Tuesday, 25 August 2015

Oh! Info: Nyah Aktifkan Bluetick pada Whatsapp



"Bluetick" pada Whatsapp.. Mmm.. Admin tahu ramai yang tak sukai nya. Kan? Kan? Ngaku je la. Ekekeke.. Ok lah, untuk artikel kali ini admin akan tuliskan tentang cara-cara nak nyah aktifkan "bluetick" Whatsapp ini. Jom layan.

WhatsApp pada beberapa bulan yang lepas telah memperkenalkan sokongan “Bluetick”, dimana memperlihatkan anda telah membaca sesuatu mesej daripada rakan dan teman-teman anda. Perkara tersebut boleh dikatakan tidak disukai oleh kebanyakkan pengguna WhatsApp (Tapi ada ramai juga yang menyukainya tau). ;)

Nasib baiklah pihak WhatsApp telah memperkenalkan kemaskini baru untuk pengguna Android, membolehkan mereka mematikan fungsi bluetick tersebut.

Untuk menggunakan fungsi baru ini, pastikan anda menggunakan WhatsApp untuk Android yang versi 2.11.444 dan keatas. Sila ke halaman Settings > Privacy. Pada bahagian “Read Receipts” nyah-tandakannya, dan ia tidak lagi akan memaparkan kepada rakan-rakan anda yang lain sekiranya sesuatu mesej telah dilihat ataupun tidak.

Untuk lebih jelas , sila rujuk gambar di bawah yer..
(klik pada gambar utk besarkanya)

Ok, itulah cara-cara untuk membuang "bluetick" pada whatsapp. Eee sukanya dia.

Penting: Jika anda menggunakan fungsi ini, anda juga x dapat mengetahui sama ada masej yang anda hantar kepada kawan-kawan atau teman-teman anda sudah dibaca atau tidak. Sebab, fungsinya sama macam "Last seen". Jika anda tidak membenarkan orang lain melihat "Last seen" anda, anda juga tidak dapat melihat "Last seen" orang lain.. Jelas?

Ps: Admin juga tidak berapa suka "Bluetick" ni. Tapi tetap gunakanya juga. Ada kebaikan dan keburukkan nya. Jadi jujur lah, kan senang cerita (cara admin).. Mungkin anda ada sebab-sebab tertentu kerana tidak mahu menggunakan "bluetick" ni. Apa-apa pun ianya hak anda!

Tuesday, 28 July 2015

Oh! Info: Cara Pos Barang Menggunakan Pos Laju

As salam. Arikel kali ni berkaitan dengan Pos Laju. Admin bagi sedikit info berkaitan cara pos barang menggunakan pos laju. Fokus kepada pakej Prabayar dari Pos Laju. Moga dapat membantu anda! 

Pakej Prabayar daripada Pos Laju
Terdapat 2 pakej prabayar yang disediakan iaitu sampul prabayar dan kotak prabayar. Caranya amat mudah. Kita hanya perlu membeli sampul atau kotak prabayar yang sesuai dengan berat barang yang kita mahu hantarkan, masukkan barang, isi nota konsignmen dan kemudian serahkan kepada mana-mana kaunter Pos Laju atau pejabat pos terdekat.

Nak Dapatkan di mana?

Sampul dan kotak prabayar boleh didapati di:
  1.     Mana-mana outlet Pos Malaysia
  2.     Cawangan-cawangan Pos Laju
  3.     Pusat servis Pos Laju
  4.     Kiosk-kiosk Pos Laju
  5.     Agen yang dilantik Pos Laju
Sampul dan kotak prabayar adalah untuk barangan yang beratnya antara 500g hingga 10kg untuk penghantaran dalam Malaysia. Ada 2 jenis sampul dan kotak prabayar disediakan. Warna oren dan biru adalah merangkumi kawasan perkhidmatan seperti yang dinyatakan.


Harga Sampul dan Kotak Prabayar (Oren):

Harga Sampul dan Kotak Prabayar (Biru):

Cara Penggunaan Sampul atau Kotak Prabayar
  1. Beli Sampul atau Kotak Prabayar di mana-mana tempat seperti yang dinyatakan di atas.
  2. Isikan maklumat dalam slip kiriman (consignment note) yang disertakan bersama Sampul atau Kotak Prabayar.
  3. Masukkan slip kiriman yang telah diisi ke dalam poket plastik yang tersedia pada Sampul atau Kotak Prabayar.
  4. Serahkan Sampul atau Kotak Prabayar pada mana-mana pusat Pos Laju atau Pejabat Pos berdekatan untuk penghantaran. 
PENTING! PENTING!! PENTING!!!
  • Pastikan anda mendapat salinan slip kiriman sebagai bukti rujukan tracking number untuk mengetahui status barang anda berada di mana.
  • Pastikan anda menggunakan sampul atau kotak prabayar yang bersesuaian dengan berat barang anda (secara anggaran atau timbang sendiri)

Ok, itulah serba sedikit cara pos barang menggunakan Pos Laju. Bagi yang berniaga online mungkin dah selalu serta arif bab-bab Pos Laju ni. Bagi yang baru nak mengenali Pos laju ni, moga artikel ini dapat membantu anda..

Ps: Pos laju memang best. Alhamdullillah sehingga kini barang2 yang admin pos melalui Pos Laju ni semuanya selamat sampai.

Prepaid rm10 terjimat dan termurah dengan data berkelajuan tinggi klik sini