supaya kembali ke kaumnya, agar ia mengajari dan menyeru mereka, dan penduduk negeri itu memenuhi seruannya sebanyak seratus ribu orang atau lebih, di mana mereka beriman, sehingga Kami karuniakan kepada mereka kenikmatan hidup sehingga batas waktu tertentu ...

6. Khimar Nabi Uzair
Uzair bangun dari kematian yang dijalaninya selama seratus tahun. Matanya mulai memandang apa yang ada di sekelilingnya lalu ia melihat kuburan di sekitarnya. Ia mengingat-ingat bahawa ia telah tertidur. Ia kembali dari kebunnya ke desa lalu tertidur di kuburan itu. Inilah peristiwa yang dialaminya. Matahari bersiap-siap untuk tenggelam sementara ia masih tertidur di waktu Dzuhur. Uzair berkata dalam dirinya: Aku tertidur cukup lama. Barangkali sejak Dzuhur sampai Maghrib.

Malaikat yang diutus oleh Allah swt membangunkannya dan bertanya: "Berapa lama kamu tinggal di sini?"

Malaikat bertanya kepadanya: "Berapa jam engkau tidur?"

Uzair menjawab: "Saya tinggal di sini sehari atau setengah hari."

Malaikat yang mulia itu berkata kepadanya: "Sebenarnya kamu tinggal di sini selama seratus tahun lamanya. "Engkau tidur selama seratus tahun. Allah swt mematikanmu lalu menghidupkanmu agar engkau mengetahui jawapan dari pertanyaanmu ketika engkau merasa hairan dari kebangkitan yang dialami oleh orang-orang yang mati. "

Uzair merasakan kehairanan yang luar biasa sehingga tumbuhlah keimanan pada dirinya terhadap kekuasaan al-Khaliq (Sang Pencipta).

Malaikat berkata sambil menunjuk makanan Uzair: "Lihatlah kepada makanan dan minumanmu yang belum berubah."

Uzair melihat buah tin itu lalu ia mendapatinya seperti semula di mana warnanya tidak berubah dan rasanya pun tidak berubah. Telah berlalu seratus tahun tetapi bagaimana mungkin makanan itu tidak berubah? Lalu Uzair melihat piring yang di situ ia memeras buah anggur dan meletakkan di dalamnya roti yang kering, dan ia mendapatinya seperti semula di mana minuman anggur itu masih layak untuk diminum dan roti pun masih tampak seperti semula, di mana kerasnya dan keringnya roti itu dapat dihilangkan ketika dicampur dengan perasan anggur.

Uzair merasakan kehairanan yang luar biasa, bagaimana mungkin seratus tahun terjadi sementara perasan anggur itu tetap seperti semula dan tidak berubah. Malaikat merasa bahawa seakan-akan Uzair masih belum percaya atas apa yang dikatakannya. Kerana itu, malaikat menunjuk keldainya sambil berkata: "Dan lihatlah kepada keledaimu itu (yang telah menjadi tulang-belulang)."

Uzair pun melihat ke keldainya tetapi ia tidak mendapati kecuali ia tanah dari tulang-tulang keldainya. Malaikat berkata kepadanya: "Apakah engkau ingin melihat bagaimana Allah swt membangkitkan orang-orang yang mati? Lihatlah ke tanah yang di situ terletak keledaimu. "

Kemudian malaikat memanggil tulang-tulang keldai itu lalu atom-atom tanah itu memenuhi panggilan malaikat sehingga ia mulai berkumpul dan bergerak dari setiap arah lalu terbentuklah tulang-tulang. Malaikat memerintahkan otot-otot saraf daging untuk bersatu sehingga daging melekat pada tulang-tulang keldai. Sementara itu, Uzair memperhatikan semua proses itu. Akhirnya, terbentuklah tulang dan tumbuh di atasnya kulit dan rambut.

