Thursday, 24 July 2014

Selamat Hari Raya

As salam semua. Semoga sihat adanya di samping keluarga. Sahur, berbuka, sahur berbuka nak-nak dah 27 ramadhan hari ini. Alhamdullillah.. Ini bermakna sudah 27 hari kita berpuasa dan ini juga bermakna kita akan menyambut Aidilfitri tak lama lagi.

Mungkin ramai dah membeli baju raya. Kepada yang masih belum ada baju raya tu cepat-cepatlah gi sambar ye.. Macamana denga persiapan raya anda? Kuih rayanya, lemangnya, ketupatnya rendangnya? Sudah ok ker? Admin pula, semuanya kuih tunjuk je :P. Nak buat sendiri memang tidak sempat. Bercerita tentang kuih ni, admin terkenang memori semasa kecil sewaktu emak membuat kuih raya. Memang seronok!

Bagi anda yang pulang beraya di kampung, berhati-hatilah ketika memandu di jalan raya. Saban tahun begitu banyak sekali kemalangan yang berlaku ketika musim2 perayaan. Ikuti peraturan-peraturan jalan raya yang telah ditetapkan, In Sya Allah anda akan selamat sampai ke destinasi anda. Admin mendoakan supaya anda selamat sampai ke tempat yang anda tujui. Sekali lagi admin ingatkan BERHATI-HATI DIJALAN RAYA.

Akhir kata dikesempatan ini admin ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda semua. Maaf Zahir & Batin sekiranya tulisan admin di dalam blog ini ada yang membuatkan anda terasa atau tidak selesa atau juga yang seangkataan dengan nya. Ianya sekadar bacaan untuk mengisi masa lapang anda. Ada yang baik, jadikanlah teladan & mana yang tidak baik, jadikanlah sempadan. Apa-apa pun selamat Hari Raya sekali lagi!

Ps:Ketika kita bergembira bersama sanak suadara ketika 1 Syawal nanti, jangan kita lupa suadara-saudara seagama kita di Palestin yang sedang dikepung dan digempur oleh Israel. Mari kita sama-sama berdoa semoga Allah SWT melindungi mereka. Sedih admin melihat jenazah-jenazah yang bergelimpangan akibat perbuatan israel yang tidak berperikemanusiaan itu. Terutama jenazah anak-anak kecil yang tidak berdosa dan yang tidak mengerti apa-apa pun.. :(

Pss: Untuk keluarga MH17 admin ucapkan Takziah di atas kehilangan saudara mara atau pun adik beradik anda. Admin amat bersimpati.

Psss. Marilah kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah kepada suadara-saudara se Islam kita yang terkorban diGaza dan yang terkorban dalam tragedi MH17.. Semoga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Amin.

Thursday, 10 July 2014

Oh! Info: Malam Lailatul Qadar

As salam & salam sejahtera semua. Harap sihat disamping menjalani ibadah puasa. Artikel kali ini admin masukkan bab malam Lailatul Qadar. Semoga ianya dapat memberi info kepada anda. Jom baca.

'' Lailatul Qadar telah dikurniakan kepada umat ini (umatku) yang tak diberikan kepada umat-umat sebelumnya.'' (Al-Hadis).

Suatu hari, dalam sebuah riwayat, Rasulullah SAW berkisah kepada para sahabat tentang seorang seorang yang soleh dari Bani Israil. Orang tersebut menghabiskan waktunya selama 1,000 bulan untuk berjihad fi sabilillah. Mendengar kisah itu, para sahabat merasa iri, kerana tak boleh mempunyai kesempatan untuk beribadah selama itu.

Usia umat Nabi Muhammad SAW memang lebih pendek dari umat terdahulu. Dalam riwayat lain disebutkan bahawa Rasulullah SAW pernah merenungi hal itu. Nabi SAW pun bersedih, kerana mustahil umatnya dapat menandingi amal ibadah umat-umat terdahulu.

'' Dengan penuh kasih sayang yang tak terhingga, Allah SWT lalu mengurniakan Lailatul Qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW,'' ungkap Maulana Muhammad Zakariyya Al-Kandahlawi dalam kitab Fadha'il Ramadhan. Menurutnya, Lailatul Qadar adalah suatu malam kurniaan Allah yang sangat besar kebaikan dan keberkahannya.

Lalu apa sebenarnya Lailatul Qadar itu? Dr HM Muchlis Hanafi, pakar tafsir dari Universiti Al Azhar Mesir, mendedahkan, Lailatul Qadar bererti malam yang penuh dengan kemuliaan. Pada malam itu, kata dia, diturunkan Al-Quran yang mempunyai kemuliaan, melalui seorang malaikat yang juga sangat mulia dan diterima seorang nabi yang juga sangat mulia.

'' Qadar juga boleh bermakna saiz. Ukuran segala sesuatu itu ditetapkan pada malam itu, rezeki seseorang, apakah dia bahagia atau tidak? Sampai setahun ke depan ditetapkan pada malam itu,'' tutur Dewan Pakar Pusat Pengajian Al-Quran (PSQ) itu.

