Monday, 30 December 2013

Selamat Tahun Baru-2014

Hari ini tiada tips mahu pun info. Sekadar nak sembang-sembang sikit sal tahun baru.. Sedar tak sedar, kita dah pun berada pada hari terakhir tahun 2013. Cepat benar masa berjalan.. Masuk tahun baru, maka akan ada bermacam-macam cerita baru. Tapi jangan lupa yerr, yang tahun baru umur pun baru (makin meningkat). He he..

Tiada celoteh panjang dari admin untuk hari ini. Hanya nak mengucapkan selamat tahun baru 2014 pada anda semua. Maaf jika ada isi kandungan blog admin ada yang menyentuh hati, membuatkan anda marah atau pun membuatkan anda tidak suka dan selesa. Ianya sekadar bahan bacaan.

Bagi yang menyukai isi kandungan yang terdapat di dalam blog ini blog ini, terima kasih admin ucapkan. Admin mengalu-alukan bagi mereka yang nak sharekan kandungan blog admin ni di dalam laman sosial anda. Dipersilakan..

Terima kasih admin tadi itu untuk 3 perkara yang telah anda lakukan:

1. Kerana singgah dan membaca blog admin.
2. Kerana menyukai isi kandungan blog admin.
3.Kerana men 'share' kan artikel admin di laman sosial anda.

Admin perasan semakin hari semakin ramai yang menjegok ke blog admin. Ini merupakan satu perkembangan yang positif bagi orang baru macam admin. Terima kasih di atas kesudian anda yang datang menjenguk itu. Azam admin tahun 2014 untuk blog ini, akan cuba mempertingkatkan jumlah pos yang sedia kurang ini.. Hehe.. Amin.

Ps:Admin amat bersyukur kepada Allah SWT kerana di berikan lagi kesempatan (panjang umur) untuk melangkah ke tahun yang baru -> tahun 2014! Mmm.. Apa rancangan anda pada malam tahun baru ni? Berkumpul di dataran sambil melihat percikkan bunga api? Konvoi motor beramai-ramai? Atau ada plan yang lain? Apa pun rancangan anda, admin harapkan anda gembira. Selamat tahu baru 2014 untuk anda semua!!

Wednesday, 18 December 2013

Tambah Pendapatan dengan Menjual Topup Prepaid

Mmm.. Hari ini admin nak berkongsi sedikit tentang bisnes mudah yang boleh anda lakukan untuk menjana pendapatan tambahan untuk poket anda. Cara mudah yang admin maksudkan adalah dengan menjual TOPUP PREPAID ( Celcom, Maxis, Digi, U Mobile dll ). Penjualannya hanya menggunakan handpone sahaja. Pendek kata sesiapa yang punya handpone boleh menjalankan perniagaan menjual topup ini. Cara menjual begini digelar 'menjual topup prepaid secara E-Reload'. Jom teruskan pembacaan bagi yang berminat nak tambah duit poket..

Apakah itu Topup E-Reload? Ianya seperti gambar di bawah.
Dapat? Itulah cara E-reload berfungsi. Selain menggunakan Sms, penjualan topup juga boleh dilakukan menggunakan Yahoo Messenger.

Ok, dekat sini juga admin akan memberitahu anda satu rahsia penting. Admin akan memberitahu anda Syarikat yang menjalankan kerja mendaftar ahli untuk menjual topup E-reload ini.. Jeng.. Jeng.. Inilah dia Syarikatnya ---> S S Easy Mobile


Tuan Suhairi Bin Omar,
Manager S S Easy Mobile.

"Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Saya tidak pakar dalam perniagaan tetapi saya mempunyai pengalaman dalam menjalankan perniagaan topup ini. Saya bermula dari peringkat bawah untuk mencari pengalaman berniaga dan kini pendapatan hasil dari bisnes topup ini sudah mencecah 5 angka sebulan.

Pernahkan anda tahu, sebenarnya anda boleh membeli topup melalui handphone anda sendiri dengan harga yang lebih murah. Sebagai contoh topup RM10 hanya dengan harga RM9.60 atau RM9.70". - Tuan Suhairi.

Dengan mendaftar sebagai ejen Topup E-Reload anda akan mendapat harga ejen untuk setiap topup yang anda jual atau pun yang beli untuk diri sendiri. Ianya seperti gambar di bawah:
Jimat bukan? Jika anda membelinya di kedai, berapa banyakkah diskaun yang anda dapat? Rasanya Zero?

Testimoni
Dengan mendaftar menjadi Ejen di S S Easy Mobile secara outomatik anda juga boleh mendaftar ejen-ejen baru di mana anda akan mendapat KOMISYEN setiap kali anda mendaftar orang baru sebagai ejen dan juga ada akan mendapat komisyen setiap kali ejen-ejen baru itu menjual Topup. Menarik bukan?
Komisyen mendaftarkan ejen baru

Komisyen jualan dari ejen yang anda daftar

Sebenarnya ada banyak ilmu dan pekara yang akan dikongsikan oleh Tuan Sujairi jika anda mendaftar sebagai ejen E-reload di S S Easy Mobile ni. Antaranya:

Oklah, itulah sedikit sebanyak yang admin boleh bercerita kepada anda tentang menjadi ejen E-Reload ini. Bagi yang nak ketahui lebih lanjut tentang ejen topup e-reload atau pun nak mendaftar sebagai ejen boleh ke website beliau dengan klik sini atau klik gambar di bawah:

http://www.superbisnestopup.com/hop.php?ref=infoproduk

Ps: Asmin rasa menjual topup merupakan salah satu cara untuk menambah pendapatan. Cara ini adalah cara yang paling banyak dilakukan oleh rakyat Malaysia terutama di kalangan Pelajar2 IPT. Ianya adalah pendapatan secara Realtime, dan juga salah 1 peluang untuk anda mendapatkan diskaun apabila anda membeli topup untuk kegunaan sendiri serta ahli keluarga..

Monday, 16 December 2013

Tips ketika ujian memandu kereta ( D )


Seperti yang di katakan, hari ini admin akan post tips dan panduan ketika ujian memandu lesen kelas D (kereta). Bagi ujian memandu kereta ini ianya adalah lebih susah berbanding dengan ujian memandu praktikal motorsikal kelas B2. Susah macamana pun, jika anda gigih berusaha dan fokus anda pasti akan berjaya. Betul? Ok, inilah dia panduan dan tips nya. Layan..

1.Cara hendak menggerakkan kereta.
Tekan clutch hingga jejak ke lantai dan masuk gear satu dengan cermat dan lembut. Kaki di pedal clucth diangkat perlahan lebih kurang 60% sehingga terasa badan kereta bergegar hendak bergerak, tambah sedikit minyak dan kawallah kelajuan dan stereng anda. Bila sudah stabil dan meter mencecah ke 20km - 25km, tukarlah kepada gear 2 dan meter mencecah ke 30km - 35km, tukar ke gear 3, meter mencecah ke 4okm tukarlah ke gear 4 dan seterusnya tukarlah ke gear 5 mengikut kelancaran jalanraya.

2.Cara hendak mengelakkan dari enjin mati setelah gear dimasukkan.
Jangan angkat pedal clutch secara mengejut dan pastikan kelajuan kereta anda telahstabil barulah penukaran gear dilakukan atau pedal clutch dilepaskan dengan perlahan.

Jika hendak berhenti atau mengekori kereta yang terlalu perlahan sehingga meter turun dibawah 30km, tekan pedal clucth dulu baru tekan pedal brek. Untuk mengelakkan anda kelam kabut kerana kurang mahir.

Bila kereta berhenti pastikan tekan pedal clutch sehingga jejak ke lantai dan pedal brek. Sebelum mengangkat kedua-dua kaki, anda wajib freekan gear dulu dan tarik hand brek.

3.Parking 3 Penjuru
Pusingan tiga penjuru adalah olahgerak terakhir dalam ujian bahagian 2 untuk ujian memandu kereta selepas ujian mendaki bukit dan ujian meletak kereta secara masuk belok. Berhati-hati untuk olahgerak terakhir ini untuk memastikan anda boleh lulus sepenuhnya untuk ujian bahagian 2.

