"Bluetick" pada Whatsapp.. Mmm.. Admin tahu ramai yang tak sukai nya. Kan? Kan? Ngaku je la. Ekekeke.. Ok lah, untuk artikel kali ini admin akan tuliskan tentang cara-cara nak nyah aktifkan "bluetick" Whatsapp ini. Jom layan.
WhatsApp pada beberapa bulan yang lepas telah memperkenalkan sokongan “Bluetick”, dimana memperlihatkan anda telah membaca sesuatu mesej daripada rakan dan teman-teman anda. Perkara tersebut boleh dikatakan tidak disukai oleh kebanyakkan pengguna WhatsApp (Tapi ada ramai juga yang menyukainya tau). ;)
Nasib baiklah pihak WhatsApp telah memperkenalkan kemaskini baru untuk pengguna Android, membolehkan mereka mematikan fungsi bluetick tersebut.
Untuk menggunakan fungsi baru ini, pastikan anda menggunakan WhatsApp untuk Android yang versi 2.11.444 dan keatas. Sila ke halaman Settings > Privacy. Pada bahagian “Read Receipts” nyah-tandakannya, dan ia tidak lagi akan memaparkan kepada rakan-rakan anda yang lain sekiranya sesuatu mesej telah dilihat ataupun tidak.
Untuk lebih jelas , sila rujuk gambar di bawah yer..
(klik pada gambar utk besarkanya)
Ok, itulah cara-cara untuk membuang "bluetick" pada whatsapp. Eee sukanya dia.
Penting: Jika anda menggunakan fungsi ini, anda juga x dapat mengetahui sama ada masej yang anda hantar kepada kawan-kawan atau teman-teman anda sudah dibaca atau tidak. Sebab, fungsinya sama macam "Last seen". Jika anda tidak membenarkan orang lain melihat "Last seen" anda, anda juga tidak dapat melihat "Last seen" orang lain.. Jelas?

Ps: Admin juga tidak berapa suka "Bluetick" ni. Tapi tetap gunakanya juga. Ada kebaikan dan keburukkan nya. Jadi jujur lah, kan senang cerita (cara admin).. Mungkin anda ada sebab-sebab tertentu kerana tidak mahu menggunakan "bluetick" ni. Apa-apa pun ianya hak anda!