Alhasil, keldai itu kembali seperti semula setelah menjalani kematian. Malaikat memerintahkan agar roh keldai itu kembali kepadanya dan keldai pun bangkit dan berdiri. Ia mulai mengangkat ekornya dan bersuara. Uzair menyaksikan tanda-tanda kebesaran Allah swt tersebut terjadi di depannya. Ia melihat bagaimana mukjizat Allah swt yang berupa kebangkitan orang-orang yang mati setelah mereka menjadi tulang dan tanah. Setelah melihat mukjizat yang terjadi di depannya, Uzair berkata: "Saya yakin bahawa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. "

Uzair bangkit dan menunggangi keldainya menuju desanya. Allah swt berkehendak untuk menjadikan Uzair sebagai tanda-tanda kebesaran-Nya kepada masyarakat dan mukjizat yang hidup yang menjadi saksi atas kebenaran kebangkitan dan hari kiamat. Uzair memasuki desanya pada waktu Maghrib. Ia tidak percaya melihat perubahan yang terjadi di desanya di mana rumah-rumah dan jalan-jalan sudah berubah, begitu juga manusia dan anak-anak yang ditemuinya. Tak seorang pun di situ yang mengenalinya. sebaliknya, ia pun tidak mengenali mereka. Uzair meninggalkan desanya saat beliau berusia empat puluh tahun dan kembali kepadanya dan usianya masih empat puluh tahun. Tetapi desanya sudah menjalani waktu seratus tahun sehingga rumah-rumah telah hancur dan jalan-jalan pun telah berubah dan wajah-wajah baru menghiasi tempat itu.

7. Semut Nabi Sulaiman
Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin, manusia dan burung, lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan) sehingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut, "hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari. "

Maka Nabi Sulaiman tersenyum dengan tertawa kerana mendengar perkataan semut itu. Katanya, "Ya Rabbi, limpahkan kepadaku kurnia untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku; kurniakan padaku hingga boleh mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkan aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh. "
(An-Naml: 16-19)

Menurut sejumlah riwayat, pernah suatu hari Nabi Sulaiman as bertanya kepada seekor semut, "Wahai semut! Berapa banyak engkau perolehi rezeki dari Allah dalam masa satu tahun? "

"Sebesar biji gandum," jawabnya.

Kemudian, Nabi Sulaiman memberi semut sebiji gandum lalu memeliharanya dalam sebuah botol. Setelah genap satu tahun, Sulaiman membuka botol untuk melihat nasib si semut. Namun, didapatinya si semut hanya memakan sebahagian biji gandum itu.

"Mengapa engkau hanya memakan sebahagian dan tidak menghabiskannya?" Tanya Nabi Sulaiman.

"Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah," jawab si semut. "Dengan tawakal kepada-Nya aku yakin bahawa Dia tidak akan melupakanku. Ketika aku berpasrah kepadamu, aku tidak yakin apakah engkau akan ingat kepadaku pada tahun berikutnya sehingga boleh memperoleh sebiji gandum lagi atau engkau akan lupa kepadaku. Kerana itu, aku harus tinggalkan sebahagian sebagai bekal tahun berikutnya. "...

8. Burung Hud-Hud Nabi Sulaiman
Pada suatu ketika, Nabi Sulaiman mengumpulkan dan memeriksa seluruh pengikut-pengikutnya baik dari kalangan manusia, jin dan binatang, termasuk burung-burung. Berdasarkan pemeriksaannya, Nabi tidak melihat burung hud-hud. Kerana ketidakhadiran burung hud-hud tersebut, beliau berjanji akan mengazabnya dengan azab yang keras, atau bahkan menyembelihnya. Ternyata, tidak lama kemudian, burung hud-hud datang menghadap Nabi Sulaiman.

Burung hud-hud menjelaskan perihal keterlambatannya kerana mencari berita tentang adanya seorang wanita yang menjadi pemimpin suatu negara dan dianugerahi segala sesuatu serta mempunyai singgahsana yang besar. Atas berita yang dibawa oleh burung hud-hud tersebut, akhirnya Nabi Sulaiman mengunjungi kerajaan Saba yang dipimpin oleh Ratu Balqis yang akhirnya masuk Islam dengan dakwah Nabi Sulaiman. Kisah tersebut diabadikan dalam Qur'an Surat An-Naml ayat 22-23.

