As salam semua. Semoga sihat adanya di samping keluarga. Sahur, berbuka, sahur berbuka nak-nak dah 27 ramadhan hari ini. Alhamdullillah.. Ini bermakna sudah 27 hari kita berpuasa dan ini juga bermakna kita akan menyambut Aidilfitri tak lama lagi.
Mungkin ramai dah membeli baju raya. Kepada yang masih belum ada baju raya tu cepat-cepatlah gi sambar ye.. Macamana denga persiapan raya anda? Kuih rayanya, lemangnya, ketupatnya rendangnya? Sudah ok ker? Admin pula, semuanya kuih tunjuk je :P. Nak buat sendiri memang tidak sempat. Bercerita tentang kuih ni, admin terkenang memori semasa kecil sewaktu emak membuat kuih raya. Memang seronok!
Bagi anda yang pulang beraya di kampung, berhati-hatilah ketika memandu di jalan raya. Saban tahun begitu banyak sekali kemalangan yang berlaku ketika musim2 perayaan. Ikuti peraturan-peraturan jalan raya yang telah ditetapkan, In Sya Allah anda akan selamat sampai ke destinasi anda. Admin mendoakan supaya anda selamat sampai ke tempat yang anda tujui. Sekali lagi admin ingatkan BERHATI-HATI DIJALAN RAYA.
Akhir kata dikesempatan ini admin ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda semua. Maaf Zahir & Batin sekiranya tulisan admin di dalam blog ini ada yang membuatkan anda terasa atau tidak selesa atau juga yang seangkataan dengan nya. Ianya sekadar bacaan untuk mengisi masa lapang anda. Ada yang baik, jadikanlah teladan & mana yang tidak baik, jadikanlah sempadan. Apa-apa pun selamat Hari Raya sekali lagi!
Ps:Ketika kita bergembira bersama sanak suadara ketika 1 Syawal nanti, jangan kita lupa suadara-saudara seagama kita di Palestin yang sedang dikepung dan digempur oleh Israel. Mari kita sama-sama berdoa semoga Allah SWT melindungi mereka. Sedih admin melihat jenazah-jenazah yang bergelimpangan akibat perbuatan israel yang tidak berperikemanusiaan itu. Terutama jenazah anak-anak kecil yang tidak berdosa dan yang tidak mengerti apa-apa pun.. :(
Pss: Untuk keluarga MH17 admin ucapkan Takziah di atas kehilangan saudara mara atau pun adik beradik anda. Admin amat bersimpati.
Psss. Marilah kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah kepada suadara-saudara se Islam kita yang terkorban diGaza dan yang terkorban dalam tragedi MH17.. Semoga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Amin.