Monday, 17 April 2017

Oh! Info: Kenali Demam Campak

Apa itu demam campak?

Admin pun x berapa tahu. Admin pernah kene Demam Campak ni sekali semasa umur 15 tahun. Peritlah juga hampir 2 minggu tidak dapat bersekolah. Apa-apa pun, yang pasti, ianya tidak boleh dipandang ringan. Jadi jom kita kenali apakah itu Demam Campak.

Demam campak (Rubeola) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan oleh virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan respiratori dan disertai ruam pada kulit.

Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui udara dengan titisan (‘droplet”) cecair daripada mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. Walau bagaimanapun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan. Akan tetapi, kebelakangan ini terdapat pertambahan dalam kes-kes campak di bandar utama dengan kemasukan orang asing. Oleh itu, jika seorang kanak-kanak tidak lagi mendapat vaksin dan terdedah kepada individu yang menghidap penyakit ini, maka kemungkinan besar kanak-kanak ini akan dijangkiti virus ini.

Apakah tanda-tanda demam campak?

Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:
  1. Demam tinggi.
  2. Batuk, selesema dan sakit tekak.
  3. Mata berair dan sensitif kepada cahaya.
  4. Sakit otot.
Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala kemudian merebak ke bahagian badan, tangan dan kaki.

Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.

Adakah setiap demam yang disertai ruam merupakan demam campak?

Tidak. Demam campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum yang disebabkan oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan demam campak melainkan selepas 2–3 hari ruam timbul, demam biasanya akan kebah. Satu lagi penyakit yang menyerupai campak adalah rubeola.

Apakah kesan demam campak pada kanak-kanak?

Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna. Walau bagaimanapun kadang-kala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama golongan yang menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imuu sistem kekebalan yang rendah.

Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah:
  1.     Jangkitan pada telinga.
  2.     Jangkitan paru-paru (Pneumonia ).
  3.     Jangkitan pada otak (encephalitis).
  4.     Cirit-birit.
Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian. Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.

Bagaimana merawat demam campak?

Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala:
  1.     Panadol untuk mengurangkan demam.
  2.     Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata.
  3.     Berehat dan minum air yang cukup.
Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain (sehingga 4 hari selepas ruam timbul).

Bolehkah demam campak dicegah?

Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun.

Adalah tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan anak mereka mendapat imunisasi.

MMR adalah vaksin yang selamat.

Jika anak anda terdedah kepada individu dijangkiti campak dan belum lagi menerima imunisasi, bawa anak anda segera untuk berjumpa doktor. Pemberian vaksin dalam jangka masa tertentu boleh mengelakkan anak anda daripada dijangkiti virus ini.

Sumber

Ha, itulah dia tentang Demam Campak. Bahaya juga tu. Dulu semasa kene Demam Campak ni admin di baringkan atas daun Pisang bagi cepat sembuh katanya. Mungkin itu rawatan dulu-dulu tetapi sekarang dah moden dah dah ada kaedah-kaedah yang lebih baik dan berkesan.

PS: Apa-apa pun admin harap sentiasa mengambil langkah terbaik jika anda atau keluarga anda terkene Demam Campak ni. Rawatan segera adalah lebih baik.

Monday, 12 December 2016

Oh! Tips: 8 Cara Menghalau Semut


Tips/cara untuk menghalau semut dari rumah anda :

1. Minyak Masak
Ambil minyak masak, sapukan di sekeliling balang tempat simpan gula atau benda2 manis.

2. Bunga Cengkih
Boleh juga diletakkan bunga cengkih pada laluan semut. Anda juga boleh meletakkan bunga cengkih di dalam balang, bekas gula atau kabinet dapur supaya semut tidak membuat sarang.

3. Asam Gelugur/keping
Masukkan beberapa keping asam gelugor/keping ke dalam bekas simpanan gula.

4. Cili Kering
Ambil beberapa tangkai cili kering dan letakkan dalam gula. Ini akan membuatkan semut tidak menghampiri gula tersebut.

5. Bawang Merah
Boleh juga diletkkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. tidak perlu kupas kulit bawang tersebut.

6. Daun Sirih
Potong kecil-kecil beberapa helai daun sirih dan letakkan di kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumunan.

7. Kulit Telur
Kulit telur juga ada kelebihannya juga, bakar kulit telur hingga menjadi abu & taburkan abu itu di kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun. In Shaa Allah pasti berkesan.

8. Kalau nampak semut, ucapkanlah:
“Assalamualaikum rakyat Nabi Sulaiman a.s.. Ini rumahku.. Aku mahukan kebersihan.. Kamu adalah makhluk Allah s.w.t. yg sentiasa berzikir kepadaNya.. Jika kamu mahu membuat sarang untuk meneruskan hidup kamu, kamu hiduplah di luar rumahku yg berdekatan dengan rumahku agar kamu selamat..”

Itulah 8 tips untuk menghalau semut. Moga sedikit sebanyak memberikan kebaikan pada anda. Admin dah cuba no 3, ternyata ianya berhasil dengan jayanya. Anda pula?

PS: Ok, boleh cuba yang mana anda rasa sesuai. 8 cara diatas, mesti ada yang boleh anda cuba. Tak susah mana pun.

Kredit gambar: Dari carian Google