Ini adalah kerana jika anda kurang berhati-hati kemungkinan anda gagal dan akan menyebabkan anda gagal keseluruhan ujian bahagian 2. Risikonya ialah anda perlu membuat ujian ulangan bahagian 2 dan anda wajib menjalani semula ujian mendaki bukit dan ujian meletak kereta secara masuk belok walaupun sebelum ini anda sudahpun lulus kedua-dua olah gerak ini.

Selepas keluar dari petak meletak kereta secara masuk belok ( side parking), anda terus menuju ke dalam petak tiga penjuru ini. Pandu kereta anda bergerak lurus di sebelah kiri mengikut anak panah masuk dan sebaik cermin sisi sebelah kiri sama lurus dengan tiang no.2 di sebelah kiri anda, pusing stereng habis ke kanan dengan pantas. Berhenti di hadapan tiang sebelah kanan anda dan pastikan kereta anda tidak melepasi garisan kuning dan tidak melanggar atau menyentuh tiang itu.

Pastikan juga stereng selari dengan tiang di tengah dan tayar hadapan dalam keadaan menegak. Pastikan kereta anda tidak bergerak ketika ini. Pusing stereng sampai habis ke kiri dan masukkan gear reverse, lepaskan clucth perlahan2 barulah boleh undur terus ke belakang dan tidak boleh menyentuh atau melanggar tiang belakang serta belakang badan kereta tidak boleh terkeluar dari garisan kuning.

Panduannya mudah semasa mengundur kereta anda tengok anak panah masuk dan sebaik anak panah itu lurus kearah anda, terus berhenti. Bermakna kereta anda tidak akan terlanggar tiang belakang. Cuba praktik dan perhatikan.

Pastikan kereta anda tidak bergerak ketika ini. Pusing stereng sampai habis ke kanan dan masukkan gear 1. Terus bergerak keluar mengikut anak panah keluar dan letak semula kereta dimana anda bermula.

Untuk info:

Pastikan hanya tiga pergerakan sahaja dibenarkan ketika masuk, berada dalam petak dan keluar dari petak. Anda tidak dibenarkan berhenti-henti di pertengahan di setiap pergerakan. Jika enjin kereta mati tiba-tiba semasa berhenti, pastikan tekan brek dan freekan gear barulah hidupkan semula enjin kereta anda. Masa yang dibenarkan dari mula anda masuk hingga keluar dari petak ini tidak melebihi 3 minit.

4.Side Parking

Anda hanya dibenarkan untuk membuat ujian side parking atau meletak  kereta secara masuk belok hanya selepas lulus ujian mendaki bukit. Pandu kereta bergerak lurus ke hadapan dan sebaik-baiknya jarak cermin sisi kiri dengan tiang pertama lebih kurang 3 kaki.Tidak terlalu dekat dan tidak pula terlalu jauh dari tiang.

Toleh ke kiri arah cermin tingkap tiga segi di bahagian penumpang kiri. Berhentikan kereta sebaik anda nampak tiang pertama berada di tengah-tengah cermin itu. Tekan clutch & masukkan gear reverse. Pusing stereng ke kiri sampai habis. Lepaskan clutch perlahan2, mula undur perlahan-lahan dan lihat melalui cermin sisi sebelah kanan. Kira tiang yang anda nampak didalam cermin sisi dan berhenti sebaik badan kereta sudah sama lurus dengan tiang no.7. Pusing stereng sebanyak 2 kali ke kanan. Undur kereta dan lihat kedudukan tayar belakang sebelah kanan berada di atas garisan kuning. Berhenti.

Pusing stereng ke kanan sampai habis dan undur sehingga kereta betul2 masuk ke lot Parking. Lihat tayar hadapan sebelah kanan dan berhenti sebaik tayar itu sudah berada di atas garisan kuning. Jangan langgar tiang hadapan.

Tekan brek, freekan gear, tarik hand brek & angkat tangan sebagai tanda anda telah berjaya meletak kereta dengan betul.Tunggu isyarat dan arahan pegawai penguji untuk anda keluarkan kereta dari petak. Masukkan gear reverse. Pusing stereng 2 kali ke kiri. Gerakkan kereta berhati-hati. Lihat tayar hadapan sebelah kanan dan berhenti sebaik tayar berada diatas garisan kuning.

Pusing stereng ke kanan sampai habis dan masukkan gear 1. Terus keluar berhati-hati jika anda mahir. Sekiranya anda tidak berapa mahir. Berhenti dahulu sebaik tiang no. 1 berada di tengah-tengah pintu penumpang kiri anda. Pusing stereng 3 1/2 kali ke kiri dan terus keluar.

Info:

Masa yang diberi dari mula anda hendak bergerak masuk dan sehingga anda keluar dari petak ialah tidak boleh melebihi dari 5 minit. Kebiasaannya ketika hari ujian, kebanyakan pelajar hanya mangambil masa
kurang dari 2 minit.

Syarat utama untuk mengelakkan anda gagal ialah:
  • Jangan sentuh atau langgar mana-mana tiang walaupun tiang tidak jatuh atau tiang bergoyang.
  • Badan kereta mesti berada di dalam petak dan tidak boleh terjulur keluar melebihi garisan.
  • Tidak melebihi masa 5 minit.
  • Tidak berlaku sebarang kemalangan.
5.Menaiki Bukit

1.Mulakan gear 1.
2.Gerak perlahan2.
3.Apabila side mirror menghampiri palang pertama, cepat2 tekan clutch & break kaki.
4.Tarik hand brake & freekan gear.
5.Lihat keluar sama ada tayar depan cecah pada line kuning.
  • Tayar mesti berada paling kurang 50% didalam garisan kuning.
  • Tayar tidak boleh melebihi 50% keluar dari garisan kuning. Keadaan ini menyebabkan anda terus dianggap gagal.
  • Ketika berhenti di garisan kuning, brek tangan tidak ditarik dengan betul menyebabkan kereta berundur dan tayar terkeluar dan menjadi kurang 50% masuk ke garisan kuning.
6.Kalau pasti, angkat tangan. Kalau tak lepas, buat semula.

6.Menuruni Bukit
  • Masukkan gear 1.
  • Tekan minyak sampai 3.5 @ 4.
  • Lepaskan clutch perlahan2 sampai terasa kereta bergerak ke depan.
  • Lepaskan hand brake.
  • Kereta akan meluncur ke hadapan secara automatik.
  • Perlahankan kereta sebaik menuruni bukit.
TIPS-TIPS UJIAN JPJ – BHG. 3 (JALAN RAYA) KELAS D (KERETA)
Ketika menghadiri Ujian JPJ,  anda perlu berpakaian sopan dan menjaga tata tertib. Yang dimaksudkan berpakaian sopan ialah dengan memakai baju berkolar, seluar panjang dan kasut. Di bawah ini adalah tips-tips yang mesti anda lakukan ketika menghadapi Ujian JPJ bahagian jalan raya untuk kereta.

1.Membuat pemeriksaan terhadap kenderaan
  • Betulkan tempat duduk.
  • Periksa cermin pandang belakang dan kedua-dua belah cermin sisi. Pastikan anda dapat melihat dengan baik belakang kereta anda.
  • Menguji signal, lampu, lampu kecemasan dan ‘wiper’. Pastikan semua itu berfungsi.
  • Memastikan gear berada dalam kedudukan bebas (‘neutral’) dan hidupkan enjin kereta.
2.Memulakan Pemanduan
  • Memakai tali pinggang keselamatan sebelum memulakan perjalanan.
  • Start Ejin.
  • Pandang cermin belakang & pandang tepi.
  • Minta izin daripada pegawai JPJ  untuk memulakan perjalanan.
  • Tekan clutch.
  • Masuk gear 1.
  • Turunkan hand brek.
  • Tekan sedikit pedal minyak.
  • Lepaskan clutch perlahan2.
  • Kereta berjalan seperti biasa & masukkan gear seterusnya.
3.Berhenti di Persimpangan
Sebelum sampai di persimpangan, pastikan anda sudah memberikan signal ke arah yang hendak belok. Berhenti kira-kira 2 meter di belakang garisan berhenti di persimpangan. Tarik brek tangan dan bebaskan gear.  Pastikan tiada kereta yang datang dari sebelah kiri atau kanan sebelum bergerak keluar.