Kisah tersebut menggambarkan burung hud-hud (sebagai anak buah) yang mempunyai kecerdasan dan kecemerlangan berpikir sehingga pengembaraannya dalam mencari makanan (nafkah) tidak semata untuk tujuan duniawi melainkan untuk penyebaran agama. Burung hud-hud, di antara waktunya, memanfaatkan kesempatan mencari berita dan kabar suatu kaum kerana ia berkeinginan untuk menyampaikan risalah Islam kepada mereka.

Melalui pembentangan burung hud-hud yang gemilang serta keberanian dalam mengemukakan uzur (keterlambatan), Nabi Sulaiman dapat mengajak kaum Saba untuk mentauhidkan Allah.

9. Unta Nabi Muhammad Saw
Ketika itu kami bersama Nabi besar Muhammad Saw tengah berada dalam sebuah peperangan. Tiba-tiba datang seekor unta mendekati beliau, lalu untu tersebut berbicara, "Ya Rasulullah, sesungguhnya si fulan (pemilik unta tersebut) telah memanfaatkan tenagaku dari semenjak muda hinga usiaku telah tua seperti sekarang ini. Kini ia malah hendak menyembelihku. Aku berlindung kepadamu dari keinginan si fulan yang hendak menyembelihku. "

Mendengar pengaduan sang unta, Rasulullah Saw memanggil sang pemilik unta dan hendak membeli unta tersebut dari pemiliknya. Orang itu malah memberikan unta tersebut kepada beliau .. Unta itu pun dibebaskan oleh Nabi Muhammad Saw.

Juga ketika kami tengah bersama Muhammad Saw, tiba-tiba datang seorang Arab pedalaman sambil menuntun untanya. Arab baduy tersebut meminta perlindungan kerana tangannya hendak dipotong, akibat kesaksian palsu beberapa orang yang berkata bohong. Kemudian unta itu berbicara dengan Nabi kami Muhammad Saw, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya orang ini tidak bersalah. Para saksi inilah yang telah memberikan pengakuan palsu kerana mereka telah dipaksa. Sebenarnya pencuriku adalah seorang Yahudi. "

10. Anjing Ashabul Kahfi
Anjing tersebut berwarna kuning, di syurga bentuknya berubah menjadi kambing gibas, ia bernama Qithmir, ada yang mengatakan bernama Tawarum dan ada yang mengatakan bernama Huban.

... "(Sebahagian dari) mereka akan berkata:" Bilangan Ashabul Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka "; dan setengahnya pula berkata bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka", secara meraba-raba dalam gelap akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: "Bilangan mereka tujuh orang dan kelapannya ialah anjing mereka".

"Katakanlah (wahai Muhammad):" Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit ". Oleh itu janganlah engkau berbahas dengan sesiapapun mengenai mereka melainkan dengan bahasan (secara sederhana) yang nyata (keterangannya di dalam al-Quran), dan janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorang pun dari golongan (yang membincangkannya) ".

Itulah dia infonya..

PS: Apa kata anda? Seronok kan haiwan-haiwan tersebut telah dijanjikan Syurga oleh Allah SWT. Kita? Entahlah.... Belum Pasti lagi. Moga Allah memberikan peluang kepada kita semua untuk memasuki Syurganya dengan cara yang mudah & senang. Amin..

Thursday, 9 October 2014

Oh! Info: Asthma atau Asma


Kali ini admin nak berbicara tentang satu penyakit. Penyakit yang tidak boleh dipandang remeh kerana ianya boleh membawa maut jika tidak di rawat pada kadar segera. Ianya adalah penyakit Asthma. Ok, inilah infonya. Jom layan..

Asthma adalah disebabkan oleh keradangan pada tiub bronkial dengan meningkatkan pengeluaran rembesan lender di dalam saluran pernafasan. Orang yang menghidapi  penyakit asthma biasanya akan mengalami  saluran pernafasan menjadi ketat, panas, atau penuh dengan lendir.

Gejala Asthma Biasanya Seperti :

1. Batuk, terutama pada waktu malam.
2. Semput.
3. Sesak nafas.
4. Sesak dada, sakit, atau tekanan

Namun, tidak semua orang yang menghidapi asthma mengalami gejala yang sama atau pun dengan cara yang sama. Ada pesakit yang tidak mempunyai semua gejala-gejala ini, ada pesakit yang mempunyai gejala yang berbeza atau pada masa yang berlainan. Gejala asma juga boleh berbeza dari satu serangan asma sederhana satu masa dan teruk pada masa yang lain.

