Monday, 9 December 2013
Tips dan Panduan Temuduga
Ok, hari ni admin nak bercerita bab temuduga. Nak bagi sedikit tips dan panduan sebelum, semasa dan selepas temuduga. Admin tau, bagi yang 1st time yang nak pergi temuduga kerja mesti gabra dan gementarkan? Bagi yang dah banyak kali tu, tapi masih gagal untuk dapatkan kerja mungkin tips-tips ini dapat membantu anda. Tak banyak, mungkin sedikit dapat memberikan pertunjuk kepada anda. Jadi, inilah dia sedikit panduan temuduga.. Layan!
3 asas penting.
Pertama - buat persediaan dengan meramalkan apakah soalan dan jenis atau bidang yang bakan disentuh oleh penemuduga.
Kedua - dicadangkan berlatih sesi temuduga bersama rakan atau pun ahli keluarga. Ini untuk memberi ruang kepada diri agar lebih biasa dengan situasi temuduga. Di samping mengurangkan rasa gugup semasa sesi sebenar berlangsung.
Ketiga - lakonkan sesi temuduga di dalam Bahasa Inggeris. Kenapa? Dikatakan kebanyakan sesi temuduga kerja akhir-akhir ini menggunakan Bahasa Inggeris dalam kadar 10% ke 20% daripada keseluruhan sesi. Jadi ini menjadikan ianya satu latihan yang wajib dilaksanakan. Sediakan teks dalam Bahasa Inggeris, baca dan kemudian biasakan diri tanpa melihat teks.
Tip-tips penting yang lain:
Sebelum temuduga
1.Dapatkan maklumat secukupnya melalui internet mengenai profil jabatan/kementerian/organisasi.
2.Luangkan masa untuk membaca dan memahami butir yang telah didapatkan.
3.Mulakan membaca surat khabar pada setiap hari selepas anda mendapat surat panggilan temuduga.
4.Ambil berat tentang isu semasa yang tertulis di akhbar
5.Gosok baju dan seluar anda sehari sebelum menghadiri temuduga, ini membolehkan anda tidak tergesa-gesa pada keesokan paginya
6.Pilih warna pakain yang bersesuai, di nasihatkan memakai kemeja berwarna putih, seluar slack hitam dan kasut kulit hitam bertali.
7.Pilih warna tali leher yang sama dengan warna seluar anda.
8.Tidur awal untuk memastikan badan anda berasa segar pada keesokan hari
Semasa temuduga:
1. Pastikan anda bangun awal
2. Jangan mengunakan wangian secara berlebihan.
3. Pastikan anda menjamah sedikit makanan
4. Apabila sampai ke tempat temuduga anda di nasihati menegur calon temuduga lain untuk menghilangkan rasa jangal dan gemuruh.
5. Anda juga dinasihatkan agar tidak membaca lagi maklumat tentang organisasi pada ketika ini.
6. Duduk dengan tenang dan tunggu giliran anda.
7. Jangan lupa mengetuk pintu sebelum masuk ke dalam ruangan temuduga.
8. Beri salam
9. Duduk selepas di pelawa untuk duduk oleh penemuduga
10.Apabila sesi soal jawab berjalan, anda dilarang memutar belitkan jawapan..katakan anda tidak dapat menjawab jika anda benar-benar tidak dapat menjawabnya.
11.Jawab dengan nada yang yakin, tersusun dan jika gementar hentikan perbualan seketika untuk menenangkan emosi anda.
12.Jangan sesekali memotong pembicaraan penemuduga.
13.Biasanya di akhir, penemuduga akan mengkehendaki anda untuk menanyakan soalan, pastikan anda telah menyediakan soalan untuk ditanya.
14.Tamat sesi temuduga pastikan anda bangun dan bersalaman dengan penemuduga dan lemparkan seyuman serta berterima kasih kepada meraka.
Selepas temuduga
1.Anda di galakkan untuk terus keluar dari ruang menunggu, balik atau sebagainya
2.Berdoa dan lakukan aktiviti anda seperti biasa
3.Biasanya keputusan temuduga akan keluar sebulan selepas anda di temuduga.
Ok, itulah sedikit tips dan panduan temuduga untuk anda. Harap dapat berikan tunjuk ajar kepada anda.
Ps: Bagi yang bakal menghadapi temuduga tu, admin harapkan anda berjaya mendapat jawatan idaman anda. Bagi yang masih gagal dalam temuduga tu, berbanyakkan berdoa & berusaha semoga di percepatkan anda mendapat pekerjaan yang anda idamkan. Bagi yang mahu mendapatkan panduan temuduga dari pakar, klik sini. Amin..