4.Memandu di Jalan Raya
Pastikan anda menggunakan gear yang sesuai. Cuba patuhi had laju yang ditetapkan. Di jalan raya, had lajunya ialah kira-kira 40-60 kmj. Memandu di kawasan sekolah, had lajunya ialah 30 kmj. Pastikan anda dapat mengawal stereng dengan baik.

5.Memandu di Garisan Berkembar (‘Double Line’)
Anda TIDAK DIBENARKAN untuk memotong di kawasan ini. Kebiasaannya di kawasan sekolah, jambatan, selekoh dan persimpangan.

6.Memandu di Lampu Isyarat
Anda hendaklah mematuhi lampu isyarat. Jika anda nampak lampu isyarat bertukar kepada warna kuning, anda perlu bersedia untuk berhenti. Sekiranya kenderaan anda belum melepasi garisan berhenti, and seharusnya  Berhenti. Kalau kenderaan sudah melepasi garisan berhenti, anda dibolehkan untuk meneruskan perjalanan dengan syarat perlu berhati-hati.

7.Kawalan Stereng
Kedudukan tangan di stereng perlu di posisi 2 dan 10. Pastikan tangan anda tidak bersilang ketika melakukan pusingan. Jangan hanya menggunakan sebelah tangan semasa memandu. Anda diizinkan memegang dengan satu tangan apabila menukar gear.

8.Memberhentikan Kenderaan Setelah Selesai Ujian
Sebelum berhenti, pastikan anda sudah memberikan signal kiri terlebih dahulu. Kemudian berhenti secara perlahan-lahan. Bebaskan gear dan tarik ‘hand brake’.

9.Memandu ketika di traffic light
  • Ketika dalam 4 tiang sebelum sampai lampu traffic, tukar gear 2.
  • Tekan clutch & brek kaki perlahan2 sehingga ruang jarak di depan sebanyak 1/2 kereta.
  • Tarik hand brek & freekan gear.
  • 10 saat sebelum gerak turunkan hand brek.
  • Tekan sedikit pedal minyak.
  • Lepaskan clutch perlahan2.
  • Kereta berjalan seperti biasa & masukkan gear seterusnya.
Nota:

Markah minima untuk lulus ialah 16 / 20.Dengan syarat tidak berlaku sebarang kemalangan ketika sesi ujian.


Ok, begitulah sedikit (tapi panjangnya artikel. hehe..) panduan dan tips untuk ujian praktikal kelas D (kereta). Harap sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam menduduki ujian tersebut..

Ps: Admin nasihatkan supaya anda mengikuti betul-betul sesi latihan memandu kelas D ini kerana ianya akan banyak membantu anda. Cukupkan jumlah jam latihan yang diwajibkan. Apa-apa pun, sentiasa berdoa supaya di permudahkan segala urusan ketika ujian..

Sumber: syafaonline

Thursday, 12 December 2013

Tips-Tips Untuk Lulus Ujian JPJ – Kelas B2 (Motorsikal)

Untuk post kali ini pula, admin akan memberikan tips-tips ketika menduduki ujian memandu motorsikal kelas B2 ( 250cc kebawah). Tidaklah tips - tips yang expert, tapi boleh lah jika nak di jadikan rujukan bagi mereka yang akan menduduki atau pun berimpian untuk mengambil lesen memandu kelas B2 ini. Jadi, inilah dia tips - tipsnya. Layan..

1.Dalam ujian praktikal kelas B2, calon harus menunggang dengan baik dan yakin. Walaupun ia nampak mudah, calon perlu mendapatkan latihan sepenuhnya sebelum menghadapi ujian. Ini bagi memudahkan calon ketika menghadapi ujian nanti kerana semua latihan yang dijalankan adalah sama dengan ujian tersebut.

2.Pertama sekali harus diingat, sebelum mula menunggang motorsikal, calon perlu memakai topi keledar dengan cara yang betul iaitu kemas. Pastikan tidak ada ruang yang longgar ketika mengikat tali topi keledar itu. Antara halangan yang calon akan hadapi di bahagian 2 ujian jpj ialah membuat pusingan 8.

3.Pastikan anda menunggang di atas pusingan 8 itu dengan menggunakan  gear yang kedua. Ianya merupakan gear yang lebih lancar, tidak terlalu perlahan dan tidak terlalu laju. Ikut betul-betul pusingan tersebut supaya tidak terbabas. Calon sama sekali tidak dibenarkan untuk menurunkan kaki ke atas jalan raya.

4.Selepas itu, calon perlu melepasi laluan titi  sepanjang 7 atau 8 meter dalam tempoh 7 saat ke atas. Di sini calon mestilah menunggang secara perlahan dan pandai untuk mengimbangkan motor di atas titi tersebut dengan menggunakan gear 2. Cuba buat kiraan “satu ribu satu” hingga “satu ribu tujuh” ketika di atas titi tersebut. Selesai kiraan, calon boleh terus bergerak ke depan untuk menuruni titi tersebut.

5.Halangan ketiga ialah mengawal motorsikal ketika melalui antara kon-kon yang diletakkan secara “zig-zag”. Di sini ialah halangan yang paling mudah untuk dilakukan oleh calon. Sekali lagi diingatkan, jangan turunkan kaki ke atas jalan raya. Yang terkakhir sekali dalam bahagian 2 ialah memberhentikan motorsikal secara kecemasan.

4.Dengan had laju yang sederhana, calon dikehendaki berhenti dalam ruang  yang diberikan. Calon perlu untuk menekan brake tangan dan brake kaki serentak di sini. Ketika berhenti, hanya kaki kiri sahaja memijak jalan raya. Kaki kanan masih di atas brake.

5.Selesai ujian bahagian 2, kini calon perlu pula untuk melepasi ujian bahagian 3 iaitu ujian jalan raya. Calon perlu memeriksa topi keledar terlebih dahulu supaya ikatannya kemas. kemudian, periksa satu persatu lampu hadapan dan belakang, lampu brake, lampu signal kiri dan kanan di hadapan dan belakang, side mirror kiri dan kanan serta bunyikan hon sebelum berjalan.

Pastikan calon memberikan isyarat signal dan isyarat tangan sebanyak tiga kali  jika ingin belok ke kiri atau kanan. Ketika berhenti, pastikan tangan kanan diangkat menandakan calon berhenti. Apabila selesai,turun dari motor dan letak motor tersebut dengan “Stand” dua kaki.  Menggunakan “stand” satu kaki akan mengakibatkan calon ditolak markah.

Ok, itulah serba sedikit panduan ujian memandu pratikal motorsikal B2. Diharap tips-tips di atas dapat membantu anda dalam manghadapi ujian memandu nanti..


Ps:Bagi admin ujian memandu motorsikal B2 ini tidaklah susah sangat. Jika anda belajar mengikut peruntukan jam yang di wajibkan, maka anda pasti akan lulus nanti. Apa - apa pun perlu fokus dan yakin dengan diri sendiri.. Jika ada kesempatan nanti, admin akan post kan tips dan panduan untuk lulus ujian memandu kelas D (kereta) pula nanti.

Sumber: syafaonline.

Tuesday, 10 December 2013

Panduan Untuk Mendapatkan Lesen Memandu


Haa.. Untuk artikel kali ni admin nak becerita serba-sedikit bab nak ambil lesen memandu iaitu lesen L dan lesen P. Lesen memandu merupakan sesuatu yang amat penting di era membangun ini. Tidak kira lelaki atau wanita, memiliki lesen memandu adalah sesuatu yang wajib dan perlu segera diambil. Rata - rata remaja yang genap 16 tahun sudah memiliki lesen motorsikal kelas B2. Kan? Kan?

Jadi hari ini admin akan berikan langkah-langkah untuk mendapatkan lesen memandu. So, layan...

1. PASTIKAN JENIS LESEN YANG MAHU DIAMBIL
Sebelum mendaftar dengan sekolah memandu, pastikan dulu umur andasekarang sudah mencapai had kelayakan untuk mengambil lesen atau belum. Had umur untuk lesen motorsikal ialah 16 tahun manakala kereta ialah 17 tahun.