Sesetengah pesakit asthma boleh melalui hari-harinya tanpa mengalami apa-apa gejala dan hanya diganggu oleh serangan asthma yang biasa atau teruk secara berkala. Lain-lain pesakit mungkin mempunyai gejala-gejala asthma hampir pada setiap hari. Di samping itu, sesetengah orang hanya boleh mengalami penyakit asthma semasa bersenam atau jangkitan virus seperti selsema.

Serangan asthma ringan umumnya biasa berlaku. Biasanya, saluran pernafasan terbuka dalam beberapa minit ke beberapa jam. Serangan yang teruk adalah jarang tetapi lebih lama dan memerlukan bantuan perubatan dengan segera. Ia adalah penting untuk mengenal pasti dan merawat walaupun gejala asma ringan untuk membantu pesakit mencegah kejadian yang lebih teruk dan memastikan penyakit asthma berada di bawah kawalan yang lebih baik.

Ketahuilah Gejala Awal Penyakit Asthma :

Tanda-tanda amaran awal adalah perubahan yang berlaku sebelum atau pada awal-awal serangan asthma. Tanda-tanda ini boleh bermula sebelum tanda-tanda asthma yang biasanya terjadi dan ianya adalah tanda-tanda awal bahawa asthma anda akan menjadi lebih teruk.

Secara umum, tanda-tanda ini belum mencukupi untuk menghentikan anda daripada melakukan aktiviti harian anda. Tetapi dengan mengenal pasti tanda-tanda ini, anda boleh menghentikan serangan asthma atau menghalang seseorang yang menghidapinya daripada menjadi lebih teruk.

Tanda-Tanda Amaran Awal Asthma Adalah Seperti :

1. Batuk yang kerap, terutamanya pada waktu malam.
2. Kehilangan nafas anda dengan mudah atau sesak nafas.
3. Berasa sangat letih atau lemah apabila berjalan.
4. Berdehit atau batuk selepas senaman.
5. Rasa letih, mudah marah, cepat marah, atau muram.
6. Penurunan/perubahan fungsi dalam paru-paru mengikut ukuran yang diukur pada meter aliran.
7. Tanda-tanda selesema/alahan (bersin, hidung berair, batuk, kesesakan hidung, sakit tekak, sakit kepala).
8. Masalah tidur.

Jika anda mengalami  tanda-tanda amaran awal atau tanda-tanda asthma, anda perlu mengambil lebih ubat asthma seperti yang telah dinyatakan dalam pelan tindakan asthma anda.

Ketahui Gejala Serangan Asthma :
Serangan asthma bermula di mana kumpulan otot di sekeliling saluran udara mencetuskan ianya menjadi ketat. Pengetatan ini dipanggil bronchospasm. Dalam serangan ini, lapisan saluran pernafasan menjadi bengkak atau radang dan sel-sel lapisan saluran udara menghasilkan lebih lender dan lebih tebal daripada biasa.

Semua faktor-faktor ini  iaitu bronchospasm, keradangan, dan pengeluaran lendir membawa kepada punca gejala seperti kesukaran bernafas, nafas berbunyi siul, batuk, sesak nafas, dan sukar untuk melakukan aktiviti harian biasa.

Lain-lain Gejala Serangan Asthma Termasuk :

1. Nafas berbunyi siul apabila nafas ditarik dan dilepaskan.
2. Batuk yang tidak mahu berhenti.
3. Pernafasan sangat laju.
4. Sakit dada atau tekanan.
5. Leher dan otot dada menjadi ketat, yang dipanggil penarikan balik.
6. Kesukaran bercakap.
7. Berasa gemuruh atau panik.
8. Pucat, muka berpeluh.
9. Bibir atau kuku menjadi biru.

Keseriusan serangan asthma boleh meningkat dengan cepat, jadi adalah penting untuk merawat gejala-gejala asthma serta-merta sebaik sahaja ianya dikenal pasti.

