Pakej Prabayar daripada Pos Laju
Terdapat 2 pakej prabayar yang disediakan iaitu sampul prabayar dan kotak prabayar. Caranya amat mudah. Kita hanya perlu membeli sampul atau kotak prabayar yang sesuai dengan berat barang yang kita mahu hantarkan, masukkan barang, isi nota konsignmen dan kemudian serahkan kepada mana-mana kaunter Pos Laju atau pejabat pos terdekat.
Nak Dapatkan di mana?
Sampul dan kotak prabayar boleh didapati di:
- Mana-mana outlet Pos Malaysia
- Cawangan-cawangan Pos Laju
- Pusat servis Pos Laju
- Kiosk-kiosk Pos Laju
- Agen yang dilantik Pos Laju
Harga Sampul dan Kotak Prabayar (Oren):
Harga Sampul dan Kotak Prabayar (Biru):
Cara Penggunaan Sampul atau Kotak Prabayar
- Beli Sampul atau Kotak Prabayar di mana-mana tempat seperti yang dinyatakan di atas.
- Isikan maklumat dalam slip kiriman (consignment note) yang disertakan bersama Sampul atau Kotak Prabayar.
- Masukkan slip kiriman yang telah diisi ke dalam poket plastik yang tersedia pada Sampul atau Kotak Prabayar.
- Serahkan Sampul atau Kotak Prabayar pada mana-mana pusat Pos Laju atau Pejabat Pos berdekatan untuk penghantaran.
PENTING! PENTING!! PENTING!!!
- Pastikan anda mendapat salinan slip kiriman sebagai bukti rujukan tracking number untuk mengetahui status barang anda berada di mana.
- Pastikan anda menggunakan sampul atau kotak prabayar yang bersesuaian dengan berat barang anda (secara anggaran atau timbang sendiri)
Ok, itulah serba sedikit cara pos barang menggunakan Pos Laju. Bagi yang berniaga online mungkin dah selalu serta arif bab-bab Pos Laju ni. Bagi yang baru nak mengenali Pos laju ni, moga artikel ini dapat membantu anda..
Ps: Pos laju memang best. Alhamdullillah sehingga kini barang2 yang admin pos melalui Pos Laju ni semuanya selamat sampai.
Prepaid rm10 terjimat dan termurah dengan data berkelajuan tinggi klik sini