2. MENDAFTAR DENGAN SEKOLAH MEMANDU
Pergi ke mana-mana sekolah memandu yang sah dan bincang mengenai harga, kemudahan pengangkutan, jumlah jam belajar dan sebagainya yang ditawarkan. Kemungkinan juga anda akan gagal ujian undang-undang dan ujian praktikal JPJ. Pastikan anda bertanya kepada pengusaha sekolah memandu tersebut mengenai jumlah bayarannya. Begitu juga dengan Lesen L dan P. Adakah ia termasuk dalam jumlah bayaran tersebut.

Kebiasaannya harga untuk semua itu bagi lesen kereta ialah antara RM800– RM950 manakala lesen motorsikal RM450 – RM550. Anda boleh mengurangkan kos seperti menolak kemudahan pengangkutan, mengurangkan jam belajar dan membayar sendiri lesen L dan P di JPJ. Jika sudah setuju boleh terus mendaftar di sekolah memandu tersebut dengan menyerahkan salinan MyKad, gambar 2 keping dan bayaran deposit. Pastikan resit pembayaran diterima.

3. SENARAI KELAS YANG WAJIB DIIKUTI

Kursus-kursus yang wajib anda hadiri ialah:
i) Kursus 5 jam K.P.P. (Kursus Pendidikan Pemandu).
ii) Ujian undang-undang berkomputer. Perlu lulus sebelum boleh mengikuti kelas seterusnya.
iii) Kursus Pra L – teori 3 jam dan amali 3 jam.
iv) Ujian pra kelayakan atau Q.T.I.
v) Ujian praktikal J.P.J.

4. MENGHADIRI KURSUS K.P.P. 5 JAM.
Pilih hari yang sesuai untuk anda menghadiri kursus K.P.P. ini. Biasanya kelas bermula jam 9.30 pagi dan tamat pada jam 4.00 petang. Pastikan anda berpakaian kemas seperti memakai baju berkolar, seluar panjang dan kasut setiap kali anda menghadiri kelas memandu. Sijil K.P.P. ini sah laku selama 1 tahun.

5. UJIAN UNDANG-UNDANG BERKOMPUTER
Selepas 3 hari anda menghadiri kursus K.P.P., anda dibolehkan untuk menduduki ujian undang-undang berkomputer di pusat ujian berdekatan dengan rumah anda. Markah lulus ialah 42/50. Jika gagal anda perlu mendudukinya semula sehingga lulus bagi melayakkan anda menduduki kelas Pra L. Kebiasaannya anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM50 untuk mendudukinya semula. Selepas lulus ujian undang-undang, anda diberikan sijil keputusan. Sijil ini sah laku selama 1 tahun.

6.
MENGHADIRI KURSUS PRA L – TEORI 3 JAM DAN AMALI 3 JAM
Kehadiran ke kelas ini bagi membolehkan anda mendapatkan sijil JPJL2B. Dengan ini akan dapat Lesen L kira-kira seminggu selepas tarikh anda menghadiri kursus ini.

7. BELAJAR MEMANDU KERETA ATAU MOTORSIKAL
Lesen L melayakkan anda untuk belajar secara praktikal memandu. Untuk L motorsikal, anda sudah boleh memandu di jalan raya secara berseorangan. L kereta pula, anda perlu belajar memandu dari pengajar yang mempunyai sijil pengajar. Latihan memandu biasanya adalah selama 4 – 5 kelas atau 8 – 10 jam. Ia bergantung kepada calon itu sendiri. Ada juga yang belajar lebih dari itu. Sudah pasti harga juga akan meningkat.

Untuk motorsikal, anda akan belajar membuat pusingan 8, titi, halangan kon, brek kecemasan dan jalan raya. Semua itu dilakukan di litar motorsikal yang disediakan oleh institut memandu. Untuk lesen kereta pula, anda akan diajar menaiki bukit, side parking, 3 penjuru dan jalan raya. Semua itu akan diajar di litar kecuali jalan raya anda akan diajar di jalan raya sebenar.

8. UJIAN PRA ATAU Q.T.I.
Ujian ini dijalankan sebelum anda dibenarkan untuk menduduki ujian praktikal J.P.J. Ia dijalankan oleh penguji yang bertauliah di institut memandu. Penguji- penguji ini biasanya akan melihat sejauh mana tahap pemanduan anda. Sekiranya gagal dia akan mencadangkan anda untuk belajar 1 atau 2 kelas lagi sebelum diuji semula. Setelah lulus anda boleh menempah tarikh ujian praktikal JPJ.

9. UJIAN PRAKTIKAL J.P.J.
Anda akan diuji oleh penguji yang dihantar olehpihak JPJ. Terdapat 2 bahagian iaitu litar dan jalan raya. Anda perlu lulus kedua-duanya bagi membolehkan anda mendapatkan lesen P. Jika gagal, kebiasaannya anda akan dikenakan caj tambahan sebanyak RM100 – RM200 termasuk 1 atau 2 kelas lagi belajar memandu.

10.
LESEN P
Setelah lulus ujian praktikal JPJ, anda perlu menyerahkan butir-butir di bawah kepada sekolah memandu anda :

1 keping gambar.
1 keping salinan fotostat MyKad.
1 keping salinan lesen L.
Bayaran (jika ada)

Dalam tempoh sekurang-kurangnya seminggu anda akan mendapat lesen P tersebut.

Ok, itulah serba sedikit panduan untuk mendapatkan lesen memandu. Bila dah lulus tu, silalah gantung logo keramat tu ye.. Yang L tu, lekatkanlah logo L dan yang P tu lekatkanlah Logo P. Jangan malu & segan ye.. Ianya baik untuk keselamatan kita ketika memandu.. Peraturan tu di buat untuk kebaikan, dan bukan di buat untuk dilanggar! Jika ada kesilapan atau kekilafan dalam panduan ni, haraop di maafkan.

Ps: Untung la, admin dah ada lesen B2 dan D dan dah habis tempoh percubaan P. Hehe.. Jika ada masa nanti admin akan menulis panduan dan tips-tips untuk lulus ujian pemanduan kelas B2 ( motorsikal bawah 250cc). Insyaallah..


Sumber: Syafaonline

Monday, 9 December 2013

Tips dan Panduan Temuduga


Ok, hari ni admin nak bercerita bab temuduga. Nak bagi sedikit tips dan panduan sebelum, semasa dan selepas temuduga. Admin tau, bagi yang 1st time yang nak pergi temuduga kerja mesti gabra dan gementarkan? Bagi yang dah banyak kali tu, tapi masih gagal untuk dapatkan kerja mungkin tips-tips ini dapat membantu anda. Tak banyak, mungkin sedikit dapat memberikan pertunjuk kepada anda. Jadi, inilah dia sedikit panduan temuduga.. Layan!

3 asas penting.
Pertama - buat persediaan dengan meramalkan apakah soalan dan jenis atau bidang yang bakan disentuh oleh penemuduga.

Kedua - dicadangkan berlatih sesi temuduga bersama rakan atau pun ahli keluarga. Ini untuk memberi ruang kepada diri agar lebih biasa dengan situasi temuduga. Di samping mengurangkan rasa gugup semasa sesi sebenar berlangsung.

Ketiga - lakonkan sesi temuduga di dalam Bahasa Inggeris. Kenapa? Dikatakan kebanyakan sesi temuduga kerja akhir-akhir ini menggunakan Bahasa Inggeris dalam kadar 10% ke 20% daripada keseluruhan sesi. Jadi ini menjadikan ianya satu latihan yang wajib dilaksanakan. Sediakan teks dalam Bahasa Inggeris, baca dan kemudian biasakan diri tanpa melihat teks.