Tanpa rawatan segera, seperti dengan asthma inhaler atau bronkodilator, pernafasan anda akan bekerja dengan lebih keras. Jika anda menggunakan meter ujian pernafasan pada masa ini, bacaannya mungkin akan menjadi kurang daripada 50%.

Apabila paru-paru terus mengetat, pesakit tidak akan dapat untuk menggunakan meter ujian pernafasan. Secara beransur-ansur, paru-paru pesakit akan mengetat supaya tidak ada pergerakan udara yang cukup untuk menghasilkan semput. Ini kadang-kadang dipanggil "dada senyap," dan ia merupakan satu tanda tidak menyenangkan. Anda perlu dibawa ke hospital dengan segera. Malangnya, sesetengah orang mentafsirkan kehilangan berdehit sebagai tanda peningkatan dan gagal untuk mendapatkan rawatan kecemasan segera.

Jika anda tidak menerima rawatan asthma yang mencukupi, anda akhirnya tidak akan dapat bercakap dan akan menghasilkan warna biru di sekeliling bibir anda. Perubahan warna, yang dikenali sebagai sianosis, bermakna anda mempunyai oksigen kurang dan kurang dalam darah anda. Tanpa rawatan yang agresif ini kecemasan asthma, anda akan kehilangan kesedaran dan akhirnya mati.

Ketahui Mengapa Jangkitan Pencetus Gejala Asthma :

Kadang-kadang virus atau jangkitan bakteria mencetuskan asthma. Sebagai contoh, anda mungkin mempunyai virus sejuk yang mencetuskan gejala asthma anda. Atau asthma anda boleh dicetuskan oleh jangkitan sinus bakteria. Sinusitis dengan asma adalah perkara biasa.

Adalah penting untuk mengetahui tanda-tanda dan gejala jangkitan saluran pernafasan dan untuk menghubungi penjaga kesihatan anda dengan segera untuk diagnosis dan rawatan. Sebagai contoh, anda mungkin mengalami peningkatan gejala sesak nafas, sesak nafas, atau berdehit dengan jangkitan pernafasan.
 Pada orang yang tidak mempunyai asthma, jangkitan pernafasan tidak boleh mencetuskan gejala melemahkan yang sama. Peka pada tubuh badan anda dan memahami tanda-tanda amaran bahawa jangkitan mungkin sedang bermula. Kemudian ambil ubat-ubatan yang betul seperti yang telah ditetapkan untuk membersihkan jangkitan dan mengawal asma dan kesihatan anda.

Penjagaan Diri Dan Rawatan :

Rawatan asma boleh berbeza dari anti -radang dan bronkodilator inhaler asma kepada ubat-ubatan jenis makan dan kepada ubat-ubatan asma jenis nebulizer atau mesin pernafasan. Dapatkan pemahaman yang lebih baik bagaimana ubat-ubatan asthma bekerja supaya anda akan tahu yang ubat-ubatan yang boleh mencegah gejala asthma. Juga, belajar tentang ubat-ubat asthma semulajadi dan cara-cara untuk memantau pernafasan anda di rumah.

Rawatan Asthma :
Rawatan awal dan agresif asthma adalah kunci untuk melegakan gejala dan mencegah serangan asthma. Ketahui cara yang banyak merawat asthma dan kemudian berbincanglah dengan doktor anda untuk mengetahui rawatan mana yang sesuai untuk anda.

Ubat Asthma :
Ubat asthma boleh bertindak dengan cepat untuk menghentikan batuk dan semput. Belajar dengan lebih lanjut mengenai ubat-ubatan asthma dan pelbagai kaedah untuk mengambilnya.

Inhalers Asthma :
Tertanya-tanya adakah anda menggunakan asthma inhaler anda dengan cara yang betul? Adakah anda bernafas dan sedut ... atau sedut dan  bernafas? Belajar bagaimana untuk mendapatkan bantuanyang melegakan dari inhaler asthma anda.

Steroid & Lain-Lain Dadah Anti –Radang :
Adakah anda mengalami kahak yang tebal dan bengkak di saluran pernafasan? Belajar bagaimana asthma dirawat dengan ubat-ubatan anti -radang dan bagaimana ubat-ubatan makan dan sedut ini boleh mencegah serangan asthma.