Sunday, 8 December 2013
Panduan membuat Coklat dari pakar
As salam & salam sejahtera.. Haa.. Hari ini admin nak bercerita sedikit tentang makanan febret admin, iaitu coklat. Hampeh, sebut saja sal coklat admin dah terliur. He he.. Coklat yang di maksudkan bukanlah gula-gula ataupun lolipop tetapi coklat seperti gambar di bawah.
Terdapat pelbagai cara yang senang dan menarik dalam penyedia coklat-coklat yang sedap ini. Selain itu anda juga di berikan Panduan asas untuk memulakan perniagaan coklat secara online..

Ps: Bagi admin ianya satu ebook video yang menarik. Menarik mungkin di sebabkan admin suka kan coklat kot. Hehe.. Selain tu, jika kita membuat sendiri coklat-coklat ni, jimat dari segi duit modal yang dikeluarkan. Penjimatannya hampir setengah RM tau! Contoh, kita membeli diluar untuk 10 biji coklat RM10, jika di buat sendiri rm10 tu memberikan kita 20 biji coklat. Jimat bukan?
Pss: Terpulang.. Masing-masing ada pandangan sendiri. Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang e book video ni, sila klik sini.
Memang terliur bukan! Memang sedap..
Cari-cari kat Google tentang cara membuat coklat, terjumpalah satu website yang menjual E-book bervideo cara-cara membuat coklat. Memang terbaik lah.
Rupa-rupanya pemilik website ini adalah seorang suri rumah yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Biokimia/Bioteknologi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.Beliau gagal mendapat kerja dengan kelulusan beliau dan akhirnya telah membuka bisnes coklat. Menarik bukan?
"Hai, Nama saya Siti Fatimah dan saya akan membahasakan diri saya sebagai Siti sahaja. Siti merupakan seorang suri rumah yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Biokimia/Bioteknologi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Pada mulanya, Siti hanya menjadikan aktiviti membuat coklat ini sebagai hobi setelah belajar daripada seorang kawan yang tinggal berhampiran yang mana Siti anggap beliau sebagai sifu dalam dunia coklat ini. Setelah hampir 2 tahun Siti mengusahakan perniagaan berasaskan coklat ini, Siti berpendapat perniagaan ini memang sesuai untuk mereka yang ingin berniaga kecil kecilan dari rumah terutamanya suri rumah dan ibu tunggal atau sesiapa sahaja yang ingin menambah pendapatan keluarga."
Keratan akhbar tentang beliau
- Panduan dalam bentuk ebook dan 11 video langkah demi langkah yang akan membantu anda untuk memulakan perniagaan coklat pada bila-bila masa.
- Modul pembelajaran bagi 11 video panduan membuat coklat tersebut adalah sama seperti modul yang digunapakai sepanjang Siti mengadakan kelas coklat.
- Ia bukan sahaja menunjukkan cara-cara membuat coklat tetapi anda juga akan diterangkan tentang panduan asas perniagaan coklat dan pemasaran secara online yang Siti gunakan sehingga mampu menjana income sekurang-kurangnya 4 angka sebulan .
- Senarai pembekal barangan coklat di seluruh negara turut disediakan dan eBook Bervideo ini.
- Panduan yang mudah difahami kerana disampaikan dalam bahasa melayu.
- Kaedah pembuatan yang diajar hanya menggunakan peralatan yang sudah tersedia, murah dan mudah didapati.
- eBook Bervideo ini akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa. Pemilik eBook sedia ada akan menerima eBook yang dikemaskini (jika ada) secara PERCUMA.
- Pemilik eBook akan menerima BANTUAN dan SOKONGAN berterusan melalui telefon, skype, emel dan juga facebook.
- Boleh dijadikan rujukan pada bila-bila masa.
Terdapat pelbagai cara yang senang dan menarik dalam penyedia coklat-coklat yang sedap ini. Selain itu anda juga di berikan Panduan asas untuk memulakan perniagaan coklat secara online..
Ps: Bagi admin ianya satu ebook video yang menarik. Menarik mungkin di sebabkan admin suka kan coklat kot. Hehe.. Selain tu, jika kita membuat sendiri coklat-coklat ni, jimat dari segi duit modal yang dikeluarkan. Penjimatannya hampir setengah RM tau! Contoh, kita membeli diluar untuk 10 biji coklat RM10, jika di buat sendiri rm10 tu memberikan kita 20 biji coklat. Jimat bukan?
Pss: Terpulang.. Masing-masing ada pandangan sendiri. Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang e book video ni, sila klik sini.
Subscribe to:
Posts (Atom)