Tip-tips penting yang lain:

Sebelum temuduga
1.Dapatkan maklumat secukupnya melalui internet mengenai profil jabatan/kementerian/organisasi.
2.Luangkan masa untuk membaca dan memahami butir yang telah didapatkan.
3.Mulakan membaca surat khabar pada setiap hari selepas anda mendapat surat panggilan temuduga.
4.Ambil berat tentang isu semasa yang tertulis di akhbar
5.Gosok baju dan seluar anda sehari sebelum menghadiri temuduga, ini membolehkan anda tidak tergesa-gesa pada keesokan paginya
6.Pilih warna pakain yang bersesuai, di nasihatkan memakai kemeja berwarna putih, seluar slack hitam dan    kasut kulit hitam bertali.
7.Pilih warna tali leher yang sama dengan warna seluar anda.
8.Tidur awal untuk memastikan badan anda berasa segar pada keesokan hari

Semasa temuduga:
1. Pastikan anda bangun awal
2. Jangan mengunakan wangian secara berlebihan.
3. Pastikan anda menjamah sedikit makanan
4. Apabila sampai ke tempat temuduga anda di nasihati menegur calon temuduga lain untuk menghilangkan rasa jangal dan gemuruh.
5. Anda juga dinasihatkan agar tidak membaca lagi maklumat tentang organisasi pada ketika ini.
6. Duduk dengan tenang dan tunggu giliran anda.
7. Jangan lupa mengetuk pintu sebelum masuk ke dalam ruangan temuduga.
8. Beri salam
9. Duduk selepas di pelawa untuk duduk oleh penemuduga
10.Apabila sesi soal jawab berjalan, anda dilarang memutar belitkan jawapan..katakan anda tidak dapat menjawab jika anda benar-benar tidak dapat menjawabnya.
11.Jawab dengan nada yang yakin, tersusun dan jika gementar hentikan perbualan seketika untuk menenangkan emosi anda.
12.Jangan sesekali memotong pembicaraan penemuduga.
13.Biasanya di akhir, penemuduga akan mengkehendaki anda untuk menanyakan soalan, pastikan anda telah menyediakan soalan untuk ditanya.
14.Tamat sesi temuduga pastikan anda bangun dan bersalaman dengan penemuduga dan lemparkan seyuman serta berterima kasih kepada meraka.

Selepas temuduga
1.Anda di galakkan untuk terus keluar dari ruang menunggu, balik atau sebagainya
2.Berdoa dan lakukan aktiviti anda seperti biasa
3.Biasanya keputusan temuduga akan keluar sebulan selepas anda di temuduga.



Ok, itulah sedikit tips dan panduan temuduga untuk anda. Harap dapat berikan tunjuk ajar kepada anda.

Ps: Bagi yang bakal menghadapi temuduga tu, admin harapkan anda berjaya mendapat jawatan idaman anda. Bagi yang masih gagal dalam temuduga tu, berbanyakkan berdoa & berusaha semoga di percepatkan anda mendapat pekerjaan yang anda idamkan. Bagi yang mahu mendapatkan panduan temuduga dari pakar, klik sini. Amin..

Sunday, 8 December 2013

Panduan membuat Coklat dari pakar

As salam & salam sejahtera.. Haa.. Hari ini admin nak bercerita sedikit tentang makanan febret admin, iaitu coklat. Hampeh, sebut saja sal coklat admin dah terliur. He he.. Coklat yang di maksudkan bukanlah gula-gula ataupun lolipop tetapi coklat seperti gambar di bawah.
 Memang terliur bukan! Memang sedap..

Cari-cari kat Google tentang cara membuat coklat, terjumpalah satu website yang menjual E-book bervideo cara-cara membuat coklat. Memang terbaik lah.

Rupa-rupanya pemilik website ini adalah seorang suri rumah yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Biokimia/Bioteknologi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.Beliau gagal mendapat kerja dengan kelulusan beliau dan akhirnya telah membuka bisnes coklat. Menarik bukan?

"Hai, Nama saya Siti Fatimah dan saya akan membahasakan diri saya sebagai Siti sahaja. Siti merupakan seorang suri rumah yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Biokimia/Bioteknologi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Pada mulanya, Siti hanya menjadikan aktiviti membuat coklat ini sebagai hobi setelah belajar daripada seorang kawan yang tinggal berhampiran yang mana Siti anggap beliau sebagai sifu dalam dunia coklat ini. Setelah hampir 2 tahun Siti mengusahakan perniagaan berasaskan coklat ini, Siti berpendapat perniagaan ini memang sesuai untuk mereka yang ingin berniaga kecil kecilan dari rumah terutamanya suri rumah dan ibu tunggal atau sesiapa sahaja yang ingin menambah pendapatan keluarga."

Keratan akhbar tentang beliau

  • Panduan  dalam bentuk ebook dan 11 video langkah demi langkah yang akan membantu anda untuk memulakan perniagaan coklat pada bila-bila masa.
  • Modul pembelajaran bagi 11 video panduan membuat coklat tersebut adalah sama seperti modul yang digunapakai sepanjang Siti mengadakan kelas coklat.
  • Ia bukan sahaja menunjukkan cara-cara membuat coklat tetapi anda juga akan diterangkan tentang panduan asas perniagaan coklat dan pemasaran secara online yang Siti gunakan sehingga mampu menjana income sekurang-kurangnya 4 angka sebulan .
  • Senarai pembekal barangan coklat di seluruh negara turut disediakan dan eBook Bervideo ini.
  • Panduan yang mudah difahami kerana disampaikan dalam bahasa melayu.
  • Kaedah pembuatan yang diajar hanya menggunakan peralatan yang sudah tersedia, murah dan mudah didapati.
  • eBook Bervideo ini akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa. Pemilik eBook sedia ada akan menerima eBook yang dikemaskini (jika ada) secara PERCUMA.
  • Pemilik eBook akan menerima BANTUAN dan SOKONGAN berterusan melalui telefon, skype, emel dan juga facebook.
  • Boleh dijadikan rujukan pada bila-bila masa.
Ok, admin bagi sedikit screen shoot dari video - video beliau.




Terdapat pelbagai cara yang senang dan menarik dalam penyedia coklat-coklat yang sedap ini. Selain itu anda juga di berikan Panduan asas untuk memulakan perniagaan coklat secara online..


Ps: Bagi admin ianya satu ebook video yang menarik. Menarik mungkin di sebabkan admin suka kan coklat kot. Hehe.. Selain tu, jika kita membuat sendiri coklat-coklat ni, jimat dari segi duit modal yang dikeluarkan. Penjimatannya hampir setengah RM tau! Contoh, kita membeli diluar untuk 10 biji coklat RM10, jika di buat sendiri rm10 tu memberikan kita 20 biji coklat. Jimat bukan?

Pss: Terpulang.. Masing-masing ada pandangan sendiri. Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang e book video ni, sila klik sini.

Thursday, 5 December 2013

5 Faktor-Faktor Berlakunya Banjir

Banjir berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor-faktor berlaku banjir adalah:-

Hujan yang berterusan.
Hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti akan menyebabkan banjir berlaku. Di kawasan-kawasan rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai. Sungai yang dipenuhi air akan melimpah keluar sehingga menyebabkan kawasan tanah rendah dipenuhi air.

Proses pembandaran.
Proses pembandaran menyebabkan banyak kawasan yang dipermodenkan. Kawasan-kawasan tanah rendah telah ditebus guna dengan mengambil tanah dari kawasan bukit. Ada juga anak-anak sungai yang ditimbus untuk dijadikan tapak bangunan. Aktiviti-aktiviti seperti ini merupakan faktor penyebab berlakunya banjir.

Jika dahulu anak-anak sungai dan lembah dijadikan kawasan aliran air, kini kawasan tersebut telah ditimbus dengan tanah. Apabila hujan turun, air akan mengalir dari kawasan bukit ke kawasan yang rendah dan kemudian bertakung. Lama-kelamaan air akan bertambah dan banjir kilat akan berlaku.
 
Hakisan sungai.
Hakisan sungai yang kerap berlaku disebabkan oleh dua faktor iaitu hakisan berlaku secara semula jadi dan pembuangan sisa domestik manusia. Faktor semula jadi berlaku apabila hujan turun dengan lebat, air akan mengalir deras and menghakis tebing-tebing sungai. Akhirnya tanah tebing akan runtuh dan membentuk satu mendapan di dasar sungai. Seterusnya sungai akan menjadi cetek.