Bronkodilator ( Pembuka Saluran Pernafasan ) :
Adakah paru-paru anda berasa ketat? Bronkodilator boleh membantu. Baca lebih lanjut untuk belajar tentang pelbagai jenis inhaler dan bagaimana ia berfungsi untuk membuka saluran pernafasan dan melegakan asma.

Asthma Nebulizer ( Mesin pernafasan ) :
Nebulizer asthma ( mesin pernafasan ) boleh memberikan ubat kepada pesakit asthma termuda dan tertua. Baca lebih lanjut mengenai nebulizers untuk memahami bagaimana ianya bertindak.

Prednisone dan Asma ( Menghentikan satu Serangan Asma ) :
Kadang-kadang ubat-ubatan asthma yang lebih kuat adalah perlu untuk mengurangkan gejala. Belajar lebih lanjut mengenai asthma dan prednisone, bagaimana ia berfungsi, dan kesan-kesan sampingan yang mungkin terjadi.

Ok, itulah serba sedikit info bab asthma ni. Macam mana?

Ps: Bagi anda yang mempunyai anak-anak, sahabat handai yang mempunyai Asthma ini, cepat-cepatlah mendapatkan rawatan jika sudah ada tanda-tanda awal yang kecil. Jika tidak dirawat, pasti akan menjadi teruk dan lebih teruk nanti. Jika keadaan teruk tu berlaku pada tengah malam, alamatnya terpaksalah anda 'lepak' di Unit Kecemasan Hospital 3-4 jam..

Wednesday, 24 September 2014

ADS: Credit Card Wallet


CARD HOLDER WALLET

  • Menjamin dan melindungi apa yang tersimpan di dalam.
  • Wallet yang amat bergaya & amat sesuai memengang kad-kad berharga anda.
  • Menyimpan kad kredit dan dilindungi, mencegah barangan daripada mendapat renyuk & menghalang barangan anda daripada basah!
  • Bukan hanya untuk kad kredit-amat sesuai untuk kad IC anda,Lesen Memandu, Kad ATM, Debit Card & wang tunai juga.
  • Bentuk yang awesome yang mampu mengelakkan kecurian ID kad anda.
  • Reka bentuk yang multi- poket memberikan anda akses yang mudah untuk kad dan wang tunai. Badan aloi nya mampu melindungi cip RFID di dalam kad kredit daripada kecurian ID.
  • Kehebatan Rekabentuk yang Fit dan mudah bagi anda menyimpan kad-kad anda.
  • Ultra -Slim dan amat ringan.
  • Kalis air untuk menyimpan barang-barang berharga anda.
  • Tahan lasak & amat sukar untuk rosak.
  • Easy Key yang mudah dibuka.
  • Unisex : Paling sesuai untuk lelaki & wanita.
  • Mempunyai 6 poket yang membolehkan anda menyimpan sehingga 12 kad
  • Warna yang amat menarik pandangan mata.

Saiz: L11cm * W7.5cm * H1.8cm
Berat: 90.00gram
Dibuat dengan aluminium & amat ringan.

Warna yang ada:
Hitam, Merah, Biru & Purple

Harga:
1 unit RM20.00
2 unit RM35.00
3 unit RM50.00

*Bayaran Pos adalah percuma.

Pertanyaan/Pembelian:
SMS/ WHATSAPP/ TELEGRAM: 019-445 9260

"STOK ADALAH TERHAD"

Ps: Admin pun dah ada satu warna hitam. Memang berbaloi, memang awesome! Sudah lama mencari pemegang kad seperti ini kerana Cip kad bank admin kerap rosak.. Barang ni memang rare tetapi amat menarik. Tidak rugi jika anda memilikinya.!!

Monday, 22 September 2014

Oh! Info: Lenovo A806 Yang Cool

As salam & salam sejahtera semua.

Hari ini admin akan menulis satu hal yang berkaitan Lenovo. Lenovo-Satu jenama yang sedang meningkat naik di Malaysia. Artikel kali ini bukan tentang asal usul lenovo, tetapi salah satu phone keluaran nya iaitu Lenovo A806 yang memang cool!

