Monday, 12 December 2016

Oh! Tips: 8 Cara Menghalau Semut


Tips/cara untuk menghalau semut dari rumah anda :

1. Minyak Masak
Ambil minyak masak, sapukan di sekeliling balang tempat simpan gula atau benda2 manis.

2. Bunga Cengkih
Boleh juga diletakkan bunga cengkih pada laluan semut. Anda juga boleh meletakkan bunga cengkih di dalam balang, bekas gula atau kabinet dapur supaya semut tidak membuat sarang.

3. Asam Gelugur/keping
Masukkan beberapa keping asam gelugor/keping ke dalam bekas simpanan gula.

4. Cili Kering
Ambil beberapa tangkai cili kering dan letakkan dalam gula. Ini akan membuatkan semut tidak menghampiri gula tersebut.

5. Bawang Merah
Boleh juga diletkkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. tidak perlu kupas kulit bawang tersebut.

6. Daun Sirih
Potong kecil-kecil beberapa helai daun sirih dan letakkan di kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumunan.

7. Kulit Telur
Kulit telur juga ada kelebihannya juga, bakar kulit telur hingga menjadi abu & taburkan abu itu di kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun. In Shaa Allah pasti berkesan.

8. Kalau nampak semut, ucapkanlah:
“Assalamualaikum rakyat Nabi Sulaiman a.s.. Ini rumahku.. Aku mahukan kebersihan.. Kamu adalah makhluk Allah s.w.t. yg sentiasa berzikir kepadaNya.. Jika kamu mahu membuat sarang untuk meneruskan hidup kamu, kamu hiduplah di luar rumahku yg berdekatan dengan rumahku agar kamu selamat..”

Itulah 8 tips untuk menghalau semut. Moga sedikit sebanyak memberikan kebaikan pada anda. Admin dah cuba no 3, ternyata ianya berhasil dengan jayanya. Anda pula?

PS: Ok, boleh cuba yang mana anda rasa sesuai. 8 cara diatas, mesti ada yang boleh anda cuba. Tak susah mana pun.

Kredit gambar: Dari carian Google

Wednesday, 7 December 2016

Oh! Info: Nostalgia Komik-komik hongkong (Manhua)


Hi Semua, apa khabar? Kali ni nak bercerita sikit sal hobi admin waktu dulu2. Pada awal tahun 80an, 90an dan 2000. Admin minat membaca komik2 hongkong yang di alih ke bahasa Melayu. Tajuk seperti Pedang Setiawan, Singa Ganas, Jejak Wira, Alam Perwira, Anak-anak Wira, Dewata Raya & bermacam-macam tajuk lagi.

Bermula dengan Singa Ganas, dendam kesumat kemudian beralih pada Pedang setiawan pada tahun 1993. Pedang setiawan (PS) sebuah karya Ma Wing Shing yang tamat episod 667 pada bulan April 2015 kalau x silap. Admin tak ikut abis cerita PS ni, beli sampai episod 200+ je. Sebab terpaksa pilih antara Pendekar Laut dan Pedang Setiawan ni. Kengkangan ekonomi lah. Haha..

Selain PS, admin juga mengikuti kisah Raja Rimba (RR) hasil penulisan Wan Yat Leung dan lukisan oleh mr Ma. Memang awesome, sehinggakan x sabar2 menunggu episod baru iaitu 2 minggu kemudianya & sampai sanggup berulang alik ke kedai buku semata-mata nak membelinya.

Kemudian beralih pula pada cerita Pendekar laut karya Wat Yat Leung & Tang Chi Fai.. Dan Pendekar Laut ni betul2 menambat hati admin. Memang teruja betul dengan jalan penceritaan & lukisannya. Admin mengikuti komik Pendekar Laut ni dari episod 1-144. Kemudian bersambung ke Komik Wira Tunggal, Wira Tunggal Phoenix, Wira Tunggal Infiniti, Wira Tunggal Pendekar Laut & Wira Tunggal Final.. Side story cuma Wira Tempur Pendekar laut Generasi 230. Panjang legasi Pendekar Laut ni, banyak benar episodnya dan banyak juga pitih yang admin kuarkan juga lah!

Sejak dari itu admin menjadik peminat no 1 Wan Yat Leung. Apa saja komik-komik beliau yang keluar di Malaysia, admin akan beli. Banyak juga la karya-karya pendek dia yang admin masih ada seperti Empayar, Black Martial, Hero VS Samurai, Misteri Kembara, Bintang Malang, Lagenda Raksasa Puaka 1 & 2, Ex-Code, Bintang Malam dan bermacam-macam tajuk lagilah..

Sekarang banyak komik2 admin yang dah rosak. Hanya tinggal sedikit saja.. Jengah di pasaran dan yang ada sekarang ni cuma komik Jejak Wira Versi Baru je yang dah sampai episod 800, Kecewa lah juga dengan situasi sekarang ni. Zaman kegemilangan manhua dah tiada.. Rindu nak tengok pelbagai komik2 hongkong ni bergantungan dengan pelbagai tajuk di kedai2 buku. Nampaknya tak mungkin lah. Sekarang ni banyak yang suka baca online, maklum lah free je. Huhu

Adakah selepas JWVB ni tamat, akan ada lagi Manhua yang akan diterbitkan di Malaysia? Oklah, malas nak menaip lagi. kalau nak tulis lagi sampai esok pu x abis2. Sampai sini dulu. Arigato.


Ps: Sesiapa yang rasa ada komik2 yang nak dijual boleh PM Telegram @richie21

Sang Harimau Kumbang

Kredit: Gambar diambil dari google search.

Oh! Info: Cara Kemaskini Br1m 2017

Hai semua, tajuk sesuai yang dikeluarkan pada bulan Disember 2016 ni :''Cara kemaskini Br1m 2017". Menarik bukan. Hi.. hi... Oklah, yang mana belum kemaskini tu, cepat-cepatlah membuatnya. Guna online adalah lagi mudah ye..

Seperti apa yang telah dibentangkan dalam Baget 2017, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) untuk 2017 telah dinaikkan setinggi RM1200. Sesiapa yang layak menerima BRIM dan belum berdaftar, tarikh pendaftaran adalah pada 5 Disember 2016 hingga 31 Disember 2016.

Untuk mengemaskini Borang Permohonan BRIM 2017, sila klik link berikut:


Di bawah ni pula jadual pembayaran.

Ha, jadual pun dah ada jadi segerala kemaskini maklumat-maklumat br1m anda. Elok la dikemaskini di awal2 waktu ok. Admin dah pun selesai mengemaskini jap tadi. Hihi..