Begitu juga dengan aktiviti manusia yang suka membuang sisa-sisa domestik seperti sampah-sarap dan sisa-sisa industri ke dalam sungai boleh menyebabkan sungai menjadi cetek dan pengaliran air tersekat. Apabila hujan lebat turun, sungai yang telah menjadi cetek akibat hakisan semula jadi atau pencemaran tidak dapat menampung atau megalirkan air hujan yang banyak. Akhirnya air sungai akan melimpah ke tebing dan dengan ini banjir akan berlaku.
 
Hutan tadahan.
Hutan merupakan satu kawasan yang menempatkan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan. Selain itu hutan juga boleh dijadikan sebagai pengimbang ekosistem dunia dengan merendahkan kadar suhu. Hutan menyerap air hujan yang turun ke permukaan bumi dengan kadar antara dua peratus hingga 20%. Kemudian air yang diserap akan dialirkan ke anak-anak pokok melalui akar. Ada juga proses pemeluwapan dilakukan dengan membebaskan semula titisan-titisan air ke udara. Dengan ini berlaku kitaran air secara semula jadi.

Pemusnahan hutan menyebabkan hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan. Hujan yang turun dengan lebat menyebabkan air mengalir dengan banyak ke dalam sungai. Sungai tidak mendapat menampung air hujan dalam jumlah yang banyak. Pada masa ini limpahan air sungai akan berlaku mengakibatkan banjir.
 
Sistem perparitan tidak terancang.
Masalah banjir yang sering melanda bandar adalah disebabkan kekurangan sistem perparitan yang dibina serta ianya terlalu kecil dan cetek. Jumlah air yang banyak menyebabkan air melimpah keluar dari parit menyebabkan banjir kilat berlaku.

Sumber artikel: Google

PS: Catatan ringkas dari admin. Maklumlah, admin tak begitu arif bab-bab banjir ni. Apa-apa pun, sentiasa berhati-hati ketika musim banjir ni..

Panduan dan Langkah Menghadapi Banjir

Sejak akhir-akhir ini, beberapa negeri di dalam negara kita telah di landa banjir. Di beberapa tempat admin lihat keadaan banjir itu berada dalam tahap yang amat bahaya di mana paras air naik sehingga sampai ke bumbung rumah. Memang kritikal! Hari ni admin akan memberikan sedikit panduan dan langkah untuk menghadapi banjir. Jadi, ini lah panduannya:

PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR
  • Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.
  • Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio,televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik-Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.
  • Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya.
  • Pastikan di mana Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.
  • Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya.
  • Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.  
 SEBELUM BANJIR - SEMASA TANDA-TANDA DIKESAN

Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.
• Pindahkan perabut atau peralatan-peralatan lain ke tempat yang selamat.
• Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat/bawa bersama anda dalam bekas kalis air.
• Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
• Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.

SEMASA BANJIR - SEMASA PEMINDAHAN

  • Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan.
  • Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat.
  • Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang.

SEMASA BANJIR  - DI DALAM KENDERAAN
  • Jangan terus mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.
  • Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah. ke tempat yang selamat

SEMASA BANJIR - DI DALAM RUMAH
  • Dengar pengumuman melalui radio, televisyen atau pihak tertentu.
  • Bersedia dengan peralatan kecemasan.
  • Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.

SEMASA BANJIR - DI LUAR RUMAH
  • Pergi ke tempat tinggi dan selamat.
  • Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh menghanyutkan anda.
  • Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki.
  • Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
  • Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.
  • Jangan minum air banjir.
SELEPAS BANJIR
  • Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak yabg berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.
  • Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak atau golongan istimewa).
  • Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mengkin tidak selamat.
  • Jangan terus memasukki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya yang tersembunyi.
SELEPAS BANJIR - SEMASA MEMASUKI BANGUNAN
  • Pakai kasut.
  • Periksa kerosakkan dinding, lantai, pintu dan tingkap.
  • Periksa sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa yang merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah anda.
  • Perhatikan siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.
SELEPAS BANJIR - PERIKSA ANCAMAN BAHAYA
  • Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.
  • Periksa wayar elektrik yang terendam di dalam air.
  • Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.
  • Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya).
  • Buang bahan-bahan makanan yang terendam yang terkena banjir termasuklah makanan dalam tin.
  • Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi.
  • Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa.

Sumber maklumat: Jabatan Pertahanan Awam Malaysia

Ps: Kepada anda yang mempunyai anak kecil, admin minta sentiasa pantau mereka jika berhadapan dengan krisis banjir. Kepada anda semua juga sentiasalah berhati-hati dan mestilah mengikut kata-kata, arahan dan nasihat daripada pihak berkuasa. Mereka berpengalaman dan lebih arif dari kita dalam faktor-faktor keselamatan.

Pss: Admin berharap agar banjir ini cepat surut dan marilah kita sama-sama berdoa supaya Allah SWT memberikan kesejahteraan dengan segera kepada saudara-saudara kita yang berada di kawasan-kawasan banjir. Amin...

Monday, 9 September 2013

Kisah suami Isteri di bilik tidur

Oh info! Kisah suami Isteri di bilik tidur.
Sekadar gambar hiasan

Beginilah al kisahnya... Jom layan...

SUAMI : ayang apa kata malam ni kita tak payah tidur sama2.. abang tidur luar, ayang tidur dalam bilik

ISTERI : kenapa abang..?

SUAMI : haaa.. abang ada 1 permainan, ayang catatkan semua keburukan abang sebanyak mungkin dan abang pun catatkan tentang keburukan ayang sebanyak mungkin! esok pagi kita baca balik tentang apa yang kita dah tulis tu..

ISTERI : ok.

Malam tu si suami senaraikan tentang keburukan isteri dia sampai tak tidur.. Isteri dia di dlm bilik pun tak tidur hingga ke pagi. Waktu sarapan pagi,,

SUAMI : Ha, macam mana, sapa nak mulakan dulu???

ISTERI : Abang dulu mulakan..

SUAMI : Ok ayang dengar tau,(sambil mengeluarkan 2,3 helai kertas yang dicatat nya malam tadi)

SUAMI : Ayang tak romantik... ayang suka membebel.. ayang bla bla bla..bla bla bla.. ok dah, sekarang ayang plak..!

ISTERI : (Dia mengeluarkan 3,4 helai kertas yang kosong...) ayang mintak maaf... takda apa yang ayang dapat senaraikan tentang keburukan abang.. Sebab ayang terima abang seadanya.. Dan segala keburukan abang ayang sentiasa maafkan.. dan ayang mintak maaf kalau ayang tak sempurna di mata abang...

Si suami tergamam dan air mata jatuh berlinangan,,, terus die peluk dan memohon maaf pada isteri nya.. dia menyesal,, kerana telah mlukakan hati isteri nye..dia juga sedar dan bersyukur..bahawa isteri nya adalah insan yang terbaik yang telah dianugerah kan dan di amanah kan untuk-Nya~

P/S: Apa kata anda? Bagi admin, terimalah pasangan kita seadanya.. Selagi kita ni bernama manusia, tiada sesiapa pun yang sempurna! Amin..

Sunday, 8 September 2013

7 tanda si dia sukakan anda!

Oh info! 7 tanda si dia sukakan anda!
Ok, kat bawah ni ada 7 tanda jika seseorang gadis tu sukakan seseorang. Ha, bagi gadis - gadis, rahsia dah terbongkar! Maaf la yer.. Bagi abe - abe, pasti gembira kan? Mana taknya, nanti boleh lah tengok tanda - tanda ni jika ada pada gadis idaman anda! Hehe.. Ok, kita ke 7 tanda - tanda nya. So, layan...

1) "Dia Tidak Senang Duduk”
Sesetengah wanita biasanya akan menunjukkan petanda awal yang tidak begitu jelas dan kemudian mengharapkan anda untuk mengambil alih peranan seterusnya. Jika anda berjaya mengesan petanda ini, hanya sedikit usaha mampu membuahkan hasil kerana ‘pintu’nya telah terbuka untuk anda. Biasanya tanda-tanda awal ini ditunjukkan dengan berjalan mundar-mandir di belakang anda atau tidak sengaja terlanggar bahu sambil menjeling manja. Walaupun dia sekadar mengatakan ‘Maaf!’, itu adalah petanda yang perlu diberi tindakan segera.