Menurut Muchlis, Lailatul Qadar mempunyai sejumlah keistimewaan. Betapa tidak. Pada malam itu, Al-Quran diturunkan. Selain itu, Lailatul Qadar itu lebih baik dari 1,000 bulan. Pada malam itu, kata dia, para malaikat dan Ar-ruh (yang dimaksudkan adalah Malaikat Jibril) turun ke bumi.

'' Para malaikat itu turun dengan membawa rahmat dan keberkatan,'' ujarnya. Yang tak kalah penting, malam yang istimewa itu membawa kedamaian, rasa aman kepada siapa saja yang menjumpainya sampai terbit fajar.

Dalam sebuah riwayat, papar dia, yang dimaksudkan fajar adalah terbit fajar di keesokan harinya. Tapi hatta mathla'il fajr, bererti sampai tiba saatnya fajar kehidupannya yang baru di akhirat nanti.

Lalu adakah ciri-ciri akan datangnya Lailatul Qadar? Menurut Muchlis, tanda-tanda fizikal seperti yang popular di kalangan masyarakat bahawa malam itu tenang, angin sepoi-sepoi, kemudian matahari di keesokan harinya mendung dan tidak terlalu panas, riwayat-riwayatnya tidak boleh dipertanggungjawabkan kesahihannya.

'' Tanda-tanda fizikal seperti itu secara logik, juga sukar diterima. Kerana, sangat relatif, bergantung musim. Kalau musim hujan, ya, pasti mendung, apalagi dengan perubahan iklim sekarang. Jadi, tanda-tanda fizikal itu tidak boleh dijadikan ukuran. Tanda yang pasti adalah salaamun hiya hatta mathla'il fajr,'' katanya.

Yang pasti, kata dia, salah satu tanda yang pasti dari Lailatul Qadar adalah orang selalu merasa damai, selalu menebar kedamaian dalam hidupnya sampai dia meninggal dunia, bahkan sampai dibangkitkan kembali menyongsong fajar kehidupan yang baru.

Tak ada seorang pun yang tahu bila-bila tetamu agung itu akan datang. Hanya Allah SWT yang mengetahui bila-bila malam yang lebih baik dari 1,000 bulan itu akan menghampiri hambanya. Terlebih, sebagai tetamu agung, Lailatul Qadar hanya dianugerahkan kepada orang-orang yang mendapat taufik dan beramal soleh pada malam itu. Mengapa begitu? Supaya kita semakin giat mencarinya sepanjang hari, khususnya pada malam-malam sepuluh terakhir Ramadhan.

Prof Nasaruddin Umar, menambah Lailatul qadar itu mempunyai banyak makna. Menurut dia, Lailatul Qadar boleh diertikan secara fizikal bahawa betul-betul memang malam itu ada sesuatu yang istimewa.

Menurut dia, pada malam itu malaikat turun berbendong-bondong sangat luar biasa dan hanya saat itu, minit itu atau jam itu. Adalagi yang memaknai lailatul qadar simbolik sesungguhnya. Laila ertinya malam, malam bererti keheningan, kesyahduan, kepasrahan, tawakal, kerinduan, kehangatan, termasuk juga kekhusyukan.

Sebagaimana banyak dijelaskan dalam pelbagai buku sejarah, termasuk Sirah Nabawiyyah, Lailatul Qadar itu hanya terjadi sekali dalam setahun, yakni hanya pada bulan Ramadhan. Dan itupun, waktunya tidak ditentukan. Ada yang berpendapat, terjadi di malam ganjil pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.

Pakar hadis, Dr Lutfi Fathullah MA mendedahkan, kerana begitu mulianya Laailatul Qadar, Rasulullah saw mengajak seluruh sahabatnya, isteri-isterinya sampai kepada pembantu-pembantunya untuk memperbanyak ibadah. Kerana itu, ketika isteri-isteri Rasulullah diminta untuk mencari Lailatul Qadar, Aisyah RA berkata, Ya Rasulullah bagaimana kalau saya yang mendapatkan? Apa yang perlu saya baca? Minta rumah, minta kekayaan atau minta yang lain?

Rasulullah mengajarkan bacalah,'' Allahumma innaka afuwwun karim tuhibbul afwa fa'fu anni (Ya Allah Engkalau Yang Maha Pengampun Lagi Maha Pemurah, Engkau senang mengampuni hamba-hambaMu kerana itu ampunilah dosa-dosaku).'' Semoga, kita dipertemukan dengan malam Lailatul Qadar..

Jus delima Al-Rumman mampu merawar pelbagai penyakit. Klik sini

Ps: Admin memang berharap diberi peluang oleh Allah SWT untuk bertemu dengan malam Lailatul Qadar. Rasanya ianya juga merupakan impian anda juga bahkan seluruh umat Islam di dunia ini. Banyakkan melakukan amal ibadat sepanjang bulan Ramadhan ini dengan hati yang taat & ikhlas. Semoga kita semua memperolehi keredhaan Allah SWT. Amin..