Sebelum ini admin ada keluarkan 1 artikel berkaitan Lenovo A880 <<boleh klik sini untuk baca>> yang awesome. Mulai dari admin membeli A880 ini, admin sentiasa mengikuti perkembangan model-model terbaru ideaphone/smartphone keluaran Lenovo ni, dan satu hari ternampaklah Lenovo A806. Memang tertarik dengan spesikasinya. Harganya pun amat, amat berpatutan.

Dikeluarkan pada bulan Ogos 2014 dengan skrin 5" (skrin paling ideal untuk smartphone), dengan rangkaian 4G, Internal Memory 16GB (boleh tambah 32GB sd kad), RAM 2GB. Android OS pula 4.4.2 Kit Kat dan kamera belakang 16MP, depan 5MP (sesuai bagi yang suka selfie). Mini SIM (single sim) serta mengguna batery Li-Ion 2500 mAh. Boleh rujuk gambar dibawah untuk lebih detail tentang spesikasinya. (Maklumat diambil dari GSM Arena dan ia adalah 99% benar).




Macam mana, menarik bukan? Harga untuk AP set sekitar RM550 (murah dan berbaloi). Bercerita tentang AP set ni jika anda nak tahu perbezaan paling mudah di antara AP dengan Ori set adalah dengan bertanya tentang WARRANTY phone tersebut pada penjual:

i)  AP set ni waranty dia adalah local warranty. Maksudnya warranty dia adalah warranty dari kedai yang menjual handphone itu sendiri. Jika rosak dalam masa warranty, kedai itu akan membaikinya sendiri.

ii) Manakalah Ori set, warranty nya adalah warranty kilang. Maksudnya jika ada kerosakan dalam masa warranty, handphone itu perlulah di hantar ke Lenovo Malaysia untuk dibaiki.

Jika tuan kedai memberitahu local waranty ---> AP set, Jika waranty kilang (Lenovo malaysia) ianya Ori set. Selalunya harga AP set ini lebih murah dari ORI set. Ok, faham? ;)

Oklah, setakat ini sajalah tulisan admin untuk kali ini. Jumpa lagi di artikel yang akan datang..

Ps: Admin lebih galakkan anda membeli smartphone Lenovo ini berbanding handphone klon. Harganya hampir sama diantara A806 ni dengan klon android Galaxy S5. Jaminan admin anda pasti rasa Cool jika menggunakan Lenovo A806 ni. Sungguh.. Nak tahu apa yang Cool nya, cuba sambar satu!

Wednesday, 17 September 2014

Oh! Info: 1,001 khasiat madu

Madu adalah salah satu penawar yang tertua di dunia. Walaupun rasanya manis, ia mengandungi pelbagai khasiat dan manfaat untuk manusia. Madu mempunyai 1,001 kebaikan dan khasiat. Tidak dinafikan madu sa­ngat baik untuk sistem badan kita. Namun, sejauh manakah kita tahu khasiat madu?

Khasiat madu lebah bagi tujuan perubatan sememangnya diketahui umum. Hari ini madu lebah dianggap penting dalam industri penjagaan kesihatan yang meliputi setiap lapisan masyarakat tanpa mengira usia. Menurut Dr Susan Percival dari Jabatan Nutrisi Manusia dan Sains Makanan, Universiti Florida, Amerika Syarikat (AS), madu mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin seperti B6, tiamina, miacin, ribotlorina dan asid pontohenic.


MADU mengandungi pelbagai manfaat untuk kesihatan manusia.

Secara semula jadi, madu berkhasiat dan mengandungi gula seperti fruktus dan glukos selain mineral seperti magnesium, kalium, kalsium, natrium klorida, sulfur, besi dan fosfat. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6, B5 dan B3.

Berikut adalah beberapa kebaikan madu yang boleh kita peroleh:

1.Melegakan sakit tekak dan batuk
Sejak beribu-ribu tahun lamanya, madu sering dikenali sebagai penawar semula jadi untuk mengurangkan sakit tekak dan batuk. Ini kerana madu mempu­nyai sifat antibakteria yang­ mampu menghalang jangkitan bakteria dan mengurang­kan kesakitan.