2) “Tunjuk Minat” 
Sewaktu berbicara dengannya, walaupun anda memperkatakan hal tidak munasabah, dia masih memberi komen membina. Setiap isu yang anda timbulkan mendapat sokongan daripadanya. Sama ada anda memang pandai berbicara atau dia menaruh minat mendalam terhadap anda. Lebih jelas lagi jika dia memainkan rambut sambil tersenyum manja setiap kali berbicara. Jika anda kurang yakin dengan maksud tersirat yang cuba disampaikan, dapatkan pandangan rakan yang ada bersama anda.

3) “Anda Diperkenalkan Kepada Rakannya”
Bermakna anda telah diterima masuk dalam kehidupannya. Salah satu sebab anda diperkenalkan adalah untuk memberitahu rakan-rakannya: ‘Ini aku punya’, dan satu lagi sebab ialah untuk mereka menilai diri anda. Jadi pastikan anda turut mengambil hati rakan-rakannya, namun jangan sampai dia cemburu.

4) “Dia Men’jual’ Dirinya”
Jika percakapan atau gerak lakunya menunjukkan seperti dia sedang mempromosikan aset dan kelebihannya, bermakna anda sedang diberi petunjuk jelas olehnya. Secara tidak langsung dia ingin membuatkan anda terasa yang dirinya berbaloi untuk dimiliki.

5) “Bersikap Terbuka”
Biasanya wanita tidak akan mendedahkan terlalu banyak maklumat tentang peribadinya. Hanya jika dia betul-betul berminat dan percayakan anda barulah segalanya akan diceritakan. Anggaplah ia sebagai petunjuk utama tentang keinginannya, terutama jika perihal jenama pakaian dalamnya juga turut diceritakan.WOW!

6) “Membayangi Anda”
Bukan membayangi seperti mengatasi diri anda, tetapi menjadi seperti bayang-bayang anda. Ke mana sahaja anda pergi, pasti dia akan mengikuti anda. Dia juga menunjukkan minat mendalam terhadap percakapan anda walaupun tiada kena mengena dengan dirinya. Dia sebenarnya sedang lemas dengan keinginannya untuk mendampingi anda. Berikan dia ruang untuk menunjukkan kemahuannya agar tidak ‘lemas’ lagi.

7) “Anda Diajak Ke Tempat Lain…”
Dia ingin meluangkan masa yang lebih privasi bersama anda. Mungkin untuk berkenalan dengan lebih lanjut atau untuk meluahkan perasaanya terhadap anda. Kata-kata manis dan bicara anda bukan lagi soal utama
 baginya. Anda menjadi pilihan utama sebagai teman lelaki baginya.

P/S: Apa kata anda? Bagi admin rasa ada banyak tanda lagi.. Macam tak lengkap je. Apa - apa pun ianya sekadar hiburan untuk bacaan. Kalau ade awek yang 'tertangkap' oleh abe yang dia suka, kantoi la jawapnya. Haa! Mahukan sesuatu yang mampu menarik perhatian si dia pada anda? Sila klik sini..


Wednesday, 3 July 2013

Servis tingkatkan like

5 info kenapa like amat penting di FanPage

SERVIS INI SUDAH DI TAMATKAN. HARAP MAKLUM (UPDATE 23.09.2014)

Nampaknya dah lama admin tak update blog ni. Memang 2, 3 minggu ni agak sibuk dengan pelbagai hal. Termasuklah hal yang tak diduga! Ok, hari ini admin nak bercerita satu pekara penting bagi pemilik - pemilik Fanpage perniagaan iaitu like. Mengapa like yang banyak penting untuk FanPage anda? Kerana 5 sebab:

1. Tingkatkan trafik ke blog/website anda.
Anda hanya perlu post link blog anda di fanpage anda, dan anda akan dapat lihat, berduyun-duyun trafik akan ke blog anda. Dengan cara ini, anda akan dapat meningkatkan trafik di blog anda dan sekaligus menjadikan blog anda popular dengan pantas.

2. Tingkatkan pendapatan
Diluar sana, terdapat banyak program pengiklanan yang akan membayar anda berdasarkan bilangan klik, contohnya seperti churpchurp.com . Jadi, cuba bayangkan jika anda mempunyai fanpage sebanyak 50,000. dan bayangkan jika hanya 1% sahaja yang klik iklan churpchurp tersebut di fanpage anda, bermakna anda akan mendapat 500 klik.

3. Buat duit dengan Program Affiliate
Anda juga boleh promosikan produk-produk dari program affiliate yang anda sertai. Komisyen affiliate selalunya lebih tinggi, antara RM10 hingga RM100 per jualan. Bayangkan dari 50,000 like yang ada di fanpage anda, hanya 0.01% yang beli. Maka, anda akan dapat 5 jualan. Maka, komisyen affiliate yang akan anda perolehi.. 5 X RM50 = RM250. Itu kalau 0.01% yang beli, kalau 0.05%? Bagaimana pula jika komisyennya adalah RM100?

4. Jual produk fizikal
Sekarang ini, ramai yang lebih selesa membeli produk fizikal menerusi facebook secara PM. Jadi anda boleh ambil kesempatan ini dengan menjual pelbagai produk fizikal yang anda mahu, tudung, sabun, perfume, baju dan macam-macam lagi. Letakkan sahaja di fanpage, pasti akan ada yang beli punya.

5. Tingkatkan keyakinan
Jika anda berniaga. Mempunyai banyak like pada fanpage anda akan meningkatkan keyakinan ramai pihak terhadap perniagaan anda. Sama ada pihak tersebut adalah bakal pelanggan, pesaing mahupun rakan perniagaan. Sedar atau tidak, kini ianya sudah menjadi satu trend dan ramai pihak beranggapan seperti berikut... "Fanpage dia banyak like, mesti perniagaan/produk dia bagus. Kalau produk tak bagus, takkan orang nak like bukan?"

Untuk anda yang stress sebab like fanpage tak naik-naik. Dah update post yang menarik giler kat wall, dah invite kawan-kawan semua, dah masukkan gambar yang best-best.. tapi tetap like fanpage tak naik-naik.

Ada berita baik untuk anda!!!

Jadi disini admin nak tawarkan servis tambah like dari seorang kawan, memang best giler kentang servis dia. Servis tambah like yang termurah di pasaran. Ok, beliau tawarkan like dari MALAYSIA & DARI LUAR MALAYSIA. Harganya paling murah dan anda tidak akan dapat harga sebegini dari mana-mana servis tambah like yang lain.. Ok, ini harganya:

*1000 Like dari Malaysia         - RM 90.00
*8000 Like dari luar Malaysia  - RM 90.00 

*Tempoh masa like meningkat adalah dari 1 - 5 hari.


Jika berminat, boleh emailkan ke mrsimple77@gmail.com untuk tempahan

PS: Admin sendiri telah gunakan khidmat beliau. Hanya satu hari beliau telah tingkatkan 1100++ like pada FanPage perniagaan admin. Yang lebih teruja adalah beliau sentiasa memberikan lebihan like kepada pelanggan dia! Anda boleh lihatnya di sini ----> Klik sini

PSS: Memang berbaloi baloi & admin amat rekomenkan kepada anda!

Monday, 17 June 2013

Kelebihan air kosong

Tips & Info : 8 info kebaikkan air kosong.
Hari ini admin akan berkongsi bab air kosong. Umum mengetahui yang air kosong mempunyai khasiat yang amat baik untuk tubuh manusia. Malah kita sebagai umat Islam juga telah di kurniakan oleh Allah SWT dengan air kosong yang paling terbaik dalam dunia iaitu air Zam - Zam. Jadi kelebihan air kosong memang tidak boleh di sangkal lagi. Jom kita lihat 8 info tentang kelebihan air kosong.

Jadi, inilah dia. Layan..

1. Menguruskan badan
Khabar gembira buat anda yang tengah berdiet. Air kosong tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu menurunkan berat badan kita.

2. Meningkatkan kesuburan
Air kosong dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum lelaki serta hormon estrogen pada kaum wanita.

3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air kosong dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air kosong bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air kosong boleh menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.

6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air kosong bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

7.
Menyihatkan jantung
Air kosong juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada waktu ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air kosong.

