Tuesday, 18 November 2014

Oh! Tips: 10 Cara Merawat Putus Cinta

Cinta.. Indah bila bersama, merana apabila berpisah. Itulah hakikatnya. Kebanyakkan kes perpisahan ini adalah akibat dari kehadiran orang ketiga. Bagi tidak menghampakan anda yang mungkin ada masalah putus cinta ni, admin akan bagi 10 tips untuk merawat hati yang terluka akibat ditinggalkan oleh kekasih.. Jadi inilah dia, jom baca!

1. Anggap dia tidak pernah wujud
Kita lebih mudah melupakan bekas kekasih yang melukakan hati kita terlebih dahulu. Berhentilah berharap dia menjadi milik anda suatu hari nanti sebalikkan melupakannya sampai bila-bila. Anggaplah dia tidak pernah wujud di dalam kamus hidup anda. Ada akan dapat hidup dengan lebih tenang dan bahagia bersama insan tersayang selepas melupakan kisah silam yang memeritkan itu.

2. Jangan hubungi dia lagi
Elakkan SMS, chatting, telefon dengan bekas kekasih anda kerana itu membuatkan anda kembali jatuh hati kepada si dia. Mungkin jika anda mempunyai kekasih baru, kekasih baru anda itu cemburu apabila mengetahui anda masih berhubung dengan bekas kekasih. Jagalah hati kekasih baru anda supaya dia tidak terluka.

3. Jauhi kawan-kawannya
Elakkan berkawan dengan kawan-kawan baik bekas kekasih anda kerana untuk mengelakkan anda mendengar cerita mengenai bekas kekasih anda. Itu membuatkan anda mengingatinya kembali. Tutup buku lama dan jangan pernah membuka buku lama itu. Simpanlah sebagai kenangan masa silam. Jangan pernah bercerita atau mendengar cerita mengenai dia lagi.

4. Sibukkan diri
Elakkan dari duduk bersendirian kerana saat bersendirian itu membuatkan anda mengingati kembali kepada si dia, sebaliknya sibukkan diri dengan perkara berfaedah. Sebaiknya bersukan pada hujung minggu untuk membuatkan diri anda lebih ceria dan cergas. Bermain futsal, bolasepak, badminton dan sebagainya boleh membantu meningkatkan kesihatan tubuh badan anda.

5. Keluar bersama kawan-kawan atau keluarga
Keluar bersama kawan-kawan atau keluarga ke tempat tempat menarik dan mempunyai permandangan yang menarik dan berudara segar. Udara segar dapat membantu mengurangkan stress dan minda anda akan sentiasa berfikiran positif. Jauhkan diri dari bandar kerana kehidupan bandar tercemar dengan udara yang tidak sihat. Asap-asap kenderaan boleh menjejaskan kesihatan.

6. Elakkan bersendirian
Jangan sesekali bersendirian kerana saat itu membuatkan anda mudah terfikir kepada bekas kekasih. Emosi anda mudah terusik apabila bersendirian. Tiada siapa yang menasihat anda ketika bersendirian dan anda mungkin sering salah membuat keputusan. Anda mungkin berada diantara dua, melepaskan dia buat selama-lamanya atau masih berharap untuk mendapatkannya.

7. Pergi beriadah
Beriadah adalah langkah paling berkesan untuk mengelakkan diri dari stress dan seterusnya melupakan segala masalah yang dialami selama ini. Berjoging bersama teman-teman atau keluarga dapat meningkatkan aurat positif kepada badan anda dan seterusnya anda akan terasa gembira dan bahagia hidup di alam ini walaupun dia telah pergi meninggalkan anda tetapi masih ada lagi insan yang berdampingan dengan anda.


8. Lupakan saat-saat manis bersamanya sebelum ini
Saat-saat manis bersama bekas kekasih merupakan saat yang tidak dapat dilupakan oleh kebanyakan orang. Tetapi tidaklah mustahil jika seseorang itu dapat melupakan saat-saat manis itu. Anggaplah saat-saat manis bersama bekas kekasih anda itu sebagai satu mimpi dan ianya akan hilang apabila anda bangun dari tidur. Yakin dan pasti bahawa anda mampu melupakan saat-saat itu.

9. Jangan simpan barang-barangnya
Lumrah bercinta, selalunya memberi hadiah kepada kekasih adalah sesuatu yang selalunya terjadi. Semasa bercinta semuanya benda yang disukai oleh pasangan anda itu membuatkan anda terdetik untuk menghadiahkan sesuatu benda yang disukainya itu. Jika anda betul-betul ingin melupakannya sebaiknya simpanlah barangan itu di sebuah tempat yang jauh dan tidak dapat dilihat lagi. Jauhkan barang-barang yang dihadiahkan olehnya dari pandangan mata anda atau buang semua barang-barang yang dihadiahkan olehnya itu.

10. Percaya kepada jodoh
Jodoh merupakan ketentuan daripada Allah S.W.T., kita sebagai hambanya mampu merancang tetapi perancangan yang paling sempurna adalah dari Allah S.W.T. Anda perlu percaya kepada jodoh, sesungguhnya jodoh itu pasti datang tanpa dicari dan jodoh itu mungkin pergi walaupun dicari. Terimalah hakikat.

Itulah dia 10 tips bagi mengatasi masalah putus cinta.

PS: Apa kata anda yang pernah putus cinta? Memang frust habis kan? hehe.. Yang pernah mengalaminya saja yang faham akan peritnya putus cinta ni. Walau apa pun, putus cinta bukan lah 'END OF THE WORLD' yee.. Jangan lakukan perkara-perkara yang bodoh (tak perlu admin tuliskan di sini) dengan terlalu mengikutkan perasaan. Solat dan ingat Allah selalu. In Sha Allah mudah anda melupakan si dia!

Sumber:jomklikblog