2.Merawat luka dan cedera ringan
Sebelum penciptaan peti kecemasan atau ‘first aid’, madu sering digunakan untuk merawat luka dan kecederaan ringan. Dengan sifat antibakteria di dalamnya, madu mampu menghalang pembentukan bakteria pada kawasan yang cedera dengan berkesan dan mempercepatkan proses penyembuhan.

3.Baik untuk sistem pencernaan badan
Masalah kembung perut dan angin sering mengganggu kita. Anda boleh mengambil madu kerana mempunyai kesan laksatif yang mampu mengelakkan sembelit dan masalah tidak lawas. Selain itu, madu juga efektif untuk melegakan sakit perut dengan pengambilan dos tertentu.

4.Menjadikan kulit lebih cantik
Vitamin dan mineral yang terkandung di dalam madu boleh mencantikkan, melembap dan menghaluskan kulit. Untuk wanita yang baru melahirkan anak, mereka disyorkan me­ngambil madu bagi menganjalkan kembali tubuh supaya kelihatan lebih cantik seperti sedia kala.

Kegunaan lain

Jika disapu pada rambut dan kulit kepala, madu boleh melebatkan rambut, membunuh kutu dan menghilang­kan kelemumur. Jika digunakan untuk meng­gosok gigi, ia boleh memutihkan dan mengilatkan gigi.

Bahan aktif di dalam madu yang dipanggil eucalyptol mampu bertindak sebagai antiseptik untuk mencegah jang­kitan kuman dan kulat.

Kebaikan madu dari sudut perubatan Islam
Madu memang dijadikan ubat dalam perubatan Islam berdasarkan dalil di dalam al-Quran dan hadis Nabi.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia,” (Al-Nahl 16:68)

Sabda Rasulullah SAW “Barang siapa minum madu setiap bulan dengan niat mengikut nasihat al-Quran, maka Allah SWT akan me­nyembuhkannya daripada 77 penyakit.

“Barang siapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu.

“Sebaik-baik minuman ialah madu kerana ia dapat memusatkan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”.


Seperti perubatan moden, kaedah mengambil madu perlu diambil mengikut dos yang ditetapkan sesuai dengan penyakit dialami. Jika dosnya kurang, ia tidak mengurang­kan sakit. Jika dosnya berlebihan pula, ia boleh membahayakan badan dan menimbulkan masalah lain.

Untuk kes tertentu, pesakit perlu menambah dos madu sehingga mencapai tahap penyakitnya boleh sembuh dengan izin Allah SWT.

Terdapat satu kisah Rasulullah SAW menyuruh seorang lelaki meminum madu untuk mengubati sakit perutnya.

Lelaki itu hanya me­ngambil dalam dos yang sama sebanyak beberapa kali. Ini menyebabkan sakitnya tidak pulih kerana dos madu yang diambil tidak mampu untuk membuang kotoran sepenuhnya di dalam perut.

Selepas lelaki itu datang kepada Rasulullah SAW dan mengadu sakitnya belum pulih, Rasulullah SAW sangat faham dos yang diambil lelaki itu tidak mencukupi.

Nabi menekankan bahawa lelaki itu perlu terus menambah dos madu sehingga mencapai dos sesuai untuk merawat penyakit.

Dengan manfaat dan amalan perubatan dari dunia moden dan alternatif seperti perubatan Islam, madu tidak syak lagi adalah makanan yang bermanfaat untuk kesihatan kita. Inilah masanya kita mendapatkan kebaikan daripada khazanah alam ciptaan Allah SWT yang tidak ternilai harganya.

Ok, itulah info berkaitan madu. Apa kata anda?

Sumber.HMetro

Ps: Bagi admin madu adalah satu anugerah tak ternilai harganya. Ianya amat di sarankan oleh Rasullullah untuk kegunaan manusia. Jadi jika Rasullullah mengatakan ianya baik, maka kita tak perlu ragu-ragu tentang khasiatnya. jadikanlah amalan harian anda dengan cara yang betul. In Sha Allah besar Manafaatnya. Amin..