8. Ubat kepada penyakit strok
Air kosong tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

P/S: Kalau ikutkan keperluan, kita kena minum 8 gelas (2 liter) air kosong sehari (bukan AIS kosong yer..). Jadi, berapa gelas yang anda minum sehari? Admin pun mungkin hanya 3 - 4 gelas sehari je.. Kadang - kadang perkara - perkara baik macam ni memang susah nak ikut! Tak tahu kenapa.. Setuju?

Sunday, 16 June 2013

Menjaga kualiti kesihatan & kehidupan

Oh! Tips & Info: Petua menjaga kualiti kesihatan  & kehidupan anda.
Hari ini admin nak memberikan tip - tip yang dapat meningkatkan kualiti kesihatan dan kehidupan kita. Beberapa tip yang perlu dilakukan, dan yang perlu dielakkan. Ianya berdasarkan Petua Imam Syafie. Baik untuk amalan seharian kita.

Jadi, inilah dia. Layan..

PETUA IMAM SYAFIE

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak bersetubuh
2. selalu cemas
3. banyak bersulam air ketika makan
4. banyak makan makanan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Bonus- 4 cara tidur yang mencerminkan keperibadian diri kita.

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Meniarap seperti tidurnya ahli neraka.

Bonus Tambahan untuk anda: Doa sebelum Tidur.



P/S : Jadi, yang mana satu cara tidur anda? Dan berapa ramaikah dari kita yang membaca doa sebelum tidur..Kalau tak tahu doa tidur, hafal sekarang. Pendek jer doanya dan mungkin ambil masa 15-30 minit untuk menghafalnya. Perkara yang baik, tak elok di tangguh-tangguh. Kan?

Thursday, 13 June 2013

Panduan Membeli Belah Secara Online

Oh Tips & Info: 17 Panduan Membeli Belah Secara Online
 Ha ha.. Kucing pun diaorang kencing!-Sekadar gambar hiasan

Era ini perniagaan online semakin rancak iramanya. Ramai yang belumba - lumba membuka kedai maya untuk mencari rezeki atau membuat part time demi mendapatkan pendapatan yang lebih untuk kelangsungan hidup.. Satu perkembangan positif di dalam dunia internat yang banyak memberikan manfaat kepada jutaan manusia di muka bumi ini.

Namun positif tidak semestinya tiada yang negatif. Salah satu daripada cabang negatif yang sering berlaku ketika ini adalah penipuan. Penipuan dalam perniagaan online! Ada banyak cara penipuan dan admin tidak mahu menulis panjang untuk menarangkanya, sebab entry kali ini adalah tips - tips sebelum membeli barang secara online untuk mengelakkan diri dari jadi mangsa penipuan perniaga - peniaga online yang tak beretika ini. Panduan yang amat berguna sebelum anda bershopping online!

Jadi, inilah dia. Layan...

1. Sila pastikan anda semak terlebih dahulu status penjual sama ada masih lagi aktif ataupun tidak lagi. Juga pastikan penjual memaparkan maklumat mereka seperti nama penjual, no telefon untuk dihubungi.
 
2. Pastikan online shopping mall itu benar-benar wujud dan cuba hubungi nombor telefon yang diberikan. Cuba buat carian no telefon tersebut di Google dan lihat maklumbalas yang diberikan.
 
3. Sila baca komen-komen, feedback ataupun ulasan yang diberikan oleh pelanggan kepada penjual sebelum ini. Samada ianya ulasan yang memuaskan atau tidak.
 
4. Beritahu orang lain jika shopping mall atau kedai online yang anda kunjungi itu kurang memuaskan atau terdapat tanda-tanda mencurigakan...
 
5. Pilih Dengan Bijak & Bandingkan Harga – Buat pilihan dengan bijak & bandingkan harga sebelum membeli. Layari laman-laman web yang lain untuk tahu harga terkini barangan yang ingin anda beli.
 
 6. Tracking Setelah urusan membeli selesai, sila pastikan penjual memberi anda Tracking ID untuk rujukan anda. Ianya memudahkan untuk anda mengesan barangan anda
 
7. Baca syarat-syarat jual beli yang disediakan
 
8. Buat tempahan melalui saluran yang betul seperti melalui Sms, borang pesanan, email. yang disediakan.
 
9. Simpan Username & password untuk kegunaan sendiri (jika ada)
 
10.Semak latar belakang syarikat jualan ataupun online shopping mall yang disukai
 
11.Membuat pesanan dengan betul
 
12.Periksa jaminan waranti setiap barangan yang dibeli
 
13.Periksa dan semak barangan yang diterima
 
14.Beritahu kepada pihak online jika barangan yang diterima ada kecacatan atau kerosakan
 
15.sentiasa tingkatkan sikap waspada anda!
 
16.Buat bayaran dengan berhati-hati.
 
17.Akhir sekali sila simpan resit ataupun bukti pembayaran anda untuk kegunaan jika anda ingin menebus kembali barangan yang anda beli jika terdapat kerosakan ataupun kesilapan.

Apa kata anda?

P/S : Admin rasa hanya segelintir saja peniaga online ini yang tidak beretika. Sejujurnya,  ianya tidak merenjatkan keyakinan admin terhadap perniaga - perniaga online lain yang 92% peratusnya adalah benar dalam perniagaan. Allhamdullillah, sehingga sekarang semua barang - barang yang di beli admin secara online, sampai tepat pada masa nya.

PSS: Sebenarnya admin pun kaki shopping online juga! He he..


Wednesday, 12 June 2013

11 cara mengelakkan diri dari gemuk

Tips & Info: 11 cara mengelak diri dari mejadi gemuk.

Masalah kegemukan dan lebihan berat badan ataupun di kenali sebagai obesiti merupakah masalah global. Banyak negara yang purata rakyat-nya mempunyai berat badan yang tidak ideal. Punca utama masalah ini adalah di sebabkan makanan. Malaysia juga tidak terkecuali dari mempunyai ramai rakyat yang mempunyai berat badan yang berlebihan.

Umum mengetahui yang berat badan berlebihan akan menyumbang kepada pelbagai penyakit yang kronik seperti Kencing Manis, Tekanan darah tinggi, Penyakit jantung, kegagalan funsi buah pinggang dan lain - lain lagi. Jadi untuk artikel kali ini admin akan memberikan 11 tips untuk mengawal berat badan anda supaya menjadi berat badan ideal.

So, inilah dia. Layan..

1. Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.

2. Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.

3. Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar.

4. Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur.

5. Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.

6. Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari.

7. Kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda.

8. Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli 'protein shakes' dan memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta antara makan tengahari dan makan malam.

9. Anda boleh menggunakan pil diet untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan. Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.

10.Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.

11.Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang  selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketul.

BMI
Formula kiraan berat badan ideal (BMI):

BMI  =  Berat ( KG ) / Tinggi ( M ) X Tinggi ( M ) 

Formula ini tidak boleh digunakan oleh:   
  • Orang yang berusia 18 tahun ke bawah    
  • Orang yang mengandung atau menyusukan anak  
  • Orang yang terlalu tua (yang lemah)   
  • Ahli sukan yang aktif dan ahli bina badan


Setelah mendapat BMI anda lihat carta di bawah untuk menentukan sama ada anda gemuk atau tidak.

BODY MASS INDEX 

Status     BMI
  Kurus     kurang 20.6
  Normal   20.7 - 26.4
  Gemuk    26.5 - 30.9
   Obese     31.0 - 45.2 
Bahaya    lebih 45.3

Contoh pengiraan:

Berat badan   : 80kg 
Tinggi             :175 cm iaitu 1.75 meter

Oleh itu BMI  : 80 / (1.75 x 1.75) = 26.14

Jadi BMI anda adalah GEMUK.

P/S: Jadi macamana setelah perkiraan? Adakah BMI anda ideal atau pun sebaliknya. Jika ideal, taniah admin ucapkan dan jika tidak ideal, admin cadangkan supaya dapatkanlah berat badan yang ideal. Sebab kegemukkan banyak menyumbang kepada pelbagai penyakit yang kronik. Jika tiada masa untuk bersenam, boleh menggunakan produk - produk perlangsingan yang di iktiraf. Ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara dan salah satunya ialah :

"SIHAT SEBELUM SAKIT"