Wednesday, 2 July 2014

Oh! Info: 13 Aurat Wanita

As salam semua. Alhamdullilah, hari ini dah 5 hari kita sebagai umat Islam menjalani ibadah puasa. Moga puasa kita semua mendapat markah penuh dari Allah SWT.. Kali ini admin nak menulis satu perkara yang amat penting bagi wanita. Ianya Tentang aurat! 13 aurat wanita yang perlu dijaga dengan baik. Jadi inilah dia.. Jom baca.

1. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng
Dan janganlah mereka ( perempuan ) membentakkan kaki (atau mengangkatnya ) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An – Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan atau melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah .

3. Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi – wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap – tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidung belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada
Hendaklah mereka ( perempuan ) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada – dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32. Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.


13. Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

PS: Tiadalah untuk hari ini. Rasa maleh nak komen la time2 puasa macam ni.. Hehe.. :p

Tuesday, 1 July 2014

Oh! Info: Cara yahudi memperbodohkan Orang Islam

Untuk kali ini sedikit info berkaitan orang Yahudi. Infonya ialah cara mereka memperbodohkan arang Islam. Jadi, inilah infonya. Layan..

1. Kita diajar dalam buku biologi,
Buku pemakanan (kajian dan terbitan para yahudi ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam.

Tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut yahudi ke nak ikut Nabi Muhamad ? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Jadi kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam.

Makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran yahudi ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan.
Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi Muhamad selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus.
Namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Yahudi ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat.
Contohnya coke dan maggi.Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi).

6. Untuk pengetahuan, para yahudi agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya.
Sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. elain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

**Secara kesimpulannya para yahudi ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua.

Firman Allah:

"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan, kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu." Surah Al-Baqarah, Ayat 168

Firman Allah:

"Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman. Surah Al-Maidah Ayat 88."

Firman Allah:

"Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata." Surah An-Nahlu, Ayat 114

Dapatkan Jus Delima ajaib yang mampu merawat pelbagai penyakit klik sini.

Ps: Itulan infonya. Jika untuk suplemen, admin lebih suka mengamalkan apa yang Rasullullah guna seperti Habbatus Sauda, Buah Delima, Kurma, Madu dll. Makanan2 seperti ini mempunyai khasiat dan kerbaikan serta potensi yang tidak terduga.. Anda pula bagaimana?

10 kesalahan paling hit di bulan puasa


Ok, kali ini artikel berkaitan puasa juga. Maklumlah bulan Ramadhan. Sentiasa mahu mencari keredhaan dan keberkatan. Artikel kali ini ialah 10 kesalahan paling HIT di bulan puasa. Jom layan..

1. Tidak sahur.
Puasa org yahudi dan org Islam sama saja, kecuali puasa org Islam ada sahur. Sahur la walau dengan segelas air kosong.

2. Sahur terlalu awal
Makan berat lewat malam dan tidur lalu bangkit selepas azan Subuh. Itu bukan sahur, itu supper.

3. Terlebih tidur
Lebih tidur merugikan masa dan menyebabkan badan dan otak lemah . Tidur boleh diniatkan sebagai ibadah, tapi kalau over sangat dianggap bedebah.

4.
Berbuka secara buffet sampai buncit
Ada juga yang sambung makan selepas solat Maghrib sehingga lewat malam. Tarawih pun tuang!

5. Membazar hingga membazir.
Lapar mata. Setiap jenis makanan nak diborong. Tak habis, makanan dibuang.

6. Sambut Hari Raya mengalahkan Ramadhan.
Bulan Ramadhan yang dimuliakan Allah, bukan Syawal. Syaitan dibelenggu pada Ramadan dan dibebaskan pada 1 Syawal

7. Solat tarawih tapi tak qiamullail pada laylatul qadar
Nabi kadang2 meninggalkan tarawih. Tapi Nabi akan struggle pada 10 malam terakhir untuk cari laylatul qadar. Pahala bonus 1000 bulan tu. Wow!

8. Puasa tapi tak solat.
Pahala puasa pending, sebab tak solat.

9.
Sibuk beribadah, lupa cari ilmu.
Bulan Ramadan bulan Ilmu. Semua ibadah takde guna tanpa ilmu. Ada juga yang larang tazkirah ketika Ramadhan.

10.Gagal upgrade iman selepas lalui Ramadhan.
Ibarat dah harungi sungai yang jernih dan segar, tapi kotoran di badan sengaja tak dibersihkan.

Ps: Haa.. Itulah dia 10 perkara yang mesti, mesti kita hindari semasa melakukan ibadah berpuasa sepanjang bulan Ramadhan ni. Cuba baca setiap no dan tengok sama ada perkara itu ada atau tidak pada diri anda. Jika ada tu, cepat-cepatlah singkirkan ye.. Semoga ibadah puasa kita untuk tahun 1435H ini sentiasa afdal dan di berkati oleh Allah SWT. Amin..